Friday, June 10, 2016

author photo
7 Tips Menjaga Wajah Dan Kecantikan Kulit Untuk Wanita


                                                        
Hai, semua wanita ingin cantik kan.. termasuk la ekin... hihihihihi.. nak cantik di hadapan suami terutama nya.. Sebagai fitrah manusia, kebanyakan wanita sangat mementingkan kecantikan. dan kalau boleh sehingga usia walau sudah mencecah 40 tahun ke atas, wajah masih mahu nampak muda dan bertenaga.

Tambahan pulak kita sebagao seorang  isteri , kita sebagai isteri wajib untuk menjaga kecantikan dan kebersihan buat tatapan suami deh bukan orang luar... hihihihihi.

"Innallah jamil, wa yuhibbu jamal": Allah itu cantik dan sukakan kecantikan.

Ada yang beranggapan tidak perlu menjaga kecantikan dan kesihatan diri, itu adalah tanggapan yang salah sebenarnya..

Memang tidak dinafikan ada sesetengah wanita yang tidak mengambil berat bab kecantikan kulit, kerana baginya asal wajah bersih dari jerawat tiada jeragat yang teruk, itu sudah mencukupi.

Sampaikan wajah nampak kusam dan tidak bermaya sekalipun tidak diendahkan.

Selagi belum ada teguran dari suami atau teman terdekat, bagi mereka penampilan mereka sudah mencukupi.



Tanya pada diri anda:

- Sejauh mana anda menekankan bab menjaga kecantikan dan mahu kelihatan sihat dan muda?
- Adakah kita sudah cukup berhias dihadapan suami kita?

Di bawah ini ekin menyenaraikan beberapa amalan yang telah terbukti memberi kesan dan telah diamalkan turun temurun sejak sekian lama oleh generasi terdahulu dan ditambah dengan kaedah baru.

Semoga bermanfaat kepada semua pembaca.



1-Solat 5 Waktu 
    Jangan tinggalkan solat kerana wuduk itu penting

Paling penting jangan tinggal solat.

Sebabnya selain memang diwajibkan, air wudhu’ yang terkena wajah kita 5 kali sehari itulah pencuci muka paling berkesan untuk menyerikan wajah dan juga hati kita.
 

2- Minum air suam sejurus bangun tidur
    Menjaga kecantikan kulit dengan minum air suam sebaik bangun dari tidur.
 
    Sejurus bangun pada waktu pagi , iaitu sebelum mandi dan gosok gigi, minum air suam         terlebih dahulu.

   Adalah disarankan minum air suam dengan cara biarkan air di dalam mulut kira-kira 10       saat sambil selawat 3 kali, kemudian baru ditelan.


Note : Air liur basi dikatakan mempunyai enzim yg boleh menjadi ubat.

Boleh juga amalkan petua Rasulullah s.a.w, minum segelas air suam dicampur sedikit madu. Madu ialah penawar berbagai penyakit.

3- Buat Urutan Untuk Wajah 
    Mengurut wajah dari bawah dengan selawat


    Kemudian, urut wajah dengan air dari bawah dagu hingga ke dahi diiringi selawat 3 kali.       Amalkan setiap hari.

    Nota tambahan: Tapi ingat, dari bawah ke atas bukan dari atas ke bawah. Jika di urut dari    atas kebawah, dikhuatiri akan makin cepat berkedut pula.

   Antara zikir yang boleh diamalkan adalah:

   Zikir di bawah dibaca untuk kita sentiasa kelihatan berseri, awet muda luaran dan          dalaman, amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut :

    Baca ” Ya Badiyah ” (1x)
    Baca ” Ya Nur ” (1x)
    Baca ” Ya Hadi ” (1x)
    Baca ” Ya Allah ” (3x)
 

4. Amalkan Baca Surah Al-Waqiah
     Amalkan membaca ayat 35 – 38 surah Al-Waqiah dalam hati setiap kali mandi.


Dianjurkan baca pada curahan pertama, dimulakan dari kepala. Sekiranya mandi menggunakan shower, bacalah masa mula-mula nak mandi.

Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan kulit (diri) kita & untuk kebahagiaan rumahtangga kita.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
(56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya, (56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.
 

5. Baca Surah Yusuf Selepas Solat Subuh
     Setiap kali lepas solat subuh, amalkan baca surah Yusuf, kemudian minum air suam 3 teguk. Amalkan dengan jujur dan ikhlas.

Insya Allah wajah akan lebih muda dari usia sebenar.
 


6.Berdoa setiap kali melihat cermin

Setiap kali berhias di cermin, bacalah doa , kemudian baca selawat di kedua tapak tangan dan sapukan ke muka sambil niat dalam hati agar diindahkan wajah seperti Nabi Yusuf a.s.

Amalkan setiap pagi. InsyaaAllah kecantikan kulit akan terpelihara.

Doanya begini:

“Segala puji-pujian bagi Allah sebagaimana Engkau telah mempercantikkan diriku dan juga akhlakku. Semoga Engkau menjauhkan wajahku dari api neraka”
 

7. Menggunakan produk yang bagus & halal untuk menjaga kecantikan kulit dan wajah

Salah satu usaha untuk menjaga kecantikan selain daripada berdoa dan mengamalkan petua yang dibincangkan diatas adalah dengan menggunakan produk yang terbukti berkesan secara saintifik.






Kredit:FB

This post have 10 komentar

avatar
yaya cendana delete June 10, 2016 at 8:47 AM

tenkiuu entry ni..nanti nak ikut cara ni

Reply
avatar
Unknown delete June 10, 2016 at 9:42 AM

TQ for sharing. Menarik info, sesuai sangat nk dekat raya, bolehlah beraya kulit cantik nanti! :)

Reply
avatar
nikkhazami delete June 10, 2016 at 12:51 PM

fuhh boleh buat cara ni senang je

Reply
avatar
nuyui a.k.a miss YUI delete June 10, 2016 at 2:48 PM

trima kasih share.. yg minum air slps bgun mmg yui amalkan tp air masak je.. takde lak p amik air suam..huuu.. pasni kena tukarla gtu

Reply
avatar
Maria Firdz delete June 10, 2016 at 3:19 PM

perkongsian yang sangat menarik.. kena amal nih...

Reply
avatar
Zafirah Kama delete June 11, 2016 at 12:42 PM

thank you kak.. tak payah nak teruk2 sangat.. in sha allah.. cara ni banyak hikmah diaa

Reply
avatar
NJihe.am delete June 11, 2016 at 4:16 PM

Nice.
Jarang ada org share ayat kalau bab cantik ni. Selalu make mehh. Cantik semulajadi, itulah kekal abadi. Cehh. Hehe.

Reply
avatar
Farrah MF delete June 11, 2016 at 6:33 PM

Pernah baca tips ni orang share kat fb :)

Reply
avatar
nona sani delete June 19, 2016 at 8:03 AM

Betul, setuju, semua dengan IziNNYA, maka.... ingatlah Dia dalam menjaga kecantikan,

kan :)

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post