Panduan Memulakan Bisnes Bakeri Dari Rumah | Assalamualaikum.. Hai korang semua, kepada suri rumah yang ingin menambah pendapatan sampingan hanya dari rumah memang patut baca apa yang saya kongsi ni.. sangat sesuai dengan saya mana taw teringin nak ceburi bidang bisnes bakeri nanti...
Mengapa Bisnes Bakeri Dari Rumah?
Ada banyak sebab mengapa bisnes bakeri adalah cara yang terbaik untuk anda menambahkan pendapatan secara sampingan dari rumah.
1. Kos Permulaan Yang Kecil
Memandangkan anda memulakan bisnes bakeri ini hanya dari rumah, jadi anda tidak perlu membayar sewa kedai, dan tidak perlu membeli peralatan-peralatan yang besar dan mahal seperti rak simpanan kek,mesin juruwang,peti ais besar dan sebagainya.
Anda juga tidak perlu membayar kos pekerja yang hanya bertugas untuk menjaga kuanter sepanjang masa.
Anda boleh bermula hanya dari rumah dan menggunakan peralatan-peralatan yang sudah sedia ada anda.
2. Tidak Perlu Terlalu Menjual.
Untuk menjual produk bakeri anda, anda tidak perlu bersusah-payah menerangkan
tentang produk anda sehingga berbuih-buih mulut sepertimana yang sering dilakukan
oleh penjual produk-produk MLM! Cukup sekadar anda menunjukkan gambar dan
harga! Jika mereka suka,mereka akan order!
3. Hanya Buat Berdasarkan Tempahan
Ini adalah kelebiham besar bisnes bakeri dari rumah! Anda hanya perlu membuat kuih/kek/roti hanya selepas anda mendapat tempahan sahaja. Jadi tiada risiko kuih/kek/roti anda tidak habis dijual.
4. Urusan Rumahtangga Masih Terjaga
Ya! Memandangkan anda hanya membuat kuih di dalam rumah,maka anda masih lagi boleh memantau dan menguruskan anak-anak anda. Urusan kerja dalam rumah juga masih boleh diterusjab seperti biasa. Perkara ini sudah pastinya akan melegakan perasaan suami anda yang mungkin risau andainya anda terabaikan urusan anak-anak apabila sibuk berniaga.
Macam Mana Nak Memulakan Bisnes Bakeri Dari Rumah
Sememangnya akan ada banyak pertanyaan dan persoalan yang akan bermain di fikiran anda apabil mahu memulakan bisnes bakeri ini!.
Antara soalan yang paling kerap ditanya ialah :
- Nak buat dan jual kuih apa? Kuih karipap ke? Donut ke? Roti jala ke? Muffin Cake ke? Cheese Tart ? Cup Cake
- Kek Coklat? Kuih apa yang paling banyak permintaan?
- Berapa nak letak harga?
- Macam mana nak kiras kos produk?
- Apa peralatan yang diperlukan?
- Macam mana nak buat promosi? Macam mana nak buat marketing?
- Dimana nak belajar buat kuih?
- Macam mana nak daftar perniagaan supaya tidak kena saman dengan SSM
Hah! Banyak betul persoalan yang bermain di fikiran anda kan?
Tapi anda jangan risau dan khuatir... semua jawapan bagi persoalan diatas, saya telah sediakan Ebook Panduan Bisnes Bakeri di bawah ni...
Baguslah belajar bisnes dari rumah
ReplyDelete.
Bukan terus bukak kedai kan cik ash 😍
.
Dah maju baru naik sikit sikit
sedapnyaaa kek homemade
ReplyDeleteaah bila dah ada order baru buat dapat tambah duit poket sampingan sikit...
ReplyDeleteBagus info ni bagi yg nak mulakan bisnes bakeri...sgt mudah ada panduan ni.
ReplyDeleteX pandai buat kek n tak ade oven
ReplyDeleteBuat untuk makan-makan je boleh. Kalau nak menjual, belum lagi kot
ReplyDeleteaida setuju.
ReplyDeletebuat skit2. homemade.
lama2 nanti jadik besar & berjaya.