Thursday, July 28, 2016

MBO Cinemas Kempen Derma Darah 3.0 Kembali Pada Ogos 2016

MBO Cinemas Kempen Derma Darah 3.0 Kembali Pada Ogos 2016 

 
MBO Cinemas CEO Mr Lim Eng Hee (left) presenting the RM10,000 contribution to National Secretary General of St John Ambulance of Malaysia Dato' Yeo Kim Thong

Projek terkini 2016 usaha amal komuniti tahunan dengan
tujuan menyelamatkan 15,000 nyawa

Petaling Jaya: MBO Cinemas meneruskan kerjasama tahunan ketiganya dengan St John Ambulans Malaysia sebagai hos kempen derma darah untuk menyumbang kepada Pusat Darah Negara (PDN). Para penganjur menjangka untuk mencapai sasaran 5,000 pain darah di acara ini yang lebih dikenali sebagai Kempen Derma Darah 3.0
Kempen di 25 lokasi pawagam MBO Cinemas di seluruh negara dari pukul 12 tengahari hingga 6 petang pada 5-6 Ogos di Kedah dan Johor serta 6-7 Ogos untuk lokasi seterusnya, akan menglibatkan kakitangan terlatih dari St John Ambulans Malaysia untuk membantu kakitangan dari PDN.
Dengan bulan Puasa dan cuti musim baru-baru ini, adalah tepat masanya untuk kempen derma darah demi memastikan bekalan darah yang mencukupi.

Penderma darah bukan sahaja menyelamatkan nyawa, tetapi menerima penghargaan kerana menikmati beg cenderahati termasuk tiket wayang percuma, barangan merchandis MBO Cinemas, makanan, minuman dan hadiah farmaseutikal dari rakan-rakan mulia kami.
Bersempana dengan usaha ini, video yang lucu serta penuh makna akan ditayangkan di semua 26 pawagam MBO Cinemas dengan menampilkan pelakon comel Si Taring kembali untuk kali kedua. Walaupun kini lebih dewasa, adegannya menjadi peringatan dan kesedaran dalam tempoh masa beberapa minggu sebelum hari pendermaan dengan tujuan menggalakkan Kempen Derma Darah 3.0 kepada penonton serta mewujudkan semangat dan mengurangkan ketakutan serta fobia  berkaitan menderma darah.

Pada tahun 2015, MBO Cinemas dan St John Ambulans Malaysia bekerjasamadan mengumpul 4,052 pain darah untuk menyelamatkan nyawa yang hampir empat kali ganda koleksi 2014 iaitu 1,065 pain. Di bawah slogan "1 Pain Menyelamatkan 3 Nyawa", pendermaan dua tahun ini menyelamatkan lebih daripada 15,000 nyawa.
En Lim Eng Hee, Ketua Pegawai Eksekutif MBO Cinemas berkata: "Dengan usaha amal yang menarik ini, MBO Cinemas berharap dapat memperkukuhkan kehadiran kami dalam komuniti serta bersama-sama memupuk nilai-nilai teras yang menyeronokkan dan menghiburkan sambil menggiatkan aktiviti kemasyarakatan yang bermakna.
 "Acara ini akan menjadi satu pendekatan utama untuk membawa rakyat bersama-sama matlamat yang sama dengan semangat menyumbang serta menggalakkan tanggungjawab yang seterusnya menjadikan kita semua insan yang lebih baik.”
Sebagai balasan untuk sokongan St John Ambulans yang berterusan, MBO Cinemas akan menderma RM10,000 sebagai tanda penghargaan atas bantuan mereka dalam kempen derma darah di seluruh negara ini.
Mengenai kempen derma darah, Dato' Yeo Kim Thong, Setiausaha Agung Nasional St John Ambulans Malaysia menyatakan bahawa dia gembira melihat badan korporat seperti MBO Cinemas mengambil peranan aktif dalam pelbagai komuniti dan berharap usaha ini akan memberi inspirasi kepada lebih lagi organisasi untuk tampil ke hadapan dan menyumbang kepada amalan kebajikan, kerana ia bukan sahaja membantu negara secara keseluruhan tetapi juga meningkatkan keyakinan para sukarelawan dari St John Ambulans Malaysia.
                                                                         
Dr Noryati bt Abu Amin, Pengarah Pusat Darah Negara berkata sumbangan seperti bantuan ini menyelamatkan banyak nyawa setiap hari dan peristiwa-peristiwa seperti ini adalah satu kaedah yang baik untuk meningkatkan kesedaran mengenai proses derma darah dan merupakan pendekatan yang baik untuk berbakti dan membantu masyarakat.
Turut hadir pada majlis besama ialah Encik Cheah Chun Wai,  Pengarah Pemasaran & Jualan MBO Cinemas; Cik Mariam Yazmin El-Bacha, Pengarah Operasi MBO Cinemas beserta wakil-wakil dari penaja termasuk Etika Holdings Sdn Bhd, Newvos Sdn Bhd, Sonofax Sdn Bhd, Caring Pharmacy dan jenama seperti Revive dan Goodday Milk, V Plus, Boh, Cadbury, Darlie, Nando’s dan Snekku.


Sponsors of BDD3.0 all set for championing a great cause!​

 ​
From left: Dr Noryati bt Abu Amin, Director of National Blood Centre, Mr Lim Eng Hee, CEO of MBO Cinemas and Dato' Yeo Kim Thong, National Secretary General of St John Ambulance of Malaysia sharing on BDD3.0 with the media


About MBO Cinemas
With 26 locations and 191 screens nationwide, MBO Cinemas offers a comfortable, exciting and memorable cinematic experience for movie goers. MBO Cinemas has introduced new innovations by adding on to the existing impressive cinema technology that it already has in every one of its outlets nationwide, including actuator seats that vibrate with the sound of the movie plus all-new Auro 11.1 3D sound system, which provides 3 layers of speakers (as opposed to the conventional 2 layers) that simulate the most natural 3D acousticsm, giving patrons an immersive movie-going experience at the following venues:
1)      
Actuator seats: Halls 1,2 and 7 at Citta Mall-Ara Damansara,
Halls 1 and 2 at Imago Mall Kota Kinabalu (the first of its kind in Malaysia) 
2)     
Auro 11.1: 1 hall each at MBO Spring- Kuching, MBO Imago Mall-KK,
MBO Subang Parade, Mbo KL festival City and MBO KSL, JB
3)    
Premier Hall with exclusive lounge at MBO The Spring, Kuching
You can catch blockbuster movies anytime you want with MBO’s “Blockbuster Every 20 Minutes” - which screens blockbuster movies every 20 minutes during peak hours so that you don’t need to wait for long to catch your favourite movies.
For more exciting deals & info, log on to www.mbocinemas.com

3 comments:

ash.rie8506@gmail.com