Drama Si Kolot Suamiku Astro Ria Dan Maya HD | Assalamualaikum , Hai korang semua ini ekin ada nak share drama yang best gak kalau nak jadi list ekin nak suruh suami tengok hihihihihi... sebelum ini drama Imam Mudaku Romantik dan Drama Sayangku Kapten Mukhriz ekin suruh suami layan.. hahahahhaha... memang suami layan sokmo drama ini taw..siap ekin dowload simpan koleksi nak suruh suami tengok.. siap tersenyum-senyum bagai bila tengok drama ini.. kalau ada apa-apa yang ekin cakap la mesti dia bagitaw ingat taw ustaz faqil or ustaz mukhriz cakap macam ner hahhahahah... aduhhh suamiku ini pengaruh drama sangat...
Eh hampir terlupa ekin pasal drama ini pulak.. drama ini akan mengantikan drama Lelaki Macam Dia itu . Drama ini merupakan drama adapitasi dari novel Si Kolot Suamiku karya Fazlyn Ridz yang akan bersiaran di Astro Ria Dan Astro Maya HD bermula pada 15 Ogos 2016 ini..
Drama Si Kolot Suamiku ini dibintangi oleh lakonan hebat Amar Baharin dan Siti Elizad Sharifudin, Drama ini diarahkan oleh Eyra Rahman merupakan terbitan MIG Pictures. Drama ini juga dibantu oleh pelakon lain iaitu Kuza,Faizal Hussein, Atikah Suhaimie, Dania Azmi dan ramai lagi.
Sinopsis Drama Si Kolot Suamiku
“Nama kau Kudin ya?”
“Apasal kau gelak?”
“Kudin nama kau? Memang sesuai sangat dengan kau. Nama kau sama buruk dengan baju kau!”
Si Edrina ini memang berlagak orangnya. Sudahlah berlagak, cerewet pula itu! Disebabkan dia dibesarkan di Kuala Lumpur, maka suasana kampung memang tidak kena dengan jiwa bandarnya. Kepada lelaki seorang itu dia memandang rendah dan jelak!
Lelaki bernama Kudin itu pula berbeza sikapnya. Dia sekadar lelaki kampung yang hidup membanting tulang kepada tanah untuk mencari rezeki. Kudin suka hidup berdikari dan lebih gemar hidup sederhana dari segala segi. Hidup di kota besar tidak pernah menjadi impiannya, bahkan wanita seperti Edrina tidak pernah tersenarai sebagai calon bakal surinya. Tidak sesuai!
Kata orang ikan di laut, asam di darat akhirnya di kuali bersatu juga. Begitu jugalah dengan mereka. Perkahwinan atas rancangan keluarga membuatkan hidup mereka berdua kian sesak. Konflik bertambah meruncing apabila Edrina tidak mahu terus tinggal di kampung, dan Kudin pula enggan berpindah dan bernafas di kota besar.
Jadi bagaimana? Siapa yang akan mengalah akhirnya? Benarkah Kudin itu seorang lelaki kolot yang menjengkelkan? Dan selama mana Edrina mampu mempertahankan ego dan mengelak hatinya jatuh kepada lelaki seperti Kudin?
tapi citer2 drama kat Malaysia ni pusing2 macam mana pun storyline macam tu jugak..
ReplyDeleteHihihihihi biasa la cerita drama kan
Deleteaida malas la nak tgk citer ni ekin.
ReplyDeleteseksa jiwa nanti.
jadik mcm lelaki mcm dia tu.
da ter ketagih tau. nak tido pun tangguh tido lepas kul 11 malam hu hu hu :)
Ekin kak xd buat apa layan jah drama nya
DeleteTajuk drama sekarang kemain... memang drama sangat... hehehe
ReplyDeleteTu la drama sangat
Deletesemalam start kan? hari ni tgk smalam x dan.. :P
ReplyDelete2 epiode dah cik mimie
Delete2 epiode dah cik mimie
DeleteMemang drama sangat.. Macam2 tajuk..
ReplyDelete