Wednesday, April 6, 2016

Drama Akadku Yang Terakhir Astro Maya HD

Drama Akadku Yang Terakhir Astro Maya HD

Hai korang ekin terlewat update.. siapa tengok cerita drama terbaru di astro.. ala tak sempat ekin nak tengok sibuk duk memasak makan malam untuk abang tadi.. tak pe tengok online esok kan... Nampak promo nampak best pulak. menu makan malam ni ayam masak sambal bali hihihi... 

Drama Akadku Yang Terakhir ni dibintangi oleh Amar Baharin sebagai Irham Zahri dan Tiz Zaqyah sebagai Rania Baheera. drama ini sebanyak 43 episode akan di tayangkan di tv astro Maya HD.. Pengarah yang buat drama ini ialah Amie Maziah (Makmie) terbitan daripadTerbitan: Global Station Sdn Bhd.






Sinopsis Drama Akadku Yang Terakhir

Setelah mengalami kegagalan perkahwinan sebanyak tiga kali, Irham Zahri dipaksa oleh bapanya untuk mendapatkan rawatan terapi bersama pakar psikoterapi. Lalu menemukan dia dengan seorang Pakar Psikoterapi bernama Rania Baheera. Irham yang tidak dapat menerima Rania sebagai doktor rawatannya, enggan memberi kerjasama dalam setiap sesi terapi yang diatur. Malah dia cuba merasuah Rania untuk memalsukan laporan dan membuat rancangan untuk mengenakan Rania.

Hari demi hari hubungan mereka semakin rapat lebih-lebih lagi bila Rania mengambil keputusan untuk mengikut Irham ke Johor Bahru selepas kecewa dengan berita perkahwinan kakak kesayangannya dengan Fazriq, abang angkat yang dicintainya dalam diam. 

Irham mula ada perasaan cinta pada Rania namun dia cuba menindakkannya apabilaRania berbohong mengatakan bahawa dia sudah berkahwin. Suatu hari pembohongan Rania terbongkar. Lalu Irham terus berusaha untuk memikat hati Rania. Akhirnya, Rania yang mula jatuh cinta menerima lamaran Irham. Sekali lagi lafaz akad nikah meniti di bibir Irham Zahri dengan tekad yang perkahwinan ini akan menjadi akadnya yang terakhir. 

Tatkala dibuai keindahan menikmati alam berumah tangga, hubungan Rania dan Irham Zahri bergoncang dengan kehadiran Zalia yang menaruh dendam dan jugasikap melindungi Fazriq yang membuat Irham cemburu. Irham mula berkasar dengan Rania. Keluarga mereka pula mula campur tangan mengusutkan lagi keadaan.

Mampukah akad yang dilafaz menjadi akad terakhir yang kekal sehingga ke hujung nyawa?



15 comments:

  1. Banyaknya episod. Jenuh nak tunggu habis ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ekin xlayan pun tunggu tengok online gak hahhahahah

      Delete
  2. Cam boleh nengok nie.. tp x minat pelakon nie.. kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. ekin sebab amar brlakon rasa nak layan gak la kalau tak memang xtengok macam uda n dara tu hhahhaa

      Delete
  3. Pernah baca citer ni. Oklah :) Lagipun suka nak tengok sebab Tiz berlakon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hiihihi kan dia comel pakai tudung tapi belum lagi sampai seru nak berhijab lagi

      Delete
  4. Cer citer apa ending dia... Ha ha ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhahaha ending xtaw lagi sebab xhabis pun lagi ni

      Delete
  5. alaa tak ada astro, tak pelah, baca sinopsis pun ok apa.. hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. layan on9 jah kak eyda ekin pun kata ada astro xlayan gak... malas nak tengok sbb jarang2 tengok gak

      Delete

ash.rie8506@gmail.com