Review | Filem Munafik | Assalamualaikum...Hai korang... sebelum ni ekin ada kongsi yang ekin dah pergi tengok Filem Munafik serentak tengok 2 filem pada hari ahad aritu.. so ni review dari ekin ya... nak tulis review filem munafik tak berani hahahahah...nama lagi cerita seram ekin takut sangat.. sebab tu cerita seram ni ekin tak layan sangat.. ok la kat bawah ni sinopsis filem munafik ya..
SINOPSIS FILEM MUNAFIK
Adam (Syamsul Yusof) dikenali sebagai seorang ustaz yang dikurniakan ‘kelebihan’ kerana setiap pesakit yang mengalami ‘gangguan’ sering berjaya diubatinya mengikut cara perubatan Islam. Sikap merendah diri terhadap kelebihan yang ada pada dirinya itu amat disenangi oleh semua yang mengenali, terutamanya penduduk kampung di kawasan yang dia diami.
Kebahagiaan yang dikecapi Adam bersama isteri dan anaknya tidak bertahan lama selepas dia dan isterinya terlibat dalam kemalangan jalan raya yang ngeri. Isterinya meninggal dunia di tempat tragedi. Kematian isterinya, Zulaikha itu telah membunuh semua rasa dan mematahkan semangatnya untuk meneruskan tanggungjawab sebagai pengamal perubatan Islam yang sering mengubati orang-orang kampung.
Adam seakan-akan tidak boleh menerima Qada & Qadar Sang Maha Pencip. Keimanannya mula rapuh, tergugat dan tidak sekuat dahulu. Adam mula murung, mengasingkan diri dari jemaah masjid dan lebih senang beribadat di rumah, ditemani anaknya Amir.
Dalam masa yang sama, Maria (Nabila Huda), salah seorang penduduk di kampung Adam mengalami gangguan jin/syaitan yang teruk sehingga ke tahap dia didiagnos oleh pakar perubatan moden dengan penyakit mental-kronik depresi (tekanan perasaan yang serius).

Kemewahan hidup keluarganya tidak membawa makna apa-apa bila gangguan yang dialaminya semakin lama semakin menggila kerana hanya bergantung pada ubat penenang yang kesannya hanya sementara. Ayahnya pula terlantar sakit dan dijaga oleh ibu tirinya, Zati. Zati meminta bantuan daripada Imam kampung untuk memujuk Adam mengubati Maria selepas kejadian Maria dirasuk teruk dan rumah mereka semakin banyak gangguan, penampakan jin/syaitan.
Sementara itu, Adam semakin tertekan kerana anaknya juga bersedih merindui arwah ibunya. Walau dalam keadaan tertekan, Adam terpaksa akur dan bersetuju untuk mengubati Maria selepas dipujuk dengan bersungguh-sungguh oleh Imam kampungnya. Bapa Adam, Rahim pula secara tiba-tiba datang melawat Adam dan cucunya. Dia juga menasihatkan Adam untuk membantu Maria. Gelagat Rahim yang agak pelik dicurigai Adam dan anaknya.

Dari saat pertama Adam bertemu Maria, misteri sebenar bermula dan persoalan demi persoalan timbul dalam pemikiran mereka. Ada kesinambungan cerita yang cuba diungkai tetapi masih tak jumpa. Episod demi episod gangguan telah menyentak kesedaran Adam. Dia zahirkan satu persatu petanda.
Apa yang sebenarnya melanda dalam kehidupan mereka berdua? Segala jawapan yang bakal terungkai semestinya mengubah seluruh kehidupan dan kekuatan iman Adam buat selama-lamanya.
Apa yang sebenarnya melanda dalam kehidupan mereka berdua? Segala jawapan yang bakal terungkai semestinya mengubah seluruh kehidupan dan kekuatan iman Adam buat selama-lamanya.
Review Filem Munafik
cerita sangat seram bagi ekin dari mana-mana ekin tengok cerita seram sebelum ni... memang nampak nyata sangat dengan kehidupan kita.. ekin tak tengok mana sebab takut hihihi... perjalanan cerita yang penuh suspen dan terkejut dengan sangat.. abang cakap memang cerita bagus sangat dan nampak real.
Lakonan Nabila huda terbaik memang nampak kelainan dari watak-watak sebelum ni.
maaf la ekin tak dapat nak review banyak pasal cerita munafik ni.. hihihi...Ekin nak bagi bintang tak taw ni sebab tak tengok sangat kan.. bila sampai bab antara ustaz adam dan maria asyik tutup muka kat bahu abang mana nak hayati sangat kan.. tangan ni terketar-ketar masa tengok cerita seram tu abang siap terketawa kat ekin.. Memang cerita munafik menyeramkan untuk tahun 2016 ni...
Sha memang conform la tak tengok.. dok baca review org je.. hehehe
ReplyDeleteekin ni sha sebab abang yg nak tengok kita teruk saja... hahhahaha... masa part2 seram memang xtengok duk tutup muka dekat abang hihih
DeleteEkinnnn apa ending dia.... alaaa....
ReplyDeleteTak nak tgk gak tp nk tau apa terjadi
ending dia ekin xtgk hahhahha seram la huda
Deletehahaha.. genre peberet ni...
ReplyDeletezaf minat genre seram kah...
DeleteEyda tak ada geng nak tengok ja.. kalau tak boleh jugak layan..
ReplyDeleteeyda ekin ni abang yg nak layan kita ikut saja bab seram kalau g sorang memang tak tengok la
Deletetgk iklan kat tv tu nampak menarik
ReplyDelete