Review Novel Bagaikan Puteri Karya Ramlee Awang Murshid
Bagaikan Puteri
Assalamualaikum..
Hai korang semua apa khabar Cik Ash harap semuanya sihat walafiat ya.
Hari ini Cik Ash terajin nak review novel yang ada dalam koleksi Cik Ash dah lama sebelum kahwin lagi duk kumpul taw.. kesemua koleksi laksmana sunan ada 8 buah taw.. Bagaikan Puteri ni ada novel kedua yang Cik Ash beli pada 4/7/06 lama kan novel ni dengan cik ash .. hahahhaha... novel ni masih elok kemas terbalut lagi...
Novel Bagaikan Puteri ini la menarik minat Cik ash untuk membaca novel daripada Ramlee Awang Murshid kiranya bukan koleksi laksamana sunan cik ash ada lagi novel lain yang cik ash beli semua tu ada di kelantan cik ash tinggal dekat kat kampung hihihihi..
Review Novel Bagaikan Puteri
Daripada pembacaan Cik Ash mengenai novel Bagaikan Puteri ini dari segi cerita memang tidak mengecewakan, Novel ni mempunyai 574 muka surat ... Ramlee terlalu kreatif dalam melengkapkan babak-babak cerita dengan memberi unsur yang saspen kepada Cik Ash..turut disertakan tragedi berdarah,pemgembaraan yang memcabar, Bagaikan Puteri ini mengisah cerita pada penghujung kurun ke 15, zaman hang tuah tu.. baca bagaikan puteri siap boleh berimaginasi dan membayangkan kehidupan penduduk Tanah Melayu pada zaman tersebut macam ner..
Watak jahat yang bermusuh dengan Laksamana Sunan ialah Nyi Burga Kelara. Mempunyai kejahatan kekuasan yang lebih boleh bertukar-tukar jadi macam-macam yang dimilikinya membuatkan novel ni bertambah menarik dan mencabar sangat.
Lagi yang Cik Ash teruja apabila Haryani di abad ke 21 telah dilintasi masa selepas mengalami koma akibat kena rompak telah masuk ke zaman penghujung kurun ke 15 dan bertemu dengan laksamana sunan... banyak kisah pergembaraan laksamana sunan yang memcabar dilalui bersama. di dalam pertemuan haryani dan laksaman sunan saling la jatuh cinta, tapi cinta mereka hanya terpedam dan mendiamkan diri sahaja..
Laksamana Sunan merupakan seorang yang sangat merendah diri dan bibirnya sentiasa dibasahkan dengan Zikirullah. Setiap puji pujian yang diberikan terhadapnya terus diserahkan puji pujian tersebut kepada Allah s.w.t, kerana Allah jualah yang mengurniakan segala kelebihan yang dimiliki oleh nya.
Dalam novel ada part yang mencuit sedikit hati Cik Ash sebab kelakar la jugak apabila Haryani diculik oleh makhluk halus yang dikenali sebagai Balan Balan (hantu penanggal). Laksamana sunan la penyelamat datang menghapuskan semua makhluk makhluk tersebut. Di dalam ketakutan dengan makhluk Balan Balan itu Haryani terus memeluk Laksamana Sunan., hahahahha... kemain berpeluh Laksamana Sunan la sebab mana pernah wanita peluk dia sampai macam tu, terkaku seketika kat situ, mujur la ada sahabat Laksamana Sunan Djailuh yang menegur baru laksamana sunan sedar.. hihihihi beristigfar.
Dalam novel bagaikan puteri ada kata-kata yang Cik Ash suka sangat siap terbayang mushaf yang ditulis oleh Laksamana Sunan dalam tulisan Jawi mesti lagi cantik daripada kata-kata ini..
" Apabila hujan turun,melimpahlah air daripada perbukitan,aliran menujah ke batu, melekuk tanda waktu beralih, seiring nyawa menghanyut usia, sejalan nafas melangkah ke hujung".
dan juga kata-kata ni
"Awan kalau dapat dicapai..maka saktilah hamba".
Penamat dalam novel ini juga memang terkesan di hati cik ash , apabila dikaitkan dengan peristiwa tsunami yang berlaku pada tahun 2004 itu tapi berlaku pada penghujung tahun ke 15 Apa yang akan terjadi dengan Haryani, Dani , Laksamana Sunan nantikan sambungan Siri Review Cinta Sang Ratu bakal menyusul kemudian nanti.. hihihihihi.. P
Ok la setakat ini dulu Cik Ash menulis review mengenai novel jumpa lagi di entri lain-lain ya...
This post have 6 komentar
rajin btul mmbaca..:)
ReplyAs salam.
ReplyReview novel pula ya... best sangat
Huhuhu kite punye koleksi sunan tak bergerak lagik.. tak tahu bila nak baca..
Replykalau ikut malas jer.. ni bila dah start baca ni jadi minat la...
Replyha ah review novel pulak... hihihihi..
Replyekin ni dah kali berapa baca novel ni... x bosan baca novel...
Replyash.rie8506@gmail.com
EmoticonEmoticon