Drama Abang Bomba I Love You | Assalamualaikum, hai korang ekin harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat. Ini ada lagi drama adapitasi dari novel pulak yang akan mengantikan drama Si Kolot Suamiku yang akan bersiaran pada 12 September nanti setiap isnin hingga khamis di astro ria dan astro MAYA HD.
Sinopsis Drama Abang Bomba I Love You
“Kau membakar jiwa ini sehinggaku mengelupur kelecuran. Ia tak pernah sembuh biar arlogi masa kian berganjak. Ke seantero dunia kucuba berlari demi memujuk hati yang degil mencintaimu. Mungkin, masih kurang rasaku mencintai dirimu, berbanding dia.”—- Lily
“Sekuntum Lily tidaklah begitu menarik kerana warnanya pudar dan tidak indah dipandang. Pandang sekali cuma, tiada lagi pandangan kedua dan seterusnya. Namun, kesucian dan ketenangan yang dirasakan ketika menyentuh auranya membuatkan ia kembali diraih oleh mata yang pernah buta menilai keindahannya.
Setangkai Mawar yang mengamit sang pencinta untuk memuja keunikannya. Mekar mewangi, berseri-seri dan memanggil-manggil jiwa yang terpukau dek keindahannya. Durinya yang berbisa, sungguh melukakan.”—- Rayqal
Perkenalan Lily dengan Rayqal, seorang anggota bomba merapatkan hubungan mereka sebagai adik dan abang. Jasa baik Rayqal menyelamatkan nyawa Lily berkali-kali membuatkan Lily menganggap lelaki itu bagaikan superherodalam hidupnya. Lily sangat mengagumi kerjaya Rayqal dan teruja memandang lelaki itu sehingga sentiasa melakukan kejutan demi menarik perhatian lelaki itu. Namun, sayangnya Rayqal hanya menganggap Lily sebagai adik yang kurang perhatian dan kasih sayang keluarga.
Hubungan baik mereka terlerai tatkala Mawar, kakak kandung Lily dan Rayqal saling jatuh cinta. Mawar yang sememangnya mahu merampas segala kesayangan Lily kerana dendamnya, menyebabkan Lily patah semangat dan hubungannya dengan Rayqal rosak disebabkan fitnah yang Mawar lakukan.
Perkahwinan Rayqal dan Mawar yang bakal berlangsung membuatkan Lily membawa diri dan berazam melupakan cinta dalam arlogi masa. Salahkah seorang budak mentah jatuh cinta pada lelaki berkerjaya jika dia mampu memandu arah cinta itu? Mampukah Lily melupakan Rayqal, setelah sekian lama berkelana di bumi asing? Adakah kepulangannya mampu menghentikan gelora cinta di jiwanya?
This post have 20 komentar
hahaha kelakar lah tajuk depa tu ekin
Replyhihihihihi
ReplyPenulis novel nie memang seorang isteri kepada anggota bomba, tak silap saya dia seorang surirumah.. Dia dapat idea tulis novel nie sebab katanya orang tak nampak kerjaya bomba yang sebenar... Tapi dia buat versi cintan cintun la, ikut peredaran zaman... =)
Replydah agak dah. lepas sayangku kapten mukhriz mesti akan menyusul tajuk2 yang seakan dengan tu. bomba, jurutera nanti mekanik pulak ke ape ke. pilot ada dah kan kak ekin? huhuhu
Replymummy baru tgk iklan dia.. cam comel
Replyje kan.. hehhee tak sabo tak sabo...
tu la.. sekarang ni.. tajuk drama dah macam trend... lepas ni muncul semua jawatan.. hihihi kapten mukhriz tak sempat nak tengok.. huhuhu
Replypsssttt... Terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #25
ReplySenarai peserta telah di update di http://www.mialiana.com/2016/09/senarai-url-blog-25.html
Semoga berjaya... (^_^)
- Mia Liana -
Mcm2 tajuk cerita skrg ni..
ReplyHihi...
Comel ja tajuk2 dia
abg bomba pulak.. hihi
Replyhahahaha... kelakar tajuk2 novel skrg ni
Replyowh yeke...
Replytu la kan.. pilot ada dah hihihihihi
Replymacam2 jawatan akak ada novel nanti
Replytajuk comel hero ok dah heroin macam xkenal sikit
Replyhihihihihi
Replyhahahahaha
ReplyAdoi la ai.. Tajuk tu tak menahan.. hehehe
Replysuka layan lagu amira othman tu
Replytu la kan.. mcm2
Replyboleh dgr2 sikit
Replyash.rie8506@gmail.com
EmoticonEmoticon