Drama Akadku Yang Terakhir Astro Maya HD
Hai korang ekin terlewat update.. siapa tengok cerita drama terbaru di astro.. ala tak sempat ekin nak tengok sibuk duk memasak makan malam untuk abang tadi.. tak pe tengok online esok kan... Nampak promo nampak best pulak. menu makan malam ni ayam masak sambal bali hihihi...
Drama Akadku Yang Terakhir ni dibintangi oleh Amar Baharin sebagai Irham Zahri dan Tiz Zaqyah sebagai Rania Baheera. drama ini sebanyak 43 episode akan di tayangkan di tv astro Maya HD.. Pengarah yang buat drama ini ialah Amie Maziah (Makmie) terbitan daripada Terbitan: Global Station Sdn Bhd.
Sinopsis Drama Akadku Yang Terakhir
Setelah mengalami kegagalan perkahwinan sebanyak tiga kali, Irham Zahri dipaksa oleh bapanya untuk mendapatkan rawatan terapi bersama pakar psikoterapi. Lalu menemukan dia dengan seorang Pakar Psikoterapi bernama Rania Baheera. Irham yang tidak dapat menerima Rania sebagai doktor rawatannya, enggan memberi kerjasama dalam setiap sesi terapi yang diatur. Malah dia cuba merasuah Rania untuk memalsukan laporan dan membuat rancangan untuk mengenakan Rania.
Hari demi hari hubungan mereka semakin rapat lebih-lebih lagi bila Rania mengambil keputusan untuk mengikut Irham ke Johor Bahru selepas kecewa dengan berita perkahwinan kakak kesayangannya dengan Fazriq, abang angkat yang dicintainya dalam diam.
Irham mula ada perasaan cinta pada Rania namun dia cuba menindakkannya apabilaRania berbohong mengatakan bahawa dia sudah berkahwin. Suatu hari pembohongan Rania terbongkar. Lalu Irham terus berusaha untuk memikat hati Rania. Akhirnya, Rania yang mula jatuh cinta menerima lamaran Irham. Sekali lagi lafaz akad nikah meniti di bibir Irham Zahri dengan tekad yang perkahwinan ini akan menjadi akadnya yang terakhir.
Tatkala dibuai keindahan menikmati alam berumah tangga, hubungan Rania dan Irham Zahri bergoncang dengan kehadiran Zalia yang menaruh dendam dan jugasikap melindungi Fazriq yang membuat Irham cemburu. Irham mula berkasar dengan Rania. Keluarga mereka pula mula campur tangan mengusutkan lagi keadaan.
Mampukah akad yang dilafaz menjadi akad terakhir yang kekal sehingga ke hujung nyawa?
This post have 15 komentar
Banyaknya episod. Jenuh nak tunggu habis ni :)
ReplyCam boleh nengok nie.. tp x minat pelakon nie.. kikiki
Replytak nak tgk!!!!
Replynanti addicted!!!!
macam best je cite ni..
ReplyPernah baca citer ni. Oklah :) Lagipun suka nak tengok sebab Tiz berlakon.
Replyekin xlayan pun tunggu tengok online gak hahhahahah
Replyekin sebab amar brlakon rasa nak layan gak la kalau tak memang xtengok macam uda n dara tu hhahhaa
Replyhihihihi.... kena tengok best2 aik
Replybest kak el
Replyhiihihi kan dia comel pakai tudung tapi belum lagi sampai seru nak berhijab lagi
ReplyCer citer apa ending dia... Ha ha ha
ReplySS pon ske tiz... He he he
Replyalaa tak ada astro, tak pelah, baca sinopsis pun ok apa.. hahaha..
Replyhahhahaha ending xtaw lagi sebab xhabis pun lagi ni
Replylayan on9 jah kak eyda ekin pun kata ada astro xlayan gak... malas nak tengok sbb jarang2 tengok gak
Replyash.rie8506@gmail.com
EmoticonEmoticon