Wednesday, January 20, 2016

Drama Isteri Vs Tunang Di Astro Ria

Drama Isteri Vs Tunang Di Astro Ria | Assalamualaikum...Hai selamat tengahari semua.. maaf terlewat update blog hari ini..  busy sikit operasi kemas dapur sikit... biasa la waktu rajin datang nak mengemas kan... hihihi...baru selesai buat keje rumah kan.. surirumah ni kerja tak pernah habis ada jah kerjanya.. aritu ekin ada tertengok iklan cerita adapitasi novel  Isteri Vs Tunang akan datang di astro ria bulan Februari ni.. ganti cerita sha dan shah rasanya.. yang kelakar nya masa tunjuk promo hisyam hamid,scha alyahya,aida jebat dan dato vida ada gak hahahaha..





Ekin tak baca lagi novel biar la malas baca nanti dah taw apa akan terjadi tak syok la.. lagi pulak nanti mengharap drama ini macam novel pulak.. kat bawah ni ekin akan share sinopsis drama ni... 



Drama Adaptasi Novel Isteri vs Tunang kerya Aesya Azahar lakonan Scha Al-Yahya dan Hisyam Hamid akan menemui penonton pada Februari 2016 di saluran Astro Ria dan Ria HD. Drama ini terbitan Cube Film Sdn Bhd dan diarahkan oleh Michael Ang.  

Sinopsis Drama Isteri Vs Tunang 

Insiden yang berlaku dengan Zaim, seorang lelaki yang angkuh di mata Alana membangkitkan kemarahan gadis itu lantas tanpa berfikir panjang telah mencabar lelaki itu untuk mengahwininya. Demi ego seorang lelaki, Zaim menyahut cabaran itu.
Apabila fikirannya mula tenang, Alana tersedar yang dia telah mengambil tindakan yang bodoh dan meminta Zaim membatalkan rancangan peminangan. Walau bagaimanapun, dia terkejut apabila kedua ibu bapanya telah menerima pinangan Zaim.
Kehadiran Irfan Fakrul dirasakan tepat pada waktunya. Dengan bantuan lelaki itu, Alana meminta dia menyamar sebagai kekasihnya dan berjumpa dengan orang tua Alana bagi membatalkan pertunangan antara Alana dan Zaim.
Bantahan daripada Encik Dahlan menyebabkan Alana terpaksa akur untuk mengahwini Zaim demi menjaga nama baik dua keluarga.
Setelah berasa puas kerana dapat menyahut cabaran Alana, Zaim kembali menjalinkan hubungan dengan Amira Irdina, bekas tunangnya.
Bagaimanakah kesudahan hubungan Alana dan Zaim? Mampukah bahtera yang didirikan atas dasar ego dan tanpa cinta berkekalan? Atau, berjayakah Amira menyingkirkan Alana dari kehidupan Zaim? Siapakah sebenarnya yang menjadi orang ketiga? Amira? Alana? Antara isteri dan tunang… yang manakah akhirnya menjadi pilihan?
“Ketentuan yang tidak pasti… itulah meresahkan hati.”


1 comment:

ash.rie8506@gmail.com