Tuesday, August 24, 2021

author photo
Drama Cik Serba Tahu | Assalamualaikum... Hai, hari ini Cik Ash nak berkongsi mengenai Drama Cik Serba Tahu yang diulang tayang di TV awesome. Jom baca sedikit details mengenai drama ini di bawah ni 


                                         

           
Drama Cik Serba Tahu merupakan adapitasi daripada novel karya Syamnuriezmil. Sebuah drama dari terbitan Orangetree Production arahan Suhaimi Zulkefli. Drama ini mempunyai 16 episode, dan juga dibintangi oleh pelakon Remy Ishak (Carl Adham), Sari Yanti (Aerna Isyqee), Zarul Umbrella (Bunyamin), Iedil Putra (Bejamin) dan ramai lagi turut berlakon.

Drama ini pernah bersiaran di Astro Ria & Astro Ria HD pada hari isnin hingga khamis jam 10.00 malam.

Sinopsis Drama Cik Serba Tahu

Bermacam-macam usaha yang Carl Adham buat untuk memikat hati Aerna,namun untuk menerima lelaki itu memang agak payah. Mana tidaknya, mereka baru sahaja bertemu. Tiba-tiba lelaki itu ajak dia tunang kemudian bernikah?

Semua orang di ofis gelarkan Aerna sebagai Cik Serba Tahu sebab semuanya dia boleh tahu. Sebab benda yang diagak selalunya betul dan banyak rahsia yang dia tahu terutama rahsia Encik Ben dan Encik Bun. 

Dan disebabkan serba tahunya itu, bapaknya bimbang jika anaknya itu terlupa tentang diri sendiri. Bapak Aerna nekad untuk cepat-cepat mengahwinkan anaknya dengan sesiapa saja yang gentleman asalkan Aerna membuka hati untuk menerima cinta. Adakah dengan mudah Aerna dapat menerima pilihan bapaknya? Adakah Aerna akan bersedia membuka pintu hatinya seperti yang dipinta oleh bapaknya? 

Nak taw kesudahan drama ni saksikan nanti drama Cik Serba Tahu yang akan ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam. 

This post have 6 komentar

avatar
mrhanafi delete March 27, 2017 at 2:41 PM

masa sekolah rendah dulu..saya pernah digelar profesor serba tahu..

ya terpengaruh dengan komik Gila-gila

Reply
avatar
Norihanyusuf delete April 2, 2017 at 12:06 PM

dah start kan
tak sempat tengok lagi

Reply
avatar
adianiez AIDA delete April 12, 2017 at 3:00 PM

ok ok la citer ni.
aida tgk sesekali.
tak dpt tgk tiap mlm.
sebab tu waktu izzat tgk kartun before dia tido.
citer nyer santai.
jadi ke tak ekk diorang kawin ? :)

Reply
avatar
Sha Mohamed delete April 12, 2017 at 4:27 PM

Ala.. lewat sangat waktu tayangannya..

Reply
avatar
Farrah MF delete August 25, 2021 at 1:36 PM

Dah tengok dah sebelum ni. Bolehlah layan lagi...

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post