Cabaran Raja Kuah Knorrre 2016 Bahagian Utara Di Alor Setar, Kedah | Assalamualaikum...Hai korang semua ekin harap semua berada dalam keadaan sihat walafiat ya..
Pada 3 September 2016, Unilever menganjurkan satu pertandingan memasak Cabaran Raja Kuah Knor 2016 Bahagian Utara di Concourse AEON BIG Alor Setar, Kedah, Peserta pertandingan ini akan memenangi hadiah wang berjumlah RM144,00 yang akan menanti pemenangnya pada peserta di 4 peringkat kawasan di Malaysia dengan cabaran terakhir untuk menangi gelaran Raja Kuah Knorr.
Pertandingan ini diadakan buat pertama kali dijangka dapat memberi perhargaan untuk hidangan masakan berkuah Melayu yang mempunyai populariti hebat di kalangan semua rakyat Malaysia. Hidangan kuah merangkumi sehingga 70% daripada hidangan oleh pengendali makanan Melayu, terutamanya masakan kari, kicap dan lemak. Kini munculnya satu trend penggunaan stok ayam yang merangsangkan citarasa berlainan dan Unilever Food Solutions mengakui segala usaha meningkatkan kesedapan masakan berkuah dengan penggunaan Stok Ayam Knorr. Untuk tahun 2016, Cabaran Raja Kuah Knorr mencari hidangan kuah Melayu terbaik di Malaysia serta menghargai pengendali makanan berkreatif dalam usaha mereka memberi hidangan yang terbaik dalam salah satu hidangan kuah,kari, kicap dan lemak.
Juri Cabaran Raja Kuah Knorr 2016
Untuk Cabaran ini, para juri terdiri daripada Chef Selebriti Mohd Johari Edris (Chef Jo), Chef Profesional UFS Mohd Hadzrin Mohd Din dan blogger Utara Nor Ariffin Hamzah (lebih dikenali sebagai Cikpinz @CP) akan mengadili cabaran bagi menentukan pemenang-pemenang terbaik di kawasan Utara mengikut kriteria kebersihan, persembahan dan citarasa.
Senarai Pemenang Cabaran Raja Kuah Knorr 2016
Pemenang utama dari setiap peringkat kawasan akan menghadapi cabaran peringkat akhir di Lembah Klang pada 27 Nov 2016 di mana pemenang Raja Kuah Knorr akan membawa pulang wang tunai hadiah sebanyak RM15,000 dengan pakej Umrah Eksklusif untuk 2 orang. Penaja lain termasuk jenama peralatan dapur komersial Butterfly beserta jenama Santan dan Kicap Harmuni turut menjayakan Cabaran Raja Kuah Knorr ini.
Pemenang-pemenang Cabaran Raja Kuah Knorr Bahagian Utara
Winner Cabaran Raja Kuah Knorr Daging Purba Kuah Karipoley Knorr
1st Runner Up Masak Lemak Udang & Cendawan Sisir Knorr
2nd Place Kari Rusuk Lembu Istimewa Ala Knorr Bersama Rias Batang Pisang
Antara Blogger Utara yang terlibat pada hari majlis Cabaran Raja Kuah Knorr ialah blogger Sha , Izzeyda dan blogger jemputan Syakira dan Zarul Farhana.
Terima kasih kepada pihak UFS (Unilever Food Solutions) kerana di atas jemputan ini.
tahniah kepada para pemenang.. mereka memang layak memang sebab masakan yang dihasilkan memang sedap..
ReplyDeletebetul2 tu
Deletetahniah Carta Pengkomen Tegar Ogos 2016
ReplyDelete:)
Deletesyok nya tengok makanan sedap2
ReplyDeletekan syok tengok kan
Deletekari rusuk lembu nampak lebih sedap kot.
ReplyDeletesalam singgah dari blog diari dandelion. ^_^
ekin nak cakap pun ekin tak merasa hihihi
Deletedpt rasa masakan depa tu yg best hihi
ReplyDeletesyok la dapar rasa kan
Deletebanggalah tgk founder kita tu kan
ReplyDeleteblogger terkenal kut
fuhhhhh lap peluh keti hahaha
tu la founder yg pemes hihihihi
Deletetahniah bt pemenang.. rajin depa turun AS
ReplyDelete:)
Deletetu diaa. masakan macam professional . patutlah boleh
ReplyDeletebtw salam kenal ye. kita follower baru awak :D
org yg pndai masak kan
DeleteMAsa lemak Dengan Cendawan kukur tu nampak menyelerakan..
ReplyDeleteWarghh!! Lapar lak..
tu la semuanya sedap kan
Deletenape Ekin x bergambar ngan chef Joe tu
ReplyDeleteekin x p la masa ni... hanya promo n tulis saja :)
Delete