Sunday, May 28, 2017

author photo

Resepi Ikan Percik Kelantan | Assalamualaikum...Hai, hari ini Ekin ingin berkongsi masakan daripada #dapurcikash iaitu Ikan Percik Kelantan. Alhamdulilah hari kedua berpuasa dan hari ini berbuka masak lauk yang simple jer ikan percik dan ayam goreng ala kak wook. Manakala air pulak suami ajak pergi dekat bazar Ramadan kebetulan dia balik kerja awal tu  yang teringin nak air dan murtabak.


ikan percik


Air untuk berbuka tadi suami beli air tebu dan air tembikai...bulan puasa ni Ekin langgar pantang aduhaii berbuka mesti minum ais batu, nak buat macam mana tekak ni berasa haus sangat bila dapat minum ais batu nikmat sedap tapi gak letih la kalau minum ais ni, Eh hampir terlupa Ekin pasal Ikan Percik Kelantan. Ikan percik kelantan ni kalau hari biasa jarang sangat nak membuatnya bila puasa ni terlebih rajin la pulak hihihi... biasa la kan tekak dah teringin makan kita buat. Yang penting resepi  ni ekin belajar daripada ma dekat kampung tu  yang diberi nama ikan percik kelantan.


Kiranya puasa tahun ni baru buat  Ikan Percik Kelantan, masa buat berdoa semoga sedap sangat, alhamdulilah sangat sedap suami puji sedap ada semua rasa percik hihihi, mok pun makan ikan sampai habis, selalunya jarang nak habis makan biasa la orang tua kan. 


Dekat bawa ini ekin kongsikan resepi ekin buat ikan percik selamat memcuba ya. 


Resepi Ikan Percik Kelantan

Bahan-bahan

6 ekor ikan lolong a.k.a Uji Rashid- kelar

2 ulas bawang merah 

sedikit halia*

1 batang serai (diketuk)

santan ( beli RM2.00)

2 keping asam keping 

1  sudu kecil garam

1 sudu serbuk kunyit*

2  cili kering*

(yang * dikisar bersama)


Cara Membuatnya :-

1.Ikan dilumurkan dengan garam dan kunyit. Bakar ikan sehingga masak. Sambil membakar ikan, masak santan bersama dengan bahan kisar, asam keping, garam dan gula sehingga pekat. 


2. Setelah ikan dah masak, di balik balikkan, selepas itu lumurkan la kuah percik atas ikan dan di bakar lagi. Balikkan dan lumur lagi kuah percik berulang-ulang. 


3. Bila dah kedua-dua belah lumur kuah percik siap sedia untuk di angkat.


Ok itu saja resepi Ikan Percik Kelantan daripada ekin selamat memcuba ya, jumpa lagi di hari lain resepi lain pulak, biasa waktu malam ni entri insya Allah akan ada entri resepi kalau ada mood rajin nak menulis la. Hihihi.

This post have 11 komentar

avatar
Warisan Petani delete May 28, 2017 at 10:57 PM

kat sini panggil ikan mata besar aka ikan uji rashid.

Reply
avatar
Cik Ash delete May 28, 2017 at 11:39 PM

Pakcik WP yup kat kedah pun panggil ikan uji rashid..ekin sebab panggil lolong orang kelantan kan..

Reply
avatar
Sheila Adziz delete May 29, 2017 at 12:11 AM

pandainya ekin buat percik... akak tak pernah buat... hehe

Reply
avatar
Cik Mimie delete May 29, 2017 at 9:19 AM

Simplenye resepi dia Kak Ekin.. nampak sedap je.. insyaallah, ada masa boleh cuba nant.. :)

Reply
avatar
Cikla Shahril delete May 29, 2017 at 2:58 PM

Sedapnya... X pernah Cuba lagi ni

Reply
avatar
Shad delete May 31, 2017 at 6:10 AM

Nanti boleh try buat resepi ni. Bakar2 memang best dan sedap. Tak pernah lagi ikan mata besaq buat bakaq, selalu ikan temenu bakaq ja duk buat.. tq kak ekin, share resepi..

Shad
http://akuvsdiashadhira.blogspot.my/2017/05/resepi-mudah-udang-goreng-kunyit-planta.html

Reply
avatar
norsadira delete June 8, 2017 at 3:43 PM

sedapnyer tengok ikan 2 bulan puasa ini..nk cubalah,
Terima kasih atas info tersebut.silalah singgah diblog saya http://dirawanhartawan.blogspot.my/

Reply
avatar
piedafieda delete August 18, 2017 at 12:45 PM

sedapnya..nak try la..

jom singgah blog fieda klu x keberatan https://piedafieda.blogspot.my

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post