Wednesday, May 31, 2017

GIVEAWAY RM1000 SHOPPING CREDIT SGSHOP MALAYSIA BY FARAHGLANZDOTCOM

"Giveaway RM1000 Shopping Credit SGshop Malaysia By FarahGlanzDotCom"



Apa itu SGshop Malaysia?

SGshop merupakan satu laman web shopping online antarabangsa dari China ke Malaysia dengan harga yang murah. SGshop ditubuhkan pada bulan Ogos 2011 dan sebuah syarikat tempatan yang berdaftar serta pakar dalam logistik supaya boleh menerima produk yang dikehendaki untuk dibeli dari laman web e-dagang China. Selain itu, pihak SGshop juga bekerjasama dengan pelbagai pihak bank untuk memastikan bahawa proses pembayaran selamat dan cekap.

Okay, jika u all nak menjadi salah seorang pemenang bertuah ini sila ikuti syarat-syarat seperti berikut:-

Syarat-syarat:-

  1. Terbuka kepada semua blogger 
  2. Copy code HTML di kotak bawah dan paste di blog anda dan tulis entri bertajuk "Giveaway RM1000 Shopping Credit SGshop Malaysia By FarahGlanzDotCom"
  3. Follow Blog:FarahFerraDotCom | IG:FarahGlanzDotCom | FB: FarahFerraDotCom
  4. Like Fan Page SGShop Malaysia dan IG: SGshopMalaysia
  5. Nyatakan barang yang ingin dibeli dengan nilai RM100 Shopping Credit tersebut 
  6. Hantar penyertaaan berserta link blog anda di ruang komen di bawah. 

Tarikh Tutup
26 Mei 2017 - 09 Jun 2017
*Senarai pemenang akan diumumkan pada 12 Jun 2017 menerusi random.org

HADIAH :
10 x RM100 Shopping Credit SGshop Malaysia


Info:-Bagi pemenang yang bertuah nanti pastikan anda telah mendaftar akaun dengan SGshop Malaysia bagi memudahkan RM100 shopping credit SGshop Malaysia dikreditkan terus ke akaun anda nanti yer.. All the best and Good Luck!


Resepi Nasi Goreng Ikan Rebus

Resepi Nasi Goreng Ikan Rebus

Nasi goreng ikan rebus

                                                                Assalamualaikum..
Hai korang semua apa khabar cik ash harap semua berada dalam keadaan sihat ya..

Baru-baru sebelum nak puasa cik ash ada buat Nasi Goreng Ikan Rebus makan sarapan pagi..alhamdulilah sedap sangat nasi goreng cik ash buat suami dan ibu mentua siap bertambah-tambah.. mungkin ikan rebus membangkitkan selera di tambah dengan telur masin yang direbus lagi la kan..

Ibu mentua  siap kata zaman dulu ikan rebus paling orang suka, lauk paling simple makan dengan nasi putih dah kira sedap sangat.. sebab tu la kalau tengok ma,mok(nenek) dan ibu mentua suka sangat ikan rebus tak ada lauk pun tak pe.. hihihihi..

Anda pernah makan nasi goreng ikan rebus ke, kalau belum pernah makan , meh la cuba resepi yang cik ash nak kongsikan dengan anda semua dekat bawah ini.. Selamat mencuba resepi yang senang dan simple sangat.. mana taw boleh buat menu untuk bersahur gak nanti.. hihihihihi..

Resepi Nasi Goreng Ikan Rebus

Bahan-bahan:-
Nasi (guna nasi lebihan yang semalam)
4 Ikan rebus goreng (dihancurkan)
1 ulas bawang merah (ditumbuk)
3 ulas bawang putih  (ditumbuk)
1 biji telur
sedikit garam dan serbuk pati sedap.

Cara Membuatnya :-
1. Goreng telur bagi hancur.
2. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga garing.
3. Selepas tu masukkan ikan rebus yang dihancurkan tu ke dalam kuali.
4. Goreng seketika lepas masukka n telur goreng
5. Masukkan sedikit garam dan serbuk pati sedap.
6. Tuang sedikit kicap gaul hingga sebati..
7. Siap boleh di hidang bersama dengan telur masin yang telah direbus.

Ok la itu saja resepi yang saya ingin kongsikan dengan anda semua, selamat mencuba resepi yang senang ni ya.. Resepi Nasi Goreng Ikan Rebus pembuka selera sesiapa sahaja bila makan.. hihihihi



Tuesday, May 30, 2017

Ketuk Ketuk Ramadhan 2017

Ketuk Ketuk Ramadhan 2017 

ketuk2 ramadhan





Assalamualaikum..
Hai korang semua harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat ya.

Bila tiba kedatangan bulan puasa ni rancangan masak no 1 di Malaysia iaitu Ketuk-Ketuk Ramadhan kembali menemui anda sepanjang bulan puasa ni.. Rakaman Ketuk-Ketuk Ramadhan dibuat sebelum ramadan lagi.. pandai artis-artis jemputan berlakon dah macam dalam bulan puasa hihihihi.. jangan ada yang tersilap macam-macam tahun sebelum ini siap rasa lagi masakan hahahaha...



Rancangan Ketuk-Ketuk Ramadan 2017 ini akan menampilkan seramai 30 orang artis yang popular di Malaysia. Antara artis yang akan turut serta memasak bersama Sheila Rusly nanti ialah Khai Bhar,Elly Mazlien,Fauziah Ahmad Daud, Elfira Loy, Aiman Tino,Janna Nick, Ayda Jebat, Sufian Suhaimi,Johan,Ozlyn dan ramai lagi.



Yang mana terlepas untuk tengok rancangan Ketuk-Ketuk Ramadan ini boleh tengok di MyKLik . Tak pun boleh usha di youtube search la +PrimaDrama dekat sana ada yang upload untuk tengok epiasode Ketuk-Ketuk Ramadan 2017 dan macam-macam lagi rancangan tv..



Ekin tak sabar nak tengok artis Johan dan Ozlyn, tahun banyak muka yang baru. dah tak ada muka yang sama dah..



Ok la itu saja yang ekin nak kongsikan dengan korang semua, resepi-resepi yang di masak oleh Sheila Rusly dan artis jemputan banyak resepi  baru hihihihi..

Monday, May 29, 2017

Menu Iftar Ramadan 3

Menu Iftar Ramadan 3 | Assalamualaikum.. Hai rakan-rakan Cik Ash semua, apa khabar puasa hari ini ok ke.. Alhamdulilah hari ini dah selesai kita berpuasa hari ketiga.. Alhamdulilah kesihatan Cik Ash pun ok setakat ini.. 

Menu Ramadan 3 

Agak lewat pulak menulis malam ni hihihihi.. biasa la bagi peluang kat suami dulu guna laptop ni... ni dia dah berhenti guna Cik Ash sambung balik buat keje menulis sekejap untuk malam ni.. Menu berbuka Cik Ash hari ini Cik Ash masak yang simple saja hihihihi iaitu daging goreng,sayur tumis dan roti telur bersalut gula.. 

Simple sangat menu berbuka malam ni tapi yang penting suami bertambah makan hihihihihi.. dia kalau daging goreng style macam ni memang bertambah-tambah makan. tak masuk sambal ikan bilis petai lagi la bertambah-tambah.. siap keluar selalu ayat "sayang ni nak bagi abe gemuk ke" hahahhaha... aduhhh.. 

Hari ini tak ada beli makanan di bazar ramadan semuanya Cik Ash buat sendiri.. lepas ada la kak ipar bagi karipap 4 biji rm2.00.. kuih pun dah mahal loni baik la buat sendiri kan.. makan sampai puas hihihihihi.. 

Resepi menu berbuka hari ini Cik Ash akan share kemudian nanti ya.. ok la cik  ash  nak out dulu jumpa lagi..

Sunday, May 28, 2017

Resepi Ikan Percik Kelantan

Resepi Ikan Percik Kelantan | Assalamualaikum...Hai, hari ini Ekin ingin berkongsi masakan daripada #dapurcikash iaitu Ikan Percik Kelantan. Alhamdulilah hari kedua berpuasa dan hari ini berbuka masak lauk yang simple jer ikan percik dan ayam goreng ala kak wook. Manakala air pulak suami ajak pergi dekat bazar Ramadan kebetulan dia balik kerja awal tu  yang teringin nak air dan murtabak.


ikan percik


Air untuk berbuka tadi suami beli air tebu dan air tembikai...bulan puasa ni Ekin langgar pantang aduhaii berbuka mesti minum ais batu, nak buat macam mana tekak ni berasa haus sangat bila dapat minum ais batu nikmat sedap tapi gak letih la kalau minum ais ni, Eh hampir terlupa Ekin pasal Ikan Percik Kelantan. Ikan percik kelantan ni kalau hari biasa jarang sangat nak membuatnya bila puasa ni terlebih rajin la pulak hihihi... biasa la kan tekak dah teringin makan kita buat. Yang penting resepi  ni ekin belajar daripada ma dekat kampung tu  yang diberi nama ikan percik kelantan.


Kiranya puasa tahun ni baru buat  Ikan Percik Kelantan, masa buat berdoa semoga sedap sangat, alhamdulilah sangat sedap suami puji sedap ada semua rasa percik hihihi, mok pun makan ikan sampai habis, selalunya jarang nak habis makan biasa la orang tua kan. 


Dekat bawa ini ekin kongsikan resepi ekin buat ikan percik selamat memcuba ya. 


Resepi Ikan Percik Kelantan

Bahan-bahan

6 ekor ikan lolong a.k.a Uji Rashid- kelar

2 ulas bawang merah 

sedikit halia*

1 batang serai (diketuk)

santan ( beli RM2.00)

2 keping asam keping 

1  sudu kecil garam

1 sudu serbuk kunyit*

2  cili kering*

(yang * dikisar bersama)


Cara Membuatnya :-

1.Ikan dilumurkan dengan garam dan kunyit. Bakar ikan sehingga masak. Sambil membakar ikan, masak santan bersama dengan bahan kisar, asam keping, garam dan gula sehingga pekat. 


2. Setelah ikan dah masak, di balik balikkan, selepas itu lumurkan la kuah percik atas ikan dan di bakar lagi. Balikkan dan lumur lagi kuah percik berulang-ulang. 


3. Bila dah kedua-dua belah lumur kuah percik siap sedia untuk di angkat.


Ok itu saja resepi Ikan Percik Kelantan daripada ekin selamat memcuba ya, jumpa lagi di hari lain resepi lain pulak, biasa waktu malam ni entri insya Allah akan ada entri resepi kalau ada mood rajin nak menulis la. Hihihi.

Ramadhan / Syawal 2017 Giveaway by Kasihkuamani

Giveaway kasihkuamani

Assalamualaikum..
Hai korang semua jangan marah taw kalau wall dashboard korang nanti penuh dengan giveaway ekin join ini..hihihihihi..

Jom memeriahkan giveaway by kasihkuamani ni..

Tarikh Tamat Giveaway ini pada 7 Jun 2017 ya..




Segmen ZIKIR DIKIR bersama Papaglamz


Segmen ZIKIR DIKIR bersama Papaglamz

segmen papaglamz


Assalamualaikum..
Hai korang semua, apa khabar hari ini merupakan hari kedua kita berpuasa kan.. macam ner puasa ke rakan-rakan ekin.. hari masak menu apa itu..

Ni ekin sambil tunggu nak masuk dapur join la segmen oleh mz
papagla ni.. segmen yang sangat rugi anda tak join taw.. sebabnya segmen ni memang segmen zikir dikir sambil itu ada hadiah menanti korang semua.. 

So apa tunggu cepat-cepat la korang join segmen Zikir Dikir bersama papaglamz ni.. ekin sambil duk taip entri sambil dengar zikir taw.. memang video papaglamz kongsikan ekin selalu duk dengar hihihihihi.. selepas solat malam nak tidur selalu duk dengar..

Join taw segmen ini syarat sangat mudah dan ada hadiah sampul duit raya percuma dari papaglamz ya.. Ok la itu saja ekin nak kongsikan dengan korang semua,jumpa lagi di entri yang lain insyaAllah.




Review Filem Kimchi Untuk Awak

kimchi untuk Awak 
Assalamualaikum..
Hai rakan-rakan semua apa khabar dah hari kelima kita berpuasa ni.. macam ner puasa ok ke.. Harap dipermudahkan puasa rakan-rakan ya.


Ni ekin baru berkesempatan layan filem Kimchi Untuk Awak biasa la ekin kalau cerita filem apa-apa mesti lambat nak layan.. kalau english kalau suami layan baru la ekin join. Biarpun Filem Kimchi Untuk Awak dah lama di tayangkan di pawangan bulan 3 aritu ekin baru nak layan nak review.. kalau ikut ramai dah review filem ni kata tak best dan ada kata best..


Review Filem Kimchi Untuk Awak 
Bagi ekin filem best jugak suka tengok emma berlakon.. Aiman ekin agak kurang minat sikit tapi masih layan kalau ada drama lakonan dia.. hihihihi.. tapi ekin agak kurang puas hati la apabila ada satu babak dimana  Daniel Lee mengendong Bella ketika menuju ke guest house. Lepas tu ada babak Daniel Lee menunjukkan aurat pada Bella dengan babak yang romantik yang lain. perkara itu agak kurang manis bagi seorang pelakon yang dah berhijab ni nanti memang akan di kecam peminat.. rasa ekin ramai peminat emma ada memperkatakan pasal babak ni kalau tak silap ekin la..

Walaupun hanya lakonan untuk menunjuk sifat rasa kasih sayang antara suami dan isteri tapi kena jaga adat sebagai seorang artis yang berhijab, rasa filem ni memang ikut dalam novel ada yang ekin tengok review dalam novel adengan romantik lebih lagi..

Tapi nak buat macam ner dah pengarah ni filem emma jadi heroin dalam filem itu so kena lakon la.. tapi seeloknya ambik pelakon yang tak berhijab bawa watak bella ni.. tak ada aurat tu terlepas hihihihi..

Dalam ni filem ni turut ada watak yang sangat kelakar antara pelakon yang menyerikan filem ni iaitu  Sharifah Sakinah, watak dalam ni sebagai Aminah , nama panggilan di Malaysia, Tapi apabila di korea nama Minah jadi Min Ah, baru korea kata minah dalam babak dalam filem itu. babak yang ada watak Min Ah mesti lawak ekin duk tergelak tengok.

Lagi ada satu lagi watak yang kelakar gak iaitu Ungku Haris yang  membawa watak Faris, Faris ni sangat suka kepada bella yang  sangat annoying.  babak yang kelakar ekin nak suka tengok sanggup datang ke rumah bella untuk meminta restu daripada mak bella untuk berkahwin dengan bella dengan memakai pakaian pengantin hahhahaha.. dan macam nak kahwin tu dah mari seorang-seorang semua orang dalam rumah tengok dia pelik.. hihihihi...

Tak lupa jugak watak Antagonis dalam filem ini dilakonkan oleh Janna Nick ekin tengok watak dia sangat berkesan dengan mimik muka dan mekap up..rasa geram dengan zarra..akhirnya di last-last babak bella pun tampar Zara masa tu ekin yes padam muka zarra.. hahahaha..

Manakala  lokasi pengambaran kebanyakkannya di korea.. best tengok pemadangan cantik di Nami Island, duk  terbayang-bayang harap dapat jejak jugak korea nanti tapi tak taw bila hihihihi.. Walaupun ekin tak pernah layan novel Kimchi Untuk Awak ekin bagi 3/5 bintang untuk filem ini.

Ok la ini saja hasil daripada review ekin mengenai Filem Kimchi Untuk Awak.. Jumpa lagi di entri lain nanti..










Friday, May 26, 2017

Menang SEGMEN MENCARI BLOGLIST BY KINAH


Menang SEGMEN MENCARI BLOGLIST BY KINAH
bloglist

Assalamualaikum..
Hai korang semua apa khabar, ekin harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat ya..

Sebelum ini ekin ada join segmen yang dianjurkan oleh blogger Kinah. Dan pada 15 Mei 2017 aritu beliau dah umumkan pemenang dalam segmen beliau..

Alhamdulilah ekin tak sangka sangat Blog Cik Ash tersenarai dalam list pemenang itu.. No bertuah ekin join ialah 20... Terima kasih kepada Kinah di atas keputusan ni.

So kepada yang join segmen ni cepat-cepat pergi tengok keputusan pemenang mana taw korang yang bertuah ke..


Thursday, May 25, 2017

Prego17 Campaign - March Cpuv BE Nuffnang 2017

Prego17 Campaign - March Cpuv BE Nuffnang 2017

cpuv campaign

Assalamualaikum..
Hai rakan-rakan yang mengenali ekin, harap berada dalam keadaan sihat walafiat ya..

Alhamdulilah semalam buka nuffnang tengok iklan CPUV sedang On going  iaitu Prego 17 Campaign -March.. rasa dah lama iklan nuffnang ni tak masuk blog ekin la pada 1 may 2017 aritu.. So yang ingin taw mengenai prego ini apa boleh saja usha website Prego  untuk tengok pengkongsian resepi daripada prego..

Terima kasih ekin ucapkan dekat nuffnang kerana masih lagi iklan dekat blog sekarang.. harap nuffnang bagi sokmo dekat ekin ya...

Ok la itu saja yang ekin nak kongsi semua untuk rakan-rakan ekin... jumpa lagi nanti entri lain.. bye... 

Wednesday, May 24, 2017

Wordless Wenesday #99 | Telur Masin Homemade

Wordless Wenesday #99 | Telur Masin Homemade

telur masin homamade 19 hari dah

hasil telur dah direbus

Tuesday, May 23, 2017

Giveaway RM1000 Shopping Credit SGshop Malaysia By Cikzacom

Giveaway RM1000 Shopping Credit SGshop Malaysia By Cikzacom

Giveaway By Cik Za

Assalamualaikum..
Hai anda semua yang mengenali ekin ataupun Cik Ash ini, di sini ekin nak mengajak anda semua join giveaway yang telah di anjurkan oleh blog Cik Za ini.. 

Syarat untuk join giveaway sangat mudah saja.. nak join sila klik banner di atas ataupun klik jer SINI. 

Di dalam syarat itu ada nyatakan Barang yang ingin dibeli di SGshop Malaysia jika anda menang RM100  barang yang ekin shopping dekat SGshop nanti kalau ada rezeki menang RM100  ialah Pet Supplies VIP Portable Cat Backpack 

Backpack 

Harga pun murah sangat.. kenapa ekin teringin sangat barang ini sebab senang nak letak mektok dalam ni bila nak pergi hantar rumah pengasuh bila time ekin nak balik kampung di kelantan.. nak bawa dia balik naik kereta sekali takut sebab dari zaman kecik tak pernah nak naik kereta hahahhaha.. bunyi ejen kereta pun dah lari taw.. sebab tu ekin perlukan bag ni.. 

Ok itu saja yang ekin nak shopping di SGShop so korang yang mana nak join giveaway ni silakan rajin tangan klik banner dekat atas untuk join giveaway ni... mana taw ada rezeki milik anda.. kita tak taw rezeki kita dekat mana kan.. so mari la join beramai-ramai.. 

GIVEAWAY TIME BY AISHAH BADRULHISHAM



Jom join giveaway ini..

                                                                 Tamat : 30 Mei 2017

Menang Bertuah Birthday Giveaway By Cik Nadyya

Menang Bertuah Birthday Giveaway By Cik Nadyya

blogslist 

Assalamualaikum.. 
Hai korang semua apa khabar ekin harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat ya.. 

Alhamdulilah rezeki lagi blog cik ash menang Birtday Giveaway By Nadyya yang ekin join sebelum ni.. memang tak sangka bertuah dapat walaupun hadiah tersenarai dalam bloglist ekin suka sangat. nanti orang kenal blog ekin ni.. hihihihi.. 

So yang mana telah join giveaway ini terlepas pandang dengan keputusan pemenang ni jom usha dekat link INI .

Ok la itu saja ekin nak kongsikan dengan korang semua.. jumpa lagi nanti ya.. bye.. 



Keywords Blog Cik Ash #29

Keywords Blog Cik Ash #29   


Assalamualaikum..  
Hai rakan-rakan yang mengenali ekin ni.. Harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat, alamak hampir terlupa ekin nak share berkenaan keyoword dekat blog ekin ni.. Biasa la sibuk jaga orang sakit.. Mood nak menulis agak kurang nak sampai so diamkan diri jer lebih senang dari entri..  

Sepanjang bulan april aritu keyword di blog ekin kebanyakan orang duk cari pasal drama filipina The Promise memang drama ni popular sangat dari zaman dulu lagi.. Ada juga yang mencari cara nak install kodi..memang waktu ketika ini kodi tengah popular ketika ini.  

Tak lupa juga ada yang sedang mencari resepi jeruk jambu air.. Biasa la musim jambu air tengah berbuah kut loni sebab dekat rumah ekin buah jambu berbuah sokmo sampai tak taw dah buat apa.. Sudah jemu.. Hahahahha.. Ada juga sedang mencari asal usul nasi tumpang.. Hihihihi.. Asal usul nasi tumpang dari kelantan ya...   

Ini ada lagi yang sedang cari lagu tema untuk drama Hikayat Si Pemanah Hati.. Popular jugak la drama itu. Memang lagu tema dia best sangat ekin ada share dalam entri sebelum ni tu sebab ada yang cari.. 

  
Manakala keyword di nuffnang pulak masih juga ada yang mencari drama filipina The Promise ada yang cari pelakon, lagu pangako sayo.. Diikuti dengan kerabu pauh kelantan.. Ada peminat kerabu pauh kelantan rupanya.. Jeruk jambu air ada juga yang sedang cari... ada lagi yang cari review munafie.. Hahahhaha... 

Ok la itu saja pengkongsian ekin mengenai keyword yang sedang popular di carian blog ekin ni. Jumpa lagi nanti di entri lain.  


Monday, May 22, 2017

GIVEAWAY BUSYRA TAKIYUDIN: SAYA NAK SHOPPING CREDIT RM1000!!

GIVEAWAY BUSYRA TAKIYUDIN: SAYA NAK SHOPPING CREDIT RM1000!!

giveaway, Featured, shoppingcredit, blogger, voucher,
giveaway 

Assalamualaikum.. 
Jom memeriahkan Giveaway yang dianjurkan Busyra Takiyudin ni mana taw korang bertuah dapat RM100 shopping SGShop

Tarikh tamat 28 Mei 2017

Barang yang ekin berkenan sangat nak beli di SGShop ialah Almari Wardrobe ini ekin dah sampai teringin nak dapatkan satu sebab tak cukup almari dah baju terlampau banyak.. hahahaha.. nak buat macam ner 1 almari kongsi ekin dan suami tak muat la kan.. tu tak termasuk baju anak lagi.. mujur belum ada anak kalau ada kena cari almari baju anak lagi. hihihihi.. ekin tengok di SG Shop barang ni murah sangat daripada website lain so sekarang berkenan beli Wardrobe  ni...

Wardrobe

Anda semua jangan lupa join giveaway ini ya...


Sunday, May 21, 2017

Giveaway CASH RM1000+ May 2017 by Emas Putih

Giveaway CASH RM1000+ May 2017 by Emas Putih


[Tekan Banner Di Atas Untuk Join GA Ini]

Giveaway CASH RM1000+ May 2017 by Emas Putih di sponser oleh Emas Putih , Jimat Melancong , Miamorzafirah , Saya Iday , Mastura , Ryyhan , Uyul Rosli , Homestay Murah Melaka , Wawa Ashihara , Izzat Nazmi , Maisarah , Iuzira , Alepz ,  Dayang Deno ,  , Ainy Zain , Shahera Perfume , Jiwarosak , Alepz , DiaHoney 

Resepi Sambal Ikan Bilis Petai

 Resepi Sambal Ikan Bilis Petai Assalamualaikum.. Lagi beberapa hari kita akan berpuasa kan.. so cik ash dah terfikirkan menu febret suami untuk bulan puasa nanti ialah Sambal Ikan Bilis Petai, memang kalau buat sambal ni haruslah bertambah-tambah pinggan kami bertiga dekat rumah.. hihihihihi..  Sambal Ikan Bilis Petai memang febret suami yang tak lalu jadi taw makan tambah-tambah puasa kan harus bertambah-tambah nanti nasi.. cik ash buat sambal ini memang suami orang pertama yang akan makan... almaklum la makanan kegemaran suami kan.. siap bagitaw dekat ekin "sayang nak bagi abe gemuk ke" hahahaha..  

Nak buat Sambal Ikan Bilis Petai mudah sangat lagipun senang pun mesti ramai yang pandai buat mengikut citarasa masing-masing kan.. Kalau korang nak cuba resepi Sambal Ikan Bilis Petai ekin boleh la tengok kat bawah ni ekin nak kongsikan dengan korang semua.. Selamat Mencuba!!! 

Sebenar resepi hari-hari pun ekin masak tapi disebabkan ingin menyertai Lazada  Ramadhan Raya Contest Blogger so ni la resepi febret suami ekin..  

Lazada Ramadhan Raya Contest Blogger Minggu Pertama  

Apakah Hidangan Iftar kegemaran anda 

Sambal Ikan Bilis Petai 

Sambal ikan bilis petai  

Kongsi Resepi Hidangan   
Bahan-Bahannya-: 
1 mangkuk ikan bilis (basuh dan toskan) 
Petai main letak saja 
1 biji bawang besar (dikisar) 
3 ulas bawang putih (dikisar) 
1 inci halia  (dikisar) 
20 keping lada kering (direndam dan dimesin dulu) 
3 sudu kecil gula 
sedikit gula dan pati sedap 

Cara membuatnya :- 
1. Goreng ikan bilis dulu.. 
2. Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia hingga naik bau dan kekuningan. 
3. Selepas itu masukkan lada kering tumis hingga pecah minyak. 
4. Bila dah pecah minyak masuk ikan bilis, petai  masak hingga mendidih.. 
5. Letakkan gula, sedikit garam dan secukup  rasa. 
6. Kacau hingga sambal tumis ni masak. 

 Apakah Jenis produk yang anda boleh mencari di platform Lazada untuk 

Di lazada semua barang ada macam-macam ekin tengok anda nak pilih saja yang mana nak.. Pilih barang bank in duit tunggu sampai depan rumah barang yang kita order hihihihi.. Barang yang ekin pilih untuk cari di lazada untuk kegunaan sepanjang bulan ramadhan untuk memudahkan ekin lagi pulak kebetulan kuali sedia ada dah tembus di belakang tu yang teringin nak dapatkan Tefal Classic Wokpan 32cm anda dapatkannya di Marhaban Ya Ramadhan dan Riang Ria Raya bermula 19 Mei hingga 30 Jun 2017 . 





 Join Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest 


Bersempena dengan Jualan Lazada Ramadhan (Lazada ) yang akan bermula dari 16 Mei hingga 27 Jun 2017 ini. Peraduan Lazada Ramadhan Blogger Khas ni akan menghadiahkan hadiah kepada sehingga 80 Blogger! Wow ramai itu so apa tunggu jom cepat join.  



Bersempena Bulan Ramadhan yang tinggal beberapa hari je lagi akan menjelang Lazada ada menyediakan    Jualan Marhaban Ya Ramadhan and Riang Ria Raya     dimana Anda boleh menikmati Diskaun Istimewa sehingga 90% yang berlangsung selama dari 19 Mei sehingga 30 June 2017. 

Cara menyertai Lazada Ramadhan Raya Contest Blogger  :-  

  1. Peraduan ini akan berlangsung dari 19 Mei sehingga 25 Jun 2017 ( 4 minggu)  
  1. Sepanjang 4 minggu pertandingan ini, akan ada topik berbeza setiap minggu. Peserta boleh memilih salah satu dari topik-topik tersebut. Peserta juga boleh menyertai lebih dari sekali.  
  1. Untuk menyertai pertandingan ini, perserta hendaklah menulis tentang topik yang ditetapkan mengikut tarikh pertandingan tertentu. Peserta hendaklah menjawab soalan-soalan berikut :-  
  1. Peserta perlu menyebut dijual Marhaban Ya Ramadhan dan Riang Ria Raya (http://www.lazada.com.my/riang-ria-raya/ akan berlangsung dari 19 Mei hingga 30 Jun (di mana anda boleh mencari khas diskaun sehingga 90%!).  
  1. Peserta dikehendaki menyerahkan pautan Artikel mereka melalui e-mel kepada contest@lazada.com.my dengan subjek bertajuk: Lazada Ramadhan Peraduan Raya Blogger  
  1.  Peserta adalah dialu-alukan untuk menghantar artikel dalam mana-mana bahasa.  
  1.  Pemenang akan dipilih secara rawak. 
Jom Join Peraduan Lazada Ramadhan Raya Contest Blogger  ini mana taw rezeki anda bertuah menang hadiah wang tunai nanti.. hihihihi..