Novel Uda Dan Dara Adapitasi Ke Drama,Drama yang akan mengantikan drama Memori Cinta Suraya nanti adalah cerita dari novel Uda & Dara akan diadaptasi drama disaluran Astro ria dan Astro Maya HD pada 24 Februari 2016 ni. ekin tak berpeluang nak beli lagi novel ada baca sikit sinopisis sebelum nampak macam best jalan ceritanya... novel ni karya Aisya Sofea taw.. novel pengarah yang paling ekin minat.. sebab koleksi dari novel dia ekin ada hihihi... Novel ini mempunyai 547 muka surat.
Drama ini terbitan dari Global Station Sdn Bhd akan membawakan drama terbaru adaptasi novel Uda Dan Dara karya Aisya Sofea. Diarahkan oleh Ejump Zahir. Pelakon utamanya ialah Zul Ariffin dan Siti Saleha. Turut dibintangi oleh Idris Khan, Zuhairah Zahir, Ezzaty Abdullah, Dynas Mokhtar dan ramai lagi. bakal menemui penonton pada 24 Februari 2016 ya akan gantikan drama memori cinta suraya tu...
SINOPSIS UDA DAN DARA, Dari Novel
Kasih sayang yang terbina antara Siti Mariam dan Izzat Hilman musnah sekelip mata angkara perselisihan faham dan kehendak keluarga Izzat Hilman. Ibu Izzat Hilman, Mak Cik Zainab mahukan Izzat Hilman dijodohkan dengan anak saudaranya, Khalidah. Siti Mariam kecewa. Di tambah dengan penghinaan dari orang yang paling disayanginya, Izzat Hilman. Walaupun itu cinta zaman kanak-kanak, Siti Mariam membawa sengsaranya hingga ke dewasa. Dirinya membenci lelaki yang bernama Izzat Hilman.
Sekian lama terpisah kerana masing-masing mengejar cita-cita, tidak mungkin Siti Mariam menerima cinta Izzat Hilman. Kenangan lalu yang sangat menghiris hatinya sentiasa bergentayangan di hadapan mata. Namun, si uda tidak putus asa. Si dara harus dimiliki walau apa pun yang terjadi.
Izzat Hilman mahukan hubungan mereka kembali terjalin tetapi tidak pada Siti Mariam. Kenangan silam masih membayangi setiap langkahnya. Dia sedar, dahulunya dia adalah seorang gadis gemuk yang tidak cantik yang menjadi bahan ejekan lelaki itu. Tetapi kini apabila dia sudah menjadi seorang gadis yang cantik, yang langsing, lelaki itu mulai mendekatinya dan memuji-muji dirinya.
Ya, mungkin ada rasa rindu di sebalik rasa bencinya terhadap lelaki itu. Namun, dalam diam, Siti Mariam masih tidak mampu membuang perasaan sayang pada Izzat Hilman. Ah, bila memikirkan wasiat arwah ibu lelaki itu, dia jadi nanar. Apatah lagi, kemunculan Khalidah bagai dirancang untuk memisahkan mereka. Hubungan boleh diteruskan, tetapi Siti Mariam meletakkan syarat. Mereka boleh bersama tetapi bersedia untuk berpisah. Tempoh yang diberi hanya tujuh bulan. Muktamad. Berat sungguh syarat itu! Namun, si uda tidak peduli. Si dara perlu akur cinta sejati mereka. Bagi Izzat Hilman, jodohnya bersama Siti Mariam sangat kuat.
lupa lah pernah baca ke tidak novel ni.. hehe
ReplyDeletelama juga tak baca novel dari penulis ni...
ReplyDeleteEkin dan drama melayu berpisah tiada... he he he....
ReplyDeletemak aih , takut touching lak bila tgk nanti ...
ReplyDeletenovel dia best.. tapi pelakon lelaki x minat..
ReplyDeleteMain pula kat ASTRO, memang x tengoklah..
kira dah lama tak follow drama2 kt tv atau novel ni huuuu
ReplyDelete