1st Day Raya 2017| Beraya Di Kedah , Assalamualaikum...Hai , reader blog Cik Ash yang di kasihi... apa khabar semua, sihat ke... masih lagi beraya ke.. baru sempat share cerita pasal raya.. Cik Ash raya puasa tahun ni beraya di Kulim Kedah..
kad raya |
Hari raya pertama aritu Cik Ash buat menu Nasi Impit,Kuah Kacang dan sambal ikan.. satu menu jer Cik Ash buat sebab cik ash tak beberapa sihat mana,sampai gambar pun Cik Ash tak sempat nak snap hahahahaha.. nasib baik gambar kami berdua ambik la jugak.. lagi pulak Cik Ash dan suami pergi beraya di rumah kak ipar buat nasi berlauk dan rendang ayam, pak saudara suami buat nasi gulai ayam dan rendang daging ,mak saudara suami ada yang buat mee kari dan makaroni goreng. jalan-jalan rumah mereka dah buat perut kenyang sangat hahahaha taw.. makan tak ingat tu nak buat macam ner bulan puasa aritu jatuh sakit makan tak lalu bila raya sakan duk makan kan.. berat pun dah naik hihihihi..
Hari raya kedua pulak Cik Ash masak gulai ayam style kelantan,sambal belacan dan acar timun, kebetulan buat gulai ayam ni kakak Cik Ash akan datang dirumah Cik Ash tu terlebih rajin buat lagi dia yang kata teringin nak makan gulai ayam Cik Ash so buat la untuk dia makan sambil kami bertiga kat rumah makan jugak hihihihi... Sebelah pagi Cik Ash pergi beraya di rumah mak saudara Cik Ash ibu mentua kepada kakak Cik Ash di sungai petani, kami suami isteri beraya duk dirumahnya lama juga sampai pukul 3.30 petang tu baru balik ke rumah sambil di follow kakak Cik Ash nak beraya di rumah Cik Ash.
Kunjungan kakak dengan anak-anaknya menceriakan Cik Ash sekejap hihihihihi.. anak-anak saudara dah besar mulut dah macam orang tua siap tanya soalan cepuk emas "Cik Ash Bila Nak Ada Anak" aduhaiii pandai bertanya anak kak poh yang no 2 ni.. Jawab la Cik Ash dengan jawapan belum ada rezeki lagi rukniah tolong doa la Cik Ash ada baby nanti..
Raya ketiga pulak suami Cik Ash bawa pergi tengok wayang cerita Transfomer hihihihi.. nanti Cik Ash review dalam entri lain ya... dan seterusnya Cik Ash duk dirumah kembali la tugas rutin harian surirumah tangga kan... ada jer nak buat tak habis-habis jer, ni baru sempat menulis entri dekat blog rasa blog dah lama rehat bercuti raya ni.
Ok la setakat ini dulu Cik Ash menulis entri raya kami suami isteri ni... Jumpa lagi nanti ya... Selamat Hari Raya Aidilfitri.
This post have 8 komentar
meriahnya raya..selamat hari raya ekin..:)
ReplySelamat hari raya
ReplyDh 8 syawal hari ni.
Selamat hari raya....nasi impit.
Reply.dap er.dengan kuah kacang...nyum nyum
raya kedah biasa2 jer.. tunggu turn balik raya kelantan hihihihi tak sabarnya
ReplySelamat Hari Raya Pakcik WP
Replymemang sedap febret suami cik ash memang duk buat la sokmo
Replyanggap pertanyaan anak buah tu sbg doa, ekin.
Replyin shaa Allah :)
InsyaAllah kak
Replyash.rie8506@gmail.com
EmoticonEmoticon