Resepi Donut Lembut Dan Gebu |Assalamulaikum. Hai,selamat pagi semua.. entri dah lama draf baru sempat nak share.. hari isnin ekin telah cuba satu resepi buat donut lagi.. disebabkan suami ekin suka sangat donut misi untuk belajar buat donut diteruskan ni.. sebelum ni ekin buat donut ball.. ekin guna acuan barang yang ada kat rumah ni.. tudung botol hihihi jadi acuannya.
Alhamdulilah hasil membuat donut kali ni menjadi dan puas hati maybe bahan yang ekin ekin guna pada resepi dulu telur dan susu tepung.. suami dan mil siap puji boleh letak tempat orang jual kuih ni hihihi..Ok la ni resepi yang ekin ambik dari blog Resepi Bonda.
Resepi Donut Lembut Dan Gebu
Dari Blog Resepi Bonda
Bahan-Bahan:
2 sudu kecil yis mauripan
1/4 cawan air suam
1 sudu kecil gula
*satukan bahan diatas dan biar berbuih untuk memastikan yis aktif.
3 cawan tepung gandum
4 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar susu tepung
1 biji telur
1/2 cawan air (ikut keperluan)
2 sudu besar butter/marjerin
Cara membuatnya:
1. Satukan tepung,gula,garam, susu tepung ke dalam mangkuk yang besar.
2. Gaulkan sekata dan lubangkan tengah-tengah tepung. Tuangkan telur,air,yis dan marjerin. Uli sehingga licin atau tidak melekat ditangan.
3. Biarkan doh didalam bekas yang bertutup atau tutup menggunakan tuala lembab sehingga doh kembang.
4. Bila doh kembang tumbuk2 untuk keluarkan angin dan boleh bentukkan donut anda.
5.Biar sebentar donut naik 15-20 minit* dan goreng dengan minyak panas dengan api sederhana kecil.
6.Salutkan donut dengan gula halus atau
celupkan dengan coklat.
"Selamat Memcuba"
Nampak pun gebu...
ReplyDeleteSuka donut gebu...
:)
Deletebestnya donut gebu..akak pun pernah buat jugak,tinggalkan adunan terbiar kat luar,last2 esok masa goreng dah jadi keras...adeh...malam tu masa makan lembut lagi..
ReplyDeleteekin mujur xkeras boleh mkn.lg hihihi
DeleteAkak baru je buat donut dua tiga hati lepas :)
ReplyDeletekak farah ekin abg suka mkn kuih ni donut baru belajar buat mkn bersungguh hihihi
Deletesedap resipi ni..kuih tradisional gayanya kan kuih ni
ReplyDeleteDonut celop coklat..dap nya
ReplyDeletekalu donat buat sendiri ni sy suka sesangat time panas2... x sedar dah lima butir msk dlm mulut ;-)
ReplyDeleteNampak gebu...
ReplyDeleteDonut :-)
ReplyDeleteteringinnye nak menggetel donut
ReplyDeletetapi en asben tak makan lak
so mcm rugi je buat nnt kan
rajin nye Ekin..nak try jgk lah..gebus tu yg penting
ReplyDeletenanti nak cuba resepi donut ekin ni..
ReplyDelete