Wednesday, July 13, 2016

Resepi Jeruk Jambu Air

Resepi Jeruk Jambu Air | Assalamualaikum, hai korang semua maaf entri ini lama dah tersimpan dalam draf ekin baru berkesempatan nak share dekat blog benda dah basi  ni hihihihihi.... selalu kita makan jambu air cicah dengan cuka,garam,belacan letak cili padi sikit perghhhh sedap sangat kan... lagi kalau ada colek kicap tu cicah dengan jambu air lagi best kan... itu cara mudah dah senang kan. pernah dengan dan makan jeruk jambu air tak ekin first time cuba buat jeruk jambu air... puas duk makan style jenis cicah ni.. apa lagi ekin try google ada orang buat mudah sangat caranya.. 


jeruk jambu air

Jom kita usha resepi Jeruk Jambu Air dekat bawah ini.. buat sekali teringin lagi nak berkali-kali ibu mentua ekin dan suami suka sangat makan... masa tu pokok jambu berbuah lebat tak macam selalu... loni berbuah lagi dah tak teringin nak makan hahahahaha tengok saja... 



Resepi Jeruk Jambu Air 

Oleh : Cik Ash 


Bahan-Bahan 

Jambu Air 
Gula
Air


Cara Membuatnya:-

1. Basuh jambu hingga bersih.
2. Kemudian rebus jambu air itu hingga masak. ( untuk jambu rapuh dimakan)
3. Bila dah masak jambu tu tapis air dengan penapis santan. 
4. Gaulkan jambu dengan gula sampai sebati ya.
5. Bila dah sebati sejukkan seketika dan boleh dimasukkan dalam peti ais..
6. Makan jeruk jambu air ketika sejuk sangat sedap.. 


Ok itu la saja resepi yang Ekin nak share dengan korang semua, selamat mencuba resepi ini hihihihihihi. Kalau nak tengok koleksi masakan yang Cik Ash masak korang boleh usha dekat DapurCikAsh ya.






34 comments:

  1. Aduhhh.. dok ngadap tv makan tak hingat nih...

    ReplyDelete
  2. mcm best ja jeruk ni..hihih

    slmt hari raya kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. best yui... cuba la... selamat hari raya gak

      Delete
  3. Masam tak eh kak ekin? Ke manis je sebab gula?

    ReplyDelete
  4. Macam sedappp. Lama dah tak makan jambu air :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. meh rumah kak ekin jambu air ada berbunga pulak ni... hihihihi

      Delete
  5. Sedapnya jambu air..Cik Mimie suka cicah dengan gula campur kicap..sedap sangat :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak ekin pun makan macam tu gak rasa boring tu yang cuba buat jeruk ni

      Delete
  6. Replies
    1. habis screen laptop kena air liur hahahahaha

      Delete
  7. laa senang je nk buat..tap kenapa perlu rebus dulu eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak bagi isi dia keras sikit kak JM.. jangan rebus lama... rebus sekejap bila air bergelegak tutup,terus la

      Delete
  8. gula tu gaul ngan jambu tanpa perlu masukkan air eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup tanpa guna air... jambu tu dah ada air kan.. simpan dalam peti nanti gula dah serbati dengan jambu

      Delete
  9. sis JM ingat gaul air gula +jambu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak la sis JM letak gula dalam jambu tu gaul bagi sebati

      Delete
  10. tak pernah lagi cuba.. lagipun x boleh nak makan jeruk2 nie..

    ReplyDelete

ash.rie8506@gmail.com