Aplikasi Whoscall:Caller ID&Sekat | Assalamualaikum.. Hai korang semua apa khabar Cik Ash harap semuanya sihat walafiat...Hari ini Cik Ash nak bagitaw dekat korang semua, Cik Ash ada guna Aplikasi Whoscall:Caller ID&Sekat dekat handphone Cik Ash ni senang sikit boleh taw siapa pemanggil yang tak ada nama ni.. memang sangat menarik whoscall ni.
Whoscall ini membolehkan kita mengenal pasti panggilan dan mesej teks walaupun nombor pemanggil tiada dalam senarai kenalan kita tu.. Whoscall juga membantu kita menyekat nombor khusus.Mempunyai pangkalan data global yang menyediakan lebih daripada 700 juta nombor.
Dengan Whoscall,Setiap hari bilangan 20 juta pangggilan ditapis dan kira-kira 500,000 panggilan gangguan disekat oleh pengguna.
Antara Ciri yang terdapat dalam Whoscall ini :-
1. Pengencaman ID pemanggil segera
Mengenal pasti maklumat latar panggilan masuk yang tidak diketahui dengan segera melalui tag yang dilaporkan oleh pengguna lain,hasil carian internet dan pangkalan global kami yang menyeluruh.
2. Sekat panggilan dan SMS yang tidak diingini secara kekal
Sekat panggilan dan SMS secara pintar untuk menjamin pengalaman panggilan yang bebas gangguan.
3. Pangkalan data dengan lebih daripada 600 juta nombor telefon
Carian dalam pangkalan data global kami yang mempunyai 600,00,00 nombor telefon.
4. Laporkan Nombor
Laporkan identiti nombor telefon yang tidak diketahui dan membina rangkaian pangkalan data nombor telefon bersepadu untuk rangkaian komunikasi yang boleh dipercayai untuk semua orang.
5. Pangkalan Data Luar Talian (Carian Pintas)
Mengenalpasti nombor dengan segera tanpa ada sambungan internet. Pangkalan data tersedia beribu-ribu senarai nombor terhangat. ( Untuk pengetahuan anda,maklumat yang tidak terdapat dalam pangkalan data tidak akan dikenalpasti tanpa sambungan internet). ** Pangkalan Data Luar Talian hanya tersedia kepada Taiwan,Jepun,Hong Kong,Korea, Amerika Syarikat,Brazil dan Malaysia.
6. Whoscall Card telefon peribadi
Anda boleh menetap nama dan huraian melalui Whoscall Card. Reka bentuk tingkap pemanggilan baru akan dipaparkan dengan segera apabila panggilan anda dijawab, memudahkan anda dikenal oleh orang lain dengan lebih cepat.
7. Buletin : Mesej anda akan dipaparan secara automantik kepada orang lain.
Anda boleh menulis tajuk teks dan memuat naik gambar dalam buletin, tanpa mengira sama ada telefon telah dihidupkan. Walaupun terlepas panggilan,pihak lain masih boleh membaca mesej yang dihantar oleh anda.
Berikut antara gambar nombor yang telah call ekin sebelum ni :-
No ni berkali-kali call ekin dalam minggu ni.. ekin siap block terus ni... tengok tu 27 orang dah menyekat no ni..
Aritu orang tabung haji ada call bagitaw sijil upah haji arwah dah siap.. masa call naik nama macam ni mudah kan.. dah taw siapa pemanggil.
yang ni TM Reward duk sampai mesej sokmo.. 18 orang mengemari.
TM Unifi Marketing ni pun selalu duk call iklan pakej internet kat rumah aboh di kelantan.. hihihihi..
no bonuslink Cik Ash dah siap save sebab keluar macam ni..
Ok la itu saja penerangan Cik Ash tentang whoscall ni.. selamat mencuba dan dowload aplikasi whoscall di android korang ya...