Thursday, June 30, 2016

Ramadhan/Syawal Giveaway by Nadia Reza

Ramadhan/Syawal Giveaway by Nadia Reza
Klik Banner Untuk Join Giveaway Ini... 

Tarikh Tamat : 15 Julai 2016






 photo signature_4.gif

Alhamdulilah Rezeki Ramadan

Assalamualaikum... Alhamdulilah rezeki Ramadan ekin untuk tahun ni... kepada  siapa yang join Contest Riang Ria Raya Bersama Lazada Malaysia dan Menang Fujifilm Instax Mini Camera yang telah dianjurkan oleh lazada baru-baru ini sila chek email anda taw.. mana taw anda seorang yang bertuah macam ekin ke... hihihihihi... ekin macam tak percaya rezeki dapat Fujifilm Intax Mini Camera daripada Lazada ni... 
 
 
Alhamdulilah Rezeki Ramadan


Sebab ekin tak dapat nak pergi tempat lazada tu kan ekin dah hantar email untuk pengeposan barang tu kita tunggu lepas raya barang tu sampai depan pintu rumah... Alhamdulilah syukur pada Allah murahkan rezeki ekin join contest ni.. rezeki tak dijangka sangat... percaturan Allah dah sangat baik rezeki anak Allah belum kurniakan buat ekin dan suami , Allah mudahkan rezeki ekin dapat hadiah  ekin join contest... syukur pada mu Ya Allah... Terima kAsih Allah.. 

Wednesday, June 29, 2016

Trend Baju Raya Wanita 2016

Trend Baju Raya Wanita 2016 | Bila menjelang hari raya Aidilfitri kita ingin tampil dengan baju yang serba baru kan. Hari Raya Aidilfitri adalah hari raya yang kita nantikan setiap tahun tak sabar rasanya nak beraya dengan baju baru. Rasa ekin sekejap saja masa berlalu begitu pantas masa berjalan pada puasa tahun ni kan, Macam mana persiapan raya  tahun ini dah siap ke. Ekin tahun ni pakai jubah dah tempah , Lagi pun  raya tahun ni ekin raya dekat kedah saja. Hari raya bakal tiba ni bagi seorang wanita penampilan adalah paling utama seperti ekin terfikir-fikir nak kelihatan anggun,elegen, muslimah , janji menutup aurat dengan sempurna.  



Kurang daripada beberapa hari lagi umat Islam di seluruh dunia akan menyambut perayaan Hari Raya yang meriah seperti tahun-tahun yang sudah. Dan tentu sekali perkara yang sering menjadi tarikan umum khususnya dikalangan wanita adalah trend baju raya yang terkini. Jika tahun-tahun yang sudah kita dapat melihat trend baju kurung peplum,dan kemudian baju kurung moden lace,tahun 2016 ini pula membawakan trend yang berlainan. Jom kita lihat apakah trend baju raya wanita untuk tahun ini;
                                                 

Crop Top

Jika sebelum ini koleksi crop tops hanyalah dipakai sebagai koleksi pakaian kasul,kini ia juga menjadi pilihan ramai wanita untuk tampil bergaya ketika Syawal kelak. Koleksi crop top ini boleh digayakan dengan koleksi skirts (mermaid cutting) atau dipakai bersama koleksi palzzo pants. 



muslimah dress


Selain koleksi blouse Muslimah,ramai wanita moden juga memilih koleksi maxi dress atau dress Muslimah sebagai alternatif baju raya mereka. Salah satu rekaan dress yang paling mendapat perhatian ramai tahun ini adalah koleksi jacquard maxi dress yang diperbuat daripada fabrik jacquard yang sedikit keras. 



baju kurung




Tentu sekali koleksi baju kurung adalah pilihan yang paling utama. Dan untuk tahun ini, koleksi baju kurung moden kembali mendapat perhatian ramai. Terutama sekali koleksi baju raya yang dikeluarkan oleh pereka fesyen terkenal tanah air seperti Rizalman dan Bella Ammara.


Ini adalah beberapa contoh Trend Baju Raya Wanita 2016 yang ekin dapat kongsikan… mudah-mudahan entri yang ekin share ini boleh memberikan inspirasi buat anda dalam pemilihan pakaian megikut fesyen raya terkini, semoga pakaian yang dipilih itu menutupi aurat ya..

Ayam Masak Merah Thai

Ayam Masak Merah Thai | Hai korang semua, agak terlewat cik ash nak share resepi ini... biasa la sepanjang bulan ramadan ada saja menu baru yang ekin cuba buat-buat ekin simpan dalam blog mana taw masa akan datang rujuk balik hihihihi...


ayam masak merak thai


Ayam masak merah thai seperti daging masak merah kita masak tu gak cuma ekin buat guna ayam percubaan membuat alhamdulilah menjadi sedap jugak di makan.. hahahahhaha.. 

Resepi Ayam Masak Merah Thai
Oleh: Cik Ash  

Isi Ayam  (Cik Ash guna pewarna ros tu) 
2 ulas bawang putih - ketuk 
1 labu bawang besar - hiris 
1 sudu besar cili serbuk - bancuh dengan air 
3 senduk sos tomato 
garam dan gula secukup rasa
Daun ketumbar 
1 biji lada merah 
2 helai daun limau purut 

Cara-caranya :- 

1. Rebuas ayam dengan sedikit pewarna ros hingga ayam itu empuk. Di dalam kuali, panaskan minyak dan goreng dahulu ayam hingga kuning sedikit . Ketepikan. 
2.Selepas itu bawang putih di tumis hingga nai bau dan kemudian masuk cili. Kacau sehingga cili itu betul-betul garing dan masukkan air rebusan daging , sos tomato. 
3. Kemdian masukan daging tadi, lada merah , bawang besar yang di hiris dan kacau. 
4.Perasakan dengan garam dan gula. Tabur daun ketumbar di atas dan hidangkan dengan nasi putih..


Ingin tengok resepi versi daging boleh usha Resepi Daging Masak Merah Thai ya... resepi yang sama saja hihihi.. 



Ok itu saja yang cik ash nak kongsi... ok bye...jumpa lagi dientri yang lain.



Tempat Yang Menarik Tentang Negeri Kelantan

Tempat Yang Menarik Tentang Negeri Kelantan | Assalamualaikum.. Cik Ash harap semuanya sihat walafiat ya.



Siapa yang belum pernah menjejaki ke Kelantan jemput-jemput datang ke Kelantan ya.. Kelantan dah maju dah tak ada mundur orang duk cakap tu.. Cik Ash saja jah kongsi dekat korang tempat yang menarik di Kelantan. Selama  Cik Ash menetap dikelantan ada jugak tempat yang Cik Ash belum pergi lagi hihihihihi.. Kalau mengikut negeri kelahiran dalam ic Cik Ash di Pahang... Cik Ash menetap di kelantan masa umur 8 tahun kalau tak silap Cik Ash lepas aboh bersara askar...bila dah berkahwin ini Cik Ash ikut suami menetap di kedah sebabnya punca rezeki suami di kedah..

Tempat yang menarik tentang Negeri Kelantan yang Cik Ash ingin kongsikan ialah boleh la tengok dekat bawah ini :- 

1. Pusat Keseniaan


       

Gelanggang Seni
      Dalam mengejar erti pembangunan kerajaan Kelantan juga tidak pernah mengabaikan seni warisan budaya rakyat negeri ini. Sehubungan dengan itu, Gelanggang Semi yang terletak di Jalan Sultan Mahmud iaitu kira-kira 2 km dari pusat bandar Kota Bharu diwujudkan. Pusat ini sentiasa menjadi data tarikan kepada pada pelancong dan kepada anak-anak Kelantan yang cintakan semi warisan bangsa untuk berkampung dan mempersembahkan persembahan masing-masing. Antara persembahan yang masih digemari dan kerap diadakan ialah dikir bar at, rebana ubi, permainan gasing, dan wau bulan, persembahan ini diadakan pada hari Rabu setiap minggu secara bergilir- gilir.

2. Tempat Membeli-bela      

                                             

-   Pasar Besar Siti Khadijah :
Nama asal Pasar Besar Siti Khadijah ialah Pasar Besar Buluh Kubu. Walaubagaimanapun ia telah ditukar namanya kepada nama ini oleh Allahyarham Y.A.B Dato' Bentara Than Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat sebagai tanda penghormatan kepada kaum Hawa,memandangkan majoriti peniaganya terdiri daripada golongan wanita. Satu Permandangan yang unik di pasar-pasar di Kelantan ialah peniaganya yang rata-rata terdiri daripada kaum wanita yang terkenal dengan minat berniaga. Pasar ini mempunyai 4 tingkat dan berbentuk segi lapan. Tingkat bawah dikhususkan untuk barangan basah seperti ikan,sayur-sayuran,ayam dan sebagainya..Tingkat 1 pulak diperuntukkan kepada barangan makanan kering seperti seruding, iaitu sejenis makanan Kelantan yang sangat terkenal, Juga terdapat Ayam Percik,ikan Percik,nasi kerabu,nasi berlauk,nasi dagang, laksam dam somtam merupakan antara makanan yang paling "tersohor" bagi rakyat negeri Kelantan. Kuih tradisional seperti "tahi itik, jala emas, buah tanjung, serabe,tepung pelita, danpelbagai lagi kuih lain yang juga dijual di sini.  Manakala Tingkat 2 dan 3 untuk barangan bukan makanan.

-Bazar Tok Guru
 Terletak berhampiran Padang Perdana dan Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu. Menempatkan gerai-gerai jualan pelbagai jenis barangan. Di bina bagi mengantikan Pasar MPKB dan Pasar Arked Uda yang sudah tidal sesuai memandangkan terletak di kawasan dalam pembangunan dan juga didapati tidak sesuai atas faktor-faktor keselamatan.

-Bazar Buluh Kubu
 Bazar Buluh Kubu terletak bersebelahan dengan Pasar Besar Siti Khadijah. Is mempunyai 4 aras dan satu aras bawah khusus untuk meletak kenderaan. Bazar ini menjual pelbagai barangan seperti barangan basil kraftangan, Kain dan baju batik,songket,cenderamata, pakaian dan sebagainya. Medan Selera pula terletak di Tingkat paling atas.

-Pasar Borong Wakaf Che Yeh 
Menjadi tumpuan Utama pengunjung tempatan dan liar setiap hari. Pasar ini menjalankan aktiviti perniagaan secara harian di mana pada sebelah pagi sehingga tengahari aktiviti penjualan barang keperluan harian termasuklah barangan basah Manakala pada sebelah malam hingga ke awal pagi pula aktiviti perniagaan pula tertumpu kepada aktiviti penjualan barangan berbentuk pakaian dan cenderamata.

- Bazar Tengku Anis
Bazar tengku anis di bina di hadapan Masjid Muhammadi merupakan satu lagi mercu tanda pusat perniagaan baru di bandar Kota Bharu. Keistimewaan bazar Tengku Anis ini adalah mempunyai tempat letak kereta dengan keluasan lantai melebihi daripada 120 ribu kaki persegi. Bazar Tengku Anis terletak di pusat perniagaan bandar Kota Bharu. 

3. Pantai

   - Pantai Bisikan Bayu
     Pantai Bisikan Bayu atau 'Pantai Dalam Ryu' terletak di Pasir Puteh bersebelahan Semerak, 50 km Dari Kota Bharu.

-Pantai Cahaya Bulan
 Pantai Cahaya Bulan merupakan salah satu Pantai yang terkenal di negeri Kelantan,Ekin dapat taw pada suatu ketika dahulu Pantai ini dinamakan Pantai Cinta Berahi yang diberikan nama boleh seorang askar British pada masa Perang Dunia II.

-Pantai Tok Bali 
 Pantai Tok Bali ialah sebuah Pantai yang terletak di Kelantan.Pantai Tok Bali terkenal dengan kelebihannya yang tersendiri. Ia bukan sahaja menjadi tumpuan bagi penduduk tempatan malah menjadi kemestian  bagi pelancong asing untuk menikmati keindahan Pantai Tok Bali. Tok Bali juga merupakan tempat untuk mereka mencari rezeki kerana ia
terkenal dengan hasil penangkapan yang boleh membawa keutungan kepada nelayan-nelayan.

-Pantai Irama
 Pantai Irama terletak di Bachok Kelantan Kelantan menghadap Laut China Selatan. Pantainya ditambak kerana hakisan akibat ombak laut yang kuat terutama pada musim tengkujuh ketika Angin Monsun Timur Laut bertiup November-Mac.

4. Bersantai

  -Jeram Pasu
   Jeram Pasu adalah merupakan salah satu kawasan rekreasi hutan lipur dan air terjun yamg terkenal di Pasir Puteh Kelantan, Jeram Pasu dihubungi Jalan raya bertar dan pengunjung boleh ke Sana dengan menaiki perkhidmatan bas awam,kereta persendirian dan teksi. Jeram Pasu terletak kira-kira 8km Dari simpang Kampung Padang Pak Amat.

-Jeram Lenang
Jeram Lenang merupakan salah satu kawasan rekreasi hutan lipur dan air terjun yang terkenal di Kelantan. Jeram Lenang terletak di Hutan Simpan Ulu Sat dalam Jajahan Machang.

- Lata Rek
  Lata Rek adalah kawasan air terjun yang cukup terkenal di negeri kelantan. Air terjun ini diwartakan sebagai tempat perkelahan yang am at sesuai untuk seisi keluarga bersuka-ria dan mencari ketenangan.

5. Gunung

-Gunung Stong
 Gunung Stong merupakan salah satu Gunung tertinggi di Kelantan dengan ketinggian 1,442 meter. Gunung Stong terletak di Hutan Simpan Dabong, Kelantan. Gunung Stong menyediakan hutan yang Menarik dan mengasyikkan yang penuh dengan khazanah alam, hidupan liar seperti gajah.

- Gunung Rabong
  Gunung Rabong merupakan sebuah Gunung yang terdapat di negeri Kelantan . Gunung Rabong mempunyai ketinggian setinggi 1,539 meter.

-Bukit Kemahang
  Bukit Kemahang merupakan sebuah bukit yang terdapat di negeri Kelantan tingginya 876 meter.

Ok la setakat ini saja yang Cik Ash kongsi menarik di Kelantan... hasil semua karangan Cik Ash rujuk Wikipedia n gambar encik google.. Semoga anda semua yang membaca entri suka la menjadikan Kelantan tempat untuk melancong ya.. kalau ikut banyak lagi menarik di Kelantan Cik Ash tak letak ni... hih
ihi..

Tuesday, June 28, 2016

Pencarian Bloglist Bulan Julai



Jom memeriahkan Pencarian Bloglist Bulan Julai ini nak join klik banner dekat atas tu ya 




Pencarian Blogslit Sesi Julai by Aisyhah Nyais

Jom join dan memeriahkan Pencarian Blogslit Sesi Julai by Aisyhah Nyais ini.. mana taw anda yang bertuah di antara yang join... 

Klik banner untuk Join ya.. 

Tag : Kak Zai
Alia

 photo signature_4.gif

Serbuk Kopi Homemade

Serbuk Kopi Homemade | Assalamulaikum , Hai korang semua, ni Cik Ash ada nak kongsikan resepi serbuk kopi.. pelik kan kenapa Cik Ash letak gambar buah kurma kat bawah ni.. Nak taw tak dengan biji kurma yang kita makan boleh hasilkan Serbuk Kopi ya..


Serbuk Kopi Homemade

Cik Ash pernah baca dekat facebook cara nak membuat serbuk kopi dari biji kurma ni. Cik Ash pun cuba buat tu baru sedikit simpan biji kurma sebelum ini main buang saja biji itu.. kalau taw biji kurma boleh jadi serbuk kopi dah lama buat.. 

Sedikit jah dapat serbuk kopi ni sebab biji tak banyak.. tak pe nanti ini Cik Ash nak beli buah kurma lagi kita simpan banyak-banyak ya.. hihihihi.. Ok la cara nak buat serbuk kopi ni pun sangat senang dan mudah jom usha resepi ni dekat bawah 


Serbuk Kopi Homemade

Serbuk Kopi Homemade 

-Mula sekali kena kumpulkan biji kurma seberapa banyak nak simpan taw.. ekin ni simpan sedikit sebab baru taw.. 

-Lepas tu biji kurma tu dibasuh dengan bersih dan toskan hingga kering.

- Jemurkan seharian di atas dulang atau periuk. 

- Lepas itu gorengkan biji kurma tanpa menggunakan minyak masak, goreng sehingga hangus pastikan biji kurma hitam legam, pada ketika ini biji kurma akan mengeluarkan bau harum dan sangat wangi persis biji kopi 

-Tumbuk dengan batu lesung atau kisar dengan mengguna pengisar kering ( ekin guna pengisar kering mudah hihihihi) 

-Simpan di dalam botol kaca dan boleh digunakan dengan jangkamasa yang lama. 


Ok itu saja cara-cara nak buat serbuk kopi Homemade, Serbuk kopi ni selain boleh diminum boleh juga di buat sebagai scrub untuk badan .. begitu juga kalau korang ada masalah .
 photo signature_4.gif

Peraduan Duit Raya..! Mulai 27 Jun - 5 Julai 2016


Peraduan Duit Raya..! Mulai 27 Jun - 5 Julai 2016

Peraduan Duit Raya..! Mulai 27 Jun - 5 Julai 2016 | Assalamualaikum, Hai korang jom memeriahkan Giveaway ini.. hadiah sangat menarik ni.. mana taw anda salah seorang yang bertuah ataupun ekin amin.. 

Kalau nak join sila klik Banner di atas ya.. 


Monday, June 27, 2016

Resepi Murtabak Mini

Resepi Murtabak Mini | Assalamualaikum...Hai, sebelum ni Cik Ash ada cuba murtabak mini tak ingat bila buat tu hihihihi entri tersimpan dalam draf biasa nak menulis tu ikut mood kan hahahah Cik Ash yang pertama buat murtabak mini..


murtabak mini


Cik Ash guna barang yang ada kat dapur tu sedap gak dah macam kat kedai jual taw hahahahhaha.. suami Cik Ash cakap.. ok la jom usha resepi murtabak mini yang ekin buat ini... 

Resepi Murtabak Mini 
Oleh : Cik Ash 

Bahan-bahan:-
Kulit Popia ( 25 keping ekin buat) 
2 biji bawang putih ( ditumbuk) 
1 labu bawang besar Honland (di mayang) 
Sedikit ayam 
3 biji ubi kentang (dipotong dadu)
1 biji carrot (dipotong dadu)
2 sudu rempah kari daging 
2 biji telur 


Cara-cara membuatnya :- 
1. Tumis bawang putih hingga naik baunya. 

2. Masukkan rempah kari dan tunggu sehingga garing. 

3. Masukkan sedikit air dan masukkan ayam cincang , biarkan ayam tu masak seketika. 

4. Masukkan ubi kentang dan carrot tambah sedikit air lagi. Tunggu sehingga kentang dan carrot empuk barulah dimatikan api. Masukkan garam secukup rasa. 

5. Kaup sedikit inti yang dimasak ke dalam bekas berasingan . Jika ada lebih boleh simpan dan boleh di buat kemudian. 

6. Masukkan bawang besar yang telah dimayangkan ke dalam inti.

7. Kemudian pecahkan telur ke dalam inti dan kacau 

8. Sediakan kulit popia dan masukkan sesudu inti yang telah dibancuh dengan telur tadi.. Panakan sedikit minyak di atas pemanggang ajaib. 

9. Lipat empat segi dan kemaskan dengan air tepung gandum supaya tak terbuka. 

10. Masak dengan api perlahan ke sederhana saja supaya telur dalam inti masak elok. 

11. Bila dah nampak kekuningan coklat kulit popia tu bolehlah dibalikkan. Apabila masak kedua-dua belah terus angkat dan toskan minyak dia. 

12. Ekin tak pembuat pencicah pun makan begitu saja hihihihi... 

Ok la itu saja resepi Murtabak Mini yang ekin nak share dengan korang semua.. selamat mencuba resepi ni 


photo signature_4.gif

Sunday, June 26, 2016

Drama Ketupat Palas Mr Handsome Slot Lestary

Pelakon Drama Ketupat Palas Mr Handsome TV3, pelakon utama, pelakon pembantu, pelakon tambahan drama Ketupat Palas Mr Handsome TV3

Drama Ketupat Palas Mr Handsome | Assalamulaikum. ini ada drama yang ekin tak sempat nak tengok dekat tv3 banyak sangat drama yang tengah main dekat tv la.. ekin kalau ikut ada masa saja tapi disebabkan anak saudara ada diaorang nak layan cerita dia ekin bagi diaorang tv.. 

Ekin ni terlepas peluang nak tengok drama kat dekat tv biasa la bila dah main laptop menaip entri memang lupa nak tengok drama.. setakat drama ini drama yang ekin layan di tv drama Imam Mudaku Romantik selain pada drama tu tak ada dah.. so untuk memudahkan ekin tengok drama ni ekin kongsikan link untuk tonton drama ini.. 

Drama ketupat palas Mr Handsome ni merupakan Country & Universal Sdn Bhd, menampilkan gandingan hebat dua pelakon popular iaitu Mira Filzah dan Fattah Aminz sebagai watak utama dalam drama ini. Drama ni diarahkan oleh Yeop Hitler . Drama ni mempunyai sebanyak 13 episode bersiaran pada setiap hari rabu hingga jumaat jam 9.00 malam dalam Slot Lestary. Turut membantu dalam drama ini ialah  Aisya Hasnaa, Eyka Farhana, Marisa Yasmin, Shah Sulaiman, Firdaus Ghufran, Syazuwan Hassan

Sinposis Drama Ketupat Palas Mr Handsome 
Kruz berasal dari keluarga yang berada. Dia telah memenangi pertandingan Mr.Handsome yang telah dianjurkan oleh majalah ternama, Namun apa yang tidak diketahuinya adalah sebagai pemenang, dia perlu melaksanakan kerja-kerja kemasyarakatan di sebuah kampung yang terpencil sepanjang bulan Ramadan. Di hadapan kamera, dia akan berlakon mengerjakan tugasannya, namun di belakang kamera dia menyuruh pembantunya, Jintan Manis lakukkan tugasannya. Kemudian dia bertemu dengan Ayu dan jatuh hati kepada Ayu yang  tidak seperti bekas kekasihnya kerana Ayu pintar, sopan dan cantik luar dan dalam. Secara perlahan-lahan Kruz berubah menjadi lebih baik. Namun  kerana salah faham, Ayu memikirkan yang Kruz hanyalah ingin memainkan perasaanya sahaja.         
photo signature_4.gif

Saturday, June 25, 2016

Resepi Kacang Buncis Goreng Telur Hancur

Resepi Kacang Buncis Goreng Telur Hancur | Assalamualaikum...Hai korang semua, apa khabar untuk hari ini sihat tak.. puasa macam ner ok ke... sekejap jah puasa kan rasa tahun ni.. seperti biasa la bulan puasa rajin la Cik Ash kongsi resepi masakan kat blog ni hihihihihi... hari ini Cik Ash nak share resepi Kacang Buncis Goreng Telur Hancur. Menu dah lama tersimpan dalam draf baru nak share hihihihihi...


kacang buncis goreng telur hancur

                     

Menu simple Cik Ash buat ni jom kita usha di resepi Kacang Buncis Goreng Telur Hancur kat bawah ini. 


Resepi Kacang Buncis Goreng Telur Hancur 
Oleh : Cik Ash 

Bahan-Bahan :- 
Beberapa batang Kacang Buncis 
Separuh Carrot 
1 biji telur 
2 biji bawang putih 
sedikit garam 
sedikit serbuk pati sedap 

Cara-Cara Membuatnya :-
1. Tumis bawang putih naik bau.
2. Pecahkan telur goreng bagi hancur. 
3. Masukkan air lepas tu masukkan la carrot dan kacang buncis tu.. 
4. Masak sampai carrot lembut, perasakan garam dan serbuk perasa.
5. Ok siap boleh di hidangkan.. 



Drama Bersiri Adapitasi Novel Raya Menemui Syawal Ini

Drama Bersiri Adapitasi Novel Raya Menemui Syawal Ini |Assalamualaikum...
Hai korang semua, apa khabar? puasa hari ini ok ke.. semoga dipermudahkan puasa buat semua ya.. siapa kat sini peminat drama adapitasi dari novel sila komen kat bawah hihihihi... kita geng la..

drama syawal


Ni ekin nak bagitaw drama-drama adapitasi yang telah ditayangkan sebelum akan ada sambungan untuk Raya pulak.. hihihihi.. best kan drama ni ada sambungan balik tak sabar tengok sambungan drama ini.. drama adapitasi yang di tayangkan astro ria jam 6 petang tu. polis evo tu main astro berbayar hahahahaha... 

Drama adapitasi novel akan bersiaran pada syawal ini ialah drama Isteri Vs Tunang Raya,Akadku Yang Terakhir Syawal,Dia Semanis Honey Raya ,Cinta 11 Syarat Raya, Tuan Anas Mikael:5 Hari Beraya, Sha & Shah Syawal, Assalamualaikum Cinta Raya dan Tersuka Tanpa Sengaja Raya ini semua drama siaran di astro ria. 



Untuk Tv3 pulak yang ekin dapat taw Kau Aku Kita Raya , Hello Mr. Perfect Raya

Kak Marr Raya,Mak Cun Pi New York,Cik Cinderella dan Encik Tengku Raya,Cinta Si Wedding Planner Raya

Friday, June 24, 2016

Tips Rawatan Demam Selsema Untuk Bayi Dan Kanak-Kanak Daripada Bahan Semulajadi

Tips Rawatan Demam Selsema Untuk Bayi Dan Kanak-Kanak | Bahan Semulajadi , baru-baru ekin ada ternampak dekat facebook rahsia ada share tip tentang rawatan semulajadi untuk bayi dan kanak-kanak yang kena demam selesema. ekin share dalam blog ni nanti mudah bila ekin dah ada anak boleh tengok dekat blog nanti hihihihihi.. kadang-kadang dekat facebook post-post lama tak nampak la ekin ni jenis malas nak scroll gambar dekat facebook hahahahaha... so sesiapa yang ada anak boleh cuba guna bahan-bahan ni untuk anak korang ya.. kalau menjadi bagitaw ekin deh hihihihi


kredit gambar fb rahsia hawa

Jom kita tengok apa bahan-bahan yang perlu kan untuk Tips Rawatan Demam Selsema Untuk Bayi Dan Kanak-Kanak | Bahan Semulajadi :-

Bahan-Bahan
1 biji Buah Lemon
1 biji Bawang Putih 
Minyak Zaitun Komersial (mengandungi Vit A,C, E) 

Cara-cara membuantnya :-
1. Campurkan hirisan lemon, bawang putih & minyak zaitun komersial (mengandungi Vit A, C, E). 
2.Ramas campuran hingga mengeluarkan bau yg segar.
3. Gunakan minyak ini untuk mengurut bahagian tapak kaki, belakang badan atau bahagian lain tubuh anak2. 
4.Ia bagi merawat/mengurangkan demam selsema yg sgt mudah menjangkiti kita terutama bayi dan kanak2.
5. Usaha ini bolehlah dilakukan di samping memberi ubat-ubatan yg bersesuaian apabila anak2 dijangkiti demam selsema. 

Thursday, June 23, 2016

CPUV Nuffnang Jun On Going

CPUV Nuffnang Jun On Going  



Hai, korang semua... alhamdulilah rezeki dari nuffnang untuk bulan Jun ada On Going ... ekin dapat iklan CPUV nuffnang yang baru untuk Disney Junior Your Imagination pada 10 Jun,  Dentsu-Honda City pada 13 jun, dan Pedigreen Dentastix pada 13 jun , Kleenex Vanilla 21 Jun dan Shell Helix 2016 23 Jun. 


Tebus Hadiah Daripada Whiskas Manja

 Tebus Hadiah Daripada Whiskas Manja 
Hai korang semua, siapa kah sini pelihara kucing ,sangat minat dengan kucing macam ekin kita geng hihihihi.. korang nak taw tak whiskasmanja hadiah istimewa untuk peminat kucing ni.. jom kita tebus cenderamanja yang comel untuk kita sendiri hihihihi...
Cara untuk menebus Cenderamanja si comel

Wednesday, June 22, 2016

Riang Ria Raya Bersama Lazada Malaysia dan Menang Fujifilm Instax Mini Camera

Riang Ria Raya Bersama Lazada Malaysia dan Menang Fujifilm Instax Mini Camera


Hai korang semua, ni nak bagitaw lazada ada jual contest Riang Ria Raya Bersama Lazada Malaysia dan Menang Fujifilm Instax Mini Camera ...semoga ada rezeki ekin menang lagi amin....  Apa yang perlu dilakukan untuk blogger malaysia dalam contest kali ini ialah seperti syarat-syarat di bawah ini :- 

Tuesday, June 21, 2016

Kad Raya GA by Nina

Kad Raya GA by Nina


Hai korang semua ekin nak ajak korang cepat-cepat join giveaway nina mana taw korang yang bertuah nanti ke dapat kad raya dari nina hihihi... 

syarat-syarat pun sangat simple.. cepat join esok dah tarikh tamat... 

Resepi Kuih Cara Buah Kurma

Resepi Kuih Cara Buah Kurma | Hai korang semua, aduhhh hari ini agak terlewat Cik Ash update blog.. sibuk sangat mengemas rumah hihihihihi.. tukar kain langsir , basuh kain ,lipat kain ,sampu sampah dan jemur kain..  biasa la tugas surirumah setiap hari melakukan kerja rumah kan...


kuih cara kurma


Semua orang pernah tengok  dan makan kuih cara manis , kuih cara berlauk kan ni Cik Ash ada cuba buat kelainan lagi Resepi Kuih Cara Buah Kurma hihihihihi.. Ideal ini terlintas mari dalam kepala otak jah waktu nak memasak juadah berbuka.... sangat sedap menu baru ibu mentua ekin puji wow hihihihihi.. happy sangat dapat masak juadah berbuka buat suami dan ibu mentua... 

Ok jom kita usha resepi Kuih Cara Buah Kurma ni hihihihihi.. apa bahan-bahan yang perlukan untuk kuih cara buah kurma :- 

Resepi Kuih Cara Buah Kurma 
Oleh : Cik Ash

Bahan-Bahan 
12 biji buah  kurma buang biji  (kisar halus) 
2 cawan tepung gandum 
2 cawan air 
gula untuk letak tengah kuih tu 
minyak masak untuk membakar 

Cara Membuatnya :-
1. Kisar Buah Kurma sampai lumat 
2. Masukkan tepung gandum dalam bekas buah kurma itu gaulkan sampai sebati, bila adunan nampak macam kuih cara tu. 
3. Panaskan acuan kuih cara itu renjis-renjis minyak masak bila minyak dah panas boleh la masukkan adunan ke dalam acuan itu..
4. Selepas itu taburkan sedikit gula di tengah kuih cara itu. 
5. Apabila kuih cara dah nampak garing dan masak boleh diangkat letak atas pelapik minyak itu.
6. Kuih cara siap boleh hidang 

Nak cuba resepi kuih cara versi lain boleh klik link dekat Resepi Kuih Cara Potato Fritters

photo signature_4.gif

Monday, June 20, 2016

Iklan Tak Sesuai Untuk Tontonan Kanak-Kanak

Iklan Tak Sesuai Untuk Tontonan Kanak-Kanak | Assalamualaikum...Hai korang semua, ni Cik Ash ada nak kongsi yang ada anak berhati-hati la dengan anak korang ya bila mereka tengah main tablet,ipad , handphone taw sebab zaman sekarang banyak iklan yang tak sepatutnya di penontonkan oleh mereka ekin tengok.. 


iklan



Walaupun Cik Ash belum ada anak nampak risau dengan keadaan ini sampai terfikir bila ada anak mungkin akan mengalami perkara macam ni bila anak dah pandai nak layan cerita kat youtube ni.. budak sekarang dah terlebih ke zaman IT. Tambah dekat facebook macam-macam iklan ada wanita seksi la,ubat kuat la, cantik luar dan dalam dan macam-macam lagi iklan ni susah sikit nak kawal tambah mata budak-budak ni tajam bila nampak apa-apa kat facebook ada saja nak tanya kan. 

Baru-baru ini ekin ada terbaca dekat facebook dan blog menceritakan tentang  video pelik di laman youtube yang sedang di viral sekarang. Video yang ekin maksudkan adalah youtube daripada Channel Superhero Vs Spiderman itu dan banyak lagi video serupa dengan video di kat youtube. Ekin cuba buka buka sendiri youtube ingin pastikan betul ke tidak Ya Allah terkejut sangat tengok video itu, memang sangat tak sesuai untuk kanak-kanak ni, video itu menceritakan kisah Frozen kahwin dengan Spiderman dapat anak spiderman aduhhh teruk sangat bila kanak-kanak tengok ni.. Video macam ini Tidak sepatutnya di pertontonkan oleh kanak-kanak. korang ingin tengok viral yang diperkatakan ni boleh tengok dekat Anak-Anak Anda Pernah Tonton Video Ini Di YouTube? Ibu Bapa Perlu Berhati-Hati



Untuk mengelakkan perkara macam ini berulang lagi ikuti lah langkah-langkah di bawah ini untuk block segala channel yang lucah dekat Youtube :-   

Langkah 1: Pergi ke laman YouTube dan cari channel yang dikehendaki.
Langkah 2: Klik channel tersebut.
Langkah 3: Pada channel tersebut, klik About.
Langkah 4: Kemudian klik pada simbol flag dan klik Block user

Selain itu korang juga boleh guna browser yang Cik Ash cadangkan ini iaitu browser yang Cik Ash sudah guna dah baik untuk yang ada anak-anak ini , browser yang Cik Ash masukkan adalah Salam Browser yang pertama kalinya dicipta oleh pembangun berasaskan Chromium yang menghormati tuntutan agama, yang paling membanggakan ianya dicipta oleh anak tempatan


1. Carian Selamat Dalam Google 
Apa yang  terdapat dalam salam browser ini merupakan safegurad carian di google untuk menghapuskan kadungan yang ganas daripada carian dan membantu kita mengelakkan pautan web, imej dalam talian atau video itu di lihat oleh kita dan anak-anak.  Safeguard ni kira carian selamat. Contohnya dekat bawah ni kita cari "Small Chick" di carian dan tengok hasilnya ada keluar images yang tidak berkiatan iaitu "Hot Small Women" Cik Ash google chrome ni . Dan Cik Ash cuba buka melalui Salam Browser tengok dekat pic kedua tu nampak kan Setting Safeguard carian selamat tidak ada gambar seksi. 


Tetapan carian dekat Chrome


Tetapan carian Salam 


2. Mudah Downloader Dekat Youtube
Salam browser juga ada menyediakan ciri Video Dowloader dekat youtube yang boleh digunakan untuk memuat turun media dari Youtube apabila internet terlalu perlahan. sangat sesuai dengan Cik Ash sebab Cik Ash suka sangat dowlaod cerita ataupun lagu-lagu dekat youtube ni. Fungsi Video Downloader ini membolehkan kita memuat naik video dalam saiz yang berbeza dan kualiti serta memuat naik audio sahaja. 

Video Downloader boleh memuat turun fail video dalam format yang berbeza iaitu MP4, Flash Video,3GP dalam resolusi yang berbeza bergantung kepada video sumber.


Audio Downloader ini pulak membolehkan kita untuk memuat turun trek audio daripada mana-mana video di youtube . Format lagu yang di simpan dalam laptop adalah format m4a dan boleh dimainkan dengan hampir semua perisian atau permainan 

3. Browser patuh syariah dan adab 
Apabila kita buka salam browser untuk carian di google akan  nampak ada kata-kata yang nasihat ni membolehkan kita mengekalkan kesucian hati kita. Contoh di bawah ni hadis yang ada dalam kita duk cari itu 




4. Menjimatkan Data 

Yang ni sangat bertuah kepada yang guna Data salam browser ini sangat menjimatkan data kita taw..selalu kan bila buka youtube cepat sangat pengunaan data yang kita guna kan.. so sekarang kita tak payah risau data dah jimat lepas ni 






Kalau korang berminat untuk mencuba browser yang Cik Ash ulaskan di atas ni boleh la  muat turun di https://salambrowser.com. Jom berubah ke arah kebaikan bersama untuk keluarga anda. Sayangi la keluarga anda hihihihi... ok la sekian terima kasih kerana sudi membaca ya..