Thursday, December 31, 2015

Apam Gula Hangus

Apam Gula Hangus | Assalamualaikum...Hai korang.. aduh lama tersimpan entri dalam draf baru sempat nak share kat blog... aritu ekin cuba buat Apam Gula Hangus.. kira first time cuba buat la ni alhamdulilah jadi..  resepinya ekin cari kat google jumpa di blog kak Azie Kitchen ni.. blog kak azie guna dalam bekas kecil kecil.. ekin ni buat dalam loyang.

Apam Gula Hangus 


Ok la jom kita usha resepi Apam Gula Hangus ni.. 




Apam Gula Hangus
Sumber:Azie Kitchen 

Bahan untuk buat gula hangus :- 
1 cawan gula pasir (ekin kurangkan manis hihihi)
1 cawan air panas 

Bahan-bahan lain :- 
2 biji telur
1/2 cawan minyak masak 
2 sudu besar majerin/butter
2 sudu susu pekat 
1 sudu teh soda bikarbonat 
1 1/2 cawan tepun gandum

Cara Membuatnya :- 
1.  Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air dan disejukkan

2. Didalam blender masukkan telur,susu,minyak dan marjerin/butter, kisarkan anggaran 3 minit

3. Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.

4. Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.

5. Kukus adunan di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit.

6. Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik kecil. Kukus dlm 15 minit sahaja.

7. Sekiranya adunan nampak cair bolehlah  ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah di bahagian bawahnya.

Wednesday, December 30, 2015

Review | Perasmian Pembukaan MBO Cinemas Central Square Sungai Petani Kedah

Perasmian Pembukaan MBO Cinemas Central Square Sungai Petani Kedah | Assalamulaikum..Hai korang semua.. ambik mood nak taip entri.. kali kedua taip sob sob sedih taw..entri yang sebelum ni dah siap taip terpadam pulak biasa la taip guna hp banyak risikonya kan.


test



Pada 26 Disember 2015 aritu,kami dari Blogger Utara diberi kepercayaan untuk review Pembukaan Perasmian MBO Cinemas Central Square, Sungai Petani Kedah ni..

Menarik Tentang MBO Cinemas Central Square Sungai Petani Kedah

MBO Cinemas telah membuka pawangan terbarunya di Malaysia bertempat di Central Square, Sungai Petani dan kini menawarkan sebanyak 191 skrin di seluruh negara.

Pawangan yang ke-26 ini oleh MBO Cinemas menyediakan lapan dewan yang terdiri daripada 1,157 tempat duduk, dengan dewan terbesar mampu menampung sehingga hampir 300 orang.


Cheah Chuan Wai, Pengarah Pemasaran dan Jualan MBO Cinemas berkata pada majlis pembukaan rasmi ; "Ini adalah hari istimewa kerana Sungai Petani adalah lokasi ketiga di Kedah Darul Aman selepas Alor Star Mall di ibu negeri ini dan juga Landmark Central Kulim.

"Pawangan MBO di seluruh Malaysia menawarkan pelbagai kelainan menonton wayang serta keistimewaan kepada pengunjungnya. Berikut Antaranya:-

☆merupakan pawangan pertama beralih dari projeksi filem 35mm kepada projeksi digital sepenuhnya pada kesemua skrin.
☆menawarkan pengalaman sinematik yang selesa, menarik dan tidak dapat dilupakan.
☆menerapkan ciri teknologi terkini iaitu kerusi penggerak bergetar dengan bunyi filem & sistem audio Auro 11.1 3D, yang menyediakan 3 lapisan pembesar suara beserta simulasi akoustik 3D paling semulajadi.
☆selain ganjaran teknikal,pengunjung juga boleh menyertai secara percuma & mendapat kelebihan dengan MBO Starclub yang mana ahli Allstar layak untuk menikmati pelbagai ganjaran dengan mrnggunakan StarPoints untuk menebus tiket pawangan percuma,popcorn,minuman dan itew eklslisif premium.
☆merupakan satu-satunya pawangan dengan program kesetiaan yang menawarkan pelbagai faedah dan keistimewaan (lorong istimewa keahlian, tiket filem pada bulan hari jadi & tayangan percuma khas untuk ahli).
☆tempahan tiket atas talian yang mudah &  boleh menggunakan telefon bimbit secara percuma.
☆harga tiket adalah sama untuk tayangan wayang 2D & 3D.
☆menerapkan konsep "Blockbuster setiap 20minit', dengan tayangan filem-filem blockbuster setiap 20minit pada waktu puncak supaya pengunjung tidak perlu menunggu lama..

Mesti korang tak sabar melihat Gambar di sekitar Pembukaan Perasmian MBO Cinemas Central Square Sungai Petani kat bawah ni :-


Kumpulan Zero dari Maharajalawakmega telah merasmikan acara memotong riben merah gitu gitu.. 

Kuanter tiket MBO Cinemas

Ruang kerusi dan tempat yang selesa sangat.. 

Antara Blogger Blogger Utara yang hadir di majlis Pembukaan Perasmian MBO Cinemas ni


Terima kasih buat MBO Cinemas , Mr Cheah Chun Wai Direactor of Marketing & Sales MBO Cinemas, Mr Thong & Ms Angline (Integrated Public Relation (IPR) kerana menjemput team Projek Blogger Utara ke majlis Pembukaan Perasmian MBO Cinemas Central Square, Sungai Petani Kedah. 

Lokasi untuk Ke MBO Cinemas Central Square Sungai Petani :-
MBO Cinemas Central Square 
5th Floor, Central Square,
Jalan Kampung Baru, 
Taman Patani Jaya,
08000 Sungai Petani, Kedah 
Untuk tawaran yang lebih menarik & maklumat lanjut, anda boleh layari website www.mbocinemas.com

Tuesday, December 29, 2015

Semoga Bola Sepak Kelantan Dapat Tajaan Datuk Seri Vida

Semoga Bola Sepak Kelantan Dapat Tajaan Datuk Seri Vida | Assalamualaikum... Hai korang lama tak tulis pasal bola sepak dekat blog ini. Hihihi. Sejak dah jadi isteri ni bola sepak telah dilupai terus kalau tak setiap kali ada perlawanan bola mesti tengok duduk depan tv.




Semalam ada Ekin sempat la usha instagram Datuk Seri Vida ternampak beliau ada bergambar dengan Tan Seri Anuar Musa. Apakah yang dibincangkan tu ekin tak pasti la, tetapi ekin berharap sangat semoga ada sinar buat negeri Kelantan mendapat tajaan daripada Datuk Seri Vida nanti.


Dan ada juga Ekin tengol di faceboook bola penyokong bola sepak kelantan yang mencandangkan Datuk Seri Vida menjadi penaja bola sepak Kelantan untuk tahun 2016 nanti. Semoga apa yang dirancangkan oleh Datuk Seri Vida dengan Tan Seri Anuar Musa dipermudahkan untuk bola sepak Kelantan nanti.


Monday, December 28, 2015

Saya nak TUDUNG by AY Collection







KLIK BANNER UNTUK JOIN


SPONSER BY:

AY CollectionNazfea Solehah | Liyana Zullkefly | Ainie Zulaikha



START : 20/12/15 END : 31/12/15







Sunday, December 27, 2015

Dapat Gift Lagi

Dapat Gift Lagi | Assalamualaikum... Hai, selamat pagi semua... apa khabar untuk hari ini, harap semua sihat ya... ekin ingin ucapkan terima kasih kepada Scdha Sein walaupun dah jarang ekin singgah di blog SS diri masih tetap menerima kiriman dari beliau. Terima kasih banyak SS cantik sangat hadiah tu. 


Dapat Gift Lagi



Meh sini ekin nak bagitahu kepada korang yang masih belum mengenali siapa Scdha Sein ni, beliau merupakan seorang blogger yang suka travel jauh-jauh tahu..kalau korang nak rancang pergi melancong ke luar negara seperti korea, jepun ke, korang boleh jer follow blog scdha sein ni,entri yang dikongsi beliau sangat membantu korang sebab semua detail dari awal sampai akhir.Dalam blog beliau banyak memberi tip-tip yang terbaik untuk persediaan kita nak pergi melancong.


Ok la korang itu jer nak bagi dapat gift yang cantik ni pun bukan ada apa-apa pun. Jumpa lagi nanti ya.


Wardah Annesa Buat Apa Tu???

Wardah Annesa Buat Apa Tu??? | Assalamualaikum... Hai selamat  pagi. Hari ini nak kongsi semalam blog ekin kena bom oleh adik  Wardah Annesa.


Wardah Annesa Buat Apa Tu???



Jom reramai terjah blog Wardah Annesa ni.. 




Saturday, December 26, 2015

Review Coklat Kit Kat Rubies

Review Coklat Kit Kat Rubies | Assalamualaikum...Hai korang semua, aritu masa Ekin shopping barang dapur dekat Tesco Ekin suka sangat pergi tengok tempat barang penghabisan stock. Harga barang lebih murah dari yang asal. 




Masa nak pilih barang tu Ekin mesti semak tarikh luput dan kualiti barang tu ok ke tak.. kalau ok Ekin ambik la.. nampak kotak coklat kat atas tu.. coklat rubies ni Ekin boleh terbeli sebab ada dekat barang yang Ekin selalu pergi tempat dia... apa lagi tengok murah dari harga asal Ekin terus ambik tarikh luput dia bulan januari 2016.. terasa rugi beli satu aritu hahaha.. sedap sangat.. kami suami isteri makan habis dah..





Coklat rubies Ekin tengok kotak cantik sangat sesuai dijadikan sebagai hadiah untuk keluarga, anniversary dan juga boleh dibuat hantaran kahwin gak. so sesiapa yang ingin kahwin boleh masukkan senarai list coklat ni.. Ekin ni bab coklat memang suka sangat taw.. teruja makan Coklat Kit Kat Rubies ni taw makan satu tak cukup nak lagi nak lagi last sekotak tu licin coklat hihihi..





Ini la rupa coklat kit kat rubies yang buat hati terindu nak lagi ni aduh la.. jangan lupa korang dapat Coklat Kit Kat Rubies di kedai pasaraya ya.. harga di pasaran RM35.90 ada 20 biji Kit Kat Rubies.

Friday, December 25, 2015

Selamat Pagi Jumaat

Selamat Pagi Jumaat |Assalamulaikum ....Eh sekejap jer rasa dah hari jumaat kan.. hari ni merupakan jumaat terakhir di tahun 2015.. begitu pantas jam berpusing -pusing membawa pergi tahun 2015 tak lama dah nak masuk tahun 2016 kan...misi untuk tahun ni pun belum tercapai lagi.. 






Selalu berzikir hari jumaat dengan bacaan 
"Ya Allah" pada bila-bila masa.. insyaAllah selamat beramal kawan-kawan ya. 

Thursday, December 24, 2015

Giveaway Review Tepung Ajaib Kek Coklat

Giveaway Review Tepung Ajaib Kek Coklat



Assalamulaikum.. 
Hai selamat malam semua.. malam ni ekin  berkesempatan update sat nah ni ekin ada  join giveaway dari blog Kak Eyda yang sedang berlangsung sampai 30hb December 2015 ni... pemenang akan diumum pada 31 december nanti.

Jom korang join giveaway ni mana taw anda yang bertuah ke boleh dapat tepung ajaib kek coklat free tu..  cepat join taw... saya dah cuba tepung ajaib memang memudahkan keje saya sepantas abc..

ini contoh Tepung kek coklat.

Itu jah nak bagitaw jangan lupa taw pergiv join taw giveaway ni di blog Kak Eyda


Drama Cinta Si Wedding Planner Slot Akasia TV3 (2016)

Drama Cinta Si Wedding Planner Slot Akasia TV3 (2016) | Assalamualaikum...Hai korang semua.. tidak agak terlewat kut nak share drama yang akan mengantikan Akulah Balqis nanti ni.. drama yang ekin maksud kan adalah Cinta Si Wedding Planner yang akan menemui anda januari 2016 ya.. 





Drama Cinta Si Wedding Planner merupakan terbitan Primeworks Studios Sdn Bhd akan bersiaran sebanyak 28 episod di dalam Slot Akasia TV3,  drama ini menampilkan pelakon hero malaya Adi Putra dan pelakon baru Mira Filzah dan ramai lagi.

Sinopsis Drama Cinta Si Wedding Planner 

      Drama Cinta Si Wedding Planner mengisahkan tentang Zara yang merupakan seorang perancang perkahwinan. Dia telah bercinta selama 4 tahun dengan sepupunya bernama Bazli. Namun percintaan yang diharapkan ke jinjang pelamin, musnah bila berlakunya suatu insiden. Kisah cinta yang cuba mereka rahsiakan dari pengetahuan Pak Lang dan Mak Lang berakhir jua akhirnya.

       Seorang pelanggan Zara yang bernama Puan Marina begitu menyenangi sikapnya. Biarpun mempunyai empat orang anak, Puan Marina tetap mahu menjadikan Zara sebagai anak angkat memandangkan Zara hidup sendirian di Kuala Lumpur.

       Suatu hari Zara berebut parkir dengan seorang lelaki. Lelaki itu bernama Fariz dan merupakan seorang bekas tentera laut. Pintu  hati Fariz pernah tertutup untuk wanita setelah dikhianati oleh kekasih hatinya bernama Shirah. Namun pertemuan dwngan Zara kembali membuka pintu hati Fariz.
       Rupanya Fariz adalah anak kepada Puan Marina. Semakin kerap bertemu, Fariz semakin jatuh hati pada Zara. Bila Fariz mendapat tahu bahawa Zara juga pernah kecewa dalam percintaan dan asyik diganggu dengan Bazli, Fariz nekad menjadikan  Zara isterinya. Puan Marina terus bersetuju meminang Zara. Biarpun hatinya belum mencintai Fariz, Zara tetap menerima pinangan tersebut.
      Selepas berkahwin, Fariz terus berubah sikap, dari seorang yang lelaki yang baran dan moody menjadi romantik dan penyayang. Manakala Zara pula berusaha menjadi isteri yang terbaik buat Fariz. Bila bahagia mula menjadi milik mereka berdua, muncul pula bekas kekasih Fariz untuk menangih cinta. Zara diugut untuk meninggalkan Fariz.
     Perkahwinan mereka mula bermasalah, Fariz kembali baran dan sering mengabaikan Zara. Misi Fariz untuk menyelamatkan  perkahwinannya bersama Zara tidak berhasil. Zara meminta cerai dan membawa diri ke Aukland.
    Bazli cuba membantu untuk membawa Fariz dan Zara bersama kembali tetapi dugaan yang lebih hebat pula berlaku. Obsesi bekas kekasih Fariz terhadapnya membuatkan keadaan menjadi diluar kawalan sehinggakan nyawa Zara dan kandungannya berada dalam bahaya.
     Apakah akan terjadi selepas itu? Berjayakah Fariz menyelamatkan rumahtangganya bersama Zara? Dapatkah kebahagian kembali menjadi milik bersama?


Wednesday, December 23, 2015

Wordless Wenesday #32 | King And Queen Of Typo

Wordless Wenesday  #32 | King And Queen Of Typo


Typo gapo jadi gapp 
Typo doh jadi doj 


Typo oyak jadi oyal 
Typo entri jadi entey


Typo tegur jadi tegt

Queen Of Typo



Typo perkataan ko dan ado


*Typo perkataan woods jadi woop 
* Typo perkataan pulak jadi pulaj


*typo perkataan jolok jadi jolo 

Suami isteri kaki typo hihihi.. 


Tuesday, December 22, 2015

Liebster Award #2

Liebster Award  #2



Assalamulaikum..
Hai korang semua.. baru berkesempatan menulis entri untuk Liebster Award ni.. ekin telah ditag oleh blog Kasihku Amani. Ini merupakan kali kedua ekin kena jawab soalan untuk tahun ini..  aduhh jenuh nak fikir ni.. jom kita tengok soalan di tanya oleh sha ni.. 




Ini soalan dari Sha

Jawapan Saya :-
a) Dua makanan ini saya kurang makan.. hihihi.. 
b) Tak ingat bila ambik lesen ni tapi 3 kali ambik ujian lesen lepas tu dapat lesen L tak habis belajar kerana lesen tamat tempoh.. anak cikgu sekolah pun ada alasan hihihi
c) dua novel  tu saya suka baca.. tapi  kalau jenis thriller saya suka novel RAM.
d) bab drama ni memang ekin minat kalau drama melayu dan korea tengok dari awal mesti tak tinggal la.
e) kalau stress suka makan banyak kut.. luah perasaan dengan menangis kalau dua-dua tak boleh berzikir ataupun isytifar.
f)hobi saya masa bujang bila gaji beli novel hihihihi.. 

6 Fakta mengenai saya :-
1. Saya suka baca novel
2. Saya percinta kucing 
3. Ada satu perkara unik tentang saya waktu malam tidur pakai stokin dari anak dara sampai jadi wife masih ada lagi tu..
4. Rajin mencuba resepi baru sejak jadi wife ni.. masa anak dara malas nak masak hihihi.. 
5. Saya Queen Of Typo kalau typo di blog korang jangan gelak deh.. 

Mangsa tag saya untuk jawab soalan saya ni mereka adalah  Kak Farah Tower , Cik Mimie , CikPinz , Kak MurniShadhira


6 Soalan saya untuk awak 
1. Kenal  tak blog Cik Ash ?
2. Pendapat ikhlas mengenai Blog Cik Ash?
3. Kenapa anda suka buat blog?
4. Kenapa suka masuk blog Cik Ash?
5. Besday Korang bila? 


Monday, December 21, 2015

LAZZ Susu Kambing Sample Free

 Lazz Susu Kambing Sample Free


Assalamulaikum...
Hai selamat pagi semua..
Apa khabar untuk hari ini... sihat tak semua.. harap dipermudahkan urusan ya.. ni ekin ada dapat sample free susu kambing LAZZ.. macam ner ekin dapat susu free ni dekat website blog LAZZ Susu Kambing ya . ekin bab sample free memang la laju hihihi.. siapa tak nak barang free kan... boleh gak tengok kat FB: LAZZ Susu Kambing

Ekin dah cuba minum alhamdulilah tekak boleh terima susu kambing ni.. lepas ni boleh beli la... susu kambing ni ada dua perisa.. satu susu kambing asli dan satu lagi susu kambing kurma. yang ekin baca dalam kertas yang dia bagi kepada ekin tentang khasiat LAZZ Susu Kambing terbahagi kepada 4 golonganKhasiat.. 

Khasiat Susu LAZZ untuk Golongan Dewasa
Badan berasa lebih bertenaga dan terasa ringan; Melegakan sakit gastrik dan membantu merawat asma dan lelah,Membuang Angin dan toksin dr badan, 1 hidangan hanya 80 kalori boleh membantu mengawal kenaikan berat dan nafsu makan, Dapat Membantu mengurangkan risiko penyakit seperti sakit jantung,darah tinggi.. diabetes...Boleh dijadikan amalan Sunnah seisi keluarga. 

Khasiat Susu LAZZ Untuk Ibu Hamil 
* Lawas: Sembelit tiada lagi.
*Menaikkan HB dan mencegah anemia.
* Hilangkan loya dan pedih ulu hati.
* Berikan tenaga,badan terasa ringan 
*Membekal Nutrien sempurna untuk bayi.
*Bayi lahir kulit sihat tak sensetif,tulang tegap,IQ nya tinggi 
*Membantu mengurangkan risiko bayi terkena kuning..

Nak taw khasiat dan testimoni boleh website ataupun  facebook Lazz Susu Kambing tu...





Saturday, December 19, 2015

Drama Cik Cinderella Dan Encik Tengku

Drama Cik Cinderella Dan Encik  Tengku | Assalamualaikum...Hai korang.. ekin ada nak share cerita tengah bersiaran di tv3 dalam slot Lestary yang mengantikan cerita Kau Aku dan kita ... nampak cerita dari adapitasi novel Cik Cinderella dan Encik Tengku best gak first episode hari rabu.. 




Drama ni main setiap hari rabu dan khamis jam 9mlm.. 
drama ini mengandingkan pelakon Shukri Yahya dan Zahirah Macwilson sebagai Hero dan Heroin. Drama ni diarahkan oleh Eoon Shuhaini, antara pelakon yang turut sama berlakon ialah shah iskandar,zulin aziz,dato Eizlan Yusof,Aleeza Shahdan,Puteri Aishah, dan ramai lagi..


Sinopsis drama Cik Cinderella dan Encik Tengku
Mengisahkan kehidupan Puteri Nuraisha  yang sering dipinggirkan keluarganya. Puteri tinggal bersama ibu dan kakak tiri dan sering merasakan dirinya dipinggirkan oleh keluarga itu. Tambahan pula, ayahnya selalu melebihkan kak tirinya, Sha. 

Puteri mempunyai seorang kekasih yang bernama Ashraf, seorang lelaki yang sering mengharapkan wang perempuan. Kehidupan Ashraf yang sering dilimpahkan wang oleh keluarganya sendiri, membuatkan perasaan Puteri terhadap Ashraf semakin pudar tatkala Ashraf yang sering meminjam wang tanpa membayarnya semula. 

Puteri semakin bosan dengan sikap Ashraf dan perkenalannya dengan Daniel yang mempunyai rupa yang kacak membuatkan dia semakin jauh dengan Ashraf. Puteri menyimpan perasaan cinta terhadap Daniel dek kerana sikapnya yang menyenangkan. 

Puteri berdepan dengan dilema kerana dia terpaksa mengikut amanat ibunya untuk berkahwin dengan Ashraf. Segala perancangan perkahwinannya bersama Ashraf telah dirancang dengan rapi oleh ibu tirinya. 

Namun, kakak tirinya dalam diam menjalinkan hubungan cinta dengan Ashraf. Segala perncangan perkahwinan Puteri dan Ashraf tergangguh dek kerana Puteri tidak ingin meneruskannya lagi. Konflik terjadi tatkala persiapan telah direncanakan dengan bajet yang melampau, kerana peristiwa yang memalukan itu semuanya menjadi kucar kacir sehingga Sha sanggup menjatuhkan maruahnya sebagai seorang perempuan demi cintanya terhadap Ashraf. Saat genting inilah Daniel terus bersama Puteri, apakah yang terjadi seterusnya? 

Friday, December 18, 2015

Selamat Pagi

Selamat Pagi | Assalamualaikum... Hai korang, dah 18 hari kita berada di bulan december 2015 kan rasa sekejap saja dah nak masuk tahun baru. Tak ada apa yang ekin ingin tulis buat masa ni. Maaf semua kesihatan ekin dah pulih sedikit. 




Maaf kepada korang ada lagi blog yang ekin belum blogwaking,  nanti kesihatan ekin dah ok ekin datang boom blog korang semua ya.

Thursday, December 17, 2015

Resepi Puding Cream Cracker

Resepi Puding Cream Creaker | Assalamulaikum.. Hai, selamat bersiaran untuk hari ini.. kesihatan batuk Cik Ash dah kurang sedikit tapi masih serak lagi suara ni..maaf kepada korang semua aktiviti blogwalking di blog sekarang tak ada mood lagi hilang kat mana entah blog rasa malas nak update tetapi teruskan gak la.. 






Ini entri lama dah tersimpan dalam ni.. puding cream creaker ini pun dah lama Cik Ash buat hihihi... resepi tu Cik Ash dapat dari whatsapp orang hantar  gambar Cik Ash cuba buat memang sedap puding tu.. ni yang resepi sebenar sikit sangat nampak kan hihihi.. 



Ok la kat bawah ni resepinya Cik Ash  tukar versi Cik Ash tak ada milo ganti dengan coklat choco  yang tesco punya jenama hihihi.. dan buat Cik Ash lebihkan tambahan biskut tu 

Resepi Puding Cream Cracker
Bahan-Bahannya
30 keping biskut cream cracker
3 biji telur 
1 setengah cawan susu pekat manis
4 sudu koko 

Cara Membuatnya 
1. Rendam biskut dalam air suam sampai kembang. Lepas tu kan toskan air tu. 
2. Masukkan biskut tadi ,telur dan susu pekat dalam blender ,kisar sampai sebati taw.
3.Bahagi adunan  kepada 2 bahagian, 1 bahagian campur dengan koko, kacau sebati.
4. Panaskan pengukus, tuang separuh adunan koko dalam bekas dan kukus 5 minit. Ulang sampai habis. Lapisan last sekali kukus 10 minit. 
5. Biarkan sejuk sebelum masukkan dalam peti sejuk. Sejukkan dalam 1 jam sebelum di makan.

Selamat mencuba resepi ni hihihi.. nak buat sikit guna resepi kat gambar taw.. bye semua jumpa lagi..

Wednesday, December 16, 2015

Wordless Wednesday #31 | Rindu Nak Makan Kuih Muih Kelantan

Wordless Wednesday #31 | Rindu Nak Makan Kuih Muih Kelantan 




Kuih muih ni gambar masa balik raya puasa tahun ni... rindu nak makan kuih macam ni la.. 

Tuesday, December 15, 2015

Kek Pisang Pemanggang Ajaib

Kek Pisang Pemanggang Ajaib | Assalamualaikum.. Hai korang semua,apa khabar untuk hari ini...semoga sihat selalu ya...entri hari ini ceritanya kisah semalam idea teringin nak buat Kek Pisang ovenya tak ada Cik Ash fikir kalau guna pemanggang ajaib ada orang buat ke, akhirnya Cik Ash godek-godek la google jumpa satu resepi dekat blog tu wah teruja nak buat kek pisang dan dekat bawah ini la hasilnya.




Mesti korang tak percaya kan pemanggang ajaib ni boleh buat kek biar betul kan.. cik lagi laterkejut memang boleh buat kek hihihihi..



Kek pisang sangat sedap di makan tapi perlu cuba lagi next time hihihihi.. sebab terlebih keras la pulak.. mungkin sebab sekejap jer pukul telur kut. ok la resepi untuk buat kek pisang dekat bawah ni ya :-  


Resepi Kek Pisang Pemanggang Ajaib
Bahan-bahan 
2 cawan tepung gandum 
1 cawan gula 
2 biji telur 
1/2 cawan minyak masak 
1/2 sudu kecil soda 
1/2 sudu kecil baking powder
sedikit esen vanilla 

Cara membuatnya :- 
1. Ayak tepung bersama soda dan baking powder. 

2. Campurkan telur,gula,pisang dan esen vanilla.. mixer kan ataupun blender. 

3. Lepas tu masukkan tepung gandum sedikit dan akhir sekali masukkan minyak masak. 

4. Bila dah sebati tu masukkan dalam pemanggang ajaib, bakar selama 10 minit tanpa menutup pemanggang ajaib kemudian selepas 10 minit tutup penutup dan bakar lagi 10 minit atau sehingga masak. 

5. Api dapur gas tu buka paling kecil macam nak masak nasi yang dah nak masak. 

6. Lepas dah masak bukak la penutup tu ya.. biarkan sejuk boleh dihidangkan lah


Monday, December 14, 2015

Tahniah Siti Nordiana Juara Gegar Vanganza 2

Tahniah Siti Nordiana Juara Gegar Vanganza 2 | Assalamulaikum.. Maaf agak terlewat bersiaran hari ini banyak urusan diluar ekin kena selesaikan... ekin ingin mengucapkan tahniah buat siti nordiana diatas kemenangan Gegar Vanganza 2015 ni.. memang ekin dah jangka dari awal lagi siti nordiana bakal juara.. dari konsert pertama lagi ekin dah yakin dia akan menang.. manakala di tempat kedua dan yang lain ekin tekaan ekin tak tepat la pulakn. 


tahniah siti nordiana




Alhamdulilah tekaan ekin tepat siti nordiana telah dinobatkan sebagai Juara Gegar Vaganza 2. Siti Nordiana telah membawa pulang RM100,000,pakej percutian ke Madrid,spain dan juga trofi.

Di tempat kedua pulak dimenangi Faradhiya diikuti tempat ketiga Ezad Lazim, tempat keempat milik Nassier Wahab manakala Achong Sweetchild pula di tempat kelima dan Haiza di tempat keenam..

Gegar Vaganza 2 terbaik sangat harap tahun depan lebih baik lagi.. 


Sunday, December 13, 2015

Catatan Popular Sepanjang Bulan November 2015

Catatan Popular Sepanjang Bulan November 2015 | Assalamualaikum...Hai korang hari ini Cik Ash ingin kongsi catatan popular sepanjang bulan November 2015 di blog ni.


nov 2015



Untuk pengetahuan kesemuan entri yang popular ni adalah seperti di bawah semoga yang mana tak sempat nak baca boleh singgah baca dekat link di bawah ya. 

Saturday, December 12, 2015

Tahniah Fad Bocey Dan Isteri Dapat Baby Kembar

Tahniah Fad Bocey Dan Isteri Dapat Baby Kembar | Assalamualaikum... Hai korang semua, Cik Ash nak share khabaran gembira peminat Fad Bocey .





Cik Ash ingin ucapkan tahniah buat fad bocey dan isteri dapat baby kembar..