Kari Telur Rebus Goreng | Assalamulaikum.. Hai
korang.. apa khabar sihat ke.. harap semuanya sihat la. Seperti biasa
entri ini di taip pukul 1.43 petang di autopulish pada hari ini.. ilham
nak menulis mari waktu ni ekin ambik peluang tulis entri..
Resepi Kari Telur Rebus Goreng
Oleh : Cik Ash
Bahan-Bahan
6 biji telur (direbus dan goreng
3 sudu besar serbuk kari daging
( kacau dengan air)
1 labu bawang besar (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga rawang
2 biji buah pelaga
3 biji cengkih
Sedikit garam dan secukup rasa
Minyak
Air
Cara-Caranya
1. Rebus telur dan goreng telur dan ketepikan.
2. Panaskan minyak lepas tu tumiskan bawang besar,bawang putih,bunga rawang,kulit kayu manis,cengkih dan buah pelaga hingga naik bau wangi.
3. Bila kesemua bahan tumis naik bau masukkan serbuk kari yang dah jadikan pes gaul biar sebati.
4. Masukkan telur yang kita goreng tu kacau hingga bersalut dengan kuah..
5. Selepas itu suaikan rasa letak garam dan secukup rasa. Kalau nampak kuah pekat tambah sedikit air.. masak hingga mendidih.
6. Dah siap boleh dihidang dengan nasi panas..
Ok itu jah resepi dari Cik Ash harap ada la yang faham ya hihih... bab resepi Cik Ash tak berapa nak reti sangat la.. " Selamat Mencuba Resepi Ini"
This post have 9 komentar
macam kari mamak je rupanya.. wah !!!
ReplySedapnyaaa. lama makan kari telur ni t.t , jenjalan malam sini . hai *sambil lambai2 tangan
ReplyDap dap dap! Kuah pekat tu sedapnya kalau cicah ngan roti!
Replyha ah kari mamak la tu sedap sangat hihihihi
Replyhai2
Replycicah roti arab hihihi
Replysedapnya Ekin masak..
ReplyHahaha xada sedap pun
ReplyMakan kari kena ada kicap dan sambal belacan.. baru umphh..
Replyash.rie8506@gmail.com
EmoticonEmoticon