Friday, September 4, 2015

Sifat Hati Yang Kotor Dan Mati

Sifat Hati Yang Kotor Dan Mati | Assalamualaikum...Hai, Selamat pagi semua, harap dipermudahkan urusan hari ini. Pengkongsian hari jumaat yang indah.
 
 
Sifat Hati Yang Kotor Dan Mati

 
 
Semoga perkongsian yang Cik Ash memberikan peringatan kita bersama, Jom la baca di bawah ni. 
 
 
1. Tahu hak Allah tetapi tidak menunaikannya.
 
2. Tahu bahawa Rasulullah s.a.w adalah guhwah hasanah namun mengabaikan sunnah baginda.
 
3. Tahu bahawa Al-Quran itu panduan umat Islam namun tidak pernah beramal dengan hukum yang terkandung di dalamnya.
 
4. Tahu bahawa syurga itu penuh dengan kenikmatan dan disediakan untuk orang beriman, namun tidak pernah beramal untuk mendapatkannya.
 
5.Tahu bahawa neraka itu penuh dengan azab seksa yang disediakan untuk mereka yang engkar namun tidak pernah berusaha menjauhinya.
 
6. Tahu bahawa kematian itu pasti, namun tidak memperlengkapkan diri dengan amal soleh bagi  menghadapi kematian.
 
 
Punca Hati Kotor  
1. Cintakan Dunia (hubbud dunya)
2. Kurang zikir
3. Banyak makan


Kesan Hati Yang Kotor 
1.  Tidak rasa keagungan Allah - Hati yang kotor tidak merasa kegunggan Allah. Hati yang penuh dengan maksiat, penderhakaan dan sifat-sifat keji terhijab dari mengagumi keajaiban ciptaan Allah yang menciptakan alam ini dan seluruh isinya.
 

2.Cenderung melakukan maksiat dan penderhakaan - Hati yang kotor terdorong untuk melakukan maksiat dan penderhakaan terhadap Allah. Setiap kali maksiat dilakukan, maka satu titik hitam akan terpalit di hati pelakunya. Jika tidak disusuli dengan taubat dan istighfar, maka titik itu akan kekal dan berkarat di hati manusia sehingga pelakunya terbiasa dengan dosa. Dosa dirasakan benda biasa, malah pelakunya semakin seronok melakukannya. Kebiasaannya, dosa akan terus mendorong pelakunya menambahkan lagi kejahatan dan begitulah sebaliknya dengan pahala yang akan mencetuskan lagi kebaikan terhadap pelakunya.
 

3.Zalim - Definisi zalim dalam konteks Islam adalah berbeza dengan apa yang difahami dalam konteks budaya Melayu. Zalim menurut istilah syarak adalaah tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya. Ini bermakna, seseorang yang membiarkan hatinya kotor dan keras adalah zalim kerana tidak berusaha menjinakkan hatinya supaya mendekati ajaran agama yang bakal memberikan kebahagian hidup di dunia dan menyelamatkan pemiliknya daripada azab neraka di akhirat kelak.


4.Tersisih dari ketaatan -Bagi sesetengah ulama, kegagalan untuk melakukan ketaatan kepada Allah SWT menjadi satu musibah besar dalam diri mereka. Mereka amat berdukacita sekiranya hati semakin lalai dan liat mengerjakan perintahNya. Lantas bagaimana dengan diri kita? Apakah timbul rasa keinsafan dan menyesal sekiranya terlepas daripada menunaikan solat secara berjemaah? Atau tidakkah timbul kehairanan di dalam diri mengapa hati terlalu berat untuk menghulurkan sedekah walaupun sekadar RM 1 sahaja? Jika hati terlalu berkira dan malas untuk berbuat kebaikan, sewajarnya untuk kita merasa sedih kerana hati kian tersisih dari ketaatan terhadap Yang Esa.

44 comments:

  1. lama tak jenguk sini.. hihi. thanks for shring :)

    ReplyDelete
  2. Assalam ekin,
    moga kita semua bersih dari hati kotor
    AMIN :)

    ReplyDelete
  3. Salam Jumaat Kak ekin :) Nice sharing...semoga kita bukan kalangan orang yang memiliki ati yg kotor tu :)

    ReplyDelete
  4. Semoga hati kita sentiasa bersih..InshaAllah

    ReplyDelete
  5. moga hati2 kita bersih dr hasad dengki

    ReplyDelete
  6. kalau lah boleh cuci dengan SABUN kan...hari2 kena cuci sbb hati2 kotor

    ReplyDelete
  7. byk ketawa boleh jadi hati kotor or hati gelap eh Ekin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dop eh ketawa gak jgn terlebih ingat Allah insyaAllah

      Delete
    2. Ajar sikit sis ketawa dlm iman tu camner :)

      Delete
    3. ketawa dalam diam..x kuar suara heheeh

      Delete
    4. Yang ekin taw dialog pramlee dalam Ali baba bujang lapok saya mati.dalam.imam jah... Senyum dalam imam ni ekin xtaw mana la...tolong.ajar sis JM

      Delete
    5. beri senyuman paling ikhlas dan manis h

      Delete
    6. Yang pasti bukan ketawa berdekah-dekah mulut nganga lebar hihihi

      Delete
  8. perkongsian menarik dan dapat memberi peringatan serta dapat pahala bagi yg berkongsi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq kak jm ekin pun masih lg ada sifat tu sedih sgt ni

      Delete
    2. sama-sama kita perbaiki diri kan

      Delete
    3. Jom kita sama2 baiki diri. Tak mau ada hati kotor dan mati. Hati busuk semua tu kena kikis :)

      Delete
  9. saya ada lagi sifat kotot tu. Astagfirullah.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ssama la kita perbaiki diri yq

      Delete
    2. insyallah.. saling mengingati macam ni.. kita dapat hindari diri kita daripada sifat2 buruk..

      Delete
  10. terima kasih ekin, ingatkan kami.

    tula kadang mulut kata nak syurga takut neraka. tapinya amal rasa tak layak nak masuk syurga lagi sobssssss

    ReplyDelete
  11. byk makan ??!
    Allahu Akbar.
    moga kita sama2 la perbaiki diri...
    tq for sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la masa bc terkejut bnyk mkn salah satu Allaj akhbar

      Delete
  12. ya terbaca banyak makan..semoga kita tidak tergolong ya dek..amin

    ReplyDelete
  13. semoga dijauhkan daripada sifat2 macam ni..

    ReplyDelete
  14. ehhhh boleh tengah2 taip hilang msg tu... hadoiii....

    ReplyDelete
  15. lupo dah taip menda ke tadi... hahahahahdoiii

    ReplyDelete

ash.rie8506@gmail.com