Salam Jumaat |Assalamualaikum...Hai korang semua.. alhamdulilah diberi kelapangan menulis di pagi jumaat ni... dah 19 hari kita di bulan Februari sekejap jah rasa dah tak lama nak bulan 3.. tak sabar nak balik kelantan hihih...rindu family kelantan la..
Ekin ada tengok kalendar puasa tahun ni jatuh bulan 6 kan.. alamak puasa ganti belum berganti lagi aduh lepas ni kena gigihkan nak ganti puasa la.. harap ekin diberikan kesihatan yang baik untuk menunaikan ganti puasa nanti.. so sesiapa yang belum ganti puasa macam ekin jom kita ganti sama-sama.. hihihi
Ekin nak tanya something dengan korang.. taw tak macam ner nak hilangkan anai-anai dekat rumah kita.. ekin ada search google ada jumpa cara-caranya ekin try guna air basuhan beras pertama dulu semalam dah sembuh kawasan anai-anai tu.. masih ada lagi ruang sarang anai-anai yang belum ekin dapat nak tumbusi sebab belakang almari dan katil kawasan berat hahhahah..tunggu suami ekin cuti kami nak operasi nanti..
Ok la itu saja entri untuk hari jumaat ini... negeri yang bercuti hari ini selamat bercuti... yang berkerja selamat berkerja ya.. ekin undur diri dulu.. jumpa lagi di entri yang lain..
Salam Isnin ekin.. Ce try cari dan call pest control.. Dia akan sembur pakai ubat yang memang mematikan anai-anai..
ReplyDeleteohhh boleh pakai air basuhan beras ye. baru tau
ReplyDelete