Sifat Hati Yang Kotor Dan Mati | Assalamualaikum...Hai, Selamat pagi semua, harap dipermudahkan urusan hari ini. Pengkongsian hari jumaat yang indah.
Semoga perkongsian yang Cik Ash memberikan peringatan kita bersama, Jom la baca di bawah ni.
1. Tahu hak Allah tetapi tidak menunaikannya.
2. Tahu bahawa Rasulullah s.a.w adalah guhwah hasanah namun mengabaikan sunnah baginda.
3. Tahu bahawa Al-Quran itu panduan umat Islam namun tidak pernah beramal dengan hukum yang terkandung di dalamnya.
4. Tahu bahawa syurga itu penuh dengan kenikmatan dan disediakan untuk orang beriman, namun tidak pernah beramal untuk mendapatkannya.
5.Tahu bahawa neraka itu penuh dengan azab seksa yang disediakan untuk mereka yang engkar namun tidak pernah berusaha menjauhinya.
6. Tahu bahawa kematian itu pasti, namun tidak memperlengkapkan diri dengan amal soleh bagi menghadapi kematian.
Punca Hati Kotor
1. Cintakan Dunia (hubbud dunya)
2. Kurang zikir
3. Banyak makan
Kesan Hati Yang Kotor
1. Tidak rasa keagungan Allah - Hati yang kotor tidak merasa kegunggan Allah. Hati yang penuh dengan maksiat, penderhakaan dan sifat-sifat keji terhijab dari mengagumi keajaiban ciptaan Allah yang menciptakan alam ini dan seluruh isinya.
2.Cenderung melakukan maksiat dan penderhakaan - Hati yang kotor terdorong untuk melakukan maksiat dan penderhakaan terhadap Allah. Setiap kali maksiat dilakukan, maka satu titik hitam akan terpalit di hati pelakunya. Jika tidak disusuli dengan taubat dan istighfar, maka titik itu akan kekal dan berkarat di hati manusia sehingga pelakunya terbiasa dengan dosa. Dosa dirasakan benda biasa, malah pelakunya semakin seronok melakukannya. Kebiasaannya, dosa akan terus mendorong pelakunya menambahkan lagi kejahatan dan begitulah sebaliknya dengan pahala yang akan mencetuskan lagi kebaikan terhadap pelakunya.
3.Zalim - Definisi zalim dalam konteks Islam adalah berbeza dengan apa yang difahami dalam konteks budaya Melayu. Zalim menurut istilah syarak adalaah tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya. Ini bermakna, seseorang yang membiarkan hatinya kotor dan keras adalah zalim kerana tidak berusaha menjinakkan hatinya supaya mendekati ajaran agama yang bakal memberikan kebahagian hidup di dunia dan menyelamatkan pemiliknya daripada azab neraka di akhirat kelak.
4.Tersisih dari ketaatan -Bagi sesetengah ulama, kegagalan untuk melakukan ketaatan kepada Allah SWT menjadi satu musibah besar dalam diri mereka. Mereka amat berdukacita sekiranya hati semakin lalai dan liat mengerjakan perintahNya. Lantas bagaimana dengan diri kita? Apakah timbul rasa keinsafan dan menyesal sekiranya terlepas daripada menunaikan solat secara berjemaah? Atau tidakkah timbul kehairanan di dalam diri mengapa hati terlalu berat untuk menghulurkan sedekah walaupun sekadar RM 1 sahaja? Jika hati terlalu berkira dan malas untuk berbuat kebaikan, sewajarnya untuk kita merasa sedih kerana hati kian tersisih dari ketaatan terhadap Yang Esa.
This post have 44 komentar
lama tak jenguk sini.. hihi. thanks for shring :)
ReplyAssalam ekin,
Replymoga kita semua bersih dari hati kotor
AMIN :)
Salam Jumaat Kak ekin :) Nice sharing...semoga kita bukan kalangan orang yang memiliki ati yg kotor tu :)
ReplySemoga hati kita sentiasa bersih..InshaAllah
Replyakak pun lama tak singgah blog aneesa
Replymoga hati2 kita bersih dr hasad dengki
Replywsalam kak sha insyaAllah
Replysalam jumaat gak
ReplyinsyaAllah
Replykalau lah boleh cuci dengan SABUN kan...hari2 kena cuci sbb hati2 kotor
Replybyk ketawa boleh jadi hati kotor or hati gelap eh Ekin
Replyperkongsian menarik dan dapat memberi peringatan serta dapat pahala bagi yg berkongsi
Replysaya ada lagi sifat kotot tu. Astagfirullah.. :(
ReplyInsyaAllah
ReplyCuci dengan clorok hahaha bersih terus
ReplyDop eh ketawa gak jgn terlebih ingat Allah insyaAllah
ReplyTq kak jm ekin pun masih lg ada sifat tu sedih sgt ni
ReplySsama la kita perbaiki diri yq
Replykalau bersih okey sis JM risau kojol terus je hihihih
Replyketawa dalam iman hihihih
Replysama-sama kita perbaiki diri kan
ReplyAjar sikit sis ketawa dlm iman tu camner :)
ReplyJom kita sama2 baiki diri. Tak mau ada hati kotor dan mati. Hati busuk semua tu kena kikis :)
Replyketawa dalam diam..x kuar suara heheeh
ReplyKojol tu apa sis JM
ReplyYang ekin taw dialog pramlee dalam Ali baba bujang lapok saya mati.dalam.imam jah... Senyum dalam imam ni ekin xtaw mana la...tolong.ajar sis JM
ReplyInsyaAllah akan kikis slow2
Replyberi senyuman paling ikhlas dan manis h
Replypat g cari dlam kamus
ReplyHahahaha xde kamus
Replyterima kasih ekin, ingatkan kami.
Replytula kadang mulut kata nak syurga takut neraka. tapinya amal rasa tak layak nak masuk syurga lagi sobssssss
byk makan ??!
ReplyAllahu Akbar.
moga kita sama2 la perbaiki diri...
tq for sharing.
ya terbaca banyak makan..semoga kita tidak tergolong ya dek..amin
Replysemoga dijauhkan daripada sifat2 macam ni..
Replyinsyallah.. saling mengingati macam ni.. kita dapat hindari diri kita daripada sifat2 buruk..
ReplyInsyaAllah
ReplySama2 kira...
ReplyTu la masa bc terkejut bnyk mkn salah satu Allaj akhbar
ReplyAmib insyaAllah
ReplyInsyaAllah
ReplyEkin betul2 tak tahu ke buat gimmick ni? :)
ReplyYang pasti bukan ketawa berdekah-dekah mulut nganga lebar hihihi
Replyehhhh boleh tengah2 taip hilang msg tu... hadoiii....
Replylupo dah taip menda ke tadi... hahahahahdoiii
Replyash.rie8506@gmail.com
EmoticonEmoticon