Resepi Donut Green Tea | Assalamualaikum...Hai korang... sekarang duk viral air Air Teh Hijau di mana-mana kan.. apa kata kita cuba ubah green tea jadi donut hihihihi... idea ni terlintas 2-3 hri lepas nak buat Donut Green Tea
so apa lagi Cik Ash cuba la buat guna resepi donut yang sedia ada jah cuma
tambah air green tea yang dah direndamkan tu.. Cik Ash ratu buat kuih
donut setiap kali buat kuih mesti donut, tanya suami tak jemu tak ada
pulak cakap... nasib baik suami makan jah Cik Ash buat hihihi... entri yang
tertangguh baru sempat share sory taw..
Nampak kehijauan Green Tea tu... Cik Ash letak sikit jah tu.. Ok jom kita usha resepi Donut Green Tea ni... best sangat makan abang kata sedap sangat...
Resepi Donut Green Tea
Bahan-bahan :-
2 Cawan Tepung Gandum
2 Sudu Besar Yis
2 Sudu Besar Gula
1/2 Cawan Air
2 Sudu Besar Marjerin
sedikit serbuk green tea rendam dalam air sikit saja
Cara Membuatnya :-
1. Campurkan gula dan yis ke dalam air dan biarkan sehingga berbuih taw
2. Gaulkan tepung gandum dengan marjerin hingga sebati.
3. Tuangkan air yis tadi sedikit-sedikit dan uli sehingga doh tak melekat di tangan sambil uli jangan lupa masuk air green tea yang kita rendam sekali taw..
4.Uli lama lagi gebu lepas tu biarkan selama 1 jam
5. Lepas dah kembang doh tu tumbuk tumbuk bagi buang angin
6. Bentukan la doh dengan acuan donut kalau tak ada acuan buat jah sendiri hihihi..
7. Biarkan sebelum nak goreng bila dah kembang boleh terus goreng..
8. siap goreng gaulkan dengan gula aising la ya..
Ok
itu saja Resepi Donut Green Tea yang Cik Ash kongsi mungkin korang ada cara lain nak buat resepi
donut yang lain boleh jah ikut resepi cuma tambah serbuk green tea
jah... Nak koleksi resepi lain boleh la usha #dapurcikash
This post have 6 komentar
salam kak ekin menu sihat yea! :D
Replyjanji sedap
Replysesekali ubah citarasa ok jugak..
Replyideal ke idea kak ? hehe
Replywah lain dari yang lain..bgus pelbagaikan
Replyso bila mkn ada rasa green tea sikit lah eh
Replyash.rie8506@gmail.com
EmoticonEmoticon