Klik Banner Untuk Join .. Hadiah yang ditawarkan sangat menarik taw.. cepat-cepat pergi join sebleum tarikh tamat 30 september ni..
Dalam Giveaway Tunai By Ahmadhasif.my ini ada syarat kena tulis entry bersempena kemerdekaan kan... Ni ekin kongsi sikit apa yang ekin faham dengan kemerdekaan ni.. Dekat bawa ni ringkasan ekin mengenai Kemerdekaan
Dalam Giveaway Tunai By Ahmadhasif.my ini ada syarat kena tulis entry bersempena kemerdekaan kan... Ni ekin kongsi sikit apa yang ekin faham dengan kemerdekaan ni.. Dekat bawa ni ringkasan ekin mengenai Kemerdekaan
Sejarah Malaysia bermula pada zaman Kesultanan Melayu Melaka
iaitu sekitar tahun 1400 Masihi. Pada masa kegemilangannya, wilayah kesultanan
ini meliputi sebahagian besar Semenanjung dan Pantai Timur Sumatera. Melaka
merupakan sebuah kerajaan yang gemilang kerana kedudukannya yang
strategik.Melaka terletak diantara Asia Timur dengan Asia Barat dimana
kedudukan Melaka mempunyai potensi untuk dijadikan pusat perdagangan utama
khususnya bagi perdagangan rempah di Asia Tenggara. Islam pula muncul sebagai
agama utama yang tersebar dan menjadi anutan utama penduduk Melaka kerana
rajanya sendiri telah memeluk agama tersebut.
Zaman penjajahan Tanah Melayu bermula pada 1511 dimana
Melaka telah jatuh ke tangan Portugis.
Tanah Melayu dijajah oleh portugis selama 130tahun(kalau tak
silap)..
Kemudian pada tahu 1641 Melaka jatuh ke tangan penjajahan
Belanda setelah portugis tewas dengan Belanda..
Pada tahun 1824 Belanda menyerahkan Melaka kepada British
melalui perjanjian Inggeris-Belanda..
Penjajahan British merupakan penjajahan paling lama. British
telah mencampuri semua urusan pentadbiran Tanah Melayu yang sebelum ini
diuruskan oleh Raja-Raja Melayu dengan bantuan pembesar-pembesar negeri. Campur
tangan British ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk
dan pembesar tempatan.
Hal ini telah menimbulkan beberapa buah penentangan daripada
pembesar pembesar tempatan contohnya Dol Said, Tok Janggut, Datuk
Maharajalela, dan ramai lagi..
Kesannya,pada era 1920-an dan 1930-an, ramai penduduk Tanah
Melayu mempunyai kesedaran untuk mendapatkan pendidikan.Maka muncul golongan
berpendidikan yang mule memperjuangkan semangat nasionalisme.Mereka menggunakan
pelbagai cara untuk manyampaikan ideologi mereka.
Dalam usaha mereka untuk bebas daripada tangan penjajah mereka
dikejutkan dengan kedatangan Jepun pada tahun 1941.Namun disebabkan berlaku
pengeboman di Hiroshima dan Nagasaki telah menyebabkan Jepun menyerah kalah
pada tahun 1945.
Pengunduran Jepun telah memberi ruang kepada Parti Komunis
Malaya (PKM) untuk menguasai Tanah Melayu. PKM telah bertindak ganas dengan
membunuh dan memusnahkan harta benda awam dengan sewenangnya sehingga memaksa
British mengisytiharkan darurat di Tanah Melayu dari tahun 1948 hingga 1960.
Keganasan PKM tidak berjaya menakluki Tanah Melayu dan
British kembali berkuasa. Sekembalinya British selepas pendudukan Jepun, mereka
cuba memperkenalkan Malayan Union. Pengenalan ini telah mendapat tentangan yang
hebat dan menyeluruh daripada penduduk tempatan. Pada 11 Mei 1946, penubuhan
UMNO telah menyemarakkan lagi penentangan tersebut dan seterusnya menyemai
bibit-bibit perjuangan ke arah berkerajaan sendiri.
Kemunculan Tunku Abdul Rahman telah memberi sinar harapan
kepada perjuangan penduduk Tanah Melayu ketika itu apabila tindakannya
membentuk Parti Perikatan mula membuka mata British untuk membenarkan
pendudukan Tanah Melayu mentadbir sendiri negaranya. Perpaduan antara tiga kaum
utama iaitu Melayu, Cina dan India telah menampakkan hasil apabila Perjanjian
London yang ditandatangani pada 8 Februari 1956 telah memberi petanda bahawa
Tanah Melayu akan merdeka pada 31 Ogos 1957.
Setelah kemerdekaan dicapai, timbul pula masalah berhubung dengan penubuhan Malaysia yang menggabungkan Sabah, Sarawak dan Singapura. Penentangan terhadap penyatuan ini datang daripada Parti Rakyat Brunei, Indonesia dan Filipina. Walau bagaimanapun hasrat untuk membentuk sebuah negara yang dinamakan MALAYSIA tercapai pada 16 September 1963.
Setelah kemerdekaan dicapai, timbul pula masalah berhubung dengan penubuhan Malaysia yang menggabungkan Sabah, Sarawak dan Singapura. Penentangan terhadap penyatuan ini datang daripada Parti Rakyat Brunei, Indonesia dan Filipina. Walau bagaimanapun hasrat untuk membentuk sebuah negara yang dinamakan MALAYSIA tercapai pada 16 September 1963.
This post have 8 komentar
Good luck..
ReplyAll the best ekin..
ReplySemoga berjaya...
ReplyGut luckkk!!!
ReplyGoodluck sis !
Replygud luck ekin
ReplyHi ekin.. Dari contest yang sama. Semoga berjaya..
Replygood luck Ekin
Replyash.rie8506@gmail.com
EmoticonEmoticon