Saturday, December 19, 2015

author photo
Drama Cik Cinderella Dan Encik  Tengku | Assalamualaikum...Hai korang.. ekin ada nak share cerita tengah bersiaran di tv3 dalam slot Lestary yang mengantikan cerita Kau Aku dan kita ... nampak cerita dari adapitasi novel Cik Cinderella dan Encik Tengku best gak first episode hari rabu.. 




Drama ni main setiap hari rabu dan khamis jam 9mlm.. 
drama ini mengandingkan pelakon Shukri Yahya dan Zahirah Macwilson sebagai Hero dan Heroin. Drama ni diarahkan oleh Eoon Shuhaini, antara pelakon yang turut sama berlakon ialah shah iskandar,zulin aziz,dato Eizlan Yusof,Aleeza Shahdan,Puteri Aishah, dan ramai lagi..


Sinopsis drama Cik Cinderella dan Encik Tengku
Mengisahkan kehidupan Puteri Nuraisha  yang sering dipinggirkan keluarganya. Puteri tinggal bersama ibu dan kakak tiri dan sering merasakan dirinya dipinggirkan oleh keluarga itu. Tambahan pula, ayahnya selalu melebihkan kak tirinya, Sha. 

Puteri mempunyai seorang kekasih yang bernama Ashraf, seorang lelaki yang sering mengharapkan wang perempuan. Kehidupan Ashraf yang sering dilimpahkan wang oleh keluarganya sendiri, membuatkan perasaan Puteri terhadap Ashraf semakin pudar tatkala Ashraf yang sering meminjam wang tanpa membayarnya semula. 

Puteri semakin bosan dengan sikap Ashraf dan perkenalannya dengan Daniel yang mempunyai rupa yang kacak membuatkan dia semakin jauh dengan Ashraf. Puteri menyimpan perasaan cinta terhadap Daniel dek kerana sikapnya yang menyenangkan. 

Puteri berdepan dengan dilema kerana dia terpaksa mengikut amanat ibunya untuk berkahwin dengan Ashraf. Segala perancangan perkahwinannya bersama Ashraf telah dirancang dengan rapi oleh ibu tirinya. 

Namun, kakak tirinya dalam diam menjalinkan hubungan cinta dengan Ashraf. Segala perncangan perkahwinan Puteri dan Ashraf tergangguh dek kerana Puteri tidak ingin meneruskannya lagi. Konflik terjadi tatkala persiapan telah direncanakan dengan bajet yang melampau, kerana peristiwa yang memalukan itu semuanya menjadi kucar kacir sehingga Sha sanggup menjatuhkan maruahnya sebagai seorang perempuan demi cintanya terhadap Ashraf. Saat genting inilah Daniel terus bersama Puteri, apakah yang terjadi seterusnya? 

This post have 10 komentar

avatar
Unknown delete December 20, 2015 at 10:27 AM

tak sempat nak tengok lg.. nampak mcm best..:)

Reply
avatar
Zie Has delete December 20, 2015 at 10:59 PM

ada tertengok sekali drama ni :p

Reply
avatar
Sha Mohamed delete December 28, 2015 at 12:51 PM

sha tengok awal2 aritu jer.. lepas tu lupa dan terskip..
Kihkihkih.. Tapi memang menariklah gandingan watak utama tuh.. Ohsem..

Reply
avatar
adianiez AIDA delete December 30, 2015 at 1:42 PM

aida da ter tgk 1st episod.
hu hu hu ok la tapi malas nak follow.
nanti tak jadi kerja :) ha ha ha...

Reply
avatar
Anonymous delete December 30, 2015 at 5:18 PM

Setakat ni drama ni okey la..tapi kalau heroin tu org lain..mesti lagi best kan..

Reply
avatar
Cik Ash delete December 30, 2015 at 10:39 PM

Ekin layan la xde anak lagi ada anak gak xtaw la boleh layan

Reply
avatar
Cik Ash delete January 2, 2016 at 10:34 PM

wsalam kak surirumah bab drama no 1 la hihihi

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post