Friday, June 30, 2017

Giveaway Annivesary Dan Duit Raya By Cik Ash TAMAT

Giveaway Annivesary Dan Duit Raya By Cik Ash

TAMAT

Assalamualaikum...
Hai korang , apa khabar , cik ash ucapkan  Selamat Hari Raya kepada rakan-rakan semua.. Dah hari raya keenam kita ni duk dirumah kembali kepada rutin harian menaip blog dah cik ash  hihihihi..

Syukur Alhamdulilah akhirnya giveaway yang cik ash buat dekat blognya tamat sudah seramai 64 orang yang join pernyertaan giveaway ini..kalau ikut 65 orang masa awal ekin chek satu link blog ada entri tu.. selepas itu ekin ada baca komen daripada kawan kata ada link entri tak wujud so ekin double chek memang ada satu blog tak wujud link entri giveaway ini.  

Keputusan pemenang ekin akan umunkan pada 3 Julai 2017 nanti... Nantikan siapa pemenang-pemenang yang bertuah yang akan dapat hadiah ni..

Pemilihan pemenang sepenuhnya dari random.org ya.. 

Thursday, June 29, 2017

Giveaway Annivesary Dan Duit Raya By Cik Ash

Giveaway Annivesary Dan Duit Raya By Cik Ash


Assalamualaikum..  

 Alhamdulilah akhirnya Giveaway yang telah lama ekin rancang akhirnya tercapai jugak.. Terima kasih kepada sponser-sponser yang telah memberi kepercayaan kepada Cik Ash untuk menjalankan Giveaway ni.. Giveaway  ini  merupakan Giveaway Cik Ash yang pertama Cik Ash buat.. Giveaway ini bersempena dengan Annivesary Perkahwinan Cik Ash dan suami , dan kebetulan Besday Aboh kebetulan jatuh hari raya so sebab itu di beri nama Giveaway Annivesary dan Duit Raya.

Hari ini 29 Mei 2017 pelancaran Giveaway Annivesary Dan Duit Raya By Cik Ash sudah bermula so kepada kawan-kawan jom memeriahkan  Giveaway cik ash ini.. Giveaway ini akan bermula pada 29 Mei 2017 hingga 29 Jun 2017 tamat jam 11.59 malam.. Keputusan pemenang akan diumumkan pada  3 Julai 2017.. Kemungkinan ada hadiah penghantaran pos lambat kena faham minggu raya lagi kan.. 15 Hadiah yang akan di berikan kepada pemenang nanti.

Pemilihan pemenang akan mengunakan Random.org sepenuhnya untuk mengelakkan pilih kasih hihihihi..  


Hadiah Untuk Pemenang 

Cash 
Cash RM50 - 2 Pemenang
Cash RM30 - 1 Pemenang
Cash RM20 - 1 Pemenang 

Top Up 
RM10 - 3 Pemenang 
RM5 - 1 Pemenang

Barang-Barang Lain 
1 set kerongsang - 1 Pemenang 
Tudung- 1 Pemenang 
Eyeliner - 3 Pemenang 
Cermin 2 in 1 - 1 Pemenang 
Watermark - 1 pemenang 

 Syarat-syarat untuk menyertainya :-  

1. Tulis satu entri yang bertajuk "Giveaway Annivesary Dan Duit Raya" (copy banner dekat atas) 

2. Follow Blog 
     Cik AshMia LianaMurni Alysa , Cik Kejupenyet , Busyra Takiyudin ,                      MamaDarwiishLokman Amirul dan Farahglanzdotcom 

3. Like FB Pages 
 Cik Ash ,Mia Liana, Cik Pinz , Medina Desire Detox Tea,Busyra Takiyudin, Lokman Amirul dan FarahGlanzDotCom

4. Follow Instagram
  Cik Ash ,Murni Alysa , FarahGlanzDotCom, Mia Liana, detoxteamedinadesire1

5. Dah siap, sila tinggalkan URL "Giveaway Annivesary Dan Duit Raya   dekat komen di bawah. Terima kasih kepada anda yang sudi join giveaway ekin yang pertama ni.. 

Thursday, June 22, 2017

Rancangan TV Hari Raya Di Astro

Rancangan TV Hari Raya Di Astro

rancangan tv 

Assalamualaikum...
Hai korang semua apa cik ash harap semuanya berada dalam keadaan sihat ya... alhamdulilah kesihatan cik ash dah kembali beransur pulih masa ada lagi rasa gastrik tapi tahan pada aritu kalau duk selembik  atas katil letih jer....hihihihihihi.. 


Bila tiba hari raya ni mesti la ada rancangan telemovie, Hindustan dan TV show hari raya kan.. jangan lupa temunjaji korang dengan rancangan tv drama-drama yang pernah main di astro aritu.. 
Di bawah ini di antara-antara drama yang pernah main dulu di astro ria 
ialah  Famili Tuan Ihsan - 1 Syawal 25jun17 - 10.00 pagi di astro ria ,Suri Hati Mr Pilot Raya - 1 Syawal 25jun17 - 9.00 malam di astro ria ,Abang Bomba I Love Raya - 2 Syawal 26jun17- jam 10.00 pagi  di astro ria,Sayang  Papa Saya Tak Raya - 3 Syawal 27jun17 - jam 10.00 pagi di astro ria. 



Rancangan Maharajalawak Mega Raya pun akan di tayangkan siarannya pada 1 Syawal 25jun17 jam 12 tengah hari di astro WARNA. Gegar Vanganza Kirim Salam Raya siaranya pada 24Jun17 jam 9.00 malam. Turut disiarkan rancangan Parodi Raya Dulu Dan Sekarang pada 2 Syawal 26jun17   jam 1 petang di astro ria..

Manakalan filem hindustan lama iaitu MANN pulak akan ditayangkan di TARA HD pada 3 Syawal 27jun17 jam 9 malam. Dan Sultan 1 Syawal 25jun17 jam 9.00 malam juga. Dan juga filem Kabali siaranya pada 26Jun17 pada jam 9.00malam.


 Ok la itu saja yang Cik Ash nak kongsikan dengan korang semua.. rasa cik ash banyak lagi rancangan tv ni ..jangan lupa tengok ya.. rasa cik ash mesti tak sempat nak layan sebab asyik beraya.... raya keempat tu baru relaks suami dah bekerja.. 


Wednesday, June 21, 2017

Raya Di Mana - Lazada Blogger Contest



Lazada Blogger Contest

Assalamualaikum.. 
Hai korang semua, apa khabar cik ash harap semuanya sihat la ya.. Lagi beberapa hari kita akan menyambut hari raya di aidilfitri kan.. mungkin ada yang akan balik kampung masing-masing..

Korang raya mana tahun ni, bagi yang dah berkahwin mesti kena bergilir-gilir untuk beraya kan..

Sempena dengan Hari raya ini lazada sedang berlangsung buat contest, jom memeriahkan mana taw ada rezeki korang dapat hadiah nanti..  Klii dan ikut syarat yang dinyatakan di atas..

Week Four Contest: 

Theme: Travelling Back Home 

 a. Where do you celebrate Raya this year? 


Raya tahun ni kami suami isteri beraya kulim kedah, sebab kami dah rancang sebelum ni lagi  sebabnya nanti raya haji baru balik beraya dekat kampung di Kelantan.. Raya kulim tahun ni kami sambut biasa-biasa jer seperti tahun sebelum ini jugak.. 

 b. List down your "balik kampung" essentials. 


Selalunya kalau bab list barang untuk balik kampung cik ash yang akan kemaskan pastikan keperluan pakaian,beg,kasut, keperluan barang mandi,minyak wangi, pengecas handphone,cik ash akan list berapa hari nak balik raya contoh lima hari cik ash akan bagikan pakaian untuk siang hari dan malam.. kira nya beg untuk balik kampung ni dah macam sebulan balik hahahhaha.. yer la pakaian suami,pakaian cik ash, pakaian ibu mentua lagi, campur-campur semua tak ke banyak tu.kiranya penuh la jugak bonet kereta suami bila nak balik kampung hihihihi.. 

 c. What would you like to buy on Lazada’s platform to bring along for "balik kampung"? 


Apa yang cik ash inginkan persediaan untuk balik kampung nanti ialah seperti di bawah, benda ni sangat penting buat cik ash dan suami

Travel Star 230 Cross Design Hard Case Luggage Set 20+24 inches Black (Free Passport Holder) 


Luggage ini kiranya amat penting buat cik ash sebabnya senang nak packing baju kami suami isteri sementara belum ada baby lagi kan.. kalau ada baby nanti akan ada bag sebab khas untuk dia gak nanti.. hihihihi.. 

Bagstationz Lightweight Resistant Toileries Pouch 

Benda ni harus cik ash kena beli gak sebab senang nanti nak letak barang-barang kegunaan masuk dalam toilet letak dalam ni semua...tak la ada yang tertinggal nanti..hihihihi..

Barry Smith U-Shape Travel Pillow

Travel Pillow ni penting gak untuk cik ash.. hahahahah.. kalau rasa mengantuk sangat boleh relaks kan leher dengan pillow ni.. tak la sakit tekak cik ash nanti kan.. 

Ok la itu saja yang cik ash nak shopping dekat lazada untuk bawa balik kampung nanti.. barang-barang itu amat berguna buat cik ash taw. so kalau korang yang ingin shopping jugak macam cik ash boleh jer ke  http://www.lazada.com.my/riang-ria-raya/ dekat sana banyak barang  keperluan yang kita nak taw.. tambah-tambah lagi kalau yang jenis tak sempat keluar pergi shopping masih sempat lagi nak shopping ni




Tuesday, June 20, 2017

Menang Duit Raya Giveaway by Abam Kie and Pals

Menang Duit Raya Giveaway by Abam Kie and Pals | Assalamualaikum..Hai korang semua, apa khabar puasa ok ke.. cik ash harap semuanya sihat walafiat ya..


menang GA



Alhamdulilah blog cik ash bertuah lagi di bulan ramadan yang mulia ni.. baru-baru ini ekin dijemput oleh blogger abam kie untuk join giveaway beliau so apa lagi join tanda support giveaway itu..

Cik Ash bersyukur sangat Allah bagi rezeki di bulan ramadan ni banyak giveaway yang  cik ash join.. Dalam giveaway abam kie cik ash dapat duit dari raya hihihihi.. rm10 dah berbaloi tu syok ada gak duit raya cik ash dapat tahun ni.. hihihihi..

So yang mana ada join giveaway abam kie sila la baca sini  mana taw adakah korang yang bertuah.. hihihihi..

Terima kasih kepada abam kie dan penaja-penaja giveaway ini.. jumpa lagi nantu dientri yang lain..

Monday, June 19, 2017

Giveaway RM1000 By Solehah Shamsuddin & SGShop Malaysia

Giveaway RM1000 By Solehah Shamsuddin & SGShop Malaysia


Assalamualaikum..
Hai korang ni ada lagi  giveaway SG Shop yang cik ash nak join.. banyak sangat kan.. join jer la korang mana taw akan menang ke rezeki korang ke nanti kan.. 
Syarat dia pun mudah jer.. 

Username SGshop : Shashikin 
Blog Id : Cik Ash
Facebook : Sharifah Ashikin Syed Ali
Instagram : masriesha

Sunday, June 18, 2017

Menang Segmen Bloglist kisahsidairy.com

Menang Segmen Bloglist kisahsidairy.com | Assalamualaikum...
Hai rakan-rakan cik ash apa khabar semua, cik ash harap semuanya sihat walafiat dengan kesihatan yang baik di hunjung bulan puasa ni.



Maafkan cik ash loni kesihatan agak kurang baik , cik ash ni kena gastrik nak makan berbuka puasa dan sahur mesti nak termuntah balik, tapi tak muntah pun, mungkin angin gastrik la kut.. makan pun tak lalu mana macam selalu.. penghapus dosa di bulan ramadan ni.. 

Syukur alhamdulilah tak sangka dengan kesihatan yang agak kurang baik Allah bagi rezeki cik ash menang Segmen yang dianjurkan oleh blogger KisahSidiary ini.. 

So kepada yang segmen blogger pergi la chek mana taw korang yang bertuah ke.. 

Jumpa lagi nanti.. entri tulis pendek sejak sakit ni.. tak boleh nak main laptop sangat.. tak sihat kena rehatkan diri dulu.. nantikan kemunculan entri yang lain di blog cik ash ya..

Saturday, June 17, 2017

Menang Giveaway SG Shop By The Jesselton Girl

Menang Giveaway SG Shop By The Jesselton Girl

menang GA

Assalamualaikum..
Hai korang semua apa khabar cik ash harap semua berada dalam keadaan sihat walafiat.. puasa pun dipermudahkan ya..

Baru-baru cik ash ada  join giveaway SG shop di facebook yang di anjurkan oleh blogger  The Jesselton Girl, cik ash di tag oleh blog shadhira untuk giveaway ini, cik ash ni bab giveaway ini memang suka sangat join kalau ada rezeki menang alhamdulilah sangat.

Akhirnya pada 11 Jun 2017  telah mengumunkan keputusan pemenang itu pun cik ash tak taw pun menang, taw pun daripada kak murni whatsapp kata cik ash menang pening giveaway mana la yang cik ash  menang join banyak giveaway SG Shop ini.. hahahahaha, dah keadaan kesihatan tak mengizinkan buat masa loni bila gastrik datang ni.. tahun ini paling teruk gastrik cik ash kena, tahun sebelum ni ok jer makan lalu jer, tahun ni nak makan tak berapa lalu, selepas berbuka dan bersahur mesti nak terasa muntah balik makanan tu,masak pun  tak larat sangat, asyik tidur kejenya, siap mil bergurau duk kata gastrik jangan-jangan ada benda kut tahun depan mok dapat 2 cucu kut pulak hahahahaha mil pandai buat lawak kalau betul masin mulut mil syukur alhamdulilah, cik ash tak mengharap sangat ada, takut kecewa hihihihi, dah banyak kali ada tanda tapi belum ada rezeki lagi, doakan kan cik ash dikurniakan zuriat nanti.. amin..

Alhamdulilah rezeki ramadan buat cik ash masih ada lagi di blog dan di facebook syukur sangat Allah murahkan rezeki dengan menang giveaway yang cik ash  join terima kasih kepada penganjur dan sg shop di atas hadiah kemenangan kredit RM100 shopping ni.. ada rm200 apa la nak beli nanti duk usha dah kat sg shop tu pening nak pilih barang hahahahaha..

Ok la korang ni taip entri bertahan dari kesakitan taip sikit terlelap jer kejenya bila entri nak siap, jumpa lagi nanti di entri lain kalau kesihatan cik ash dah beransur  pulih nanti.. 


Friday, June 16, 2017

SGShop Malaysia 10xRM100 shopping credit giveaway by Iman Abdul Rahim


Assalamualaikum... 
Hai korang semua apa khabar, Cik Ash semua sihat walafiat ya.

Sejak kesihatan Cik Ash kurang baik ni blog agak kurang update ni.. ni rasa ok sikit pada selalu gatal-gatal tangan la buka blog apa lagi cik ash ambik peluang join giveaway yang dianjurkan oleh rakan blogger Iman Abdul Rahim .

Cik Ash ni kan ratu contest,giveaway so yang mana ada rasa jemu tengok dekat blog cik ash ni ada entri giveaway sahaja maafkan la kita ya..hihihihihi.. biasa la dah minat nak join mana taw dalam banyak-banyak kita join ada rezeki milik kita ke. tak siapa taw rezeki kita kan..

Alhamdulilah kebanyakkan cik ash join giveaway dan contest dekat blog ataupun facebook ada bertuah dapat alhamdulilah rezeki cik ash dengan dapat hadiah perhargaan daripada kawan-kawan blogger kadang rasa terharu sangat bila dapat hadiah ni..

Eh hampir terlupa cik ash pasal barang yang ingin beli dekat SG Shop ini, jom usha apa yang cik ash teringin shopping  dekat SG shop kalau dapat kredit percuma itu ialah

Factory Direct Popular Large Moving Luggage Bag Bag Bag Thick Waterproof Dustproof Bag Quilt Business Bag
teringin nak bag macam ni mudah nak balik kampung nanti..hihihihi.. murah pulak.. tengok boleh muatan banyak lagi la ekin suka..


A Middle-Aged Female Mother Sandals Slip Casual Shoes Summer Comfortable Soft Bottom Shoes In Soft Bottom Shoes Old Man

tengok beberapa kali sandal berkenan la pulak.. padahal baru lepas shopping bulan di zalora guna voucher aritu beli sandal dengan kasut hahhahaha.. ni dekat sg shop berkenan sandal lagi... nanti banyak koleksi pulak.. nampak kelebihan sandal sesuai dengan cik ash jer...

Ok la 2 barang jer yang cik ash duk nampak nak shopping tak nak la lama-lama nanti semua dalam jadi gila hahahahaha.. harga termurah la sangat siapa la tak rambang mata nak shopping


EOperasi Modul Pengurusan Guru

EOperasi Modul Pengurusan Guru  | Assalamualaikum...Anda pernah dengar tak mengenai E 0perasi  Modul Pengurusan Guru yang merupakan salah satu modul pengurusan daripada KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia). Tahukah anda apa itu sebenarnya E-Operasi? Eh tak tahu ke, meh ni cik ash nak bagitaw dengan anda semua tentang eoperasi ini.  Lagi pulak cik ash pun pertama kali jugak kenal dengan eoperasi modul pengurusan guru ini..





Apa Itu E-Operasi ?
EOperasi adalah sebuah aplikasi yang digunakan oleh para guru untuk kemaskini data mereka dalam perkhidmatan perguruan yang merupakan inisiatif daripada Kementerian Pelajaran Malaysia. Selain itu juga, kerajaan telahpun membangunkan banyak sistem yang masih ramai tidak tahu antaranya ialah :- 

- SAPS Ibu Bapa 
- APDM (Aplikasi Pangkalan Data Murid) 
-HRMiS 
-Jawatan Kosong 

Di atas itu merupakan senarai laman web yang patut korang klik kalau ingin taw kelebihan setiap laman web yang di kongsi , sebab dalam aplikasi yang cik ash nyatakan di atas ada kebaikan yang akan kita taw. Selain itu sistem-sistem ini dibangunkan khusus untuk memudahkan rakyat Malaysia menyimpan data dan membantu kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik lagi. 

E-Operasi juga digunakan untuk menyemak status guru-guru jika mereka mahu bertukar tempat melalui Borang Status Kedudukan Guru (BSKG). Mudah sangat bila  adanya e Operasi ini, para guru lebih mudah menguruskan data-data yang penting sangat  mudah cepat,pantas di hunjung jari anda kilk-klik sahaja janji anda ada internet la ya.. hihihihi.. Maklumlah sekarang zaman semua benda nak kena guna  internet,Kena cepat bertindak kalau lambat anda terlepas peluang kan.. 

Cik Ash rasa lah masih ramai lagi para guru yang masih belum tahu cara atau belum reti untuk menggunakan sistem e-Operasi ini betul tak? Di bawah ini cik ash akan ajarkan cara untuk login masuk ke e operasi Modul Pengurusan Guru :-


Bagi mengetahui panduan untuk login eoperasi secara online sila klik di sini --> eOperasi

Guru-guru digalakkan untuk login sistem ini melalui laman web ini kerana tidak akan terjadi masalah laman web down atau laman tidak dapat diakses. Klik sahaja link yang cik ash share dekat atas ikut arahan yang ditunjuk untuk  mengemaskini data-data melalui e-Operasi. Mula-mula masuk laman web ni mesti agak bingung kan tidak tahu apa perlu buat. tak pe bila dah lama-lama akan terbiasa dan pandai la nanti.. hihihihi.. mana la taw lepas ni korang pulak akan ajar orang lain untuk mengunakkan sisitem eOperasi pulak kan.. janji ada internet kalau tak ada internet macam nak buat kan..hihihihihi..

Modul eoperasi ini menguruskan berkaitan guru dan bukan guru yang melibatkan beberapa kategori pengguna iaitu pengguna (guru dan bukan guru) dan pentadbir sistem (pengurusan KPM di peringkat Bahagian,Negeri, Daerah dan Sekolah).  Sangat mudah kepada mereka yang berkerja di bawah bahagian Kementerian Pendidikan Malaysia dengan mudah untuk menguruskan data-data tanpa perlu kita bersusah payah nak pergi pejabat kementerian lagi. Sekarang dalam online dah boleh buat.

Ok la setakat ini dulu cik ash kongsikan dengan anda semua mengenai artikel eOperasi 2017 ini dan mengemaskini data-data mereka dengan hanya melalui cara online sahaja, mudah kan so kalau korang rasa artikel ni sangat bagus dan memberi maafaat yang baik untuk korang sila la kongsi dengan kawan-kawan yang lain ya..

CPUV Nuffnang Seri Pajam Development


seri pajam


Assalamualaikum..
Hai rakan-rakan yang mengenali ekin, harap berada dalam keadaan sihat walafiat ya..dan selamat berpuasa ya..

Alhamdulilah tadi gatal-gatal tangan ni nak buka nuffnang nak tengok ada tak iklan CPUV sedang On going . Wah sangka sangat nuffnang masih baik hati bagi CPUV dekat ekin.. rasa dah lama tak dapat CPUV ni last 29May aritu jer.. Iklan CPUV itu ialah Seri Pajam Development.

Seri Pajam Development
Apa yang cik ash duk usha-usha dekat website Seri Pajam Development ini ialah merupakan laman web Syarikat Hartanah, so kepada yang nak beli rumah boleh la sangat usha-usha laman web ini ya.. mana la taw teringin nak beli rumah ke hihihihihi... harga yang ditawarkan agak mampu milik bagi ada duit la..

Terima kasih cik ash ucapkan dekat nuffnang kerana masih lagi memberi iklan dekat blog  ini . harap nuffnang bagi sokmo iklan CPUV dekat cik ash ya..Ok la itu saja yang cik ash nak kongsi semua untuk rakan-rakan cik ash... jumpa lagi nanti entri lain.. bye... so kepada korang Jangan lupa join sekarang dekat blog cik ash sedang  berlansung GIVEAWAY ANNIVESARY DAN DUIT RAYA BY CIK ASH jom join sebab ada 15 hadiah yang akan menanti pemenang taw.. tarikh tutup 29/6/2017.. 


Thursday, June 15, 2017

SGshop “Jom Shopping!” Contest

SGshop “Jom Shopping!” Contest

Klik Banner Join

Assalamualaikum...
Hai korang semua apa khabar cik ash harap semuanya sihat walafiat ya.. Ramai rakan-rakan blogger ekin buat giveaway so sedang berusaha untuk join semua giveaway yang dibuat oleh rakan-rakan cik ash ni..

Sebelum ni dah join Giveaway yang dianjurkan oleh ayue ni.. tapi sayang tak ada rezeki.. semoga join giveaway ini ada rezeki la nanti.. Jom la memeriahkan giveaway ini hadiah menanti rakan-rakan sangat wow iaitu RM500 untuk shopping di SG Shop taw.. Kepada yang ingin join Giveaway ini sila la tekan banner di atas ya.. 
Giveaway ini kena jawab soalan di bawah ini :- 

Q1: Apakah servis yang SGshop tawarkan?
SG Shop merupakan laman web online shopping antarabangsa yang menawarkan barang-barang dari China ke Malaysia dengan harga yang sangat murah. SGshop juga berkerjasama dengan pelbagai pihak bank untuk memastikan bahawa proses pembayaran selamat nak cekap. SGshop telah ditubuhkan pada bulan Ogos 2011 dan merupakan sebuah syarikat tempatan yang telah berdaftar dan turut pakar dalam logistik  kerana mudah untuk menerima produk yang dikehendaki untuk di beli dari laman web e-dagang China. 

Q2: Senaraikan 3 item yang anda mahu beli di platform SGshop Malaysia (Letakkan sekali gambar dan link item) dan berikan sebab kenapa anda nak beli item tersebut.

Barang yang cik ash nak beli SGshop ni banyak sebenarnya tapi hanya 3 item yang perlu di senarai pening nak pilih hahahahha.. semuanya murah sangat.. barang-barang yang ekin nak shopping ialah :- 

1) Billion Of Desktop Home Computer Desk Computer Desk Table Simple Modern Minimalist Desk Desk

Meja laptop ni cik ash nak sangat sebabnya nampak lawa nak sangat menjimatkan ruang bilik ekin nanti...

2) Automatic Grinder Sharpener For Household Electric Kitchen Gadget Mini Fast Food Authentic Stone Scissors


benda ni cik ash ingin juga  sebab senang nanti nak bagi pisau tajam sokmo ada pengasah pisau elektrik ni mudah hihihihi..


Hanya 2 barang saja cik ash senaraikan sebabnya nak jimatkan untuk harga postage takut gak nanti terlebih hihihihihi.. Ok la itu saja barang-barang yang ekin ingin dapatkan di SG shop.. semoga cik ash ada rezeki shopping nanti..



Diy Sampul Duit Raya

diy sampul duit raya


Assalamualaikum..
Hai , semoga rakan-rakan Cik Ash sihat walafiat ya.. hari ini IQ datang tertiba nak buat sampul duit raya hihihihihi.. dah lama tak asas bakat buat sampul ni last masa tak kahwin dulu hahahahha.. sejak jadi wife jadi kemalasan nak buatnya..

Cik Ash buat tak banyak pun cukup guna untuk anak saudara abe 8 orang dan anak saudara ekin 4 orang, 4 orang jumpa raya haji Cik Ash bagi hihihihi.. dengar2 akan bertambah anak saudara pulak bulan 11 ni.. hihihihihi.. bila turn cik ash akan tiba nak mengandung gak.. insyaAllah Cik Ash sabar mana taw rezeki Allah bagi kembar ke Alhamdulilah..

Eh apa ini hampir terlupa Cik Ash pasal nak buat Sampul Duit Raya ini.. bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat sampul ialah pembalut hadiah,double tape,gunting,pensel,pembaris dan pemadam dan contoh ukuran sampul yang kita nak..

Cik Ash ambik contoh sampul yang suami Cik Ash boleh angpau masa raya cina aritu guna ikut ukuran yang tu jer bajet-bajet nak dapat berapa.. satu pembalut cik ash dapat dalam 12 keping jadi la.. hahhahaha... Bukan nak bagi kat siapa pun bagi dekat anak-anak saudara jer pun.. yang orang lain ada sampul sedia dah yang tu kecik sikit..

Dekat bawah ini adalah hasil Cik Ash buat sampul duit raya hihihihi... jimat duit separuh kan.. begini la bila otak berfungsi ada jer idea nak buat.. ni dalam kepala nak buat biskut tapi keadaan tak mengizinkan pulak.. gastrik datang di bulan puasa asyik nak tidur kejenya.. asyik nak muntah jer loni..


Ok la itu saja yang Cik Ash nak kongsikan dengan rakan-rakan Cik Ash mengenai cara membuat sampul duit raya.. kena ada mood rajin nak buat taw.. kalau malas memang tak kan menjadi sampul ni hahahahaha.. jumpa lagi di entri yang lain nanti.. 


Tuesday, June 13, 2017

Menang Ramadhan / Syawal 2017 Giveaway by Kasihkuamani

Menang Ramadhan / Syawal 2017 Giveaway by Kasihkuamani
menang GA kasihkuamani

Assalamualaikum..Hai korang semua apa khabar puasa macam ner ok ke.. semoga dipermudahkan puasa korang ya..

Aritu ekin ada join giveaway yang di anjurkan oleh blogger Kasihkuamani a.k.a Sha tak sangka sangat rezeki blog cik ash di bulan puasa ni.. alhamdulilah syukur ya Allah walaupun hanya hadiah saguhati ekin suka sangat menang giveaway..

Terima kasih kepada sha   sebab membuat giveaway ini dah ekin adalah pemenangnya.. alhamdulilah.. so yang mana ada join giveaway ini cepat-cepat pergi takut ada terselit nama blog korang menang kan.. boleh tengok entri Pemenang Ramadhan / Syawal 2017 Giveaway by Kasihkuamani ini..

Ok la itu saja yang ekin ingin kongsikan dengan korang semua.. so kepada korang 
Jangan lupa join sekarang dekat blog ekin sedang berlangsung GIVEAWAY ANNIVESARY DAN DUIT RAYA BY CIK ASH jom join sebab ada 15 hadiah yang akan menanti pemenang taw.. tarikh tutup 29/6/2017.. 

Monday, June 12, 2017

Nasi Lemak Kelantan

Nasi Lemak Kelantan

nasi lemak

Assalamualaikum... 
Hai korang semua apa khabar Cik Ash harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat ya..

pada 7.6 suami cik ash buat permintaan lagi nak makan nasi lemak hihihihihi.. alamak dah lama tak buat nasi lemak last buat tahun lepas hahhaha.. nampak kan cik ash  jarang sangat masak nasi lemak ni.. biasa la orang kata senang buat tapi suami cik ash ni nak makan semua bahan-bahan nasi lemak kena ada cukup lengkap... seperti nasi lemak,telur rebus,ikan bilis, papadom,kacang goreng,timun.. ada barang baru sedap makan nasi lemak suami cik ash kata..




So hari itu suami semangat cari bahan-bahan untuk buat nasi lemak lepas balik pada hospital kulim ada urusan di sana..pergi bayar bil rumah dan kereta, lepas tu pergi ambik duit brim mok lagi..  mujur sempat juga cari bahan-bahan dah waktu tu dah petang dalam pukul 1 lebih.. santan jer tak ada guna jer santan kotak tu suami agak kurang dengan santan kotak ni..

Eh hampir terlupa cik ash nak kongsi resepi dengan korang semua, jom la usha resepi cik ash buat nasi lemak ini..

Nasi 
3 cawan beras
3 1/2 cawan air
1 cawan santan kotak
halia
cengkih
bunga lawang
garam sedikit

cara membuatnya :-
1. Basuh beras hingga bersih lepas tu masukkan bancuhkan santan dengan air lepas masukkan ke dalam rice cooker tu.
2. Lepas tu masukkan halia,cengkih, bunga lawang dan sedikit garam gaulkan nasi sampai sebati semua bahan-bahan.
3.Masak la nasi seperti biasa bila dah masak dalam 2 minit tu pergi gaul nasi nak bagi sekata nasi kita masak tu..


Sambal Ikan Bilis 
Bahan-bahan
1 mangkuk ikan bilis -di goreng
2 biji bawang besar - diblender
3 ulas bawang putih =diblender
15 keping cili kering - dikisar
2 sudu besar gula
1 sudu kecil serbuk pati sedap
sedikit garam

Cara Membuatnya :
1.Ikan bilis di goreng hingga garing,lepas siap goreng biarkan tutup ikan bilis dalam bekas tak mau bagi masuk angin.
2. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga garing, selepas itu masukkan cili kering tumis hingga pecah minyak.
3. Bila dah pecah minyak masukkan gula dulu taw,petua sambal jadi merah cantik..hihihihi.. lepas tu baru la masukkan garam,serbuk perasa masak sambal tu.
4. Bila sambal dah masak hidangkan dalam pinggan.( ekin tak letak ikan bilis dalam kuah sebab suami nak makan asing-asing)

Bahan-bahan lain 
Telur 3 biji di rebus
Timun 1 batang di belah
Papadom
Kacang tanah di goreng

Ok la itu saja resepi cik ash buat nasi lemak ni cara ekin mungkin korang yang share resepi nasi lemak berbeza kan.. janji nasi lemak yang dimakan ni dapat pujian daripada suami kata sedap baru nasi lemak cukup lengkap semua bahan ada hihihihi.. So yang mana nak cuba resepi  cik ash ini dipesilakan la ya.. jumpa lagi di entri yang lain nanti..