Sunday, September 27, 2015

Laksa Tempurung Kulim

 Laksa Tempurung Kulim | Assalamualaikum... Hai pembaca blog ni, seperti biasa la entri autopost lagi, entri ini dah tersimpan dalam draf hari ini baru berpeluang nak kongsi dekat blog bila mood raya kan masih ada lagi.Untuk entri kali ni, ekin nak kongsi pasal pengalaman ekin pergi makan laksa tempurung ini. 


laksa tempurung


Laksa tempurung ini bukan sebarang laksa ia mempunyai keunikan dan identitinya yang tersendiri...keunikan ini yg membuatkan ekin tertarik nak pergi dan cuba sendiri kehebatan viral laksa tempurung ini.. sebab dah ramai mengperkatakn bila datang sendiri baru kita tahu, keunikan dan identiti yang ekin cakap tadi ialah laksa tu diletakkan di dalam bekas tempurung..tempurung itu di ubah menjadi seperti mangkok.Menampakkn idendtinya yang tersendiri dan sebab itu lah ia di pangil laksa tempurung.



Untuk pengetahuan semua laksa tempurung mula beroperasi pada 16 ogos 2015 yang lalu..lebih kurang 1 bulan.. Kedai Laksa Tempurung mula di buka pada jam 11pagi hingga 4petang, dan  untuk pengetahuan korang semua kalau nak pergi tempat Laksa Tempurung di nasihatkan  bagi yang 1st time nak cuba bolehlah datang tu dalam jam 11.00 pagi taw masa tu tak ada orang yang beratur mana taw. 


Masa ekin pergi dalam 11.30 pagi dah ramai orang kena beratur tapi tak ada  ramai lagi.. ekin tersilap langkah pergi ambik laksa tempurung dulu air tak order lagi.. hihihi... last tunggu lambat sikit la air tu laksa dah masuk ke dalam mulut hihihi... Bagi ekin laksa tempurung ni boleh di bagi 7.5/10  bagi ekin la kalau pergemar laksa mesti hari2 mau pergi...laksa dia rasa macam lemak-lemak gitu


Lokasi untuk tempat Laksa mpurung melalui keladi akan menemui lampu isyarat simpang 4 ikut kanan dan anda akan nampak papan tanda besar Restoran Mad Arif Char Kuay Tiaw di sebalah kiri,jgn pula tekejut atau heran sbb ini bg menyenangkan rakan2 untuk mencari lokasi laksa tempurung.Nak lebih memudahkan boleh peta lokasi kat bawah tu


Tak lupa juga kepada sesiapa tak nak makan laksa tempurung boleh memilih menu lain sebab ada lagi kedai yang menjual menu macam-macam ada seperti Nasi ayam berempah,nasi ayam, cucur udang,nasi set bawal goreng ,nasi set ayam goreng ,nasi set puyuh goreng, tomyam dan seafood


Update terbaru : kedai laksa tempurung  ni dah tutup ataupun sudah berpindah ke lokasi yang lain apa-apa maklumat terbaru nanti ekin update kembali.

20 comments:

  1. Pekat kuahnya...adoi lapar terus kak yan ..ekin

    ReplyDelete
  2. Kak yan ni hantu laksa ...jalau makan laksa pasti pakai tangan. Baru puas

    ReplyDelete
  3. wah..mcm sedap tu..nt mai kulim nak singgahla..

    ReplyDelete
  4. Famous laksa tempurung ni. Hari tu ada baca kat blog izzeyda :)

    ReplyDelete
  5. laksa tempurung tu mmg unik... nak rasa juga hehehe..

    ReplyDelete
  6. unik ni. nanti kalau kebetulan pergi Kulim, boleh singgah makan sini

    ReplyDelete
  7. macam best..tapi jauh lor...heeee :)

    ReplyDelete
  8. boleh lawan lew dengan laksa tempurung teluk kumbar ehehe..
    tapi iols is tak makan laksa..

    ReplyDelete
  9. teringin nak cuba, nanti la ajak suami pegi sana bila balik penang

    ReplyDelete
  10. hadoi ! sgt menarik la ekin.
    byk dah aida baca pasal laksa tempurung ni :)

    ReplyDelete
  11. dah agak dah laksa letak dlm tempurung . rasa lemak tu mungkin dia letak susu cair ...

    ReplyDelete

ash.rie8506@gmail.com