Thursday, February 25, 2016

Drama Adaptasi Novel, Aku Bukan Bimbo

Drama Adaptasi Novel, Aku Bukan Bimbo | Assalamualaikum...Hai, selamat petang semua... ini ada ekin nak bagitaw drama yang akan mengantikkan drama isteri vs tunang iaitu drama Aku Bukan Bimbo yang diadaptasi daripada Novel Bimbo Karya Rin Ahmad terbitan Kaki Novel akan dibintangi oleh Shaheizy Sam sebagai Dani Ikram dan Nadia Nisa sebagai Elsuraya. 


Dramanovel Bimbo merupakan terbitan syarikat Global Station oleh pengarah Riza Baharudin dan akan ditayangkan di Astro Ria dan Ria HD. Drama ini bakal menggantikan drama Isteri VS Tunang. Drama ini akan bersiaran pada 29 Februari 2016 ini jam 10 malam.



Antara pelakon yang dibintangi oleh Shaheizy Sam sebagai Dani Ikram, Nadia Nisa sebagai Elsuraya,Zahiril Adzim sebagai Azad,Afifah Nasir,Bell Ngasri,Shakilla Khoriri, Ardella Aryana, Falisha Crossley, Amai Kamarudin, Riezman Khuzaimi, Ardella Aryana, Falisha Crossley, Dottie, Dian P Ramlee

SINOPSIS AKU BUKAN BIMBO
Dalam hidup Elsuraya, hanya seorang lelaki yang dinantikannya. Bukan bakal kekasih, jauh sekali bakal suami. Tetapi, seorang lelaki yang menyebabkan nyawa keluarganya diragut kejam. Dia ralat kerana tidak dapat bersama dengan keluarganya dan memegang status anak yatim piatu kerana lelaki itu. Siapakah lelaki itu sebenarnya? Azad? Ya ke?

“Astalavista loozzer! With double o and double z.”

Adakah kerana kata-kata yang dilontarkan bertahun dulu membuat jiwanya sentiasa parah dan terluka? Ingin sungguh dia bertemu dengan empunya suara jelik itu agar dendamnya terlunas.

Perkenalan Elsuraya dengan Dani Ikram membuahkan bibit cinta. SMS menjadi titik awal hubungan yang indah itu.


Dah gugel douchebag. Kejamnya. Do I deserve that? – Dani Ikram.
Do I deserve bimbo?- Elsuraya.

Tanpa disangka… Azad yang dibenci ialah sahabat baik Dani Ikram. Dan Azad pula… tidak sanggup memberitahu Elsuraya perkara sebenar kerana sayangkan persahabatannya dengan Dani Ikram. Dia rela dituduh ‘pembunuh’ walaupun hakikatnya insan lain yang menyebabkan tragedi hitam itu berlaku. Sementelah, hatinya sudah jatuh sayang pada Elsuraya. Dia tidak sanggup melihat sahabat baiknya dan wanita yang mula mengetuk pintu hatinya menderita.

Keadaan semakin rumit bila keluarga cuba menjodohkan Elsuraya dengan Azad. Apatah lagi mereka sangat rapat dengan arwah ibu dan bapa Elsuraya. Serasa mereka bertanggungjawab untuk menjaga dan melindungi Elsuraya.

“Su tak nak! Su benci Azad. Apa auntie merepek ni? Su takkan bertunang dengan dia.” – Elsuraya.

“Su, cuba tengok lagi jauh. Umur Su makin meningkat. Su perlukan orang untuk jaga Su. Keluarga Azad cukup baik dan mampu jaga Su macam anak sendiri dan Azad sendiri tak kurang apa pun. Lainlah kalau Su ada calon lain. Auntie tak akan paksa.” - Puan Rosanna.

Namun, Dani Ikram lebih pantas mendahului. Elsuraya cepat-cepat diikat agar tidak terlepas ke tangan Azad. Azad pula tarik diri demi kebahagiaan Dani Ikram dan Elsuraya.

Saat hubungan sedang memekar, sebuah kebenaran terbongkar! Ayat ‘astalavista loozzer…with double o and double z’ yang diungkapkan oleh Dani Ikram ketika mereka outstation di Seoul, Korea membuka mata hati Elsuraya. Ayat itu! Ayat yang membuatkan kedua-dua orang tuanya maut dalam kemalangan jalan raya.

“All along. It is you. All along. It is a lie.” – Elsuraya.
“Listen.” – Dani Ikram.
“Truth... that night, it was you! You were the one.” – Elsuraya.

Hati Elsuraya mula berbelah bahagi. Cintanya pada Dani Ikram dan dendamnya pada Dani Ikram. Dapatkah dia memaafkan lelaki itu sedangkan dendamnya masih membara? Dapatkah dia reda dengan ketentuan Ilahi sekiranya lelaki itulah jodoh untuknya yang telah tertulis di lohmahfuz? Kuatkah dia berperang dengan perasaannya sendiri? Semuanya bakal terjawab dalam BIMBO.

“Miss Bimbo versus Mister Douchebag.”
“Fantasi versus Realiti.

6 comments:

  1. nampak menarik drama nie. bolehlah tonton. novel tak sempat nak baca :)

    ReplyDelete
  2. Novel tak sempat baca, nanti tengok cerita dia macam mana hehe

    ReplyDelete
  3. aida x nak tgk ni ekin!
    nanti dok melekat mcm ister vs. tunang ari tu.
    seksa!!!

    ReplyDelete

ash.rie8506@gmail.com