Peraduan DETTOL & AIR WICK Peluang Buat Kuih Raya Bersama Chef Anis Nabila
Kekal Bersih dan Harum di Lebaran Ini
Assalamualaikum...
Ramadan adalah bulan yang mulia di mana umat islam berpuasa dan bersyukur dengan nikmat kurniaan,serta menjalankan persiapan bagi menyambut Aidilfitri. Bermula dengan mengemas rumah,membeli baju baru,merancang menu berbuka puasa,sehingga membuat kuih raya,ini sememangnya musim yang sanat sibuk buat semua.
Bersempena bulan ramadan yang mulia ini, Dettol dan Air Wick mengambil kesempatan untuk memastikan anda kekal bebas dan terlindung daripada kuman sebelum anda sibuk menjalankan persiapan sepanjang musim perayaan ini,dan pada masa yang sama,memastikan rumah anda kekal harum bagi pengunjung dan orang tersayang,terutamanya setelah memasak juadah Ramadan mahupun Aidilfiti!
bekas kuih raya
Bayangkan adanya warna-warna menarik untuk menghidupkan suasana di ruang tamu apabila ada yang berkunjung. Sepanjang bulan Mei dan Jun 2017, anda hanya perlu bebelanja sebanyak RM25 atau lebih bagi produk-produk Dettol dan Air Wick dalam satu resit, dan anda layak mendapat sebuah bekas kuih Raya untuk menyimpan kuih-muih kegemaran anda. Kumpul keempat-empat warna untuk menceriakan rumah anda! Semuanya boleh anda dapati di farmasi utama dan raya di Malaysia.
resepi biskut raya
Bukan itu saja! Layari laman Facebook Dettol Malaysia untuk mendapatkan Resepi Koleksi Khas daripada Chef Anis Nabilah,sertai pertandiangan dalam talian kami dan anda mungkin berpeluang untuk membuat kuih bersama chef selebriti, Anis Nabilah! Anis dikenali ramai sebagai seorang chef yang versatil dalam masakan Malaysia dan antarabangsa, dan merupakan hos bagi beberapa rancangan masakan yang popular, seperti Eat Clean with Anis di Astro Bella dan 1,2..Bakar! di TV3.
dettol dan air wick
Dengan pembelian produk-produk Dettol dan Air Wick yang bernilai RM25 itu,hantarkan penyertaan anda di lama Facebook Dettol Malaysia (www.facebook.com/DettolMalaysia) dan siapa tahu- anda mungkin menjadi salah seorang antara 8 pemenang yang dapat membuat kuih bersama Chef Anis Nabilah!Tempoh pertandingan adalah 1 hingga 14 Mei 2017, jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini. Pertandingan dalam talian Dettol ini terbuka kepada rakan-rakan runcit terpilih Dettol iaitu Mydin,Econsave, Giant dan Tesco.
Anis Nabilah
Chef Anis Nabilah turut meluakan kegembiraannya untuk menyambut Raya hari ini bersama Dettol dan Air Wick. "Ramadan sentiasa merupakan bulan yang sibuk bagi saya kerana saya perlu membuat persiapan Raya, daripada menyediakan makanan sehinggalah membuat kuih Raya bagi keluarga dan rakan-rakan. Satu tip yang ingin saya kongsikan kepada semua adalah betapa pentingnya bagi anda untuk memastikan kebersihan ruangan dan alatan memasak, dan jangan lupa untuk membasuh tangan sebelum dan selepas memasak atau membuat kuih. Setelah penat memasak, saya pastikan rumah saya kekal harum dengan semburan Wangian AirWick- Saya lebih menggemari semburan wangian automantik kerana ia memudahkan saya!"
Kami berharap agar Ramadan kalian berjalan dengan tenang dan penuh keberkatan dengan perlindungan bebas kuman dari Dettol serta wangian Air Wick di rumah. Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan ini sila layari laman Facebook Dettol Malaysia bermula dari bulan Mei.
anis nabilah dah berhijab erk sekarang?
ReplyDeletexpasti rasa dalam tv tengok tak pun
Deletetak kut ni pakai tudung sbb nak promo..tp allualam
ReplyDeleteha ah gak kut ekin pun xtaw gak
DeleteKecik molek org nya ingat siapala td
ReplyDelete