Saturday, December 31, 2016

CPUV Nuffnang On Going Terakhir 2016

CPUV Nuffnang On Going Terakhir 2016   | Assalamualaikum, Hai korang semua... alhamdulilah rezeki dari nuffnang untuk bulan Ogos  ada On Going


Kelas Penjagaan Muka & Asas Solekan 2017

Kelas Penjagaan Muka & Asas Solekan 2017 | Assalamualaikum... Hai korang semua apa khabar ekin harap semuanya sihat walafiat ya...setiap wanita ingin kelihatan anggun dengan wajah yang bersolek rapi tapi tidak tahu bagaimana caranya menyebabkan ramai wanita tampil dikhalayak dengan penampilan solekan yang keterlaluan atau wajah yang tidak bermaya. 
Siapa yang ingin belajar make-up dan nak nampak kelihatan cantik,terbuka kepada yang ingin belajar make-up tetapi tak taw cara ,apa kata jom cepat-cepat meriah kan program Kelas Asas Solekan Dan Penjagaan Wajah 2017 yang akan berlangsung seperti maklumat di bawah ni..

Kelas Penjagaan Muka & Asas Solekan 

Tarikh : Boleh Request Bila-bila masa
Tempat : Boleh Request dimana ataupun dirumah
Juga disediakan personal kelas solekan


Modul Pelajaran 
★Pejagaan Wajah Harian 
★Teknik memulakan bisnes home & mobile spa
★Teknik Membersih,menyegar dan melembap muka dengan cara yang betul.
★Pelajaran teknik hand,lip,body spa & message 
★ Pelajaran Teknik cara memilih Foundation yang sesuai mengikut kulit wajah 
★ Pelajaran Teknik Shading Contour Wajah 
★Pelajaran Teknik Lukis Kening Tanpa Cukur 
★Pelajaran teknik penggunaan brush yang betul ketika membuat solekan.

Aktiviti ini bertujuan untuk memberi pengetahuan asas penjagaan kulit dan solekan yang mana amat penting bagi seorang wanita agar sentiasa kekal cantik, menawan dan hebat. 


Friday, December 30, 2016

Hadiah Menang Giveaway/Contest Sepanjang 2016

Hadiah Menang Giveaway/Contest Sepanjang 2016 | Assalamualaikum.... Hai reader blog Cik Ash, apa khabar semua, ekin harap semuanya berada dalam keadaan walafiat. 
 
 
Hadiah Menang Giveaway/Contest Sepanjang 2016
 
 
Sepanjang 2016 lepas ekin banyak join giveaway /contest yang ekin join di facebook, blog dan instagram. Alhamdulilah sepanjang ekin join tu ada rezeki di blog cik ash ni.. syukur sangat rezeki blog cik ash masih ada lagi.. 



Thursday, December 29, 2016

Juara Pertandingan Akhir Cabaran Raja Kuah Knorr 2016

Juara Pertandingan Akhir Cabaran Raja Kuah Knorr 2016 | Assalamulaikum.. Hai korang semua apa khabar ekin harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat ya... 


Barisan Juri Cabaran RKK Peringkat Akhir 2016




Pada 9 December 2016 aritu telah berlangsung Pertandingan Akhir Cabaran Raja Kuah Knorr 2016 yang telah di adakan di MAHA 2016 dekat Serdang , Selangor.

Pertandingan ini telah diadakan dengan meriah sekali dan juga diadili barisan juri-juri yang akan menentukan pemenang-pemenang terbaik mengikut kriteria seperti kebersihan,persembahan dan citarasa..Antara juri-juri yang terlibat pada hari itu ialah Chef Celebriti Chef Jo Chef Profesional UFS,Chef Mohd Hadzrin Mohd Din, Penulis Buku Resepi dan Blogger , Ruzita Idias Ismail dan juga Nor Ariffin Hamzah Blogger terkenal dan juga merupakan Pengasas Projek Blogger Utara.


Barisan Juri Cabaran RKK Peringkat Akhir 2016





Antara finalis-finalis Pertandingan Akhir Cabaran Raja Kuah Knorr 2016 terdaripada :- 


Raie Mahidin ( Juara Zon Sentral)
Tema:Hantaran & Hidangan Perkahwinan


Mohd Salezahrin Mohd Salleh (Juara Zon Selatan) 
Tema:Santapan D'Raja Sri Menanti Istana) 


Mohd Hilmi Mohd Alia Ahmad (Juara Zon Pantai Timur)
Tema: Warisan Kampung Knorr

Budiman Bistari Mohamed (Juara Zon Utara)
Tema: Hidangan Portluck Knorr 1 Malaysia


Kini tiba keputusan penuh Juara Cabaran Kuar Knorr 2016 telah dimenangi oleh Encik Budiman Bistari Mohamed dari Zon Utara  yang bertemakan Hidangan Port Luck Knorr 1 Malaysia yang membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM41,500. Tahniah kepada Encik Budiman,41 merupakan pengusaha trak makanan dari selangor. 



Hidangan daripada Juara Hidangan Port Luck Knorr 1 Malaysia merupakan resepi generasi turun-temurun dari arwah datuk dengan olahan semula untuk memenuhi tema dan masa pertandingan. 




Terima kasih juga kepada barisan juri-juri dan semua yang terlibat dalam menjayakan pertandingan akhir ini dan juga Tahniah kepada pemenang dan perserta Cabaran Raja Kuah Knorr 2016. Cabaran Raja Kuah Knorr dijayakan bersama dengan penyertaan jenama peralatan dapur komersial Butterfly serta jenama Harmuni untuk santan dan kicap. 


Tahniah pada pihak UFS atas penganjuran pertandingan ini & sekali lagi terima kasih yang tak terhingga sebab masih sudi memberi kepercayaan kepada team #projekbloggerutara untuk turut serta & menjadi salah seorang juri di hari yang penuh bersejarah gitew. Kami team #projekbloggerutara betul2 terharu. Diharapkan pertandingan seumpama ini memberi insprasi kepada pengendali makanan untuk terus mencipta menu2 yang kreatif dan terbaik.




Wednesday, December 28, 2016

Wordless Wenesday #84 | Cara Lekatkan Lecana Dekat Baju Sekolah

 Wordless Wenesday #84 | Cara Lekatkan Lecana Dekat Baju Sekolah

 

Wordless Wenesday #84 | Cara Lekatkan Lecana Dekat Baju Sekolah

 

10 Favourite Products You Should Buy From ezbuy!

10 Favourite Products You Should Buy From ezbuy! Assalamualaikum … Hai korang semua apa khabar saya harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat ya.. 


Siapa kat sini suka Shopping online suka beli barang melalui online, sila angkat tangan! Hahahahaha… Kepada anda yang sangat suka membeli belah secara online, sekarang mudah dan senang nak ‘shopping’ online ini dengan ada ezbuy. Sekarang semuanya dihunjung jari taw, tak perlu dah nak travel keluar negara berjam-jam naik flight semata-mata nak bershopping barang dari China di Malaysia. Harga di ezbuy jauh lebih murah walaupun barang tersebut dibeli dengan kuantiti sedikit.



Hari ini saya nak sharekan dengan korang  ini antara barang-barang saya suka nak shopping kat ezbuy ,saya pilih 10 Favourite Products You Should Buy From ezbuy! saya sangat suka  pertama kali masuk ke website ezbuy ini adalah seperti di bawah ini :-

  


Bag poket pelbagai fungsi dan ia dikhususkan untuk meletakkan barang-barang peribadi dan saiz rekaannya juga dikhususkan untuk meletakan telefon bimbit di samping handfon kita  wallet dan kunci  juga boleh di sertakan sekali.ia sesuai untuk golongan wanita mahupun lelaki tidak kira jantina. Jadi ekin boleh guna suami pun boleh guna Pocket Mini Bag

C:\Users\ASUS\Downloads\basikal elektrik.png

Basikalelektrik  ni saya teringin nak dapatkan gak sebab boleh guna untuk pergi beli barang dapur dekat kedai yang berhampiran dengan rumah hihihihihi…


C:\Users\ASUS\Downloads\beg troli.png

BegTroli ini nampak macam menarik  mudah la saya nak guna bila balik kampung hihihihi… mempunyai troli mudah untuk ditarik , lagi pulak mudah simpan lipat beg… jimat ruang sangat.. 

C:\Users\ASUS\Downloads\pan non stick.png

Menarik rasa terpikat tengok  barang saya nak gak dapat nak gantikan dengan pan non stick yang dah lama suruh gantikan yang baru mudah la lepas nak masak siap ada penutup ni.

C:\Users\ASUS\Downloads\tikar urut kaki.png

MassageFoot ni bagus juga harus beli ni sebab untuk kesihatan kaki dan kesihatan dalaman boleh guna dan berjalan atas tikar ni macam buat urutan reflexology gitu-gitu.

C:\Users\ASUS\Downloads\airbag body.png

Yang ini pulak saya tengok macam tilam kusyen untuk megurangkan kesakitan di bahagian leher, bahu,pinggang dan penjagaan badan mempunyai peralatan yang ada getaran. saya ingin gak dapat tilam ni boleh hilang kesakitan bahagian-bahagian yang sakit. Lagi bagus untuk kegunaan ibu mentua dan suami nanti..

C:\Users\ASUS\Downloads\pemotong buah.png


Alat Pemotong Buah ini nampak ringkas tetapi amat creative serta dapat menjimatkan masa di samping rekaan yang cantik sesuai untuk suri rumah yang mahukan alat yang cepat dan ringkas. Lepas ni mudah la nak potong buah tak payah dah potong guna pisau hihihihihi.

C:\Users\ASUS\Downloads\apron.png

Comel tengok apron ni berkenan la pulak nak beli hihihihi… ada Apron nanti nak memasak  jadi semangat hihihihihi…

C:\Users\ASUS\Downloads\rak letak barang.png

Home Stroge ini  boleh saya beli gak sebab lepas ni sangat memudahkan kerja saya letak tudung periuk dan senduk semasa memasak dengan mudah tak yah guna mangkuk untuk letak… hihihihihi…

C:\Users\ASUS\Downloads\sweater.png

Cardigan Plus Size ini  saya teringin sebab dia labuh sesuai la pakai masa sejuk dan panas.. diperbuat daripada bulu yang kasar Cardingan ini daripada korea..

Eh hamper terlupa saya  korang jugak boleh dapatkan pelbagai lagi pakaian dress yang cantik-cantik di Koleksi Pakaian Dress. Tak lupa juga kepada korang teringin nak cari barang kelengkapan rumah dan taman  ataupun rasa-rasa nak ubahsuai hiasan dalaman rumah boleh  usha  di bahagian Rumah dan Taman Furniture  saya tengok pelbagai barang yang menarik disana.. Ini lagi satu produk yang saya suka di ezbuy iaitu Koleksi Baju Mengandung yang lawa-lawa terasa ingin nak dapatkan satu..tapi buat masa sekarang saya tak memerlukannya lagi insyaAllah di masa akan datang ada rezeki boleh dapatkannya.
C:\Users\ASUS\Downloads\PRIME.png
  

  Ok la itu saja antara pilihan barang yang saya berkenan sangat dekat ezbuy ni.. Kalau ikutkan banyak lagi barang saya nak tapi hanya 10 saja la dulu saya kongsikan dengan korang deh. Lagi yang menarik dekat ezbuy ini bila kita shopping dekat ezbuy ni dengan kos penghantaran yang menjimatkan iaitu Prime Service. Nak tahu apa itu Prime Service? Sebelum itu korang perlu daftar ezbuy Prime Service dulu kat Prime Service. Dekat bahagian Prime terdapat banyak barang-barang yang terpilih dengan kos penghantaran hanya RM8.80 saja. Prime jugak tidak mengira saiz bungkusan,berat dan kuantiti semasa proses penghantaran harga tetap RM8.80. Nak lebih jimat kalau yang suka shopping baik berdaftar prime service ini di beri dua pilihan jangka masa pertama untuk percubaan sebulan dengan harga RM18.80sen dan yang kedua untuk setahun pula di kena yuran sebanyak RM188. Apa tunggu Jom shopping dengan ezbuy sementara stock barang yang masih ada ni.. Sekarang banyak promosi-promosi dan diskaun-diskaun sedang ditawarkan dengan jualan akhir tahun ini.. Cepat-cepat pergi usha ya.


D:\beza shipping 1.png

D:\beza shipping 2.png

D:\beza shipping 3.png

Jom Cepat Daftar untuk Dapatkan RM15 Baucar PERCUMA 
untuk Membeli-belah:  http://bit.ly/cikash


Tak lupa jugak ada Jualan Super Value dimana semua barang-barang 
yang ada dalam ini Bawah RM19.90 : http://bit.ly/allrm19



Ada lagi Jom  menikmati produk-produk ini pada 50% off! :
 http://bit.ly/allsave50


Monday, December 26, 2016

Dapat Ole-Ole Dari Blogger

Dapat Ole-Ole Dari Blogger | Assalamualaikum.. Hai korang semua apa khabar.. ekin harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat.. 
 
 
 
Dapat Ole-Ole Dari Blogger


Baru-baru ni ekin ada dapat hadiah daripada blogger, terkejut sangat dapat hadiah ni kebetulan pulak suami ekin tak keje aritu dia yang ambik barang ni.. dia tanya ekin barang apa pulak tu.. ekin jawab tak taw.. 

hadiah ni ekin dapat dari 2 orang blogger yang sangat baik hati bagi hadiah ni walaupun ekin jarang sangat masuk blog dia loni masih ada gak hadiah ni.. mereka berdua ni sangat baik hati banyak dah hadiah yang ekin kumpul diaorang bagi..

Ekin ingin ucapkan terima kasih kepada sis JM dan SS  kerana memberi hadiah yang datang dari jauh... barang yang ekin dapat dari mereka berdua ni ialah dua beg kain kut ekin pun tak taw apa benda... FM keychain dan cermin untuk tilik2 muka.. hihihihi.. 

Saturday, December 24, 2016

Resepi Cek Mek Ubi Kentang

Resepi Cek Mek Ubi Kentang | Assalamualaikum,Hai korang semua apa khabar Cik Ash harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat ya.. baru-baru Cik Ash ada buat kuih cek mek dari ubi kentang, Cik Ash la terasa nak makan cek mek.. hihihihihi.. terlebih dahulu Cik Ash ingin meminta maaf banyak kat korang semua  blog ni sunyi sepi dengan entri baru biasa la keadaan tangan Cik Ash masih sakit lagi... nak taip lama guna laptop tak leh..


cek mek ubi kentang

 


Lama dah sebenarnya Cik Ash buat cek mek ni minggu lepas lagi,entri ni duk tersimpan dalam draf jer.. jom la usha resepi cek mek ubi kentang Cik Ash buat.. Cik Ash buat bentuk bulat2 senang hahahaha.. malas nak getel-getel macam cek mek...


Resepi Cek Mek Ubi Kentang 
Bahan-bahan :-
4 biji ubi kentang
2 cawan tepung gandum
Gula 

Cara membuatnya :-
1. Rebus ubi kentang sampai betul-betul masak dalam air rebusan tu letak garam ya.
2. Bila ubi kentang dah masak lenyek-lenyek bagi hancur ya. macam nak buat cek mek gak la.. 
3. Masukkan tepung gandum gaul sehingga sebati. 
4. Bulatkan adunan tengok gambar atas bulat sama saiz kan tu Cik Ash timbang elektronik tu dalam 10gm tu sama saiz hihihihi.. 
5. Ambik doh bulat tu masukkan sikit gula lepas bulat kan balik la. senang jer buatnya.. 

Ok la itu jer resepi cek mek Cik Ash buat senang sangat nak kan.. hihihihihi... selamat memcuba resepi Cik Ash ni.. 

Tuesday, December 20, 2016

KULIM PETS DAY 2016

KULIM PETS DAY 2016 | Assalamualaikum... Hai korang semua apa khabar ekin harap semuanya sihat walafiat.. 


Ni ekin ada nak bagitaw kepada penduduk di KULIM kedah ataupun yang berdekatan dengan kulim pada 25.12.2016 satu program iaitu KULIM PETS DAY yang akan berlangsung di Taman Burung Kulim.

Di jemput kepada semua peminat-peminat haiwan jom memeriahkan program ini yang bermula pada jam 9 pagi hingga 6 petang. Pada hari itu terdapat banyak acara yang dipertandingkan antaranya ialah pertandingan mewarna kanak-kanak di bawah umur 10 tahun , pertandingan ikan laga,pertandingan kucing dan sukaneka.

Sebarang Pertanyaan boleh hubungi no telefon di talian di bawah ini :-
                                           
                                           017-4139210 (Encik Sobri)
                                           012-4840578 (Encik Mamu)




Saturday, December 17, 2016

Cuti Sekolah Main Saidina Dengan Anak Saudara

Cuti Sekolah Main Saidina Dengan Anak Saudara | Assalamualaikum... Hai korang semua apa khabar Cik Ash harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat..maafkan hari ini baru entri yang Cik Ash sempat tulis... tak dapat nak menulis blog hari2 dah... pengelangan tangan sakit selepas terjadinya mesin basuh bahagian spin tak berpusing jadi bila waktu pengeringan Cik Ash guna tangan tu yang sakit tangan.. bersabar jer la mampu ujian Allah bagi...


main saidina



Cuti sekolah baru-baru ini Cik Ash sempat luangkan masa bermain saidina dengan anak saudara Suami Cik Ash .saidina yang Cik Ash tebus melalui TM Point aritu kalau ada terlepas pandang mengenai bagaimana Cik Ash tebus point boleh la singgah di entri Tebus Point Hadiah Dengan TM Rewards.

Syok bila geng bermain ni... lagi pulak Cik Ash ada beli reket badmiton gak tu tak ada peluang lagi nak bermain dengan diaorang sebab siang hari diaorang tak mari kat rumah.. kalau waktu malam ni penuh kat rumah dengan diaorang.. sekali berkumpul 7 orang hihihihihi...

Itu saja yang Cik Ash nak kongsi dengan korang semua.. best bila dapat luangkan masa bermain saidina ni bila ada geng hihihihihi...

Wednesday, December 14, 2016

Monday, December 12, 2016

CPUV Nuffnang On Going

CPUV Nuffnang On Going   | Assalamualaikum, Hai korang semua... alhamdulilah rezeki dari nuffnang untuk bulan November dan dec 2016 ada On Going


Alhamdulilah lama tak buka nufnang semalam ekin  terajin terbuka nuffnanf tengok banyak yang on going  ekin dapat iklan CPUV nuffnang masih on going dari bulan november aritu lagi.. bulan december ni ada yang tengah on going.. 

Kalau ada yang nampak iklan ni bergayut-gayut dekat blog ekin boleh la klik ya.. ekin ingin mengucapkan terima kasih kepada nuffnang yang masih memberi CPUV kepada ekin... nanti bagi banyak-banyak lagi.. 

Sunday, December 11, 2016

Menang Contest Instagram Roopawan

Menang Contest Roopawan | Assalamualaikum... Hai korang semua apa khabar ekin harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat.. 
 
 
Menang Contest Instagram Roopawan

 



Alhamdulilah rezeki menang contest di instagram Roopawan tak sangka sangat dapat hadiah 2nd Winner pada 6 Disember 2016 aritu...

Ekin saja-saja join pun contest ini memang tak harap nak menang sebab ramai sangat yang join... alhamdulilah nama ekin bertuah dalam cabutan bertuah yang di buat dari orang roopawan di live facebook pada 6 Disember 2016 aritu...

Tunggu Duit RM500 nanti masuk account bank hihihihihi.. penghunjung december dia akan masukkan.

Saturday, December 10, 2016

Pemenang Birthday Giveaway by KasihkuAmani

Assalamualaikum... Hai korang semua apa khabar untuk hari ini... ekin harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat la ya... 


Alhamdulilah rezeki blog lagi akhir bulan December  aritu blog cik ash  ada join giveaway yang by kasihku amani.. dah pada 1 december aritu dah umum pemenang.. alhamdulilah rezeki ekin menang giveaway.. 

Hadiahnya ekin dapat ni dia buku yang ekin dapat dekat bawah ni 


Bisnes Air dan Dessert Mampu Mengubah Ekonomi

Bisnes Air dan Dessert Mampu Mengubah Ekonomi  | Assalamualaikum...Hai korang semua apa khabar ekin harap semua sihat walafiat ya..



Harga barang naik tapi gaji tetap sama. Memang ramai yang merungut tentang masalah ini. Tapi apa guna merungut sahaja tanpa jalan penyelesainya. Tak kan nak terus merungut dan hidup kesusahan.

Kita anda boleh mengubah hidup anda kepada yang lebih baik dengan memulakan bisnes makanan air, dadidh dan desert. Ia boleh dilakukan sambil bekerja.

Ini kerana penyedian bisnes air tidak memerlukan masa yang lama. Anda juga boleh menyiapkan lebih awal seperti dadih dan dessert hotel. Yang bestnya keuntunggannya amat tinggi.

Friday, December 9, 2016

365 Days Daily Planner Giveaway by Luqman Zakaria

365 Days Daily Planner Giveaway by Luqman Zakaria | Assalamualaikum... Hai korang semua apa khabar ekin harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat.. 


Klik Banner Untuk Join 

Giveaway Syukur Selalu


Klik Banner Untuk Join Giveaway Ini..

Tamat 21 Disember 2016 ... 

Roti Sandwich Goreng

Roti Sandwich Goreng | Assalamualaikum.... Hai korang semua apa khabar untuk hari ini Ekin harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat..

roti sandwich goreng


Ekin bila rajin datang mesti ada saja buat makanan untuk suami dan mak mentua makan hihihihihi... lebihan roti sandwich yang nak dekat habis tarikh Ekin buat roti goreng inti dalam tu Ekin guna saja bahan-bahan yang ada dekat dapur hihihihihi...

Resepi nanti Ekin update semula... lupa dah letak apa hahahahha... biasa lama dah buat roti ni terperam dalam draf jer...

Thursday, December 8, 2016

#MyTravelokaEscapade: Pulau Langkawi Impian Honeymoon

#MyTravelokaEscapade: Langkawi Impian Honeymoon | Assalamualaikum.. Hai korang semua apa khabar,cik ash harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat.. Ekin berangan-angan nak pergi honeymoon dengan suami di Pulau Langkawi..dan berharap traveloka dapat tunaikan impian ekin nanti.. hihihihihi..



gambar kredit google



Bercakap pasal nak pergi bercuti nie Korang pernah dengar tak traveloka ni kalau yang tak  pernah dengar meh Cik Ash terangkan apa itu Traveloka
Traveloka ini adalah sebuah laman web yang menyediakan kemudahan untuk menempah tiket flight berserta dengan hotel dalam satu masa. So kita tak perlu dah nak buat 2 perkara berasingan dah.. Sekarang mudah bila adanya traveloka ini semua tempahan tiket penerbangan dan hotel dapat dibuat dengan cepat dan sangat pantas tanpa memerlukan masa yang agak lama untuk menguruskannya dan yang paling penting adalah ianya sangat menjimatkan masa dan boleh dipercayai.

Selain itu, traveloka juga ada menawarkan promosi harga tiket dan hotel yang sedang berlangsung sekarang.. so yang mana yang ingin mencari tiket penerbangan atau hotel untuk percutian anda boleh klik gambar di bawah nak tengok senarai promosi tiket dan hotel... Percutian bersama keluarga tercinta dengan penjimatan yang ditawarkan di traveloka ni..


Kenapa Pulau Langkawi Jadi Pilihan Honeymoon 

Sebab apa cik ash pilih Pulau Langkawi untuk detinasi impian honeymoon cik ash ini kerana tempat tersebut cik ash tak pernah pergi lagi sejak bujang sampai la sekarang tu yang ekin teringin sangat nak pergi dan antara sebab lain teringin nak merasai pengalaman bercuti di pulau langkawi.bila dah berkahwin masa untuk pergi honeymoon belum ada kesempatan lagi hihihihi.. mana taw kalau traveloka dapat tunaikan impian cik ash nanti alhamdulillah. 

Walaupun dah banyak cik ash baca tentang pulau langkawi dari blogger-blogger yang pernah pergi,cik ash tetap ingin menjejak kaki di pulau tersebut dan juga menjadi detinasi honeymoon cik ash hihihihihihi... tempat yang cik ash ingin pergi adalah seperti di bawah ini... 

Pantai Cenang 
Yang cik ash taw mengenai Pantai Cenang adalah disebabkan pantainya yang landai dan luas, dan ia membolehkan cik ash merasai angin atau mandi dengan selesa.yang kedua nk tidur dekat sana sebabnya cik ash Suka tengok ombak dan dengan bunyi laut dan kelebihan pantai ni tidak perlu berjalan jauh. Bila lapar tempat makan ada di merata-rata dan sebelum balik untuk mencari cenderamata pun senang.

Makam Mahsuri 
Cik Ash ingin melawat makan ni sebab makam yang dikatakan makan Mahsuri , Cik Ash selalu dengar kisah nya dan terbaca pasal kisah makam mahsuri ini...lagi pulak makam Mahsuri ada kisah nya pada masa dahulu. di samping itu juga dapat melawati replika rumah Kedah, muzium kecil serta membeli cenderamata yang bertemakan langkawi tidak ketinggalan juga dapat menyaksikan pementasan teater Lagenda Mahsuri jika anda datang pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sekitar pukul 3 petang.

Dataran Helang 
Apa yang cik ash tahu dataran ni berdekatan dengan kawasan jeti kuah dan disana terdapat arca seekor Helang Kawi gergasi yang menjadi tanda pulau tersebut.

Under Water World 

Kalau dekat Under Water world ini cik ash terfikir nak tengok penguin hahahhaha.. sebabnya cik ash belum pernah tengok lagi selalu duk tengok dalam televisyen dan untuk pengetahuan di lokosi dalam kawasan pantai cenang,..tempat yang cik ash nak menginap..jadi memudahkan lagi untuk datang sini...dan Selain penguin, ada kawasan tropika di mana haiwan-haiwan dibiar bebas berkeliaran dan kawasan terumbu karang yang memaparkan batu-batu karang pelbagai jenis dan warna yang cukup mengagumkan.

Air Terjun Telaga Tujuh 

mengikut mitos yang cik ash taw dahulunya air terjun telaga tujuh merupakan tempat mandi-manda orang bunian dan di sini terdapat 7 kolam kecil mengikut mitosnya lagi sebagai tempat puteri-puteri kayangan mandi-manda di bumi dan sejauh mana kebenarannya ekin tak pastilah,disamping itu boleh juga menaiki anak tangga kira-kira 600 anak tangga yang agak curam (kira-kira 30 minit).


Art In Paradise Langkawi
Tempat yang manjadi tarikan sebab dekat sini terdapat lebih kurang 100 ke 200 lukisan 3D yang dilukis oleh pelukis-pelukis profesional antarabangsa.Bangunan 3 tingkat  dan dari satu tingkat ke satu tingkat, semua lukisan kat sini memang nampak sangat cantik. Semakin banyak bergambar semakin rasa tiket yang dibayar memang bersesuaian dengan harganya kerana begitu banyak sekali lukisan-lukisan yang cantik di sini.Terdapat sebanyak 9 zon lukisan yang boleh di lawati diantaranya adalah “Safari Zone”,  “Fantasy Zone”, “Classic Zone”, “Aquarium Zone” dan “Malaysia Zone”. Sebenarnya setiap lukisan ini dilukis pada dewan ataupun hall yang sangat luas. Terdapat beberapa lukisan dan checkpoint bergambar yang bersambung di antara satu sama lain. Jadi kalau nak bergambar kenalah beri peluang kepada orang lain juga.
 
Tasik Dayang Bunting
Tasik Dayang Bunting merupakan sebuah tasik air tawar yang unik, terletak di Pulau Dayang Bunting, berdekatan dengan Pulau Langkawi, Kedah, Malaysia. Luas tasik ini kira-kira sebesar Kompleks Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Dari jauh, tasik ini berwarna hijau dengan latar belakang bukit batu kapur menegak tinggi di hadapannya.mengikut mitos nama tasik ini  kerana ia berada di dalam jejeran bukit yang kelihatan seperti seorang wanita ‘bunting’ sedang berbaring dan Tasik ini juga kononnya pernah menjadi kegemaran puteri kayangan bernama Mayang Sari dan kenapa tasik ini jadi pilihan cik ash di sini ada menyediakan bot kayu jadi boleh lah cik ash naik dengan husband bersuaian dan bertepatan datang untuk berhoneymoon.


So  kepada korang semua yang teringin #MyTravelokaEscapade jom sama-sama kita memeriahkan dan menyahut cabaran YOU NEED A HOLIDAY LAH Traveloka Online Contest  di samping dapat bercuti dan jika rezeki kita ada dapat pula memenagi contest ni..korang semua juga boleh jugak klik banner dekat bawah ini