Pertama Kali Cuba Buat Karipap Inti Ayam | Assalamualaikum...Hai korang.. ini ekin ada share buat karipap.. entri ni asyik tersimpan dalam draf maaf la ya.. aritu ekin ada cuba buat karipap alhamdulilah hasil sedap sangat tapi tak seenak yang dijual di kedai tu tak ada la... tengok kelim karipap pun ekin buat tak menjadi sangat kan.
Resepi Karipap Inti Ayam
Bahan Untuk Buat Kulit Karipap
2 cawan tepung gandum
3 Sudu makan mentega/majerin
Sedikit air
Sedikit garam
Cara membuatnya
Tepung gandum digaulkan dengan mentega abu roti-anginkan. Pastu masuk garam gaul rata dan air sedikit sedikit sambil uli jadi doh.
Inti Karipap :-
3 biji ubi kentang -dipotong dadu
Ikut banyak mana nak letak daging ayam-dipotong
3 sudu rempah kari daging-dibancuh dengan sedikit air.
1 biji bawah besar -potong dadu
3 biji bawang merah-tumbuk
3 biji bawang putih - tumbuk
sedikit Halia- tumbuk
3 sudu makan gula ataupun secukup rasa
Garam secukup rasa
1 senduk minyak masak
Cara membuatnya
1.Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan rempah kari dan tumis hingga pecah minyak.
2. Masukkan isi daging ayam dan air. Tutup supaya daging cepat empuk.
3. Lepas tu,masukkan kentang dah direbus tadi, masak hingga kentang enpuk dan inti kering. Jika belum empuk tambah air.
4. Sesuaikan rasa garam dan gulanya. Angkat dan biarkan inti sejuk.
Selamat Mencuba semua..
This post have 16 komentar
Fida selalu buat karipap inti ubi..sebab sedap..huhuhu
ReplyWardah salu makan yang inti sardin kak.. itupun sedap yang ayam mesti lah lagi sedap.. hee ^_^
Replysedap jugak tu
Replysedap gak tu
Replyk.el tgh tingin nak wat kipap giant ni..tgu roh kipap mai rasuk dulu hehe
Replyboleh buat bisnes ni
Replypos sikit.. sodap ni..!
Replyok jadi jugak Kak EKin.. kalo CT buat xde rupa kelim..
Replypicit2 ja janji tutup..
sedapnyaaa.. lama xmakan karipap. selunya buat kentang dgn daging je
Replysedapnya.. Lapar lak petang-petang nie..
Replyroh karipap dah mai ke kak el
ReplyinsyaAllah belum fikir lagi hihihi
Replyhihihi sedap la gak tak setanding kedai
Replytu pun belum mahir lagi nak kelim
Replyhihihihi... xde daging buat versi ayam la
Replylapar pergi makan
Replyash.rie8506@gmail.com
EmoticonEmoticon