Sunday, January 10, 2016

Drama Sha Dan Shah Adapitasi Novel

Drama Sha Dan Shah Adapitasi Novel | Assalamualaikum...Hai korang semua...minggu lepas Cik Ash berkesempatan layan drama Sha Dan Shah yang baru start main yang menggantikan Tersuka Tanpa Sengaja,episode pertama boleh diterima ada la part yang lucu-lucu sikit.Tambah pulak perwatakan Sha memang ganas kan manakala Shah pulak perangai macam gatal gitu.


Drama Sha dan Shah di adapitasi dari novel, merupakan karya Sha Ibrahim. Dibintangi oleh Syatilla Melvin dan Kamal Adli sebagai teraju utama. Drama terbitan MIG Pictures Sdn Bhd arahan Eyra Rahman.

Sinopsis Drama Sha& Shah 
Sahabat sejati, BFF itulah istilah yang paling sesuai untuk menyatakan hubungan yang terjalin antara Farisha a.k.a Sha dan Fariz Ameerul Shah a.k.a Shah. Sejak dari kecil mereka bersahabat baik. Sentiasa kelihatan bersama sehinggalah Shah mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajarannya ke luar negara meninggalkan Sha yang sekadar mahu menuntut di dalam negara sahaja.

Kepulangan Shah ke tanah air setelah menamatkan pelajarannya dikejutkan dengan satu berita yang selama ini tidak pernah terlintas di benak fikiran dua sahabat. Mereka telah "dijodohkan ". Perkara yang membuatkan Sha dan Shah 'blur'  buat seketika. Namun, dalam hal ini Shah yang paling kalut. Walaupun dia menolak perancangan yang tidak masuk akal itu, mummynya tetap mengugutnya untuk menjodohkannya dengan gadis lain. Sedangkan Sha, mama dan papanya langsung tidak memaksa sekiranya perancangan mereka mendapat tentangan.

Disebabkan tidak mahu berkahwin dengan gadis yang tidak dikenali dan dianggap tidak sesuai dengan dirinya. Shah membuat perancangan gila! Mengajak Sha bersetuju sahaja dengan perancangan yang telah ditetapkan ibu bapa mereka sebelumnya.Itu sahaja jalan yang paling selamat.Berkahwin dengan sahabat baik sendiri.Pada mulanya perancangannya itu mendapat tentangan hebat daripada sha yang menganggap keputusan shah tidak boleh diterima akal.Namun disebabkan rasa simpati terhadap sahabat  baiknya itu,Sha akhirnya bersetuju.Tetapi benarkah wujud perasaan simpati di dalam hati Sha ketika itu?
Sanggupkah dia korbankan masa depan sendiri dengan mengahwini dengan lelaki yang tidak dicintai?
Shah pula, waktu itu hanya satu benda sahaja yang bermain dalam kepalanya.Dia tidak mahu hidupnya terikat sekiranya berkahwin dengan perempuan yang tidak faham akan kehendak dan perangainya yang suka sangat berkawan dengan kaum hawa.

Bagaimanakah kehidupan mereka setelah berumah tangga?Adakah mereka hidup sama seperti pasangan-pasangan yang sudah berkahwin?Adakah Sha mampu bertahan dengan sikap suami sendiri yang suka sangat timbulkan gosip liar dengan wanita lain di luar?Shah pula tegakah dia menduakan isteri yang merangkap sahabat baiknya sendiri? mari kita saksikan kesudahannya.


Tonton Drama Sha Dan Shah


12 comments:

  1. Layan gak citer sekali-sekala lepas habis kelas :)

    ReplyDelete
  2. tak layan lg memang banyak drama skrg ni kan

    ReplyDelete
  3. Menarik gak tapi umah sha x de saluran 104 nie...

    ReplyDelete
  4. mula2 cite ni k.el layan
    pas2 tv3 ada cite aku pilih kamu
    mmg best cite tu terus lupa drama sha & shah
    sbb kamal adli tu berlakon cam ntah pape..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ekin pun xlayan gak kak.. duk tengok mil suka kita pun layan la...

      Delete

ash.rie8506@gmail.com