Friday, September 30, 2016

Giveaway Mangkuk Tingkat By El Darwena


Klik Banner untuk join Giveaway Mangkuk Tingkat By El Darwena 

Tarikh Tamat 15 Oktober 2016 

Drama Samudera Rindu Slot Azalea

Drama Samudera Rindu Slot Azalea | Assalamualaikum.. Hai korang semua ni ada drama yang banyak mesej dipertengahkan... Drama ini mempunyai 20 episode merupakan terbitan Suhan Movie & Trading Sdn Bhd, drama ini diarahkan oleh sutradara Amor Rizan. Membariskan pelakon-pelakon seperti Azhan Rani, Dynas Mokhtar, Eyra Hazali, Watie Sadali dan ramai lagi. Drama sedang kat TV9 dalam slot azalea dan siaran ulangan TV3. 


Sinopsis Drama Samudera Rindu  

Drama ini mengisahkan hubungan seorang gadis muda, Atirah (Eyra Hazali) dengan ibunya, Nadia (Dynas Mokhtar) yang menghidap penyakit kemurungan selepas kehilangan anak sulungnya. Atirah ialah seorang gadis yang cantik dan pandai serta patuh pada orang tuanya ...

Thursday, September 29, 2016

GIVEAWAY KUTUK MENGUTUK BERSAMA LEKATLEKITDOTCOM


Sila Klik Banner Untuk Join

Assalamualaikum... kali pertama ekin tengok blogger yang buat giveaway kutuk mengutuk ini...  meh ni ekin nak kutuk kat blog surialekatlekit tentang header yang seram tu bila masuk malam takut pulak...lagi yang ekin nak bagitaw ekin takut dengan kak suria hahahhaha jangan la marah ekin nah... kata-kata ataupun ayat-ayat kak suria tulis kat blog kasar dan pedas  sangat hihihihi... Ok la itu saja yang ekin komen.. tak mau komen banyak-banyak sebab ekin pun ada kesalahan dalam diri yang perlu perbaiki lagi... Maafkan ekin kak suria...  

Baju Kurung Najwa Sweet Muslimah

Baju Kurung Najwa Sweet Muslimah | Assalamualaikum... Hai korang semua apa khabar untuk hari diharapkan semuanya dalam keadaan sihat walafiat ya.. 






Siapa yang berminat ingin mendapatkan koleksi baju kurung najwa ini boleh berkunjung ke Sweet Muslimah. Baju Kurung Najwa ini sangat selesa, mempunyai potongan baju yang sangat longgar dan menyembunyikan bentuk pinggul dan tidak melekat di badan semasa memakainya. 

Lagi menarik mengenai Baju Kurung Najwa Sweet Muslimah ini ianya direkakan dengan lengan yang berbutang, memudahkan untuk berwudhu dan lebih praktikal dan leher yang juga berbutang panjang sangat selsa untuk ibu yang menyusu. Juga didatangi dengan skirth payung yang memang cun habis, sangat sesuai digunakan ke pejabat dan kenduri kendara. 

Mengapa anda perlu memiliki koleksi baju kurng najwa daripada Sweet Muslimah ini :- 

  • Material Premium Grade Lycra (Bukan yg murah) 
  • Lembut dan Sejuk, tak perlu gosok. 
  • Lengan berbutang (Wudhu Friendly) 
  • Leher berbutang (Nursing Friendly) 
  • Top Loose Cut. (Tidak nampak bentuk punggung)
  • Skirt Loose Mermaid (Kembang Payung) 
  • Getah Skirt yang mantap. ( Tidak akan bergulung/terpusing) 
  • Top & Skirt satu set.
  • Sangat-sangat selesa dan sedap dipakai.
  • 100 % Jaminan kepuasan
Terdapat testimoni daripada klien yang telah berpuashati dengan koleksi kurung najwa... kebanyakannya menyukai tak perlu gosok. Kerana kekangan masa untuk mengosok baju memang mengambil masa yang lama. Jadi kurung najwa adalah terbaik untuk menyelesaikan masalah ini. Anda bila lagi nak membeli kurung najwa ni... tak rugi untuk mendapatkan sepasang. Jom anda semua suka shopping baju online boleh terus dapatkan di website Sweet Muslimah , Banyak koleksi yang di jual di sana. 

Tuesday, September 27, 2016

Giveaway Tunai By Ahmadhasif.my


Klik Banner Untuk Join .. Hadiah yang ditawarkan sangat menarik taw.. cepat-cepat pergi join sebleum tarikh tamat 30 september ni..

Dalam Giveaway Tunai By Ahmadhasif.my ini ada syarat kena tulis entry bersempena kemerdekaan kan... Ni ekin kongsi sikit apa yang ekin faham dengan kemerdekaan ni.. Dekat bawa ni ringkasan ekin mengenai Kemerdekaan

Sejarah Malaysia bermula pada zaman Kesultanan Melayu Melaka iaitu sekitar tahun 1400 Masihi. Pada masa kegemilangannya, wilayah kesultanan ini meliputi sebahagian besar Semenanjung dan Pantai Timur Sumatera. Melaka merupakan sebuah kerajaan yang gemilang kerana kedudukannya yang strategik.Melaka terletak diantara Asia Timur dengan Asia Barat dimana kedudukan Melaka mempunyai potensi untuk dijadikan pusat perdagangan utama khususnya bagi perdagangan rempah di Asia Tenggara. Islam pula muncul sebagai agama utama yang tersebar dan menjadi anutan utama penduduk Melaka kerana rajanya sendiri telah memeluk agama tersebut.

Zaman penjajahan Tanah Melayu bermula pada 1511 dimana Melaka telah jatuh ke tangan Portugis.
Tanah Melayu dijajah oleh portugis selama 130tahun(kalau tak silap)..
Kemudian pada tahu 1641 Melaka jatuh ke tangan penjajahan Belanda setelah portugis tewas dengan Belanda..
Pada tahun 1824 Belanda menyerahkan Melaka kepada British melalui perjanjian Inggeris-Belanda..
Penjajahan British merupakan penjajahan paling lama. British telah mencampuri semua urusan pentadbiran Tanah Melayu yang sebelum ini diuruskan oleh Raja-Raja Melayu dengan bantuan pembesar-pembesar negeri. Campur tangan British ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk dan pembesar tempatan.
Hal ini telah menimbulkan beberapa buah penentangan daripada pembesar pembesar tempatan contohnya Dol Said, Tok Janggut, Datuk Maharajalela, dan ramai lagi..
Kesannya,pada era 1920-an dan 1930-an, ramai penduduk Tanah Melayu mempunyai kesedaran untuk mendapatkan pendidikan.Maka muncul golongan berpendidikan yang mule memperjuangkan semangat nasionalisme.Mereka menggunakan pelbagai cara untuk manyampaikan ideologi mereka.
Dalam usaha mereka untuk bebas daripada tangan penjajah mereka dikejutkan dengan kedatangan Jepun pada tahun 1941.Namun disebabkan berlaku pengeboman di Hiroshima dan Nagasaki telah menyebabkan Jepun menyerah kalah pada tahun 1945.
Pengunduran Jepun telah memberi ruang kepada Parti Komunis Malaya (PKM) untuk menguasai Tanah Melayu. PKM telah bertindak ganas dengan membunuh dan memusnahkan harta benda awam dengan sewenangnya sehingga memaksa British mengisytiharkan darurat di Tanah Melayu dari tahun 1948 hingga 1960.
Keganasan PKM tidak berjaya menakluki Tanah Melayu dan British kembali berkuasa. Sekembalinya British selepas pendudukan Jepun, mereka cuba memperkenalkan Malayan Union. Pengenalan ini telah mendapat tentangan yang hebat dan menyeluruh daripada penduduk tempatan. Pada 11 Mei 1946, penubuhan UMNO telah menyemarakkan lagi penentangan tersebut dan seterusnya menyemai bibit-bibit perjuangan ke arah berkerajaan sendiri.
Kemunculan Tunku Abdul Rahman telah memberi sinar harapan kepada perjuangan penduduk Tanah Melayu ketika itu apabila tindakannya membentuk Parti Perikatan mula membuka mata British untuk membenarkan pendudukan Tanah Melayu mentadbir sendiri negaranya. Perpaduan antara tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India telah menampakkan hasil apabila Perjanjian London yang ditandatangani pada 8 Februari 1956 telah memberi petanda bahawa Tanah Melayu akan merdeka pada 31 Ogos 1957.

Setelah kemerdekaan dicapai, timbul pula masalah berhubung dengan penubuhan Malaysia yang menggabungkan Sabah, Sarawak dan Singapura. Penentangan terhadap penyatuan ini datang daripada Parti Rakyat Brunei, Indonesia dan Filipina. Walau bagaimanapun hasrat untuk membentuk sebuah negara yang dinamakan MALAYSIA tercapai pada 16 September 1963.


Goodies Bag Daripada Unilever Food Solution

Goodies Bag Daripada Unilever Food Solution | Assalamualaikum Hai korang semua, cik ash harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat.


Goodies Bag Daripada Unilever Food Solution


Alhamdulilah rezeki  lagi cik ash dapat Goodies Bag Daripada Unilever Food Solution walaupun ekin tak join event yang dianjurkan oleh UFS ni cik ash support dari jauh join tolong promo dekat Facebook dan Instagram berkenaan dengan Pertandingan yang telah berlangsung pada 3 September 2016 aritu.. 


Program yang cik ash maksudkan ialah korang boleh tengok entri Cabaran Raja Kuah Knorr 2016 Bahagian Utara Di Alor Setar, Kedah. Sangat berbaloi dapat produk ini jimat duit dapur ekin untuk sebulan hihihihi... Kena rajin memasak lagi la bila ada produk UFS ni... Goodies yang cik ash dapat ini ialah Stock Ayam , Serbuk Limau Nipis, Pati Sedap ,Kicap Manis Harmoni , bekas hijau tu dan kain tuala. 




Monday, September 26, 2016

Dapat Voucher MBO

Dapat Voucher  MBO  | Assalamualaikum..Hai korang semua, apa khabar Cik Ash harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat ya.


voucher mbo


Alhamdulilah rezeki Cik Ash lagi dapat Voucher dari MBO, suka sangat dapat tiket free ni boleh pergi dating tengok wayang dengan suami... hihihihi.. lama dah tak tengok wayang last tengok bulan 3 aritu tu Cik Ash dapat voucher free dari MBO gak... macam ner Cik Ash boleh dapat Voucher free yang kat atas tu boleh la usha entri MBO Cinemas Kempen Derma Darah 3.0 Kembali Pada Ogos 2016 ni hihihihi...

Sebelum ini Cik Ash pernah gak join promo lebih kurang  post dalam facebook, instagram dan tulis entri dalam blog boleh baca dekat  entri Review | Perasmian Pembukaan MBO Cinemas Central Square Sungai Petani Kedah. Voucer yang Cik Ash dapat Cik Ash dah guna sebelum ini tengok filem Munafik dan Review | BoBoiBoy The Movie serentak hari yang sama.. hahahaha...

Untuk Voucher yang baru Cik Ash dapat maybe akan guna tahun depan sebab dengar suami cakap banyak filem yang best bakal berada di pawangan salah satunya Transfomer dan power rangers.. itu yang suami cakap la.. filem suami Cik Ash nak tengok Cik Ash turutkan saja.. hihihihi..

Friday, September 23, 2016

8 Sebab Untuk Dapatkan Huawei Honor 8

8 Sebab Untuk Dapatkan  Honor 8 | Baru-baru ini Cik Ash saja-saja usha tengok telefon pintar dekat lazada hihihihi.. tertiba Cik Ash ternampak iklan  telefon pintar Honor 8 sedang berlayar-layar di lazada nampak lawa pulak Honor 8  tu berkenan sangat.. nasib baik baru tukar handphone baru ni kalau tak harus nak beli handphone lagi ni hahahhaha...


Kenapa Cik Ash sangat minat dengan handphone Honor 8 ini sebab ianya ada 8 sebab yang harus anda taw tentangnya. Sekiranya anda dalam proses ingin memilih telefon pintar untuk masa akan datang ke , Jom usha dekat bawah ini

8 Sebab Untuk Dapatkan Honor 8

 1.     Rekabentuk Dan Ketukangan

Honor 8  merupakan telefon pintar yang sangat baik dalam bentuk Honor 8. Menetapkan yang tinggi bagi pesaingnya, Honor 8 mentakrif semula apa yang telefon pintar yang sepatutnya dari segi reka bentuk, fungsi, kualiti, dan kemampuan. Honor 8 bukan sahaja mempunyai kamera yang hebat, sistem cap jari 3D, dan pengecasan bateri cepat, tetapi direka dengan teliti juga. Telefon pintar ini adalah anggun, moden, dan ergonomik. Ia adalah cukup tipis untuk dimuatkan dalam poket anda dan berasa selesa di tangan anda. Kaca diperkaya dan tepi bulat menambah unsur fuctionality reka bentuk Honor 8 ini. Selain itu, kecanggihan Honor 8 adalah disebabkan oleh ketukangan 15 lapisan bersih dan kesan parutan 3D.

http://ho.lazada.com.my/SHGuM4?sku=&redirect=http%3A%2F%2Fho.lazada.com.my%2FSHGuM6%3Furl%3Dhttp%253A%252F%252Fwww.lazada.com.my%252Fcatalog%252F%253Fq%253Dhonor%252B8%253Foffer_id%253D%257Boffer_id%257D%2526affiliate_id%253D%257Baffiliate_id%257D%2526offer_name%253D%257Boffer_name%257D_%257Boffer_file_id%257D%2526affiliate_name%253D%257Baffiliate_name%257D%2526transaction_id%253D%257Btransaction_id%257D
 http://www.lazada.com.my/catalog/?q=honor+8&offer_id=6124&affiliate_id=133746&offer_name=MY+Chrome+Plugin&affiliate_name=Cik+Ash&transaction_id=10277ec86191e4912c1aef411f058d&offer_ref=_xxmo0000000at0100

2.     Kamera 12MP + Kesan khas pada gambar yang cantik
Telefon pintar merupakan satu factor terbesar yang datang dengan kualiti kamera depan dan belakang kamera luar biasa Honor 8 dapat menarik perhatian orang-orang yang suka mengambil gambar diri mereka atau pun orang lain. Dengan sensor sebesar 12 MP dapat menangkap lebih banyak cahaya untuk menghasilkan gambar-gambar yang sangat menakjubkan, juga dibina dengan mempunyai langkah-langkah ISP maklumat yang mendalam dengan tepat dan memastikan focus dengan sempurna, ia juga meluaskan teknik fotogafi dan menangkap pengembaraan fotografi harian anda dengan cara anda sendiri, juga mempunyai eksperimen pelbagai tetapan bukaan dan kelajuan pengatup dalam mod professional dan disewakan fotografi. Bukan itu saja ia juga mempunyai kamera hadapan dengan 8 megapisel anda boleh menagkap gambar selfie dengan lebih jelas walaupun dalam keadaan cahaya yang rendah.

 
      

3 .   Touch Screen Dan Pemimbas Cap Jari Yang Lebih Pantas
Telefon pintar ini boleh membuka kunci telefon dalam 0.4 saat dengan pemgimbas cap jari yangbertindak balas sebagai lapisan pertama telefon untuk memberi keselamatan. Ia jugamempunyai ciri-ciri keselamatan yang dipertingkatkan ke Level 4 , bukan itu saja menrupakan pemgimbas cap jari yang mengumpul maklumat 3D cap jari anda. Lagi yangmenarik  pemgimbas cap jari yang serba boleh yang membolehkan anda melancarkan aplikasi kegemaran anda dengan lebih cepat. Tak lupa juga honor 8 ni sangat menyokong tag NFC mera dan pemindahan P2P dan sim,HCE dengan pembayaran mudah alih.

   

4. Paparan Yang Jelas 
 Warna cerah dapat mengawal penglihatan yang sangat jelas, ia juga mempunyai skrin bersize 5.2 inci berteknologi IPS-LCD & Full HD. resolusi tinggi membuatkan paparan gambar pada skrin lebih jelas & terang. bukan itu saja dapat meningkatkan warna dan dinamik tahap pixel teknologi yang baik.

  

5.     Bateri Yang Tahan Lama 
 Honor 8 ini mempunyai kapasiti bateri yang banyak iaitu 3000mAh turut juga di sokong oleh kuasa pintar sebanyak 4.0, ia juga mempunyai kapasiti tinggi dan bateri tahan lama yang boleh memberi anda jimat bila berada di luar talian bermain video. Bukan itu saja Tahap teknologi pengecasan yang lebih pantas sebanyak 9V/2A. 


 

 6.     Komukasi Pintar  
Honor 8 ini mempunyai atena double yang sangat lancar memberikan signal komunikasi yang kuat untuk memastkan anda sentiasa mempunyai penerimaan yang terbaik mungkin. Ia juga huawei yang akan menyambung kepada rangkaian tempatan dengan lebih cepat dan menerima bantuan pangkalan data antarabangsa


7.  Smarth Control 4.0 dan smarth

Telefon pintar seperti hanya sebagai baik sebagai ciri-ciri. Jika itu berlaku, Honor 8 pasti telefon yang besar. Dapatkan recpetion komunikasi menggerunkan dan sambungan internet sentiasa dengan Honor 8. Seterusnya, Kawalan Smart inovatif 4.0 serta-merta bertukar telefon anda ke dalam alat kawalan jauh. Dengan Kawalan Smart 4.0, kini anda boleh mengemudi semua peralatan kegemaran anda seperti televisyen anda, penghawa dingin dan pemain DVD. Juga, audio dan bunyi dinaikkan dengan Honor 8. Mempunyai perbualan lebih jelas dan menikmati lagu-lagu kegemaran anda dalam kualiti yang lebih tinggi. Satu impian untuk pengguna Android, Honor 8 juga dilengkapi dengan Emotion UI 4.1 untuk pengalaman telefon yang lebih lancar. Honor 8 mungkin ciptaan moden, tetapi telefon dan pembungkusannya dibuat dengan bahan mampan dan mesra alam.

 

8.  EMUI 4.1 + Android 6.0 & Kelancaran
Telefon Honor 8 beroperasi menggunakan Android Marshmallow dan dilengkapi paparan EMUI terbaru iaitu 4.1. Menerusi paparan sangat lancar .

 

Ok itu saja yang Cik Ash ingin kongsikan dengan korang semua tentang Honor 8. so kalau korang nak taw lebih details pasal honor boleh ke http://www.lazada.com ya. Lagipun lazada sekarang sedang buat Sale jualan Telefon Pintar. Jom kawan-kawan Shopping kat lazada 

Lazada's My Cybersale is happening on 26/9/2016 - 30 /9/2016

Hadiah Untuk 2 Blogger Bertuah

Hadiah Untuk 2 Blogger Bertuah | Assalamualaikum.. Hai korang semua apa khabar untuk hari ini.. ekin harap semuanya sihat walafiat ya.. 
 
 
Hadiah Untuk 2 Blogger Bertuah



Aritu ekin pernah update dekat facebook nak bagi header free dekat blogger yang bertuah so alhamdulilah dah tertunai niat ekin nak bagi dekat 2 blogger ini... Memang dengan hati yang ikhlas nak bagi walaupun besday kedua-dua blogger lambat lagi dan lepas... 
 
 

Thursday, September 22, 2016

Resepi Popia Mini Sayur

Resepi Popia Mini Sayur | Assalamualaikum Hai korang semua ekin harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat la ya... lama entri ini tersimpan dalam draf..hihihihi.. kalau ikut dah lama popia mini sayur ekin buat sebelum raya aritu lagi... biasa la mood nak menulis kurang sikit tu yang lambat nak publish.. 

popia mini sayur


Selalu kan kita bila jual kat kedai popia goreng yang besar kan.. ini ekin buat yang mini punya.. terlebih rajin kan.. biasa la ibu mentua dan suami nak makan kena buat untuk diaorang hihihihi... jom kita usha resepi dekat bawah ni


Resepi Popia Mini Sayur 
Oleh : Cik Ash

Bahan-bahan :-
Kulit Popia 1 paket tu
2 batang Carrot 
Kubis 
1 biji bawang kuning
3 ulas bawang putih 
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu kecil serbuk pati sedap
1 sudu kecil garam
bancuhan tepung gandum sikit untuk lekat kulit popia. 

Cara membuatnya :-
1. Sagat carrot halus-halus 
2. Hiris halus-halus kubis
3. bawang kuning dan bawang putih blender kering 
4. tumis bawang kuning dan bawang putih nampak kekuningan..
5. lepastu masukkan la carrot dank kubis gaul sampai sebati.
6. masukkan lada sulah,serbuk pati sedap dan garam..sesuaikan rasa dengan tekak korang la.. 
7. Lepas siap masak. sejukkan seketika inti popia tu..
8. Bahagikan kulit popia ada 4 bahagian.
9. lepas tu lipat kulit popia macam kita duk buat yang besar tu. 
10. nak bagi lekat kulit Cik Ash letak tepung gandum saja.. 


Ok la korang itu cara-cara Cik Ash buat Popia Mini Sayur. Selamat memcuba resepi ni. Boleh juga singgah baca koleksi #dapurcikash

Wednesday, September 21, 2016

Keserasian printer toner dan ink.

Keserasian printer toner dan ink | Assalamualaikum, Cik Ash harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat dan ceria selalu. Hari ini Cik Ash ingin dengan korang semua mengenai printer toner dan ink.


ink


Seperti yang kita tahu printer toner dan ink perlu ada keserasian dan baru-baru ini Cik Ash ada tengok pasal benda ni di satu laman sesawang,laman sesawang yang Cik Ash maksudkan ialah Appletoner.com. laman sesawang ini ada menjual printer toner dan ink secara online.Pertama kali Cik Ash masuk ke laman sesawang ini,Cik Ash sangat  teruja sebab banyak pilihan yang dapat kita pilih mengikut kesesuaian dan bajet kita dan sangat sesuai bagi kawan-kawan Cik Ash , pada yang suka membeli belah secara online ,hanya tunggu barang sampai je,bukan apa kita ni kadang-kadang malas nak keluar pergi kedai semata-mata nak beli ink atau catridges kan dan laman sesawang ni dah boleh jadi macam kedai online untuk kita membeli belah dengan mudah.

Seperti yang kawan Cik Ash semua tahu compatible ink atau dakwat yang serasi dihasilkan oleh pengeluar (syarikat) pihak ketiga dan direka untuk kerja-kerja dalam pencetak(printer) ditetapkan tanpa melanggar corak pencetak yang di keluarkan. dakwat serasi dan toner boleh datang dalam pelbagai bentuk dan cara pembungkusanya dan mengikut kesesuaian dan kehendak pelanggan.


Dah alang-alang buka laman sesawang pasal printer dan ink Cik Ash pun tengok la pada bahagian ink dan catridges macam-macam jenama termasuklah canon,Oki,Dell,HP,Xerox,Samsung,brother.dan buat rakan yang ingin tahu lebih lanjut dan ingin tahu lebih banyak lagi pasal keserasian ink dengan printer bolehlah terus ke laman sesawang appletoner kerana disana pihak appletoner ada menyalurkan team support dan team tersebut bersedia untuk menolong dan membantu rakan-rakan serta menjawab soalan-soalan yang bermain di fikiran rakankan.

Mungkin ada rakan2 Cik Ash yang lebih gemar bercakap dan mendengar dengan lebih jelas boleh lah call atau yang ingin berpergi ke pejabat appletoner ni sendiri dan ini adalah alamatnya

Website: https://www.appletoner.com.my
Address: No.B-2-10, Block B, BBT One, Lebuh Batu Nilam 2, Bandar Bukit Tinggi, 41200 Klang. Selangor.
Call   : 03-3325 1360
Hotline : 1300 88 3330
Phone : 012-362 1360 / 012-361 8182
Email : sales@appletoner.com.my
Fax: 03-3325 1579

Working Days/Hours:
Mon - Fri / 8:30AM - 6:00PM

Giveaway 3D Gold StemCell Serum My Beauty Herbs Di Mialiana.com



3D GOLD STEMCELL SERUM MY BEAUTY HERBS


Adakah anda ingin kulit wajah bebas tanpa jeragat, parut dan pori-pori terbuka? Adakah anda inginkan kedut di muka hilang sedikit demi sedikit dan anda inginkan semua masalah kulit muka hilang dengan hanya satu rawatan yang tidak melibatkan kos yang mahal? 

3D Gold Stemcell Serum akan menjadi jawapan atau solusi untuk permasalahan anda. PARUT JERAWAT, JERAGAT yang mula berkampung di muka dan yang sudah berkerak, KEDUT di muka yang menjadi teman apabila usia semakin bertambah adalah penyebab hilang keyakinan diri untuk bersosial.

Jangan biarkan masalah ini menghantui anda setelah sekian lama anda berada di dalam dilema dan malu bertemu janji. Kini My Beauty Herbs mengembalikan kejelitaan anda tanpa perlu melakukan laser dan kos-kos perubatan yang mahal. Beralihlah kepada 3D Gold StemCell Serum yang bakal mengubah kulit muka anda dari biasa menjadi luar biasa…Sangat hebat dengan hanya calit-calit merecik... Wow...



"Penyanyi/Pengacara Feeya Iskandar antara pengguna setia 3D GOLD STEMCELL SERUM. Beliau berjaya kekalkan kulit gebu semasa mengamalkan 3D GOLD STEMCELL SERUM dengan sapuan treatment cream di waktu malam."



Produk buatan MALAYSIA yang diformulasikan di FRANCE dan lulus KKM (NO KKM : NOT160106092K). Dapatkan KULIT KEKAL MUDA ANGGUN hanya dalam 30 HARI. Kesan penggunaan seawal 10 hari! Dapatkan kulit idaman anda hari ini. Dengan hanya sekotak, mesti ada perubahan ketara dan kulit lebih merecik flawless dan muda jelita. Nak lagi best pakai secara konsisten selama boleh. Memang TERBUKTI BERKESAN! Bahan SEMULAJADI!

3D GOLD Stem Cell Serum mempunyai kelebihan kerana bahan-bahannya lebih farmaseutikal dan formula yang terkini seperti Pure Argania Stemcell, Hydrolyzed Wheat Protein, Lepitium Sativum Sprouts Extract & Dermacom. Kelebihan yang ada pada 3D Gold StemCell Serum menjadikan kulit anda terus kekal muda anggun selamanya, seperti Feeya Iskandar duta My Beauty Herbs. Formula Hebat ini mampu memberi kesan “Instant Lifting” pertama kali ketika memakainya. Rangsangan tegang akan dapat dirasai secara lembut.


3D GOLD STEMCELL SERUM bagus dan berkesan untuk :
  1. Hilangkan parut hitam 
  2. Hilangkan dan cegah jeragat
  3. Mencegah luka jerawat
  4. Menutupi liang pori
  5. Memperbaiki struktur kulit dan tona sekata
  6. Lembapkan kulit
  7. Menganjalkan kulit
  8. Mengawal minyak pada wajah
  9. Mencerahkan kulit
  10. Menegangkan kerutan dimata
  11. Pudarkan gelap bawah mata
  12. Melindungi kulit dari sinaran UV
  13. Mengalakkan penghasilan kolagen
  14. Mengurangkan hingga 50% garis halus dan kedutan muka dengan pemakaian konsisten 
Cara Penggunaan My Beauty Herbs, 3D GOLD STEMCELL SERUM :

  1. Sila tekan 1 ATAU 2 kali dan ratakan serum ke wajah, bawah mata, leher dan mata sebelum tidur dan waktu pagi selepas mencuci muka. Pakai 2 kali sehari untuk kesan maksimum bagi jangka masa panjang.
  2. Pastikan anda membersihkan wajah sebelum menggunakan SERUM
  3. Krim rawatan dipakai pada waktu malam selepas mencuci muka. Jangan dicampurkan dengan produk lain.
  4. Minum minima 8 GELAS air kosong sehari


Harga

RM150 Semenanjung RM159 Sabah/Sarawak $65 Brunei $65 Singapore. Dapatkan harga promosi RM120 sekarang dengan treatment cream percuma bernilai rm69.90. 


Video Eksklusif Feeya Iskandar

Adakah 3D Gold Stemcell Serum ini berkesan ke? InsyaAllah berkesan, kerana dah lebih 1002 orang yang telah mencuba dan berikan feedback yang sangat bagus sebelum dilancarkan.
  1. Kenapa ramai yang order 3D Gold Stemcell  Serum iniKesan dapat dilihat seawal 10 hari, 100% diperbuat dari bahan semulajadi, tiada kesan sampingan yang menjejaskan kesihatan, 100% lulus KKM, harga yang berpatutan dengan kualiti terbaik,  mempunyai kandungan pure stemcell yang sangat tinggi, tiada pantang larang semasa pemakaian, sesuai untuk golongan lelaki dan perempuan, tahan lama dan untuk sebulan, terbukti secara klinikal, tiada bahan kimia, kualiti bertaraf antarabangsa, majoriti pengguna berpuas hati.
  2. 3D Gold Stemcell Serum ni boleh tahan berapa lama? 3D Gold Stemcell Serum 20ml boleh tahan selama sebulan.
  3. Boleh hilangkan parut jerawat? Jeragat degil? Boleh, kerana ada kandungan Lepitium Sativum Sprout Extract, Pure argania stemcell,Hydrolyzed Wheat Protein, Lepituim Sativum Sprouts Extract & Dermacom  yang paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit & memudarkan parut-parut hitam atau pori-pori besar. Jangan lupa sapu treatment krim di waktu malam.
  4. Boleh ke pakai toner & moisturizer jenama lain? Boleh, tiada masalah.
  5. Ada kesan-kesan sampingan tak? Tiada kesan sampingan. 3D Gold Stemcell Serum, dirumus dengan teknologi terkini yang berkualiti tinggi dan terbukti selamat dan tidak mengakibatkan pengelupasan kulit.
  6. Lelaki atau wanita, keduanya boleh pakai? Boleh, sesuai untuk kedua-duanya.
  7. Bagaimana nak dapatkan 3D Gold Stemcell Serum? Dapatkan dari kami My Beauty Herbs Hq +6011 28090446 atau beli online di website www.mybeautyherbs.com.my



Sila jawab soalan-soalan berikut :
  1. Siapakah pengguna yang akan mencuba? (sendiri/suami/isteri/lain-lain : Sendiri
  2. Kondisi Kulit Pengguna Sekarang Berjerawat/jeragat,pigmentasi
  3. Saya patut dipilih oleh My Beauty Herbs dan seterusnya bersetuju untuk membuat entri review 3D Gold StemCell Serum berdasarkan pengalaman pengguna kerana saya ingin hilangkan jerawat , parut kesan jerawat , harap dengan pengalaman mengunakan 3D Gold StemCell ini saya akan ada keyakinan untuk tampil dengan dihadapan orang


Giveaway 3D Gold StemCell Serum My Beauty Herbs Di Mialiana.com ini dianjurkan pada 16 hingga 25 September 2016 oleh blogger Mia Liana dengan kerjasama My Beauty Herbs dalam mencari 40 orang blogger. Kepada blogger yang berminat nak join, sila klik SINI. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

Wordless Wenesday #76 | Jadual Hari Kelepasan Am & Cuti Umum 2017

Wordless Wenesday #76 | Jadual Hari Kelepasan Am & Cuti Umum 2017 



Tuesday, September 20, 2016

Drama Patahnya Sebelah Sayap Di Slot Samarinda

Drama Patahnya Sebelah Sayap Di Slot Samarinda | Assalamualaikum...Hai korang, ini ekin ada share drama terbaru akan datang nanti iaitu Patahnya Sebelah Sayap di Slot Samarinda, wah teruja sangat bila nampak pelakon yang ekin minat ada dalam drama ni harap dapat mengikuti kisah drama ni nanti... hihihi... drama samarinda bukan adaptasi novel jangan cari novel taw.. hahahaha...


Patahnya Sebelah Sayap


Antara pelakon yang menerajui drama ini ialah Aeril Zafrel sebagai Khuzairi , Izzue Islam sebagai Amzar dan Ummi Nazeera sebagai Alisha. Pengarah yang menerbitkan drama ini adalah Ayie Mustapa merupakan terbitan Creative Skill Solution..  drama ini mempunyai 15 episode saja.. 

Sinopsis Drama Patahnya Sebelah Sayap 
Mengisahkan Alisha (Ummi Nazeera), seorang gadis kampung yang telah diberikan ujian percintaan yang berat daripada kekasihnya, Amzar (Izzue Islam). Pada awalnya hubungan mereka amat baik dan harmoni kerana Alisha banyak membantu keluarga Amzar ketika Amzar sedang mencari peluang pekerjaan sebagai seorang peguam. Namun, segalanya berubah apabila Amzar lulus temuduga dan diterima untuk bekerja sebagai seorang peguam di sebuah firma guaman.

Alisha dan Amzar amat teruja apabila impian Amzar untuk menjadi peguam tercapai. Alisha membelikan Amzar pelbagai jenis kemeja agar Amzar selesa bekerja. Atas keterujaan itu, Amzar berjaya membicarakan kesnya yang pertama. Mereka berdua meraikan kejayaan Amzar di kedai makan kegemaran mereka. Amzar juga melamar Alisha dan Alisha menerima lamaran Amzar tanpa syarat dek terlalu gembira.

Selesai mereka menjamu selera, hujan pula turun dengan selebat-lebatnya. Mereka terus gegas ke kereta Alisha dan beransur pulang. Namun, kerana terlalu asyik bergurau, Amzar terlanggar sesuatu ketika mengelak kereta dari arah bertentangan. Dalam keadaan hujan yang lebat Amzar dan Alisha tidak pasti apa yang telah dilanggar mereka. Setelah Amzar turun melihat apa yang dilanggarnya, Amzar kembali masuk memandu dan memberi alasan pada Alisha bahawa mereka hanya terlanggar tong besar dan enggan memberitahu hal sebenar.

Suatu hari, terpampang di dada akhbar mengenai sebuah kes langgar lari dan Alisha yakin bahawa kes itu mempunyai kaitan dengan kejadian malam bersama Amzar. Trauma Alisha makin bertambah apabila sekumpulan anggota polis datang ke rumahnya dan menahannya. Menurut mereka, Alisha adalah suspek utama kes langgar lari yang disiarkan di media massa. Alisha akhirnya dijatuhkan hukuman penjara dua tahun di atas “kesalahannya” itu apabila Amzar yang pada mulanya berjanji akan membela Alisha menyepikan diri dan membiarkan Alisha menanggung akibatnya sendirian. Selepas dua tahun, Alisha dibebaskan dan menjadi tukang cuci di pejabat Kuzairi (Aeril Zafrel), suami kepada mangsa langgar lari Amzar.

Bagaimanakah hubungan Alisha, Kuzairi dan Amzar? Adakah masa depan buat gadis yang bergelar bekas banduan itu?

Drama 7 Hari Mencintaiku Slot Akasia Tv

Drama 7 Hari Mencintaiku Slot Akasia Tv |Assalamualaikum hai korang ekin harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat.

Hasil carian imej untuk Drama 7 Hari Mencintaiku Slot Akasia Tv


Ni ekin ada nak share lagi novel yang akan diadapitasi ke drama pulak.. so sekarang banyak drama ni semua dari novel kan.. ok yang terbaru drama akan ke udara di TV3 tak lama lagi iaitu Drama 7 Hari Mencintaiku Di Slot Akasia bila jangka ditayangkan mungkin dalam bulan November 2016 tak silap ekin nanti apa-apa perkembangan pasal drama ini ekin update semula. 





Drama 7 Hari Mencintaiku merupakan karya tulisan novelis Siti Romizah yang akan mengandingkan lakonan Shukri Yahaya dan Siti Saleha sebagai pelakon utama. Drama bersiri 28 episode ini diarahkan oleh sentuhan sutradara yang terkenal iaitu Jamal Khan di bawah penerbitan Pena Creative Pictures Sdn Bhd. Turut membantu dalam drama ini ialah Ungku Hariz, Wan Sharmila, Zila Bakarin, Zarynn Min dan ramai lagi. 


Sinopsis drama 7 Hari Mencintaiku, 

Drama ini mengisahkan Khuzairi lakonan Shukri Yahaya yang dalam diam mencintai seorang gadis bernama Mia Adriana lakonan Siti Saleha. Cinta pandang pertamanya menjadikan dia seorang perindu yang setia.

Namun kerana sifat angkuh dan sombong gadis itu menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya. Mia Adriana bagaikan lupa, hidup ini ibarat putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.

Mia Adriana seorang peguam dan mempunyai firma guamannya sendiri bersama ayahnya Dato Megat Idrus. Mia telahpun bertunang dengan sepupunya sendiri Khalil (Ungku Hariz). Namun kerana terlalu percaya pada tunangnya, Khalil, Mia Adriana telah menyebabkan ayahnya muflis.

Khalil tidak hadir pada malam pernikahan mereka, sebaliknya Khalil menikahi Rita kerana duit. Dato Megat yang diserang sakit jantung, meminta Khuzairi untuk menjadi menantunya. Demi menutup malu, Mia sanggup berkahwin dengan Khuzairi walaupun mengganggap Khuzairi kekampungan dan kolot.

Bermulanya kehidupan baru Mia Adriana bersama Khuzairi di kampung. Sepanjang berada di kampung, Mia Adriana memang menjadi kebencian Mak Leha, mak tiri Khuzairi. Mak Leha membenci Mia kerana dia memusuhi Puan Hayati.

Terjadi pelbagai pergaduhan antara Mia, Mak Leha dan Syakilla, tunangan Helmi yang menaruh hati pada Khuzairi. Perhubungan Mia dan Khuzairi juga selalu pasang surut. Khuzairi juga tersepit kerana dia terlalu menghormati Mak Leha sebagai ibu sehingga dia selalu melukakan hatinya sendiri.

Kerana suatu peristiwa, Mia Adriana tersedar bahawa sememangnya dia mencintai Khuzairi sepenuh hati. Dia terlalu merindu anak kecil yang ditinggalkan tanpa melihat rupanya. Namun, cukupkah masa 7 hari itu untuk meraih kembali cinta Khuzairi yang sudah membeku?

Apakah Pak Samad mampu membela nasib Mia selepas dibuang oleh suami sendiri dalam rumah keluarganya? Tercapaikah hasrat Syakilla untuk menjadi isteri Khuzairi? Dan, apa pula nasib Helmi selepas dihalau keluar oleh Pak Samad selepas dia bersubahat dengan Khalil untuk meracun kambing-kambing Khuzairi? Apakah pekerjaan Khuzairi selain pengembali kambing yang menjadi kegilaan anak-anak gadis kampung?

Lakonan Shukri Yahaya, Siti Saleha, Ungku Hariz, Wan Sharmila, Zila Bakarin, Zarynn Min dan ramai lagi. Terbitan Pena Creative Pictures Sdn Bhd, diarahkan Jamal Khan.

Saksikan nanti drama 7 Hari Mencintaiku adaptasi dari novel asal karya Siti Rosmizah pada bulan November nanti di slot Akasia TV3, saluran 103.

Jom kita baca novel dia... mujur ada koleksinya...