Monday, November 2, 2015

author photo
Drama Adapitasi Novel Tuan Anas Mikael | Assalamualaikum...Selamat pagi semua.. hari ini ekin nak share satu drama adapitasi akan datang di astro ria bermula pada tarikh 9 November 2015 jam 10 malam.. Lakonan hebat Aaron Aziz ,ZaraZya dan  ramai lagi pelakon... ok jom baca sinopsis di bawah ni.





*Sinopsis Novel Tuan Anas Mikael : *
Puan Sri Tengku Anansa telah memberikan Tuan Anas Mikael tempoh selama tiga bulan untuk mencari perempuan yang sempurna bagi menolak calon pilihannya, Safra Ariana, cucu Tun Akhiruddin.

Oleh kerana, setelah hampir dua bulan mencari, Tuan Anas Mikael tidak berjumpa, jadi dia merancang untuk menyiapkan Ayu Maisarah, anak tukang cuci rumahnya itu, sesempurna kriteria yang dia mahukan tanpa Ayu Maisarah tahu tujuan sebenarnya dia menjalani semua latihan-latihan yang disediakan. Yang Ayu Maisarah tahu, Tuan Anas Mikael sedang menyiapkan dia sebagai pengurus projek di Krabi.

Di sebalik rancangan ini, Tuan Anas Mikael tidak tahu, Ayu Maisarah menyimpan rahsia besar daripadanya. Akibat daripada takut identiti sebenar Ayu Maisarah terbongkar, Ayu Maisarah telah bersetuju dengan penyamaran itu.

Namun, hal yang melibatkan hati dan perasaan bukan boleh dibuat main-main. Sewaktu dalam tempoh Ayu Maisarah menjadi kekasih Tuan Anas Mikael, Ayu Maisarah mula jatuh cinta. Takut dengan peristiwa hitam dalam keluarganya bakal berulang kembali, Ayu Maisarah menyimpan rasa cintanya terhadap Tuan Anas Mikael secara diam-diam.
Tetapi... Di Krabi...

“Saya suka awak, Ayu Maisarah.” - TUAN ANAS MIKAEL

Tuan Anas Mikael mengaku sudah jatuh cinta kepada Ayu Maisarah menyebabkan Ayu Maisarah mula memasang angan-angan dan memetik segala bintang dan bulan. Apabila tiba waktu yang ditetapkan, Tuan Anas Mikael telah menukar hasratnya dan memilih...

Mom perkenalkan, the love of my life, my girlfriend, Raisya Putri. - TUAN ANAS MIKAEL
Ayu Maisarah, kecewa!

“Tuan... Tuan tahu apa kopi yang paling pahit? Oh, tak tahu, ya? Kopi-lih dia itulah yang paling pahit! Saya benci tuan... Tapi, macam mana, saya dah tersayang tuan.” - AYU MAISARAH

Konflik mula memuncak, Tuan Anas Mikael ditakdirkan dalam kesusahan. Untuk menolong Tuan Anas Mikael, Ayu Maisarah terpaksa membongkarkan rahsia identiti dirinya sendiri dan mendedahkan dirinya untuk dibunuh.

Tetapi adakah pengorbanannya itu berbaloi? Perlukah Ayu Maisarah terus menyelamatkan Tuan Anas Mikael atau membiarkan Tuan Anas Mikael yang kekwat itu.... Mati selepas apa yang telah Tuan Anas Mikael berbuat kepadanya?

“Jaga saya elok-elok, Cik Ayu. Kalau awak jaga saya elok-elok, saya akan jaga awak elok-elok juga.” - TUAN ANAS MIKAEL

This post have 20 komentar

avatar
Zafirah Kama delete November 3, 2015 at 8:10 AM

Err... nanti kalau syok, gtaw ea... heee

Reply
avatar
dear anies delete November 4, 2015 at 10:50 AM

sy da beli novel ni tp bc sekerat jln je sbb nyer: byk sgt dialog!! sy ni nk bc novel bkn nak bc skrip! tp x tau laa kalu drama lg best dr novel ;-)

Reply
avatar
Cik Ash delete November 4, 2015 at 10:53 AM

Ekin pun lama dah tak baca novel tunggu drama saja

Reply
avatar
Sha Mohamed delete November 5, 2015 at 7:30 PM

X minat aaron aziz.. sinopsis cam menarik.. mungkin boleh baca novel dulu kot..

Reply
avatar
Cik Ash delete November 6, 2015 at 1:02 AM

Hihihihi ekin semua citer layan

Reply
avatar
Kira Sakura delete November 8, 2015 at 4:08 PM

takde astro. tapi kadang takut layan cerita dari novel ni tak sebest novel huuuu

Reply
avatar
adianiez AIDA delete November 16, 2015 at 5:00 PM

aida da tgk few episod.
biasa aje jln cerita.
da boleh agak what to happen.
just suka tgk pelakonnya.

Reply
avatar
Cik Mimie delete November 20, 2015 at 11:36 AM

suka tengok Zara Zya berlakon..jenis slumber je.. :D

Reply
avatar
Cik Mimie delete November 20, 2015 at 11:37 AM

layan jugak cerita ni.. romantik komedi.. password dorg “Jaga saya elok-elok, Cik Ayu. Kalau awak jaga saya elok-elok, saya akan jaga awak elok-elok juga.”

Reply
avatar
Zai Zamree delete December 5, 2015 at 6:09 PM

Suka Cik Ayu... Tuan Anas tu mcm kaku ckit

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post