Monday, August 22, 2016

Resepi Sambal Ikan Bilis Petai

Resepi Sambal Ikan Bilis Petai | Assalamualaikum... agak terlewat ekin share resepi sambal ikan bilis petai ini dekat blog ekin biasa la bila datang mood malas nak update begini jadinya tak ada langsung nak tulis buka draf tutup balik, buka tutup saja jer kejenya..


sambal ikan bilis petai



Ini bila datangnya nak menulis ada saja entri yang ditaip siap buat untuk publish bila-bila tarikh.. hihihihihi.. sebab kadang-kadang ekin tinggal saja laptop or telefon tak cara langsung fokus buat keje rumah la..

Ok la hampir terlupa ekin nak kongsi dengan korang sambal ikan bilis petai febret suami ekin ni.. kalau ekin buat sambal ini memang suami orang pertama yang makan bertambah hihihihihi.. almaklum makanan kegemaran beliau kan.. siap bagitaw ekin "sayang nak bagi abe gemuk ke" hahahahaha.Ini dia yang resepi sambal ikan bilis petai yang ditunggu ni jom kita usha...

Sambal Ikan Bilis Petai
Oleh: Cik Ash

Bahan-Bahannya-:
1 mangkuk ikan bilis (basuh dan toskan)
Petai main letak saja
1 biji bawang besar (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia  (dikisar)
20 keping lada kering (direndam dan dimesin dulu)
3 sudu kecil gula
sedikit gula dan pati sedap

Cara membuatnya :-
1. Goreng ikan bilis dulu..
2. Tumiskan bawang besar, bawang putih, halia hingga naik bau dan kekuningan.
3. Selepas itu masukkan lada kering tumis hingga pecah minyak.
4. Bila dah pecah minyak masuk ikan bilis, petai  masak hingga mendidih..
5. Letakkan gula, sedikit garam dan secukup  rasa.
6. Kacau hingga sambal tumis ni masak.

Itu saja resepi daripda ekin kongsi buat korang..ekin away dulu nak buat keje rumah sat.. nanti ada masa free rasa ada mood ekin blogwalking jalan-jalan blog korang.

15 comments:

  1. Sambal tumis dengan petai memang ohsem..
    Sha suka bubuh udang..
    Makan nasi bertambah-tambah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memeang ohsem.. Abe ekin kalau buat sambal petai xde ikan bilis pun dia makan bertambah2 gak

      Delete
  2. Sedapnya. baru plan nak buat tapi tumbang di saat akhir sebab kepenatana seharian bekerja.. hehehe

    ReplyDelete
  3. Hish makan ngna nasi panas2 ni may dua pinggan jawabnya.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abe ekin 4 pinggan tambah hihihihihi febret kan

      Delete
  4. Ni kalau makan kompem dgn nasik 😂😂

    ReplyDelete
  5. Hari tu baru buat petai sambal ikan bilis ni....Makan petai ni mmg tak hengatkan Ekin hihi...tp tulah baunya yg tak tak tahan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ekin kure hahahahaha kalau abe memeng makan tak inagt la

      Delete
  6. sedapnya ekin, lama dah tak pekena petai ni :)

    ReplyDelete

ash.rie8506@gmail.com