Thursday, August 31, 2017

Bercuti Selama 6 Hari

Bercuti Selama 6 Hari  | Assalamualaikum... Hai korang semua apa khabar Cik Ash harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat.


Cik Ash nak bagitaw blog ni akan bercuti daripada entri buat seketika di sebabkan Cik Ash dan family akan bertolak balik kelantan hari ini doakan perjalanan kami semoga selamat sampai ya.

Sebenarnya dah lama Cik Ash tak balik kampung di kelantan, rasanya dah nak dekat setahun punya lama tu tak balik.. huhuhuhu.. rindu dekat aboh dan ma sangat-sangat,lepas rindu dekat ma mujur la ada tepon rumah dapat la call ma sokmo sampai tak taw nak berbual apa-apa dah dengan ma.. hahahahahaa... nak buat macam mana suami Cik Ash susah sangat nak cuti lama-lama ni biasa la kilang komunis kan hahahahaha.. Cik Ash yang panggil sebab susah sangat nak cuti kan, Cik Ash faham suami keje untuk Cik Ash dan mil juga... kadang-kadang kesian kat suami tak ada rehat langsung keje sokmo.

Cik Ash balik kelantan kebetulan sangat dengan raya haji juga, lagi pun rumah family Cik Ash di kelantan akan buat Majlis Menyambut Menantu untuk adik lelaki Cik Ash yang dah sah nikah pada 30/8/2017. Majlis itu akan di adakan pada 2/9/2017. Doakan majlis ini berjalan dengan lancar ya..

Balik raya haji kelantan meriah taw.. nanti ada kalau masa Cik Ash akan update dekat facebook perkembangan Cik Ash berada di kelantan ya.. So siapa blogger kelantan yang teringin nak bersua muka dengan Cik Ash nanti boleh la kita jumpa insyaAllah sebab Cik Ash mungkin akan balik semula ke kedah pada 4/9/2017.

Sebelum ni juga ada share Cik Ash tolong design kan kad kahwin dekat adik dan adik ipar dekat SINI. Mujur la sebelum ni dah pernah buat kad sendiri.. Hihihihihi..boleh buat sikit2..

Wednesday, August 30, 2017

SGshop Merdeka Giveaway

SGshop Merdeka Giveaway | Assalamualaikum... Hai korang semua sebelum cik ash cuti nak join giveaway yang akan tamat last-last minit join hahahaha.. tak pe memeriahkan blog ni sikit... lepas ni tak sempat nak update dah balik kampung..

SGShopCentest2017

So korang yang nak join giveaway ini boleh la klik banner di atas untuk join mana la taw rezeki milik korang ke,sempat lagi nak join ni sebelum tamat.. hihihihihi. Sebelum ni cik ash ada dapat dah Credit daripada SG shop RM200 dan hasil shopping barang kat sg shop boleh baca kat SINI.




Barang yang cik ash teringin nak dapatkan di Sg Shop ialah alat pengisar pisau elektrik tu duk berkenan jer senang la lepas ni nak asas pisau mudah guna elektrik hihihihihi...



Ok la itu saja yang cik ash nak semoga ada rezeki cik ash lagi dapat credit daripada Sg Shop ini.. amin. jumpa lagi nanti lepas cik ash balik kedah semula ya.. 

KakLongChan.com Merdeka Giveaway!



Assalamualaikum.. sebelum cik ash bercuti luangkan masa untuk join giveaway yang dianjurkan oleh blogger dulu. mana la taw ada rezeki nanti.. amin..

Jom memeriah giveaway merdeka INI syarat diberikan pun sangat mudah taw. cepat join sebelum tarikh tutup esok.. hihihihi..




Jana Pendapatan Dengan HYPR.MY

Jana Pendapatan Dengan HYPR.MY | Assalamualaikum.. Hai korang semua apa khabar Cik Ash harap semuanya sihat walafiat ya.. maaf tak sempat nak update blog kesihatan agak kurang baik selsema dan demam tiba-tiba mungkin lasak buat keje dan jaga mil tak sihat kut hihihihi..


Hampir terlupa pulak Cik Ash ini sebenarnya Cik Ash ada ingin sharekan dengan anda semua mengenai satu laman web ini, Cik Ash tengok ramai di kalangan blogger dah join siap ada cash out tu, Cik Ash ni kira baru taw kewujudan ia.. hahahahaha..

Dengan HYPR ini anda hanya perlu share link promosi yang ada di dalam laman web HYPR itu ke semua akaun media sosial yang korang ada la, setahu cik ash kini semua orang mesti salah akaun media sosial kan, so apa kata sambil online hari-hari tu jer jom jana pendapatan ni, apabila orang yang klik anda share korang akan dapat la pendapatan daripada link yang korang share tu, kena rajin la jangan malas,hihihihihi..


Sebagai surirumah sepenuh masa dan blogger surirumah ini memang harus kena mencuba untuk mendapatkan pendapatan sikit-sikit kan mana la taw dengan pendapatan tu boleh kurangkan sikit beban suami hihihihi.. Cik Ash dah suka dengan web ini jatuh cinta sangat rugi siapa tak join taw..


Mesti anda ingin menyertai HYPR ini nak taw mengenainya kan dekat bawah ini Cik Ash akan menerangkan sedikit mengenai hypr ini ,HYPR adalah platform untuk penyokong media sosial yang membina dan memenuhi permintaan jenama dan perkhidmatan bagi pasaran digital di Malaysia, juga dikenali sebagai hentian setempat portal penyokong media sosial di mana anda boleh berkongsi artikel di bayar dengan hanya beberapa klik.

Cara untuk daftar


-Nak daftar anda boleh klik <<< DI SINI<<<

- Selepas dah daftar boleh la tengok bahagian promosi


contoh promosi 

Apabila cik ash buka bahagian promosi tu terdapat dua promosi yang harus kena share dekat media sosial facebook dan twitter, ikuti langkah-langkah yang diberikan untuk share, cik ash dah buat dah dapat hasil daripada promosi dekat kedua-dua media sosial itu dekat bawah ni hasil yang cik ash  dapat. 



pendapatan

So apa tunggu jom la join untuk jana pendapatan dengan hypr ini nak daftar boleh klik dekat <<<SINI<<< percuma saja tak ada caj apa-apa pun ya. 


Monday, August 28, 2017

CPUV Nuffnang | Cornetto (Contest For Ed Sheeran)

CPUV Nuffnang | Cornetto (Contest For Ed Sheeran) | Assalamualaikum.. Hai korang semua apa khabar, cik ash harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat ya..



Alhamdulilah setelah sekian lama nuffnang tak bagi iklan pada 17 Ogos aritu cik ash saja-saja la nak buka account nuffnang terkejut tengok ada iklan yang sedang on going alhamdulilah rezeki..


 Apa itu iklan korang boleh baca dekat Cornetto Contest For Ed Sheran ni ya.. hihihihi.. 

Terima kasih cik ash ucapkan dekat nuffnang kerana masih lagi memberi iklan dekat blog  ini . harap nuffnang bagi sokmo iklan CPUV dekat cik ash ya..Ok la itu saja yang cik ash nak kongsi semua untuk rakan-rakan cik ash... jumpa lagi nanti entri lain.. bye...

Sunday, August 27, 2017

Sandwich Sayuran+Mayonis

Sandwich Sayuran+Mayonis | Assalamualaikum, Hai korang semua apa khabar cik ash harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat ya.. 


Nampak tak gambar dekat atas tu, sebenarnya roti sandwich sayuran+mayonis dah lama cik ash buat ada share dekat facebook sebelum ni, dalam blog jer belum berpeluang kongsikan cara membuatnya.. hahahhaha...

Biasa la bila mood malas nak menaip dah kembali pulak lagi pulak cik ash sekarang duk sibuk jaga MIL sakit baru lepas jatuh bilik air hari rabu  2 minggu lepas, dah 2 minggu lebih jatuh, nak tumpukan perhatian dekat blog agak kurang la sikit bila fikirkan kesihatan mil kan, cik ash bila dah mengadap laptop ni memang ralik la sikit. 




Suami dan Mil cik ash suka sandwich sayuran+mayonis siap request suruh buat lagi nanti.. hihihihi.. cara nak membuatnya pun senang sangat cik ash guna jer bahan-bahan yang ada kat dapur jer pun... 

Resepi Sandwich Sayuran+Mayonis 

Bahan-Bahan 
Roti Gardenia 
Salad 
Kubis Bunga
Timun
Tomato 
Mayonis 

Cara Membuatnya 
1. Salad ,kubis bunga hiris halus macam kita nak buat coslaw kfc tu. 
2. Timun hiris bulat dan nipis taw.
3. Tomato pun sama hiris bulat dan nipis.
4. Gaulkan salad,kubis bunga dengan 2 sudu besar mayonis,gaul hingga sebati.
5. Ambik roti gardenia letak la sayuran+mayonis tu atas roti lepas kapit dua,hiris la setiga buat macam kat kedai jual tu.. 
6. Senang sangat kan buat tak ada susah pun nak buat.. 


Ok la itu saja resepi sandwich sayuran+mayonis yang cik ash kongsikan, mudah sangat nak buat, jimat duit bila difikirkan balik loni sandwich gini agak mahal dah kan satu rm2.50 kalau tak silap cik ash.. selamat mecuba ya korang, jumpa lagi nanti di entri yang lain.. 





Friday, August 25, 2017

Merdeka! Merdeka! Blogger Contest

Merdeka!Merdeka!Blogger Contest | Assalamualaikum.. Hai korang semua apa khabar cik ash harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat. Sebelum bercuti balik kampung minggu depan nak join contest daripada lazada la sempena dengan bulan kemerdekaan yang ke 60 tahun pada 31 Ogos 2017. Jom korang semua meh la join Contest  ini mana la taw ada rezeki untuk korang ke.. 



Eh hampir terlupa cik ash lazada juga ada membuat jualan bersempena dengan bulan kemerdekaan ni iaitu http://www.lazada.com.my/merdeka-sale/ akan bermula pada 25 Ogos hingga 31 Ogos 2017 nanti.

a. What do you love about being Malaysia?

Cik Ash sebagai rakyat malaysia berasa bangga sangat bila berada di Malaysia ni, sebabnya negara malaysia negara aman dan harmoni. Kerhormanian masyarakat malaysia dengan ada pelbagai kaum bangsa dan agama, keamanan yang dapat dirasai sehingga hari ini ialah demokarasi yang diamalkan dan menjaga tatasusila bangsa dan agama. Tahun ni tema untuk hari kemerdekaan Negaraku Sehati Sejiwa.

b. Choose your favorite local brand here 






Untuk local produk yang cik ash pilih barangan daripada pensonic, kerana cik ash pilih barangan ini sebab selalu duk tengok chef ismail guna hihihihi.. barangan daripada pensonic cik ash tengok sangat berpatutan kalau nak dapatkan satu untuk kat rumah, produk yang menarik dan harga yang berpatutan sangat.. So kalau korang yang ingin dapatkan produk ini boleh terjah dekat SINI

C. Select two product from that brand that you love. The Article must contain screenshots of the product mentioned. 

Cik ash pilih dua barang daripada pensonic yang menarik minat cik ash nak sangat beli hihihihi..


PENSONIC PB-3203L BLENDER 1.0L  



Pensonic Chef 's Like Air Fryer PDF-2201 



Korang jom join contest ni cepat-cepat ya boleh join dekat http://www.lazada.com.my/blogger-contest/ mana taw rezeki milik korang ke.. hadiah yang  ditawarkan sangat menarik taw seperti di bawah ni :-

Prizes – Merdeka!Merdeka! Blogger Contes

 1st Prize: 1 x RM600 
 2nd Prize: 2 x RM300 
 3rd Prize: 3 x RM200 




Thursday, August 24, 2017

LASTS™ Premium Calf Compression Sleeve Lancarkan Aliran Darah Semasa Beraktiviti Lasak

LASTS™ Premium Calf Compression Sleeve Lancarkan Aliran Darah Semasa Beraktiviti Lasak | Assalamualaikum, Hai korang semua apa khabar, saya harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat,.

last Premium Calf Compression Sleeve 

Pada entri kali saya ingin memperkenalkan Premium Calf Compression Sleeve untuk kegunaan ramai yang mula melakukan aktiviti sukan seperti berlari, berbasikal, mendaki,angkat berat dan banyak lagi..  Akitiviti yang saya sebut itu memerlukan sokongan tambahan pada kaki, terutamanya betis kita ni, So saya cadangkan dengan anda harus memcuba LASTS™ Premium Calf Compression Sleeve ini..




LASTS™ Premium Calf Compression Sleeve ini  diperbuat daripada Nylon dandijahit dengan jahitan yang berganda-ganda  dan sangat kemas.  Kenapa dijahit dengan jahitan yang berganda? Ini kerana Nylon perlu dijahit berganda untuk menghalangnya daripada berlakunya kerosakan pada fabric Nylon tersebut walaupun digunakan secara lasak. Selain itu juga LASTS™ Premium Calf Compression Sleeve merupakan elastic fir item dan boleh memberikan tekanan pada betis anda untuk melancarkan perjalanan darah di betis anda.

di hadapan

Belakang

LASTS™ Premium Calf Compression Sleeve sangat mudah digunakan tidak ada yang menyakitkan bila saya memakainya sangat selesa taw, selama beberapa minggu mengunakan LASTS™ Premium Calf Compression Sleeve teruja pakai sebab terasa lenguh di sekitar betis agak kurang la sikit sebab tidak termenekan sangat betis apabila buat kerja rumah yang agak lasak ke… hihihihi.



LASTS™ Premium Calf Compression Sleeve ini didatangkan dengan 2 saiz  yang berbeza iaitu saiz M dan L. Kedua-dua saiz ini mempunyai panjang yang sama tapi ada perbezaannya pada lingkaran atas dan bawahnya sahaja yang memang memberikan keselesaan kepada si pemakai nanti. Saya sangat menyukai LASTS™ Premium Calf Compression Sleeve kerana fabriknya yang sejuk bila pakai tak ada rasa panas pun, best sangat pakainya, saya memilih saiz L untuk kegunaan saya disebabkan saiz betis saya ni agak terlebih-lebih bambam hahahaha.. Mujur la masa pakai tu muat tak bergerak langsung kemas n ketat di betis best sangat.. buat aktiviti lasak dalam rumah jer hahahaha.. kiranya bersukan la juga kan..


Ok la setakat ini dulu saya memperkenalkan produk LASTS™ Premium Calf Compression Sleeve kepada anda, so kepada anda yang aktif dengan aktiviti bersukan dan lasak saya syorkan anda harus mendapatkan LASTS™ Premium Calf Compression Sleeve segera untuk kegunaan anda untuk melakukan aktiviti outdoor di PTT Outdoor iaitu  laman web yang menjual Peralatan Untuk Aktiviti  Outdoor di Malaysia banyak lagi produk yang saya tengok ada di jual di sana seperti untuk kegunaan Travel, Cyling, Fitness dan running. Jom cepat-cepat pergi terjah sekarang di web dekat bawah ini !!!!

Untuk maklumat lanjut sila layari :-

Website

Facebook

Instagram






Wednesday, August 23, 2017

Nak Dapat Duit Nilai USD Dengan SushiVid

Nak Dapat Duit Nilai USD Dengan SushiVid | Assalamualaikum, Hai korang semua apa khabar Cik Ash harap semuanya sihat walafiat.

sushivid

Cik Ash di invite oleh seorang blogger melalui email untuk join satu website untuk jana pendapatan USD dengan SushiVid ni.. Cik Ash apa lagi ambik peluang untuk daftar program begini nampak macam best pulak.. Join jer dulu lepas ni belajar untuk mendapatkan nilai yang lebih banyak lagi.. Cik Ash buka kembali website tu dan chek balik  bahagian current funds wah terkejut tengok nilai $5.68 bila ditukarkan ke duit malaysia dalam rm24.30 gitu la. 


Apa kata korang yang ada facebook, instagram dan blog jumlah Follower sebanyak 2000 apa kata jom join  SushiVid ni, pendaftaran hanya percuma sahaja tak ada caj apa-apa pun la. Nak join tak taw cara untuk daftar meh tengok dekat bawah ni pastikan anda memenuhi salah satu daripada syarat-syarat tersebut. Berikut adalah syarat-syaratnya :- 





Jika anda ada account youtube , seorang yang sangat aktif memuat naik video di youtube anda boleh memohon dengan bilangan 250 Subscribes. Manakala kalau anda ada instgram suka share gambar-gambar di instgram untuk memohon menggunakan instagram memerlukan 2000 followers. Dan untuk blogger pun boleh join jugak dengan bilangan setiap bulan pagesview sebanyak 2000PV. Hanya 3 syarat itu korang boleh pilih mana satu , cik ash pilih menerusi blog sebab pageview dekat blog kalau sebulan dapat dalam 2k jugak la.. kalau sehari tak denya hahahaha.. 

Di dalam Sushivid anda juga boleh memilih iklan untuk membuat duit dengan cara propose ataupun approach pengiklan yang ada di dalam sushivid untuk membuat duit dengan kempen yang mereka senaraikan di dalam itu macam-macam kempen ada dekat situ ya, dan sebagai contoh saya tunjuk kan dekat bawah ni :-


Ok la ini Cik Ash undur diri dulu, jumpa lagi.. Korang Apa tunggu jom la  daftar adalah percuma, tidak ada caj apa pun. Boleh daftar secara PERCUMA !!!!!



Tuesday, August 22, 2017

FACE MASK GIVEAWAY by Asyiqin89



Jom join giveaway ini juga.. syok kalau dapat face mask ni hihihihi.... 

Nak join klik jer banner dekat atas tu.. 

Lepas tu ikut la syarat-syarat kat blog tu.. 

Tarikh tutup : 5 September 2017 


Segmen AIRAHSYAHIRAH.BLOGSPOT Cari Bloglist !


Assalamualaikum... Hai malam ni cik ash terajin nak join giveaway yang di buat oleh rakan-rakan blogger.

Jom memeriahkan giveaway ini mana taw ada rezeki tersenarai dalam bloglist  ke.. syaratnya pun senang sangat ni.. Kalau nak join klik jer banner dekat atas tu

Tarikh tutup : 30 Ogos 2017 

Akhirnya Dapat Juga Rasa Susu Kurma Farm Fresh

Akhirnya Dapat Juga Rasa Susu Kurma Farm Fresh | Assalamualaikum.. Hai korang semua apa khabar, cik ash harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat ya..


Susu Kurma Farm Fresh

Setelah sekian lama teringin nak merasa Susu Kurma Farm Fresh ni akhirnya cik ash dapat juga merasa kenikmatan meminum susu yang dikata sedap sangat.. korang yang berada di sekitar kulim lepas ni senang tak yah nak cari dealer untuk susu ni taw sebabnya cik ash ada nampak susu kurma ni dah di ada di pasaraya giant dan tesco kulim..

Sebelum ni memang tak ada taw cik ash selalu usha kat kawasan air tu ada yang susu putih jer pun hahahaha, cik ash susu putih agak kurang la sikit nak minum selalu beli yang coklat tu jer la, tu kalau time nak jer la kan.. Masa duk usha tu ternampak susu kurma farm fresh ni apa lagi cik ash ambik dalam 2 botol harga untuk satu botol RM7.90 sahaja dekat tesco ..manakala dekat giant pulak harga RM7.99 sahaja.



Aritu cik ash ada pergi shopping barang dapur ajak suami pergi usha kawasan air tu sebab cik ash terbaca dekat status rakan facebook mengatakan Susu Kurma Farm Fresh ni dah ada di semua tesco. Bersungguh-sungguh cik ash nak juga cari hahahahaha... nampak sangat terlalu lama nak  minum susu ni.

Sebenarnya ada jer orang COD susu kurma ni kerumah tapi cik ash tak berapa nak suka cara begitu hahahaha.. nak kena tempah dulu la pulak orang nak cod tu tak masuk kawasan perumahan kami la ajak suruh jumpa di tempat lain.. suami agak kurang macam tu dia kata banyak urusan lagi kita nak buat hihihihihi.. so cik ash tak jadi nak order la susu kurma itu..

Sekarang tak payah duk risau bila nak minum Susu Kurma Farm Fresh boleh saja terus dapatkan di Tesco Kulim ataupun di Giant Kulim , memang setiap bulan shopping barang dapur dekat sana pun hihihihi, susu kurma ni akan masuk dalam senarai air cik ash suka kalau pergi shopping dapur hasrus beli 2 botol hihihihi..botol dia pun comel  boleh guna letak air simpan dalam peti sejuk hahahahaha...

Review cik ash mengenai Susu Kurma Farm Fresh ni sedap sangat sebabnya cik ash pernah buat susu kurma macam ni sebelum ni, rasa dia macam kita minum air cendol taw kalau ada cendol ni mesti lagi sedap minum. Mil cik ash pulak bila rasa air dia agak kurang sikit biasa la orang tua kan minuman yang pelik-pelik kurang nak minum taw, Mil cik ash suka minum teh o jer setiap hari. hihihihihi.. Manakala suami cik ash pulak tanya dia pasal air Susu Kurma Farm Fresh ni pulak dia senyap pulak mesti tak suka ni hahahahha... memang suami cik ash segala jenis susu susah sangat nak minum kadang-kadang cik ash membebel kat dia.

Ok la korang semua cik ash undur diri dulu ya, jumpa lagi di entri yang lain pulak..korang harus susu kurma farm fresh ini sedap sangat taw... hihihihi..



Monday, August 21, 2017

Shopping Di SG Shop Guna Kredit RM200

Shopping Di Sg Shop Guna Kredit RM200 | Assalamualaikum.. Hai korang semua apa khabar, cik ash harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat ya.. 


Alhamdulilah sebelum ini cik ash ada kongsikan berkenaan dengan  kemenangan cik ash ada join contest dapat credit RM daripada SG Shop, Cik Ash bersyukur sangat dimurahkan rezeki dapat kemenangan contest yang cik ash join di facebook dan blog.. Cik Ash ada ceritakan kemenangan itu blog ini boleh baca dekat MENANG GIVEAWAY SHOPPING CREDIT GIVEAWAY BY CIKZA dan MENANG GIVEAWAY SG SHOP BY THE JESSELTON GIRL ini.. Cik ash dapat kredit rm200 sg shop masa tu syukur rezeki Allah bagi dekat cik ash.. dapat la shopping dekat sana kan..

Pada 14 Julai aritu cik ash pun shopping la dekat SG Shop itu, memang masa memula shopping kat sana tak berapa nak faham sangat, perasaan takut sebab barangan daripada china kan, takut salah pilih barang kan nanti jadi mahal harga pos pulak.. 

Pening juga nak mencari barang apa yang nak  shopping dekat SG Shop ini almaklum pertama shopping kan, semua barang di sg shop daripad china taw harga murah pada kita duk beli sini , cuma harga untuk cas pos la mahal la sikit. 

Lama juga cik ash duk pilih barang yang nak shopping dekat sg shop ni pilih punya hanya 6 barang yang rasa nak beli, hahahahahaha , berikut adalah barang yang cik ash shopping dekat sana jom usha barang apakah cik ash shopping ini.. 


Tote Bag ni cik ash  berkenan sangat sebab ada tempat letak kad senang la sikit nak letak  kad yang dah banyak ni.

tote bag 

Baju tidur pulak saja-saja nak tambah koleksi tapi sayang ingat ke pilih saiz dah besar muat la dengan cik ash tapi sayang tak muat hihihihi.. lastnya baju ni cik ash nak bagi dekat ma la nanti.. harap ma suka la nanti...

baju tidur 

Baju Cardingan ni pulak cik ash dah lama nak beli tapi selalu jumpa tak muat dengan cik ash, akhirnya jumpa dekat sini beli la tu, alhamdulilah muat senang la kalau pakai baju lengan pendek boleh pakai dia kat luar.. hihihihihi.. rugi tak beli dua aritu... huhuhuhu..

baju cardingan

Yang ni pulak cik ash beli untuk suami tersayang barangan orang lelaki la, kalau nak taw apa sila klik kat SINI hihihihihihi..

untuk suami

Bag balik kampung ni cik ash beli sebab hunjung bulan 8 insyaAllah cik ash nak balik kampung ada bag besar ni senang letak pakaian kami suami isteri hahahahha..

Bag balik kampung

Rak letak pisau dan lain-lain ni pulak cik ash beli sebab yang sedia ada kat rumah dah pecah so nak gantikan yang baru cik ash suka yang jenis macam ni senang boleh letak pisau sama, letak sudu, garfu dan lain-lain 


Ok la korang semua itu saja barang yang cik ash shopping dekat SG SHOP aritu, rasa teringin nak shopping  lagi la barang dekat sg shop lagi pun masih ada baki lagi 


Sunday, August 20, 2017

Catatan Popular Sepanjang Bulan Julai 2017

Catatan Popular Sepanjang Bulan Julai 2017 | Assalamualaikum.. Hai korang semua apa khabar, Cik Ash harap semuanya sihat walafiat ya. Maafkan Cik Ash agak terlewat nak share dekat korang semua mengenai post popular sepanjang bulan julai 2017 aritu.


Agak terlewat Cik Ash share Catatan Popular Sepanjang Bulan Julai 2017 aritu, biasa la banyak urusan kat luar kena urus sampai terlupa apa yang patut buat dekat blog ni.. 

Entri yang menduduki carta teratas untuk bulan lepas ialah Cara Nak Tukar Password Streamyx sebanyak 924 view, Install kodi dalam Android Box Hypptv jatuh la pulak untuk bulan jumlah view sebanyak 700 view jer, dan yang lain masih sama saja tak ada perubahan langsung.. 

Kalau ada yang terlepas baca entri yang Cik Ash share sebelum ini boleh jer baca dekat senarai Catatan Popular sepanjang bulan Julai 2017 dekat bawah ini dan klik di link di bawah untuk baca dekat bawah ini








Ok la setakat ini dulu Cik Ash share dengan korang semua pasal popular post dekat blog ni sepanjang bulan julai aritu, jumpa lagi di entri yang lain terima kasih kerana membaca entri Cik Ash..

Thursday, August 17, 2017

Cucur Kembong Viral

Cucur Kembung Viral | Assalamualaikum.. Hai korang semua apa khabar, ada kesempatan menulis blog cik ash kongsikan la aritu ada buat cucur kemvung viral ni.. 


Baru taw cara nak buat cucur yang lembut sampai ke pagi.. Lepas bulat comel jer tengok.. Aritu suami cik ash keje shift malam tu teringin nak buat cucur kembung viral ni.. Resepinya dah lama cik ash ambik dekat group MAHI tu dekat situ banyak resepi yang senang nak buat.. 







First time buat cucur kembung bila tengok hasil gotel-gotel bulat menjadi tersenyum gembira la cik ash, selalunya nak buat cucur ni agak kurang nak menjadi bulat macam tu asyik leper jer hahahahaha.. 

Lagipun suami cik ash suka makan style leper-leper ni dia nak makan bunyi krup krup bila makan cucur tu.. Loni bila dah tukar style kembung ni suami cik ash dah mula nak beralih arah ni hihihihi.. 

Sampai pagi cucur kembung tetap lembut di makan taw, suami cik ash bagitaw dia makan masa pukul 4 pagi lembut lagi tak keras langsung, patut la cucur dekat kedai lembut macam ni buat style begini kut.. Cik Ash try juga makan ada lebih dalam 3 biji makan dalam pukul 8 pagi pun tetap lembut lagi.. 

Lepas ni nak buat cucur style macam ni jugak guna ikan bilis,ubi kentang dan macam-macam lagi bahan yang boleh di masukkan ke dalam cucur janji kita yang buatkannya bukan ianya buatkan kita.. InsyaAllah menjadi nanti.. Belum cuba belum taw kan.. 

Dekat bawah ini cik ash sertakan resepi yang sempat cik ash screen shoot dekat group masakan tu.. Jom usha resepi senang dan mudah sangat.. Yang tak pandai buat akan jadi rajin nak buat lepas ni.. 

Resepi Cucur Kembong

Bahan-Bahan 
2 Cawan Tepung Gandum 
2 Cawan air panas 
3 sb gula 
1/2 st garam 

Cara membuatnya :- 
1. Campurkan tepung gandum+gula+garam ke dalam mangkuk, gaul sebati. 
2. Masukkan air panas dan kacau dengan senduk sehingga sebati, biarkan sedikit sejuk. 
3. Bila adunan dah sejuk, ambik sedikit adunan dan bulatkan (saiz bulat itu cik ash guna penimbang buat dalam 10gm. * Ok masa nak bulatkan adunan akan melekat dekat tangan so nak bagi doh tu licin, calit sikit air dekat hujung jari supaya doh yang kita nak bulatkan itu tak melekat di tapak tangan, bulat-bulat susun la dalam dulang ke. 
4. Panaskan minyak, guna kaedah minyak penuh,mananya cucur kembong tu teenggelam dalam minyak. 
5. Bila minyak dah panas slowkan api sket supaya tak nak bagi doh tu terkejut satgi kale tak cantik la pulak,lepas tu besarkan api balik ,kena goreng dengan api yang besar. 
6. Goreng sambil kacau-kacau, golek-golek cucur tu  untuk sekatakan warna cucur anda. 

Ok la itu saja resepi Cucur Kembong Viral tu.... selamat mencuba korang, mudah dan senang mesti menjadi insyaAllah... 

Wednesday, August 16, 2017

ATIEHILMI.COM FIRST GIVEAWAY UKHWAH KITA KERANA ALLAH

ATIEHILMI.COM FIRST GIVEAWAY UKHWAH KITA KERANA ALLAH | Assalamulaikum, Hai korang semua hari ini rasa nak join giveaway dekat blog la.. jom korang memeriahkan giveaway ni.. 






Giveaway ini telah di anjurkan oleh saudari AtieHilmi, syarat-syaratnya sangat mudah rugi kalau korang tak join taw.. 

CARA-CARANYA :

1 : FOLLOW blog kakak
  • kakak akan follow awak balik nanti..
2 : FOLLOW G+ kakak
  • pun sama !! kakak akan follow balik jugak nanti..
3 : FOLLOW INSTAGRAM kakak

4 : LIKE FANPAGE kakak

3 : TULIS entri berkaitan ATIEHILMI.COM FIRST GIVEAWAY UKHWAH KITA KERANA ALLAH

Pemenang giveaway sepenuh daripada random.org ya.. 

Jom cepat-cepat memeriahkan giveaway ini sebelum tarikh tamat pada 22.08.2017 taw... 


Tuesday, August 15, 2017

De Madinah Cafee Di Kulim

De Madinah Cafee Di Kulim | Assalamualaikum..Hai korang semua apa khabar cik ash harap semuanya berada dalam keadaan sihat ya..


Entri ni dah lama tersimpan dalam draf jer, lagipun cik ash pergi makan di kedai De Madinah Cafe Di Kulim dah lama pun pada 22 Julai 2017 aritu lagi.. Hari ini baru nak kongsikan dengan korang semua nampak sangat dah basi baru nak kongsi kan.. hihihihihi...

Pada 22 Julai aritu cik ash diprankkan oleh suami dia buat kejutan katanya dia off keje memang aritu cik ash cuti memasak.. pagi makan nasi dekat Eiman Kitchen balik daripada beli lauk dalam tengah hari pulak suami bawa pergi makan roti canai dekat taman perumahan kami..




Malam pulak kalau ikut suami cik ash nak bawa pergi makan dekat EON's Kulim Foodcourt tak jumpa cari kedai belah mana hihihihi biasa la suami cik ash namanya duk di kulim tapi bab kedai makan di kulim dia memang tak taw sangat sebabnya masa zaman bujang jarang nak keluar makan luar.. loni jer sejak ada bini bila time cuti kalau masa ada terluang suami mesti bawa makan kat luar hihihihi.. Eh nak jadikan ceritanya kami pun pergi la makan di De Madinah Cafee ni kiranya kali kedua cik ash berkunjung ke kedai makan ini..

Chicken Chop Combo 

De Madinah Cafee terdapat banyak cawangan antaranya di Sungai Petani,Kepala Batas. Manakala di kulim lokasinya terletak berdekatan dengan TESCO Kulim, di atas tempat restoran tu ada tempat gym untuk orang lelaki yang suka bergym boleh singgah situ sambil makan de madinah ni.. hihihihi...

Nasi Arab Kambing

Apa yang best di De Madinah Cafee ni sebabnya ada keistimewaan di De Madinah Cafee adalah makanan yang dihidangkan di dalam talam mengikut konsep sunah tanpa abaikan kualiti  dan rasa makanan, kalau anda yang order set keluarga yang hanya RM55 setalam, anda boleh makan 4 atau 5 orang dengan nikmati pelbagai hidangan barat seperti chicken chop,lamb chop,daging burger,jejari ayam,roti bakar telur berdene,sosej,kentang goreng,coleslaw dan satu jug teh O ais ataupun sirap di sediakan.. Tapi kami tidak pilih set talam kami pilih jenis yang combo.

Di dalam set Combo Chicken Chop memang puas hati makan taw sebabnya turut sertakan dengan makanan yang lain seperti jejari ayam,kentang goring, roti bakar telur berdeney, coleslaw dan minuman the o aus atau sirap yang disediakan. Lebih kurang sama dengan lamp chop juga. Manakala turut disediakan set nasi arab kambing dan ayam,mil cik ash punya nasi arab dia teringin nak makan lagi pun chicken chop ni dia agak kurang hihihihihi… nampak sedap juga nasi arab de Madinah ni cik ash try sikit jer sebabnya cik ash tak makan kambing hahahaha bau pun tak boleh sakit kepala bila bau.. hahahahha..

So anda yang berada di sekitar kulim boleh la singgah makan di De Madinah Cafee ni di lokasi di kulim, terletak di Taman Cengal Indah yang berhampiran dengan Pasaraya TESCO Kulim. Anda semua boleh juga berkunjung ke FB DMC Kulim ataupun boleh jugak rujuk alamat dan peta dekat bawah ini ya. 

D'Madinah Corner
Jalan Cengal 3/19, 
Taman Cengal Indah I,
 09000 Kulim,
 Kedah

Jam : 5.00 pm hingga 12.30am





Ok la itu saja review cik ash tempat makan best di De Madinah Cafee untuk korang semua jumpa lagi nanti ya..