Wednesday, September 30, 2015

Drama Hello Mr Perfect

Drama  Hello Mr Perfect | Assalamualaikum... Hai korang semua jangan lupa janji temu drama bersiri sebanyak 27 episode yang akan bersiaran hari ini di TV3 jam 7.00 malam ya. 

Drama  Hello Mr Perfect

Drama di arahkan oleh pengarah Nuad Hj.Othman, manakala skrip ditulis oleh Mazelan Manan dan Siti Hawa Ibrahim. Merupakan syarikat terbitan A Aida Production Sdn Bhd. Antara pelakon yang terlibat dalam drama Hello Mr Perfect ni ialah Fattah Amin,Nur Ruhainies,Rafiq Razali,Ezzaty Abdullah,Azlan Mokhtar,Mimi Ernida,Nafiez Zaidi dan lain-lain. 

Sinopsis Drama Hello Mr Perfect 

Muhamad Izzul Islam adalah lelaki yang mementingkan kesempurnaan.Manakala Alya Andriana pula adalah seorang gadis yang terdesak memerlukan wang kerana bapanya berhutang dengan Along
Pertemuan mereka dirancang oleh adik Izzul Muhamad Arif Fikri yang mencari jodoh untuk abangnya.

Ini kerana Arif tidak boleh berkahwin selagi abangnya tidak berkahwin. Keluarga Ainul memberi tempoh 6 bulan kepada Arif, jika tidak Ainul akan dikahwinkan dengan anak kawan ayahnya. Alya adalah kawan baik Ainul. Dalam kekusutan, Ainul memberi cadangan kepada Alya untuk menerima lamaran Izzul kerana dia akan menerima rm500 ribu sebagai ganjaran.
Namun, perkahwinan Izzul dan Alya terlalu banyak dugaan. Kehadiran bekas kekasih Izzul menimbulkan perasaan tidak senang Alya.
Mampukah Alya memanipulasikan pemikiran Izzul yang terlalu memikirkan kesempurnaan itu? Dapatkah dia bertahan dengan Izzul?




Tak taw la ekin boleh layan ke tak..baca sinopsis macam best tetapi perlakon ekin kurang sikit hihihi.. 








  

Tuesday, September 29, 2015

Panduan Solat Untuk Pesakit : Solat Duduk, Mengiring & Terlentang

Panduan Solat Untuk Pesakit : Solat Duduk, Mengiring & Terlentang |Assalamualaikum... Hai korang semua  apa hari ini, cik ash ada nak kongsi tentang Panduan Solat Untuk Pesakit Solat Duduk,Mengiring dan Terlentang yang ekin tengok di facebook kementerian kesihatan malaysia.. 


panduan solat




Ekin apa lagi untuk panduan ekin ataupun untuk korang jugak ekin share dekat blog ni bila ada masa terluang boleh tengok balik panduan ni sebagai rujukan bila dperlukan nanti..

Jom kita tengok mana la taw ada saudara mara ataupun kita sendiri mengalami situasi macam ni.. selamat membaca ya korang semua..

Untuk tahu lebih lanjut mengenai rahsia solat  korang boleh baca di bawah ni 





Monday, September 28, 2015

Suasana Hari Raya Aidiladha 2015

Suasana Hari Raya Aidiladha 2015 |Assalamualaikum... Hai reader blog Cik Ash apa khabar sihat ke tu best tak rayahaji tahun ni bagi korang. Entri autopost seperti biasa la ya.. Mood raya tu dah tak ada boleh la update blog ni. Bagi Cik Ash best la family suami berpakat-pakat memasak menu pagi raya pada malam raya tu. Siap memasak pukul 2 pagi tu. Lauk pauk untuk pagi raya kakak-kakak ipar memasak dalca daging, ayam masak merah, tapai,ketupat, nasi impit,mee kari dan tak lupa kami order satay. 


raya haji 2015

Bangun pagi terlewat sikit, biasa la terlampau letih kut banyak duk buat kerja malam nak clear apa-apa barang yang dah siap masak.Lagi pulak kak ipar mari dekat rumah nak panaskan lauk-lauk untuk dijamu makan untuk anak beranak yang ada tak balik beraya di kelantan. Meriah tengok anak-anak saudara datang dekat rumah ni. 

Belah petang pulak Cik Ash pergi beraya di rumah mak saudara dekat Sungai Petani.Sambil-sambil nak jumpa kakak Cik Ash dan anak-anak saudara Cik Ash kak Fathnin, Rukniah dan Fateh. Cik Ash di jamu makan nasi minyak,ayam masak merah dan roti perancis bakar dah dapat cara nak buat bahan tak ada lagi tunggu ada bahan Cik Ash cuba buat la nanti. 

Tahun ni dapat daging dari jiran dan daging datang dari jauh iaitu dari Kelantan, bulan ni makan daging banyak sudah pening kepala ni darah tinggi naik ke hahaha...

Ok la itu jer entri yang Cik Ash kongsi pasal raya haji untuk tahun 2015, semoga raya tahun akan datang dipanjangkan umur lagi untuk bertemu dan berharap raya nanti Cik Ash bertiga or berempat ke doakan Cik Ash dan suami dikurniakan zuriat nanti.
Psstt: gambar makanan xsempat snap hp xde di tangan malu la semua orang pakai hp mahal2 kita hp murah jah dah la kecik baik simpan saja dalam bilik..

Sunday, September 27, 2015

Laksa Tempurung Kulim

 Laksa Tempurung Kulim | Assalamualaikum... Hai pembaca blog ni, seperti biasa la entri autopost lagi, entri ini dah tersimpan dalam draf hari ini baru berpeluang nak kongsi dekat blog bila mood raya kan masih ada lagi.Untuk entri kali ni, ekin nak kongsi pasal pengalaman ekin pergi makan laksa tempurung ini. 


laksa tempurung


Laksa tempurung ini bukan sebarang laksa ia mempunyai keunikan dan identitinya yang tersendiri...keunikan ini yg membuatkan ekin tertarik nak pergi dan cuba sendiri kehebatan viral laksa tempurung ini.. sebab dah ramai mengperkatakn bila datang sendiri baru kita tahu, keunikan dan identiti yang ekin cakap tadi ialah laksa tu diletakkan di dalam bekas tempurung..tempurung itu di ubah menjadi seperti mangkok.Menampakkn idendtinya yang tersendiri dan sebab itu lah ia di pangil laksa tempurung.



Untuk pengetahuan semua laksa tempurung mula beroperasi pada 16 ogos 2015 yang lalu..lebih kurang 1 bulan.. Kedai Laksa Tempurung mula di buka pada jam 11pagi hingga 4petang, dan  untuk pengetahuan korang semua kalau nak pergi tempat Laksa Tempurung di nasihatkan  bagi yang 1st time nak cuba bolehlah datang tu dalam jam 11.00 pagi taw masa tu tak ada orang yang beratur mana taw. 


Masa ekin pergi dalam 11.30 pagi dah ramai orang kena beratur tapi tak ada  ramai lagi.. ekin tersilap langkah pergi ambik laksa tempurung dulu air tak order lagi.. hihihi... last tunggu lambat sikit la air tu laksa dah masuk ke dalam mulut hihihi... Bagi ekin laksa tempurung ni boleh di bagi 7.5/10  bagi ekin la kalau pergemar laksa mesti hari2 mau pergi...laksa dia rasa macam lemak-lemak gitu


Lokasi untuk tempat Laksa mpurung melalui keladi akan menemui lampu isyarat simpang 4 ikut kanan dan anda akan nampak papan tanda besar Restoran Mad Arif Char Kuay Tiaw di sebalah kiri,jgn pula tekejut atau heran sbb ini bg menyenangkan rakan2 untuk mencari lokasi laksa tempurung.Nak lebih memudahkan boleh peta lokasi kat bawah tu


Tak lupa juga kepada sesiapa tak nak makan laksa tempurung boleh memilih menu lain sebab ada lagi kedai yang menjual menu macam-macam ada seperti Nasi ayam berempah,nasi ayam, cucur udang,nasi set bawal goreng ,nasi set ayam goreng ,nasi set puyuh goreng, tomyam dan seafood


Update terbaru : kedai laksa tempurung  ni dah tutup ataupun sudah berpindah ke lokasi yang lain apa-apa maklumat terbaru nanti ekin update kembali.

Wednesday, September 23, 2015

Selamat Hari Raya Aidiladha 2015

Selamat Hari Raya Aidiladha 2015 | Assalamualaikum... Hai korang semua buat apa tu, mesti sibuk nak menyiapkan persiapan raya esok kan. sekejap jah rasa dan raya qurban dah kan.





Terlebih dahulu  Ekin Dan Suami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua yang mengenali ekin dan suami. Raya haji tahun ni ekin beraya di kedah jah di sebabkan suami berkerja malam raya tu.. lagi pulak raya kedua dah keje... 

Malam raya mungkin ada buat gotong royong memasak untuk makan pagi raya tu... so malam ni Cik Ash sedang sibuk menolong mak saudara2 dan kak ipar memasak.. jamuan raya akan diadakan di rumah Cik Ash hihihi...menu pagi raya itu nasi ,daging gulai, ayam masak merah,nasi kapit,tapai,tupat,Tahun kedua beraya haji di kedah sejak jadi wife ini.. 

Tuesday, September 22, 2015

Sample Free Beauxlim Lemon Mix Fibre Complex

Sample Free Beauxlim Lemon Mix Fibre Complex | Assalamualaikum... Hai korang semua, apa khabar untuk hari ini, seperti biasa entri autopost lagi, sebenarnya ekin nak bagitahu ekin ada dapat sample free Beauxlim Lemon Mix Fibre Complex ni. 


sample beauxlim



Nak tahu macam mana boleh dapat sample free ni, ekin kan selalu tengok iklan dekat facebook tu bila ternampak boleh dapatkan sample free, ekin pun pergi la gatal-gatal tangan klik dan ikut arahan facebook tu isikan maklumat dan siap tunggu la barang tu sampai bila. Ekin rasa dalam 2 minggu baru sampai.


Masa sample barang ni sampai, kebetulan masa tu ekin tak ada dirumah keluar ke sungai petani pergi rumah mak saudara tengok anak sepupu baru lahir, jadi posman tinggal la surat cinta dia suruh pergi ambil dekat pejabat pos karangan.

Monday, September 21, 2015

"TUDUNG AIDIJUMA GIVEAWAY by ANIES"

"TUDUNG AIDIJUMA GIVEAWAY by ANIES"



Assalamulaikummm.
Hai korang jom memeriahkan giveaway Anies hadiah tudung aidijuma tu hihihi.. 
 Sesiapa yang ingin boleh klik banner di atas tu ya...syarat-syarat pun taw... tarikh tutup peryertaan pada 24.9.2015.

"Saya sangat happy kerana hasil percubaan saya menyiapkan shawl yang banyak untuk dijadikan instant shawl akhirnya menjadi walaupun hasil kerjanya jahit guna tangan taw.. gigih saya mengukur kain tudung mengikut tutorial diblog untuk siapkan instant shawl tu... kini dengan instant shawl saya tak payah nak pin dah xpayah pakai kerongsang banyak dah... instant shawl menudahkan kerja saya tak lewat bila berada di hadapan cermin hihihi... suami puji terbaik hasil kerja sayang hihihi... love you instant shawl buat sendiri hihihi..."
     

Gambar Anak Artis Terkini

Gambar Anak Artis Malaysia Terkini





Hai reader blog Cik Ash... Apa khabar hari ini sihat ke... entri autopost lagi ni.. Cik Ash terlebih rajin kumpul2 anak-anak artis malaysia.. sejak aktif Instagram ni banyak usha INstagram artis la ekin...

Jom kita usha gambar anak artis yang comel sangat taw...



                   



Kredit Instagram Rozita Che Wan



Instagram Laraalanaa


                            Kredit IG JohanOzly

Ada lagi yang belum masuk nanti Cik Ash update sini lagi taw hihihi..  jom usha gambar baby anak artis tu hihihi...

Sunday, September 20, 2015

Donut Ball Cubaan Pertama

Donut Ball Cubaan Pertama | Assalamualaikum...Hai reader blog Cik Ash apa kabar ya... sihat tak hari ini.. semoga dipermudahkan urusan taw.. sejak dua mejak Cik Ash terlebih rajin kongsi resepi masakan pulak hihihi...


Donut Ball Cubaan Pertama



Petang semalam Cik Ash ada cuba buat Donut Ball resepi di ambik dari mana tak ingat la ada Cik Ash simpan dalam buku tu...  ni merupakan kali pertama cuba buat alhamdulilah jadi cuma tak cukup gebu la... nape eh Cik Ash  tak jadi gebu sangat ni ada kurang something ke...

Nanti usaha lagi buat kuih ni kena belajar ni malu korang xtaw buat apa-apa hihihihi... sesiapa yang ada cara resepi donut yang lain nanti share la ekin hihihi...

Cik Ash Di Mana-Mana Ada #4

Cik Ash Di Mana-Mana Ada #4


Assalamulaikum 
Hai... reader blog Cik Ash semua, agak lewat entri ini ekin.update tanda.terima.kasih kepada sahabat blogger yang menyenaraikan.ekin dalam top commenter Ogos 2015 di blog mereka disebabkan internet bermasalah kan.. ni entri autopost taip banyak2 buat autopost.. terima kasih kepada semua yang memberi support ekin dalam dunia blogger rasa 2014 dan tahun  ni paling banyak entri ekin tulis sejak jadi suri rumah sepenuh masa kan hihihi...

Saturday, September 19, 2015

Tahniah | Anak Pertama Yusry Dan Lisa Surihani

Anak Pertama Yusry Dan Lisa Surihani




Selamat pagi update lagi untuk hari ini hihihi... lepas geram la lama tak menulis kat blog ni... seperti biasa entri autopost la ni... sambil2 jaga suami demam sambil2 Cik Ash taip entri banyak2 siap autopost gini la tablet rosak.. 
Ok apa ni terlebih sudah sebenar Cik Ash nak ucapkan tahniah buat  lisa yang telah selamat melahirkan baby perempuan pada 15 september yang lalu dengan berat 3.4kg. 

Nama baby yusry dan lisa akan diumumkan 7 hari lagi.. so kena bersabar la ya nanti  Cik Ash update hihihi.. sumber dari instagram OfficialHlive

Update terkini anak yusry dan lisa diberi nama sangat comel dengan empunya nama tu iaitu  Yahaira Leanne -wahai sebaik baik kelembutan

Yahaira Leanne -wahai sebaik baik kelembutan 

Anak Pertama Yazer, Ekin AF3

Anak Pertama Yazer, Ekin AF3 | Hai selamat pagi semua..agak lewat Cik Ash nak ucapkan tahniah buat yazer dan Cik Ash diatas kelahiran anak pertama mereka..





Kredit ig marsha



Cik Ash dapat taw ni dari instagram Marsha AF3 intai ig ternampak marsha share  kan... Ekin AF3 dapat baby lelaki diberi nama Noah.

Sejak aktif IG isu artis dapat baby paling banyak kat blog Cik Ash kan hahaha... lepaskan rindu dekat anak orang nak ada anak sendiri belum ada lagi.. tumpang gembira dengan diorang.

Psst: entri autopost Cik Ash ada memerhati hihihi... 



Friday, September 18, 2015

DIY Sofa Lama Berwajah Baru

Sofa Lama Berwajah Baru |Assalamulaikum...Hai selamat malam semua... hari ini ekin ada nak share hasil DIY ekin selama 6 hari tanpa internet sambil hilangkan boring tu ekin datang kerajinan nak DIY sofa lama ni... ekin teringin nak tukar sofa lama dengan baju baru hihihi..ekin jahit jelujur jah kat sofa tu.. bahagian tepi xkemas pun hihihi.

sofa wajah baru




Hari apa ekin buat tu tak ingat pulak ya... ekin guna lebihan kain langsir yang tak guna MIL ekin bagi hihihi.. kain tu dah lama ekin ambik nak buat tu yang malas dan mood tak ada... hihihi... so hari tu datang kerajinan tu dan terhasil sofa berwajah baru hihihi... apa macam comel sofa kita berwajah baru ni siap jalur-jalur lagi taw hihihi...  sedap sikit mata memandang tengok kan...



Ok itu saja yang ekin nak kongsi hihihi.. nantikan entri yang lain lagi ya.. tata  semua...



Renungan Bersama | 7 Sunnah Hebat

7 Sunnah Hebat

   Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Thursday, September 17, 2015

Anak Kedua Farah Diana Breep Breep AF2

Anak Kedua Farah Diana Breep Breep AF2 | Assalamualaikum... Hai selamat petang semua... tidak agak lewat Cik Ash ingin ucapkan tahniah buat farah diana (breep breep) yang telah selamat bersalin anak kedua ni.... comel sangat baby farah geram Cik Ash nak pergi peluk ni.. 





Comel sangat anak Farah ni, geram jer Ekin tengok rasa nak cubit-cubit jer pipi dia. Tak sabar rasa nak ada anak sendiri berangan-angan kahwin tak lagi. Hahaha.

Alhamdulilah Internet Dan Telefon Kembali Pulih

Alhamdulilah Internet Dan Telefon Kembali Pulih |Assalamulaikum....
Hai semua, selamat pagi semua.... entri autopost bersiaran kembali di ruang alam maya ini... alhamdulilah masalah kabel di curi di kawasan perumahan  ekin dah selesai gak hari ini... so dapat ekin on9 dan blogwaking setiap blog lepas ni...


internet



Kumpul-kumpul semangat dan mencari ideal untuk menulis entri ni... ideal nak menulis telah lari dah hihihi... gara2 6 hari tak ada on9 kan..

Bermula dari 10 september 2015 pukul 8.30pagi hingga 16 september 2015 so lepas boleh readeem rebet dengan TM taw... bayar kurang lepas ni hihihi...

Ok la itu saja jah yang ekin nak bagitaw untuk hari ini... okbaiiii love you all...




Tuesday, September 15, 2015

Harap Maaf Buat Semua

Harap Maaf Buat Semua | Assalamualaikum...Hai korang.. malam ni cik ash update blog untuk bagi taw bermula 10 september 2015 aritu blog cik ash tak dapat nak update macam selalu.... nak blogwalking pun tak leh dah kerana internet streamyx dan telefon rumah cik ash tak dapat digunakan lagi disebabkan wayar KABEL telah dicuri oleh manusia yang tidak bertangungjawab menyusahkan orang la...

Harap Maaf Buat Semua


Cik Ash update guna data maxis untuk berapa hari jah tak boleh nak guna sangat nanti terlebih had pulak lebih limit .. masalah kabel ini tak taw berapa lama nak selesai mungkin 2 minggu berbulan2 kut...


Cik Ash mintak maaf taw cik ash tak dapat blogwaking kat blog korang buat masa ini... insyaAllah nanti internet dah pulih cik ash akan mengebom blog korang hihihi... mesti lama tak update dan blogwalking ini ada yang rindu cik ash kan hahaha... sebabnya queen of typo menyepikan diri komen pukalnya...  miss u to sahabat alam maya...


Cik Ash undur diri dulu.... haraf maaf kalau ada salah silap ya...terima kasih kepada yang memberi komen kat blog ini buka blog komen hampir mencecah angka 100  terkejut tengok taw tu baru beberapa hari tak on9...


Thursday, September 10, 2015

Dapat Ole Ole Dari London

Dapat Ole Ole Dari London | Assalaimulaikum...Selamat pagi semua... apa khabar sihat ke... harap dipermudahkan urusan buat semua ya.





Sebelum ni ekin ada share wordlees Wenesday kan ni entri penuhnya hihihi... seperti biasa la entri autopost lagi...

Baru-baru ini ekin dapat ole2 dari london pemberian dari sepupu suami ekin..terima kasih bertambah koleksi barang ekin hahahah... banyak yang magnet ni...


Coklat pahit sangat tengok tu 72%  


Ok la itu jer ekin nak kongsikan dengan korang semua best dapat ole-ole daripada London walaupun belum jejakinya lagi.

CPUV 7 September 2015 : Welcome To Shell Campaign

CPUV 7 September 2015 : Welcome To Shell Campaign | Assalamualaikum, Hai update lagi entri autopost hari ini, jangan marah ya, harap ada la yang sudi singgah blog Cik Ash ni.



Suka Cik Ash tengok ada lagi iklan CPUV baru yang sedang On Going pada 7 Sepetember 2015. Alhamdulilah rezeki ketiga untuk bulan September 2015 ni.

CPUV yang sedang bergayut-gayut blog Cik Ash adalah Welcome To Shell Campaign ni.. suami Cik Ash pun selalu isi minyak dekat Shell taw.. Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan kempen Welcome To Shell Canpaign ini , boleh berkunjung ke website Shell Malaysia. Terima kasih Mr.Nuffnang nanti bagi banyak-banyak iklan  kat kita taw hihihi.. 

Wednesday, September 9, 2015

Wordless Wednesday #20 | Ole-Ole Dari London

 Wordless Wednesday #20

Dapat Ole-Ole Dari London








Nantikan entri penuh siapa yang bagi ini hihihi.... 




" BROOCH Mini Giveaway"

 " BROOCH Mini Giveaway" | Assalamualaikum... selamat petang semua, lama tak join Giveaway kan. Kali ini Ekin ingin memeriahkan giveaway dari blog Cinta Itu Indah. 



Hadiah yang bakal pemenang dapat brooch, cantik brooch tu, join giveaway ni mana la tahu ada rezeki dapat brooch ni.

Kalau korang nak join giveaway ini korang klik banner dekat atas tu. Giveaway akan tamat pada 22 September 2015 jam 11.59pm.

Award Certificate Of Awesomeness By Cik Mimie

Award Certificate Of Awesomeness By Cik Mimie |Assalamulaikum... hai korang.. maaf terlambat share entri buat Cik Mimie ni.. taip dah lama asyik tersimpan dalam draf saja...   




Ok la ekin ingin mengucapkan terima kasih buat Cik Mimie di atas perhargaan Sijil yang sangat comel ni... kenapa ekin dapat sijil ini sebab ekin tersenarai dalam Pengomen Tegar Ogos 2015 di blog Cik Mimie ini...  

Bulan Ogos ni sijil mengikut tema kemerdekaan cantik sangat kan, kak ekin sangat suka la Cik Mimie... So sesiapa yang ingin mengenali Cik Mimie lebih dekat blog terjah blog dia taw.. Klik jah nama Cik Mimie di setiap entri ini.. 

Tuesday, September 8, 2015

CPUV 3 September 2015 | The Face Shop - Oil Control

CPUV 3 September 2015 : The Face Shop-Oil Control | Assalamulaikum..Hai update lagi entri autopost ini, jangan Marah taw harap ada la yang sudi singgah blog Cik Ash ni.. yang best  ada lagi  iklan CPUV baru on going  pada 3 September 2015.. Alhamdulilah  rezeki kedua untuk bulan september ni.





CpUV yang sedang bergayut-gayut blog ekin adalah The Face Shop- Oil Control ni.. orang korea ramai guna ni.. Terima kasih Mr.Nuffnang nanti bagi banyak-banyak iklan  kat kita taw hihihi.. 




Ayam Goreng Daun Limau Purut

Ayam Goreng Daun Limau Purut | Assalamualaikum..Hai selamat petang lama tak buat entri waktu petang kan... kita ubah angin autopost petang la ya... macam keje shif dah ni hahahha.. hari ini ekin share resepi hihihi yang duk draf dalam blog ini... gini la bila guna hp abang... hihihi.... dia keje malam pagi ekin taip2 siap entri.. dia keje pagi ekin taip waktu malam bgi siap dan autopost la.. semua entri asyik autopost nanti ada yang jemu jangan la jemu  macam meh2 la baca taw..





Eh apa ni melalut jah ke arah lain sebenarnya ekin nak share resepi jah dalam entri ni taw... Ayam Goreng Daun Limau Purut ekin dah buat minggu lepas ni baru nak share asyik tersimpan dalam draf kan.. jangan marah taw.. percubaan pertama buat sedap gak tapi en suami kurang makan sebab bau daun limau purut hiihi... 

Jom kita Usha resepi Ayam Goreng Daun Limau Purut kat bawah ni

Bahan-Bahan 
9 ketul ayam (ikut suka la nak letak berapa tu kita buat)
1 Biji Bawang Besar (tumbuk bawang tu)
4 ulas Bawang Putih (  tumbuk )
5 helai daun limau purut (dihiris panjang2)
3 sudu besar Kicap ABC (kita guna kicap tu) 
1 sudu kecil gula
Garam secukup  rasa taw
Minyak untuk mengoreng 

Cara membuatnya:
1. Bersihkan ayam.. ambik dalam 9ketul ikut suka korang la... 

2. Gaul ayam bersama kicap manis ,gula, garam dan bahan-bahan tumbuk dan daun limau purut tu.

3. Perap setengah jam lagi lama lagi best.. 

4. Akhir sekali boleh di goreng ayam tu.. 

5. Siap boleh di hidang dengan nasi panas... 

P/s : harap korang faham la resepi yang ekin share ni hihihi... jom cuba hihihi..