Resepi Cek Mek Ubi Kentang | Assalamualaikum,Hai korang semua
apa khabar Cik Ash harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat ya..
baru-baru Cik Ash ada buat kuih cek mek dari ubi kentang, Cik Ash la terasa nak
makan cek mek.. hihihihihi.. terlebih dahulu Cik Ash ingin meminta maaf
banyak kat korang semua blog ni sunyi sepi dengan entri baru biasa la
keadaan tangan Cik Ash masih sakit lagi... nak taip lama guna laptop tak
leh..
Lama dah sebenarnya Cik Ash buat cek mek ni minggu lepas lagi,entri ni duk tersimpan dalam draf jer.. jom la usha resepi cek mek ubi kentang Cik Ash buat.. Cik Ash buat bentuk bulat2 senang hahahaha.. malas nak getel-getel macam cek mek...
Resepi Cek Mek Ubi Kentang
Bahan-bahan :-
4 biji ubi kentang
2 cawan tepung gandum
Gula
Cara membuatnya :-
1. Rebus ubi kentang sampai betul-betul masak dalam air rebusan tu letak garam ya.
2. Bila ubi kentang dah masak lenyek-lenyek bagi hancur ya. macam nak buat cek mek gak la..
3. Masukkan tepung gandum gaul sehingga sebati.
4. Bulatkan adunan tengok gambar atas bulat sama saiz kan tu Cik Ash timbang elektronik tu dalam 10gm tu sama saiz hihihihi..
5. Ambik doh bulat tu masukkan sikit gula lepas bulat kan balik la. senang jer buatnya..
Ok la itu jer resepi cek mek Cik Ash buat senang sangat nak kan.. hihihihihi... selamat memcuba resepi Cik Ash ni..
Sedap cek mek..
ReplyDeletememey sedap hihihihi
Deletewahhh , mudah jer rupanya nak buat nya haaa
ReplyDeleteha ah memang mudah pun kena pandai letak gula dalam tu jer kalau tak pecah hahahhaha
DeleteComel bulat-bulat rupanya 😊
ReplyDeletehihihihi tu la comel buat bulat2 suka macam ni la
Deletebaru akak tau ubi kentang pon bleh buat cek mek
ReplyDeleteboleh jah kak buat ubi kentang.. ubah2 selera hihihihi
Delete