Resepi Chicken Chop | Assalamualaikum.. Hai korang semua apa khabar untuk hari ini Cik Ash harap semuanya sihat walafiat ya..
Aritu kebetulan suami off keje Cik Ash terlebih rajin la sikit buat chicken chop hihihihihi...tu buat bahan yang ada dekat rumah jah ni.. nak kata sedap tu tak ada boleh la nak makan kan..Ok la jom kita usha resepi cara Cik Ash uat chicken chop ni,
Resepi Chicken Chop
Oleh : Cik Ash
Oleh : Cik Ash
Bahan Untuk Ayam
Ayam - dibersihkan dan potong kecil-kecil
Tepung goreng ayam serbaguna Bestari (hot and spicy)
Telur - dipukul
Bahan-Bahan Sos
1 biji bawang besar (Holand) ( hiris halus)
2 biji bawang putih ( ditumbuk)
2 sk serbuk lada sulah
2 sk lada hitam (ditumbuk2 kasar)
2 sb stok ayam
2 sk tepung gandum
1 sk garam
1 sk pati sedap
2 sudu kicap
Cara Membuat Chicken chop :
1. Ayam dicelup dalam telur.
2. Pastu di golek-golek dalam tepung ayam yang telah diletakkan dalam mangkuk besar.
3. Kemudian, goreng ayam dengan menggunakan minyak banyak.
4. Pastikan minyak yang digunakan tu betul-betul panas dan goreng menggunakan api kecik bagi mengelakkan ayam masak luaran sahaja.
Cara membuat sos:
1. Mula-mula kita tumis bawang besar dan bawang putih sampai layu jangan hangit taw.
2. Lepas tu masukkan tepung gandum kacau-kacau rata.
3. Lepas tu masukkan lada sulah, lada hitam , garam, serbuk perasa dan kicap sampai serbati.
4. kalau nampak sos tu pekat boleh tambah sikit air..
5. siap boleh dihidangkan dengan ayam..
Ok la itu cara Cik Ash... senang sangat.. hihihihi.. boleh makan banyak puashati, orang jual pun harga boleh tahan gak taw.. buat sendiri dah puas hati rasa tak cukup makan.. masa buat ni ada anak saudara suami 3 orang bagi dia orang rasa semua tu kata maksu boleh buat jual sedap sangat chicken chop ni.. hahahaha.. anak saudara puji kan suka la... tak lama lagi cuti sekolah kan boleh buat jual ni hahhahahah...
This post have 22 komentar
rajinnyer..kalau buat mcm ni budak2 pon mesti suka makan
Replysenangnya cara buat kuah tu. boleh cuba ni. thanks utk resepi
Replyblogwalking sesi petang kat sini
Replysedap nampak!!! =D
Replywow..western plak...nak rasa ekin msk le
ReplyZaf guna sup campbell yang dalam tin ja.. sedap jugak
ReplyAduhai.. sedapnya. Teringin nak buat sendiri sos blackpaper tu.
ReplyPergh!! Senang sangat nie..
ReplyRajin betul ekin buat..
penah wat..resepi google jgk..nnt bole try resepi ni ;)
ReplyFrustnya x boleh mkn ayam
Replyhihihihi memang nak buat utk anak sauadara gak nak jual nanti cuti sekolah
Replysama-sama
Replytq
Replyhihihihihi anak saudara abe jadi curi lulus sedap dia orang puji
Replyhahahahaha ekin tak reti masak la kak el
Replyoooo... boleh cuba buat nanti ni
Replycuba la buat tu cara ekin nak sedap macam chicken chop tu xde la sangat...
Replymai rajin ekin buat la
Replymcm2 resepi ada kan
Replyawat pulak xleh makan ayam
Replywahh sedap tu akak.. tq for sharing entri ni :)
Replysama2
Replyash.rie8506@gmail.com
EmoticonEmoticon