Thursday, March 31, 2016

Kebabom!!!! Datang Serang

Kebabom!!!! Datang Serang | Assalamualaikum...Hai,selamat malam.. baru buka blog malam ni terkejut tengok 52 komen kat blog.... ni pengebom yanng datang menyerang blog cik ash... nasib baik belum tutup kedai lagi hahahaha......


Kebabom!!!! Datang Serang



Ayat tajuk kemain kebabom!!! hahaha, seperti biasa bila Sis JM datang dekat blog mesti datang seram macam boom meletup dah hahaha, sekali dia bom berpuluh-puluh jenuh nak balas komen balik hahaha. 


Terima kasih kepada Sis JM yang sudi datang menyerang dekat blog Cik Ash ni.... so sesiapa yang belum mengenali pemilik nama Sis JM pergi la terjah blog beliau. Dekat blog beliau banyak bercerita tentang travel bersama rakan baiknya iaitu Sdcha Sein. 


Wednesday, March 30, 2016

Wordless Wenesday #57 | Hasil Beli Kat Lazada

Wordless Wenesday #57 | Hasil Beli Kat Lazada

benda ni berguna untuk semalam elektrik tak ada




Resepi Sambal Yang Popular

 Resipi Sambal Yang Popular | Assalamualaikum...Hai korang semua, apa khabar untuk hari ini..semoga korang semua sihat ya.. semoga dipermudahkan urusan anda.

Resepi Sambal Yang Popular


Ok siapa kat sini peminat sambal meh baca apa yang Cik Ash nak kongsi tentang sambal yang sangat popular di malaysia ni.. Cik Ash kalau ikut peminat tegar sambal, tapi terpaksa tahan tak leh makan sambal dah disebabkan ada gastrik ni... sambal yang sangat popular ekin taw ialah sambal belancan, sambal kicap, sambal hijau,sambal pecal, sambal tempoyak, sambal hitam pahang dan sambal ikan bilis.


Di bawah ini Cik Ash ada nak kongsi 3 resepi sambal yang sangat popular di kalangan peminat tegar sambal walaupun cara buat kan. 3 resepi sambal yang harus anda cuba ni ialah :-

Resepi Sambal Kicap


Bahan-bahan:
- 10 biji cili padi 
- 1 sudu besar bawang putih 
- 1 sudu kecil gula 
- 1/4 kicap manis 

Cara-cara: 
1. Blend kesemua bahan-bahan



Resepi Sambal Belancan
Bahan-bahan:
- 6 biji cili merah 
- 8 biji cili padi 
- Jus dari 2 buah limau 
- 1 kiub belacan bakar 
- Garam 
- 1 biji limau, dipotong dua 

Cara-cara: 
1. Blend cili merah dan cili padi 
2. Tambah jus limau, belacan, dan garam 
3. Blend sehingga sebati 
4. Hidang sambal dengan sehiris limau


Resepi Sambal Hijau 
Bahan-bahan: 
- 1 biji tomato 
- 8 biji cili hijau 
- 1 sudu besar bawang putih (dicincang) 
- 1 biji bawang merah (dicincang) 
- Garam 
- Minyak masak 

Cara-cara:
1. Rebus tomato dan cili hijau. 
2. Blend kasar tomato dan cili hijau. 
3. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih. 
4. Masukkan cili hijau dan tomato. 
5. Masukkan garam dan gaul sehingga sebati.

Cik Ash
Part Time Blogger 
Lifesytle,Cooking,Beauty 
Collaboration & Review Blogger


Tuesday, March 29, 2016

Restoran Krabi Seafood Taman Uda Murni Kelantan

 

Restoran Krabi Seafood Taman Uda Murni Kelantan | Assalamualaikum...Hai korang...pada  jumaat 11/3/2016   cik ash balik kelantan sempat makan di Restoran Krabi Seafood Taman Uda Murni bersama dengan family ibu saudara suami Cik Ash  pada waktu malam , sabtu petang tu Cik Ash dah makan nasi kenduri bila malam makan lagi memang kenyang sangat ni.. Nampak nama macam dah berada di Krabi thailand hahahaha...menu masakan semua dari thai kan mesti nama pun nak thailand gak.. 
 
 

Nampak sangat setahun berlalu Cik Ash jadi wife ada kedai baru buka di taman uda murni ni hihihihi. kalau tak silap cik ash sebelum kedai ni Nasi Kerabu Golok ... kedai nama yang unik dan tarikan perhiasan kedai ok sangat menarik pelanggan untuk  mencuba menu yang di Restoran Krabi Seafood. Menu masakan utama di restoran ini adalah masakan panas original dari Thailand.. Kedai Restoran Krabi Seafood telah beroperasi pada 12 Ogos 2014 selepas ekin kahwin dah beroperasi... kira dah setahun lebih kedai ini telah  beroperasi,kawasan yang sangat strategik dekat dengan laluan pusat bandar Kota Bharu tu... 

Jom kita usha menu malam tu Cik Ash dan family ibu saudara abang makan dekat bawah ini :-



Kerabu Sotong



Tomyam Seafood



Sotong Goreng Tepung




Jus Oren dan Jus Epal


Ayam Masak Kicap



Ikan Siakap Stim






Pengalaman cik ash makan di sana lauk yang disediakan boleh tahan la gak boleh di masuk tekak cik ash ni... cik ash suka makan kerabu sotong memang sedap sangat... bab tomyam wow sangat pedas kalau ikut nak hirup je tapi cik ash tak berani sebab keesokkan nak balik kedah takut perut meragam. ikan siakap stim kurang sikit tak di tekak cik ash hihihi...burung puyuh cik ash tak makan hihihi tak taw rasa macam ner... banyak lagi  menu cik ash tak ambik nampak bersungguh pulak cik ash kan.. 

so kalau korang yang berada di kawasan pengkalan chepa , kota bharu boleh la singgah Restoran Krabi Seafood Taman Uda Murni ni... di bawah ni lokasi ke kedai Restoran ni 

Restoran KRABI Seafood,
 673-C Kg. Kok Pasir,
15400 pengkalan chepa,
Kelantan.



No Telefon: 019-968 6883




Waktu Operasi : 4.00 petang hingga 3.00 pagi

(setiap hari) 



Peta Lokasi 


Monday, March 28, 2016

Roti Canai Kampung Keladi Kulim

Roti Canai Keladi Kulim | Assalamualaikum...Hai korang, alamak entri ni dah lama tersimpan dalam draf ni baru sempat buat review pasal Roti Canai Keladi Kulim hihihi.. maaf taw sibuk sangat bulan ni baru lepas balik dari Kelantan ni mood nak menulis blog pun agak kurang sikit la.. tapi mood menulis blog ni dah terjadi sebelum balik kelantan lagi hihihi....


Roti Canai Kampung Keladi Kulim


Pada 6 Mac aritu cik ash berkesempatan bersarapan pagi di Kedai Roti Canai Keladi Kulim.. kali kdua pulak cik ash kedai ni pagi semalam... cik ash taw pasal roti canai keladi ni melalui blog saudari Firas Vita.com terus abang ajak usha kedai ni.. selama dia duk kedah dia kata tak pernah sampai lagi hihihi... sejak ada bini yang suka review apa-apa saja dalam blog rajin sungguh dia cari kedai dekat kulim ni...hihihihi..


Memang simple dan biasa kedai Roti Canai Keladi ni nama lagi kawasan kampung kan...berasa masuk kampung pulak makan sini... hihihi... jom kita usha roti canai yang cik ash makan.. 

Roti Planta

Roti Canai Banjir 

Licin Makan hahahha

nampak tukang buat roti canai tu


Pokok Ceri (sempat ekin ambik buah ni bawa balik hihihi) 

Buah Ceri Dipetik hiihihii


Mesti nak taw di mana Lokasi Roti Canai Keladi Kulim kan, Untuk yang berada di kulim,Kalau korang dari pekan Kulim menghala ke Kg.Keladi sampai di simpang 4 lampu isyarat,terus je,kalau dari taman selasih pula akan melalui Giant dan sampai je lampu isyarat belok kiri, warung tu berada selepas Sekolah Rendah Keladi, tapi sebelum sampai Masjid Keladi...Tepi jalan je warung tu...



Sunday, March 27, 2016

Drama Suami Tanpa Cinta Astro Ria

Drama Suami Tanpa Cinta Astro Ria ,Hai korang semua, ini ekin ada nak share suatu drama yang akan mengantikan drama Aku Bukan Bimbo nanti iaitu drama Suami Tanpa Cinta yang akan bersiaran pada 4 April 2016 nanti setiap isnin hingga khamis. Drama ini hasil  karya Syamnuriezmil dan terbitan Pena Creative Picture Sdn.Bhd. Pengarah MP Roslin.
 
Suami Tanpa Cinta

 

Drama sebanyak 16 Episode ini dibintangi oleh watak utama  Syukri Yahaya sebagai Zaidan Iman , Janna Nick sebagai Ain Syifa turut sama juga berlakon Mark Adam  sebagai Rafael , Cristina Stockstill sebagai Aleesya dan Sarah Hildebrand sebagai Adura. 

Ost lagu tema drama Suami Tanpa Cinta di nyanyi oleh Janna Nick tajuk lagu Mungkin Saja lirik oleh Kuncidemak. 

Sinopsis Drama Suami Tanpa Cinta

“Cinta yang sempurna, bila kita dicintai dan mencintai. Cinta yang sejati, bila kita gembira melihat insan yang kita cintai bahagia walaupun bukan bersama kita. Cinta yang poyo... bila dia cintakan aku, dan aku tahu aku juga cintakan dia, tapi aku tak boleh cakap aku cinta.”
 
Ain Syifa, seorang yang berhati kering. Dia memang langsung tidak punya perasaan tetapi, dia minta dikahwinkan kepada Zaidan Iman tanpa rasa cinta. Dengan cara ini saja, syarikat keluarganya boleh diselamatkan.
Kata Ain Syifa, “Cinta itu hanyalah emosi dan dia tiada emosi!”
 
Kata papa, “A successful marriage will make a successful business. So, in order to get both, make sure your marriage is successful.”
 
Kata mama, “Ingat, Aid tu bakal suami Ain, syurga Ain. Jangan buat kahwin macam business.”
 
Kata Ustaz Abdul Rahim, “Dilarang untuk main-main atau bergurau tentang tiga perkara iaitu cerai, nikah dan rujuk. Talak atau penceraian itu adalah sesuatu yang halal tapi yang paling dibenci Allah SWT.”
 
Kata Zaidan Iman, “Belajar cemburu sama tau... cemburu tu tanda pengukur cinta pada suami atau isteri. Macam ustaz cakap tadi tu, tak ada orang nak bagi syurga dia pada orang lain.”
 
Apakah perlu ada cabaran untuk menyintai Zaidan Iman? Atau perlu hadir cinta kedua, untuk membuktikan cinta pertama? Tidak sempurna cinta, tanpa dia...
“Tidak sempurna KITA kalau tidak bersama, tapi kalau KITA bersama, ia lebih dari sempurna.” 


Tak sabar ekin nak tengok drama ni hihihi... tertengok shukri yahaya alahai tersuka tanpa sengaja nak layan cerita ni hahahha... 

Saturday, March 26, 2016

1st Giveaway by Semanis Anggur

1st Giveaway by Semanis Anggur


Hai, Jom memeriah giveaway yang dianjurkan oleh Blog Semanis Anggur ni... 
Nak Join Klk Banner di atas. 

Tarikh Tutup: 15 April 2016

CPUV Nuffnang 23 Mac 2016 : SME - Microsoft

CPUV Nuffnang 23 Mac 2016 : SME - Microsoft


Hai, korang semua... ekin kurang sihat maybe kesihatan sistem badan ekin kurang berkerja kut.. hahhaha... berat badan dah naik sikit pada sebelum ni boleh jadi rasa penat buat kerja rumah tu... eh terlupa ekin ada  buka nuffnang  alhamdulilah rezeki dari nuffnang lagi...  ekin ada dapat iklan CPUV nuffnang yang baru untuk  iklan 23  Mac 2016. iklan nuffnang yang keempat ekin dapat untuk bulan 3 ni..


CpUV yang sedang bergayut-gayut blog ekin adalah SSME - Microsoft ni.. 
Ekin ingin mengucapkan terima kasih Mr.Nuffnang  nanti bagi banyak-banyak iklan  kat kita taw hihihi.. kalau nampak iklan tu bergayut-gayut korang tolong la klik terima kasih





Friday, March 25, 2016

Giveaway Cash RM600 MAC2016 by Emas Putih


*sila tekan banner diatas untuk join*

Hadiah :

Top Referral RM100x1
Random Cash RM50x10


Start : 20 Mac 2016 - 3 April 2016






Selamat Pagi Jumaat

Selamat Pagi Jumaat


Hai, korang semua.. selamat pagi.. ekin minta maaf sebab sejak dua mejak update blog dan blogwalking berkurang... entah la lepas balik kelantan aritu mood nak menaip blog hilang hahhahaha... mungkin tertinggal di kelantan kut mood tu.. 

Lagi pulak musim panas ni tubuh jadi letih pelik sangat... buat keje sikit dah penat... banyak entri review yang masih tertangguh dalam draf yang ekin belum dapat share dengan korang semua.. 

Ok la itu saja nak bagitaw maaf ringkas sangat bicara ekin hari jumaat yang indah ni.. 



Thursday, March 24, 2016

Shopping Di Getex Dapat Cashback Setiap Kali Buat Pembelian

Shopping Di Getex Dapat Cashback Setiap Kali Buat Pembelian | Hai korang, maaf sejak dua mejak entri di blog cik ash agak kurang sikit disebabkan keadaan kesihatan ekin tak berapa sihat mana ni...sebenarnya ekin update blog ini ada nak bagitaw kepada yang suka shopping online pernah dengar tak tentang Getex tempat online shopping yang boleh dapat cashback setiap kali kita buat pembelian.. kalau korang belum pernah dengar dan tak taw apa itu getex meh baca tentang getex yang ekin nak uraikan dibawah ini.. 

http://www.getex.my/index.php?key=2426


Jom Kenali Apa Itu Getex.my


Getex Malaysia atau Getex.my, portal online yang menawarkan cashback atau pulangan tunai semula melalui pembelian secara online di mana-mana kedai shopping yang berdaftar dengan Getex.my. Terdapat hampir 70 kedai online di Getex my merangkumi 15 kategori seperti pakaian, makanan, percutian, hotel, tiket penerbangan dan bermacam-macam lagi. Lagi yang best korang boleh shopping di Getex.my  antaranya Lazada, Zalora, Groupon, Ensogo, Agoda, Sephora, Airasiago dan banyak lagi dan ada 70 ++ Online seller banyak lagi taw. 

http://www.getex.my/index.php?key=2426


Cara Mendapat Cashback Melalui Getex.my


1. Daftar akaun di Getex.my 


2. Kemudian  anda pilih Store yang anda suka shopping ya... ekin pilih shopping dekat lazada saja lagipun pertama kali shopping di lazada ni. eh lupa ekin nak bagitaw semasa korang tekan store korang jangan tutup lagi getex.my punya website taw sebab selepas selesai buat pembelian kita kena isi borang untuk cashback balik taw.



3. Selepas itu anda pilih shop now nak automatik masuk website lazada anda pilih nak shopping barang apa ya.. ekin ni pening tak taw nak beli barang apa pulak. last pilih barang kat bawah ni.. hihihihi


    klik proceed to checkout ikutilah apa yang lazada suruh isi di situ ya.. setelah selesai buat pembelian  akan keluar macam gambar kat bawah ni 




4. Selepas selesai urusan pembayaran anda perlu isi maklumat pembelian untuk mendapatkan cashback balik dari Getex.my ni. korang masuk semula ke getex.my punya webiste  tengok gambar kat bawah ni untuk isi maklumatnya 


Tarikh : Dah tersedia masa kita beli bila 
Order Number : bila kita beli barang daripada mana shopping online korang akan bagi mesej kat kita order number jadi isi number yang di beri itu. 
Order Subtotal : isi harga barang yang korang beli.
4. Product Name : isi nama product yang kita beli tu. 


5. Selepas isi kesemua maklumat itu anda klik la Add Shopping Note  ya. tengok kat bawah ini setelah selesai hantar tanda getex.my  dah terima permohanan kita. 





6. Eh korang taw tak untuk   tempoh kita dapat balik  cashback pembelian biasanya mengambil selama 2 hari bekerja dan bergantung kepada shopping online yang terlibat tu ya.. kat bawah gambar cashback ekin yang masih pending lagi kita tunggu nanti masuk ekin update balik ya.. 


dah avaible boleh request payment ya


Perhatian kalau anda  nak  dapat cashback  balik apabila kita shopping dengan cara mudah senang saja boleh join Getey.my taw..

Monday, March 21, 2016

Gambar Majlis Perkahwinan Jihan Muse Dan Ungku Hariz

Gambar Majlis Perkahwinan Jihan Muse Dan Ungku Hariz | Assalamualaikum...Hai, selamat tengahari... fuhhh baru leh rehatkan diri seketika... hari ini baru ada kekuatan mengemas rumah sikit.. lepas balik kelantan keadaan kurang baik sikit.. terlebih minum ais batu banyak kat kelantan kut.. 





Eh terlupa ekin nak ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Jihan Muse dan Ungku Hariz semoga perkahwinan mereka berkekelan ke akhir jannah. sama padan sama cantik kedua-dua memperlai ini.. Tahniah buat mereka berdua... jom usha gambar mereka..

Gambar Majlis Perkahwinan Shahrol Shiro Dan Anna Danisha

Gambar Majlis Perkahwinan Shahrol Shiro Dan Anna Danisha




 
Hai... terlewat update untuk hari ini la pulak... terlambat ekin nak ucapkan Selamat Pengantin Baru  kepada Shahrol Shiro dan Anna Danisha semoga perkahwinan anda berdua berkekalan ke akhir jannah..