SULTAN MUHAMMAD V, Yang Di-Pertuan Agong Malaysia Ke-15 | Assalamualaikum.. Hai korang semua apa khabar sihat ke, ekin harap semuanya sihat la ya..
Ini ekin ada nak bagitaw kepada semua pembaca blog ekin tentang Yang Di-pertuan Agong Malaysia Baharu iaitu Baginda Sultan Muhammad V yang akan dijangka mengangkat sumpah pada 13 Disember 2016 ini.
Update 14 / 10/2016
Petikan Dari Sinar Harian
KUALA LUMPUR - Mesyuarat Majlis Raja-Raja hari ini memilih Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 bermula 13 Disember ini untuk tempoh lima tahun.
Menurut kenyataan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad, pelantikan itu berkuat kuasa 13 Disember ini untuk tempoh lima tahun.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pula dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh sama.
Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-243 (Khas) yang berlangsung di Istana Negara hari ni dipengerusikan oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.
Selain Raja Perlis, mesyuarat itu turut dihadiri Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang juga Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.
Turut berangkat ialah Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.
Mesyuarat itu berlangsung selama kira-kira satu jam.
Ketika ini, jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-14 disandang oleh Tuanku Abdul Halim berkuat kuasa 13 Disember 2011 dan tempoh perkhidmatan baginda akan berakhir pada 12 Disember ini.
Jika berdasarkan sistem penggiliran yang ditetapkan Majlis Raja-Raja, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berada pada giliran sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15.
Terdapat beberapa faktor yang akan dipertimbangkan oleh Majlis Raja-Raja menerusi undi rahsia bagi menentukan pengganti seterusnya seperti baginda yang dilantik berkenan untuk menjadi Yang di-Pertuan Agong dan tidak mengalami kelemahan atau ketidakupayaan mental.
Selain itu, baginda yang dilantik adalah merupakan Raja yang berada pada kedudukan teratas, mendapat sokongan sekurang-kurangnya lima Raja lain,bukan Raja yang telah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong selama dua penggal berturut-turut.
Mengikut kebiasaan sebelum proses pemilihan berlangsung, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja terlebih dahulu akan menanyakan Raja yang seterusnya dalam senarai giliran mengenai kesediaannya untuk dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong.
Sembilan Raja berkenaan kemudian akan membuat undi rahsia dan sekiranya Raja dalam senarai itu mendapat lima undian, baginda dengan rasminya dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong seterusnya.
Proses yang sama diulangi untuk memilih Timbalan Yang di-Pertuan Agong, yang akan memangku jawatan Yang di-Pertuan Agong semasa ketiadaan baginda di dalam negara atau kerana keuzuran. - Bernama
Kredit: Sinar harian...
This post have 17 komentar
mungkin baginda akan jadi agong pertama yg memerintah tanpa permaisuri...
ReplyKalau Tunku Sultan Muhammad V diangkat menjadi Yang DiPertuan Agong, baginda adalah sultan pertama yang dilantik menjadi Agong tanpa Permaisuri Agong di sisi..
Replydaulat tuanku
ReplySemoga semuanya dipermudahkan. Semoga Malaysia terus maju dan aman. Aminnnn Daulat Tuanku
Replykalau ikut giliran mmg sultan muhamad.
Replytp belum officially announce kan?
Okay boleh isi borang calon-calon baginda... hi hi hi
ReplyWah...yerus rasa nak jadi permaisuri..dia lom ada permaisuri kan..
ReplyHarap2 dapat laa dia Tg Faris jadi Agong..walaupon tanpa permaisuri..Daulat Tuanku
ReplyDaulat tuanku! ^_^
ReplyDaulat Tuanku!!
Replywahhh heboh dlm paper.. hehe. turn kelantan pulak
Replywahhh heboh dlm paper.. hehe. turn kelantan pulak
ReplyTahniah tuanku
ReplyTuanku kan dah ubah Daulat Tuanku kepada Allah Hu Akbar...
ReplyAllahu akbar
ReplyAllahu akbar
ReplyAllahu akbar
Replyash.rie8506@gmail.com
EmoticonEmoticon