Thursday, January 14, 2016

author photo
Shaheizy Sam & Syatilla Melvin Dapat Tajaan RM25 Juta





KUALA LUMPUR: Teka-teki mengenai perkahwinan pelakon Shaheizy Sam akhirnya terjawab apabila dia mengesahkan bakal mendirikan rumah tangga dengan aktres Syatilla Melvin, 25, pada 8 Februari depan di Pulau Pinang.

Sam turut mendapat tajaan bernilai RM25 juta untuk perkahwinannya itu.

Pengumuman itu dibuat oleh Sam dalam satu sidang media khas yang diadakan di Hotel Sunway Putra di sini, Selasa.

Terdahulu, ibu kepada Sam, Khaty Fauziah memperkenalkan Syatilla kepada hadirin yang hadir pada sidang media itu berhubung calon isteri sebenar anaknya itu.

Pengumuman itu sekali gus menamatkan segala spekulasi berhubung dakwaan Sam, 34, bakal berkahwin pada Februari ini.

Sam dalam sidang media sama berkata, pihaknya telah merancang perkahwinan tersebut sejak dua bulan lalu selepas mendapat restu daripada keluarga kedua belah pihak.

Terdahulu, keluarganya telah menghantar rombongan merisik Syatilla di Pulau Pinang pada 13 Disember lalu.

"Alhamdulillah tempoh perkenalan selama enam tahun akhirnya kami bakal disatukan sebagai suami-isteri.

"Perasaan untul berkahwin itu memang lama sudah ada dan jauh di sudut hati saya sedar bahawa Syatilla adalah orangnya tetapi kesibukkan dengan kerjaya menyebabkan hasrat itu sentiasa tertangguh," katanya.

Dalam pada itu, Sam berkata, dia memilih 8 Februari sebagai tarikh untuk disatukan dengan Syatilla bersempena dengan ulang tahun ke 25 wanita berkenaan.

Kata Sam, telah menjadi hasrat Syatilla untuk bergelar isteri pada hari lahirnya dan bersyukur dapat merialisasikan impian bakal isterinya itu.

"Kebetulan 8 Februari jatuh pada Tahun Baru Cina dan mudah rakan dan saudara mara untuk hadir nanti. Paling penting tarikh berkenaan jatuh pada hari jadi Syatilla," ujarnya.

Pasangan berkenaan terdahulu bakal mengadakan majlis berinai sehari sebelum akad nikah di Pulau Pinang.

Majlis resepsi sebelah Syatilla akan diadakan di Bukit Jawi Golf Club Pulau Pinang pada 9 Februari manakala resepsi pihak lelaki bakal berlangsung pada 14 Februari di Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur.

Perkahwinan pasangan berkenaan setakat ini mendapat 15 tajaan yang secara keseluruhannya berjumlah RM25 juta.

Tajaan itu termasuk set barang kemas, pelamin, persalinan, cenderahati VIP dan penggambaran video.

Manakala Datuk Seri Shah Rezza akan bertindak sebagai penasihat manakala Fazreen Wahab dari Sym AB Sdn Bhd bertindak sebagai juru unding majlis.





This post have 3 komentar

avatar
wardahannesa delete January 19, 2016 at 11:11 PM

Romantik jeee buat masa hari lahir Syatilla hihi

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post