Monday, June 12, 2017

Nasi Lemak Kelantan

Nasi Lemak Kelantan

nasi lemak

Assalamualaikum... 
Hai korang semua apa khabar Cik Ash harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat ya..

pada 7.6 suami cik ash buat permintaan lagi nak makan nasi lemak hihihihihi.. alamak dah lama tak buat nasi lemak last buat tahun lepas hahhaha.. nampak kan cik ash  jarang sangat masak nasi lemak ni.. biasa la orang kata senang buat tapi suami cik ash ni nak makan semua bahan-bahan nasi lemak kena ada cukup lengkap... seperti nasi lemak,telur rebus,ikan bilis, papadom,kacang goreng,timun.. ada barang baru sedap makan nasi lemak suami cik ash kata..




So hari itu suami semangat cari bahan-bahan untuk buat nasi lemak lepas balik pada hospital kulim ada urusan di sana..pergi bayar bil rumah dan kereta, lepas tu pergi ambik duit brim mok lagi..  mujur sempat juga cari bahan-bahan dah waktu tu dah petang dalam pukul 1 lebih.. santan jer tak ada guna jer santan kotak tu suami agak kurang dengan santan kotak ni..

Eh hampir terlupa cik ash nak kongsi resepi dengan korang semua, jom la usha resepi cik ash buat nasi lemak ini..

Nasi 
3 cawan beras
3 1/2 cawan air
1 cawan santan kotak
halia
cengkih
bunga lawang
garam sedikit

cara membuatnya :-
1. Basuh beras hingga bersih lepas tu masukkan bancuhkan santan dengan air lepas masukkan ke dalam rice cooker tu.
2. Lepas tu masukkan halia,cengkih, bunga lawang dan sedikit garam gaulkan nasi sampai sebati semua bahan-bahan.
3.Masak la nasi seperti biasa bila dah masak dalam 2 minit tu pergi gaul nasi nak bagi sekata nasi kita masak tu..


Sambal Ikan Bilis 
Bahan-bahan
1 mangkuk ikan bilis -di goreng
2 biji bawang besar - diblender
3 ulas bawang putih =diblender
15 keping cili kering - dikisar
2 sudu besar gula
1 sudu kecil serbuk pati sedap
sedikit garam

Cara Membuatnya :
1.Ikan bilis di goreng hingga garing,lepas siap goreng biarkan tutup ikan bilis dalam bekas tak mau bagi masuk angin.
2. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga garing, selepas itu masukkan cili kering tumis hingga pecah minyak.
3. Bila dah pecah minyak masukkan gula dulu taw,petua sambal jadi merah cantik..hihihihi.. lepas tu baru la masukkan garam,serbuk perasa masak sambal tu.
4. Bila sambal dah masak hidangkan dalam pinggan.( ekin tak letak ikan bilis dalam kuah sebab suami nak makan asing-asing)

Bahan-bahan lain 
Telur 3 biji di rebus
Timun 1 batang di belah
Papadom
Kacang tanah di goreng

Ok la itu saja resepi cik ash buat nasi lemak ni cara ekin mungkin korang yang share resepi nasi lemak berbeza kan.. janji nasi lemak yang dimakan ni dapat pujian daripada suami kata sedap baru nasi lemak cukup lengkap semua bahan ada hihihihi.. So yang mana nak cuba resepi  cik ash ini dipesilakan la ya.. jumpa lagi di entri yang lain nanti..

5 comments:

  1. Uii sedapnya ni cik ash. Kinah pun dah lama tak masak nasi lemak ni

    ReplyDelete
  2. aida memang x pernah buat nasi lemak, ekin :)
    x pandai sgt nak masak nasi nyer tu...
    oh ada GA? ok... aida join jap.

    ReplyDelete
  3. Sedapnya nasi lemak.. nyumm.. thanks for sharing recipe sis..

    ReplyDelete
  4. Ekin, thanks.
    Nanti saya cuba.

    ReplyDelete

ash.rie8506@gmail.com