Thursday, December 8, 2016

author photo
#MyTravelokaEscapade: Langkawi Impian Honeymoon | Assalamualaikum.. Hai korang semua apa khabar,cik ash harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat.. Ekin berangan-angan nak pergi honeymoon dengan suami di Pulau Langkawi..dan berharap traveloka dapat tunaikan impian ekin nanti.. hihihihihi..



gambar kredit google



Bercakap pasal nak pergi bercuti nie Korang pernah dengar tak traveloka ni kalau yang tak  pernah dengar meh Cik Ash terangkan apa itu Traveloka
Traveloka ini adalah sebuah laman web yang menyediakan kemudahan untuk menempah tiket flight berserta dengan hotel dalam satu masa. So kita tak perlu dah nak buat 2 perkara berasingan dah.. Sekarang mudah bila adanya traveloka ini semua tempahan tiket penerbangan dan hotel dapat dibuat dengan cepat dan sangat pantas tanpa memerlukan masa yang agak lama untuk menguruskannya dan yang paling penting adalah ianya sangat menjimatkan masa dan boleh dipercayai.

Selain itu, traveloka juga ada menawarkan promosi harga tiket dan hotel yang sedang berlangsung sekarang.. so yang mana yang ingin mencari tiket penerbangan atau hotel untuk percutian anda boleh klik gambar di bawah nak tengok senarai promosi tiket dan hotel... Percutian bersama keluarga tercinta dengan penjimatan yang ditawarkan di traveloka ni..


Kenapa Pulau Langkawi Jadi Pilihan Honeymoon 

Sebab apa cik ash pilih Pulau Langkawi untuk detinasi impian honeymoon cik ash ini kerana tempat tersebut cik ash tak pernah pergi lagi sejak bujang sampai la sekarang tu yang ekin teringin sangat nak pergi dan antara sebab lain teringin nak merasai pengalaman bercuti di pulau langkawi.bila dah berkahwin masa untuk pergi honeymoon belum ada kesempatan lagi hihihihi.. mana taw kalau traveloka dapat tunaikan impian cik ash nanti alhamdulillah. 

Walaupun dah banyak cik ash baca tentang pulau langkawi dari blogger-blogger yang pernah pergi,cik ash tetap ingin menjejak kaki di pulau tersebut dan juga menjadi detinasi honeymoon cik ash hihihihihihi... tempat yang cik ash ingin pergi adalah seperti di bawah ini... 

Pantai Cenang 
Yang cik ash taw mengenai Pantai Cenang adalah disebabkan pantainya yang landai dan luas, dan ia membolehkan cik ash merasai angin atau mandi dengan selesa.yang kedua nk tidur dekat sana sebabnya cik ash Suka tengok ombak dan dengan bunyi laut dan kelebihan pantai ni tidak perlu berjalan jauh. Bila lapar tempat makan ada di merata-rata dan sebelum balik untuk mencari cenderamata pun senang.

Makam Mahsuri 
Cik Ash ingin melawat makan ni sebab makam yang dikatakan makan Mahsuri , Cik Ash selalu dengar kisah nya dan terbaca pasal kisah makam mahsuri ini...lagi pulak makam Mahsuri ada kisah nya pada masa dahulu. di samping itu juga dapat melawati replika rumah Kedah, muzium kecil serta membeli cenderamata yang bertemakan langkawi tidak ketinggalan juga dapat menyaksikan pementasan teater Lagenda Mahsuri jika anda datang pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sekitar pukul 3 petang.

Dataran Helang 
Apa yang cik ash tahu dataran ni berdekatan dengan kawasan jeti kuah dan disana terdapat arca seekor Helang Kawi gergasi yang menjadi tanda pulau tersebut.

Under Water World 

Kalau dekat Under Water world ini cik ash terfikir nak tengok penguin hahahhaha.. sebabnya cik ash belum pernah tengok lagi selalu duk tengok dalam televisyen dan untuk pengetahuan di lokosi dalam kawasan pantai cenang,..tempat yang cik ash nak menginap..jadi memudahkan lagi untuk datang sini...dan Selain penguin, ada kawasan tropika di mana haiwan-haiwan dibiar bebas berkeliaran dan kawasan terumbu karang yang memaparkan batu-batu karang pelbagai jenis dan warna yang cukup mengagumkan.

Air Terjun Telaga Tujuh 

mengikut mitos yang cik ash taw dahulunya air terjun telaga tujuh merupakan tempat mandi-manda orang bunian dan di sini terdapat 7 kolam kecil mengikut mitosnya lagi sebagai tempat puteri-puteri kayangan mandi-manda di bumi dan sejauh mana kebenarannya ekin tak pastilah,disamping itu boleh juga menaiki anak tangga kira-kira 600 anak tangga yang agak curam (kira-kira 30 minit).


Art In Paradise Langkawi
Tempat yang manjadi tarikan sebab dekat sini terdapat lebih kurang 100 ke 200 lukisan 3D yang dilukis oleh pelukis-pelukis profesional antarabangsa.Bangunan 3 tingkat  dan dari satu tingkat ke satu tingkat, semua lukisan kat sini memang nampak sangat cantik. Semakin banyak bergambar semakin rasa tiket yang dibayar memang bersesuaian dengan harganya kerana begitu banyak sekali lukisan-lukisan yang cantik di sini.Terdapat sebanyak 9 zon lukisan yang boleh di lawati diantaranya adalah “Safari Zone”,  “Fantasy Zone”, “Classic Zone”, “Aquarium Zone” dan “Malaysia Zone”. Sebenarnya setiap lukisan ini dilukis pada dewan ataupun hall yang sangat luas. Terdapat beberapa lukisan dan checkpoint bergambar yang bersambung di antara satu sama lain. Jadi kalau nak bergambar kenalah beri peluang kepada orang lain juga.
 
Tasik Dayang Bunting
Tasik Dayang Bunting merupakan sebuah tasik air tawar yang unik, terletak di Pulau Dayang Bunting, berdekatan dengan Pulau Langkawi, Kedah, Malaysia. Luas tasik ini kira-kira sebesar Kompleks Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Dari jauh, tasik ini berwarna hijau dengan latar belakang bukit batu kapur menegak tinggi di hadapannya.mengikut mitos nama tasik ini  kerana ia berada di dalam jejeran bukit yang kelihatan seperti seorang wanita ‘bunting’ sedang berbaring dan Tasik ini juga kononnya pernah menjadi kegemaran puteri kayangan bernama Mayang Sari dan kenapa tasik ini jadi pilihan cik ash di sini ada menyediakan bot kayu jadi boleh lah cik ash naik dengan husband bersuaian dan bertepatan datang untuk berhoneymoon.


So  kepada korang semua yang teringin #MyTravelokaEscapade jom sama-sama kita memeriahkan dan menyahut cabaran YOU NEED A HOLIDAY LAH Traveloka Online Contest  di samping dapat bercuti dan jika rezeki kita ada dapat pula memenagi contest ni..korang semua juga boleh jugak klik banner dekat bawah ini



This post have 4 komentar

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post