Monday, August 31, 2015

Promote | GA 1st Year Blog Anniversary | aryshafayyadh.blogspot.com

Promote | GA 1st Year Blog Anniversary | aryshafayyadh.blogspot.com | Assalamualaikum...Hai reader blog Cik Ash yang dikasihi, Cik Ash merupakan salah seorang penaja GA 1st Year Blog Annivesary blog  aryshafayyadh.blogspot.com mengalu-alukan penyertaan rakan blogger seramai yang mungkin untuk memeriahkan GA 1st Year Blog Anniversary| aryshafayyadh.blogspot.com ni.




GA 1st Year Blog Anniversary| aryshafayyadh.blogspot.com menawarkan pelbagai hadiah yang menarik untuk di menangi di taja khas oleh Group  #BloggerUtara. Memang berbaloi menyertai giveaway ini. Syarat penyertaan yang untuk giveaway ini juga adalah syarat rutin setiap giveaway untuk blogger.

Detail GA 1st Year Blog Anniversary| aryshafayyadh.blogspot.com
   * Tarikh Tutup : 10 September 2015, 12.00am
   *30 pemenang dicari
  * Pemenang akan dipilih melalui cabutan              bertuah tangan anak kak sha (my                          Boboboy).

Nak Join? Klik Banner            

Sunday, August 30, 2015

Selamat Hari Kemerdekaan Ke- 58

Selamat Hari Kemerdekaan Ke- 58 | Assalamualaikum... Hai korang semua, apa khabar semua, selamat malam semua... ekin ingin ucapkan Selamat Hari Kemerdekaan ke 58 buat semua rakyat Malaysia.





Esok mesti ramai yang ada aktiviti yang telah dirancang untuk family kan, best sangat kan, ekin esok tak ada pergi mana-mana hanya duduk dirumah sebab suami ekin berkerja hari ini. Dapat la lebih bulan ni hihihi


Selamat Pagi

Selamat Pagi |  Assalamualaikum semua...Hai reader blog Cik Ash semua... apa khabar untuk hari ini...semoga dipermudahkan urusan untuk hari ini ya...
 
 
Selamat Pagi



hari ni suami berkerja tak ada aktiviti nak p mana-mana duk di rumah mulakan keje rumah la... basuh kain, jemur kain,sapu sampah dan lain2..

Esok dah merdeka hari ini ramai budak yang tak pergi sekolah dia kata serba salah esok dah cuti..dia orang buat cuti sendiri tu...


Saturday, August 29, 2015

Dari Haruman Turun ke Hati, gandingan Shukri Yahaya & Fathia Latiff

  Dari Haruman Turun ke Hati, gandingan Shukri Yahaya & Fathia Latiff | Assalamualaikum...Hai,terima kasih kepada yang sudi singgah baca blog Cik Ash, Blog Cik Ash ni ada masalah jer dah macam tuannya sakit juga ni.Hahaha.
 
 
Dari Haruman Turun ke Hati, gandingan Shukri Yahaya & Fathia Latiff

Siapa kat sini peminat cerita drama Dia Isteri Luar Biasa, mesti kenal dua pelakon watak utama iaitu Syukri Yahaya dan Fathia Latiff. Cik Ash ada ternampak satu video klik gandingan mereka berdua dalam iklan Dari Haruman turun Ke Hati. 

Gandingan mereka  memang terbaik nampak sweet jer. Lepas ni nak cuba guna produk yang macam dalam iklan tu kita pun nak bagi suami puji la hahaha.


Friday, August 28, 2015

Jaclyn Victor Dapat Anak Lelaki

 Jaclyn Victor Dapat Anak Lelaki | Hai reader blog Cik Ash apa khabar sihat ke.. update ini ekin ingin ucapkan Tahniah buat Jaclyn Victor dan Suami Dapat Anak Lelaki.  Jaclyn telah selamat melahirkan seorang baby lelaki pada Isnin lalu.



Ekin pun try usha kat instagram Jaclyn Victor dah ada gambar baby jac taw dah siap bagi nama... comelnya baby... harap ekin dapat merasa pengalaman ada baby gak nanti... 

Ingin taw lebih lanjut pasal Jaclyn Victor boleh tengok instagram Jaclyn Victor .



Renungan Hari Jumaat

Renungan Hari Jumaat

Renungan Hari Jumaat



Assalamulaikum... 
Hai, selamat pagi jumaat semua... semoga dipermudahkan urusan buat korang semua... sekejap jah rasa tak lama dah habis bulan ogos ni.. lagi berapa hari nak sambut kemerdekaan kan.. 

Cik Ash kongsikan kata-kata di bawah ini... 

 "Semakin jauh kita cuba lari dari menyelesaikan masalah, semakin dekat ianya datang menghampiri kita"

Thursday, August 27, 2015

WaNiTa IbAraT SePerTi EpaL

WaNiTa IbAraT SePerTi EpaL |Assalamualaikum...Hai.. selamat pagi.. harap semuanya sihat ya...  wanita ibarat epal pun ada jom la baca... entri lama dipulibsh semula untuk bagi korang baca... sory taw bulan ni mood nak menulis kurang la pulak.. blogwalking pun dah tak berapa jalan..ekin nak berehat dulu nak p kumpul2 semangat yang hilang...



Indah sungguh cuaca pagi itu.Angin bertiup tenang.Sinaran mentari lembut menerangi alam.Tapi sayang, itu semua tidak dapat memadam kegundahan hati sebiji epal yang berada nun di pucuk.Sejak seminggu lalu epal itu asyik berfikir, kenapa aku tidak dipetik orang? Kulitku licin mulus. Warnaku merah bersinar. Sesiapa yang melihat pasti terbakar seleranya. Pasti mereka terbayang betapa manisnya rasaku.Tapi kenapa aku tidak dipetik orang?

Epal tersebut memandang ke bawah.Hairan, kenapa manusia memilih kawan-kawannya yang berada di bawah sana.Bukankah mereka tidak mendapat angin paling bersih dan cahaya paling murni seperti aku yang berada di puncak paling murni ini? Bukankah rakan-rakanku itu ada yang sudah buruk dirosakkan seranggga?
Epal tersebut bingung memikirkan kenapa rakan-rakannya yang telah pun disentuh dan dibelek-belek menjadi pilihan, bukan dirinya yang belum tercemar dan dicuit orang.Apa kurang dirinya ini? Perasaan rendah diri mula bertandang. Makin lama makin menebal, diselangi rasa kecewa dan bimbang Murungnya tidak terganggu lagi. Lalu, pada pagi yang damai dan indah itu, epal tersebut menggugurkan dirinya ke tanah.Apabila sudah berada dibawah,hatinya gembira bukan kepalang. Sedetik lagi aku akan dipilih manusia.Warna merahku yang berkilau dan kulitku yang licin mulus ini pasti mencairkan liur mereka.
Epal menanti manusia bertuah itu.Malangnya sampai ke malam, tiada seorang pun datang mengambilnya.Buahan-buahan yang tergantung mudah dicapai tangan juga menjadi pilihan orang.Yang sudah dibelek-belek, dicuit-cuit dan disentuh-sentuh juga menjadi buruan.Rasa gembira bertukar menjadi risau.Daripada risau menjadi sedih.
Siang berganti malam, hari berganti minggu.Kasihan..akhirnya epal tersebut busuk ditanah menjadi habuan ulat dan serangga perosak….
“Wanita ibarat epal. Epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran di tanah, tetapi,epal yang tidak mampu dimiliki berada di puncak!! Susah dipetik, susah digapai, tapi, kadang-kadang epal tu risau, kenapa la diriku belum dipetik lagi?? Lantas dia merendahkan martabatnya lalu menggugurkan dirinya ke tanah, sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH tinggikan martabatnya sehingga tiada siapa yang berani memetiknya. Hanya pemuda yang benar-benar beriman saja yang mampu memilikinya. Mungkin bukan di dunia, tapi, di akhirat. Biarlah jodoh bukan di dunia. Asalkan cinta ILLAHI menginginkannya.”

Boleh terjah entri lain untuk taw lebih banyak lagi tentang wanita 

👉Baca : Wanita Ibarat Permata
👉Baca : Wanita Ibarat Seperti Pohon Semalu
👉Baca : Wanita Ibarat Seperti Ikan

Monday, August 24, 2015

Apa Itu Kencing Tikus

Kencing Tikus 

Hai selamat pagi semua..dah bersarapan ke.. semoga dipermudahkan urusan untuk hari ini...



Penyakit “kencing tikus” atau nama  sebenarnya adalah penyakit Leptospirosis adalah suatu penyakit infeksi akut yang disebabkan suatu jasad renik tertentu yang dinamakan Leptospira. Leptospirosis dapat
menyerang manusia atau haiwan dan digolongkan sebagai penyakit zoonosis, ertinya menular dari haiwan
ke manusia, dan penularan ini sering terjadi secara  kebetulan.
Penyakit Leptospirosis ini masih menjadi permasalahan kesihatan masyarakat terutama di negara tropis dan subtropis di negara berkembang. Hal ini akibat antara lain curahan hujan yang tinggi, kesihatan lingkungan yang kurang baik, terutama berkait dengan masalah sampah. Peratus penyakit leptospirosis di Indonesia cukup tinggi dan angka kematian kerana penyakit ini cukup besar. Indonesia menepati peringkat ketiga di dunia.

Kuman Penyebab 
Penyebab penyakit Leptospirosis adalah spesies Leptospira Interrogans yang mampu menyebabkan
penyakit (patogen) pada manusia. Ada pula spesies lain yang tidak patogen, iaitu Leptospira Biflexa. Leptospiraberbentuk spiral dengan ukuran 0,1 mm x 6 - 20 mm, selalu bergerak, dapat hidup di air tawar selama kurang lebih 1 bulan biasanya cepat mati di air masin. Setiap spesies leptospira
terbahagi menjadi puluhan serogrup dan terbahagi lagi menjadi puluhan, bahkan ratusan serovar.
Saat ini, Leptospira interrogans yang bersifat patogen telah dikenal lebih dari 200 serovar. Jasad renik ini biasanya hidup di dalam ginjal haiwan pejamu (inang) dan dikeluarkan melalui air kencing (urin) saat berkemih. Haiwan pejamu tersebut antara lain tikus, babi, kambing, domba, kuda, anjing, kucing, kelelawar, tupai dan landak. Tikus sering menjadi pejamu bagi pelbagai serovar leptospira

Sunday, August 23, 2015

Selamat Pengantin Baru Sheera Iskandar Dab Chef Doul Harun

Selamat Pengantin Baru Sheera Iskandar Dab Chef Doul Harun
Gambar dari Instagram Sheera

Assalamulaikum... 
Hai selamat malam... lama tak update entri waktu malam kan... ekin ingin mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru kepada Anak pelakon lama, Aznah Hamid iaitu Sheera Iskandar, sah bergelar isteri kepada chef Doul Harun malam tadi  22 Ogos 2015 di Ara Damansara. 

Upacara akad nikah berwalikan bapa Sheera, Tengku Iskandar Tengku Ahmad. Majlis dihadiri tetamu sekitar 200 orang. "Alhamdulillah semuanya selamat berlangsung. Majlis akad nikah dihadiri keluarga terdekat sahaja. Insya-Allah nanti kalau jadi, majlis resepsi kita akan jemput dijangka tahun depan,

Nak tengok banyak lagi gambar kahwin Sheera dan suami boleh la pergi instagram Sheera Iskandar


Senarai Pemenang Anugerah Lawak Warna 2015

Senarai Pemenang Anugerah Lawak 2015 | Assalamualaikum...Hai, selamat tengahari semua...agar lewat Cik Ash kongsi keputusan pemenang Anugerah Lawak Warna 2015 sory tahu tersimpan dalam draf terlupa nak publish.



Ok jom kita tengok senarai pemenang Anugerah Lawak Warna 2015 dekat bawah ni. Tahniah kepada semua pemenang.

Kategori Terbaik

Filem Komedi Terbaik
Gila Baby-Grand Brilliance Sdn Bhd

Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem)
Beto Kusyairy - Gila Baby 

Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Filem)
Nadiya Nissa - Gila Baby

Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (TV)
Sharnazz Ahmad - Suamiku Encik Sotong 

Pelakon Komedi Wanita Terbaik (TV)
Jihan Muse - Jihan Nak Buat Rumah Terbuka

Rancangan Komedi Terbaik Bersiri
Karoot Komedia x S3 - Lydia Emalia Ishak (APSB) 

Rancangan Komedi Terbaik Bukan Bersiri
Super Spontan 2014 (Akhir) - Noradyman Sulaiman (Vision Works)

Rancangan Drama TV Komedi Terbaik (Bersiri)
Keluarga Iskandar 2 - KL Motion Pictures 

Telemovie Komedi Terbaik
Jihan Nak Buat Rumah Terbuka - KL Motion Pictures

Lakon Layar & Skip Komedi Terbaik (Filem)
Alfie  Palermo & Khabir Bhatia - Gila Baby 

Lakon Layar & Skip Komedi Terbaik (TV)
Mazlan Manan - Cinta Kedua 

Pengarah Komedi Terbaik (Filem)
Khabir Bhatia - Gila Baby 

Pengarah Komedi Terbaik (Filem)
Syed Khairul Farez - Jihan Nak 


Kategori Popular

Artis Lawak Duo atau Berkumpulan Paling Popular

















Friday, August 21, 2015

7 JENIS PERSAHABATAN HANYA 1 SAMPAI AKHIRAT

💝7 JENIS PERSAHABATAN HANYA 1 SAMPAI AKHIRAT :


1. TA'ARUFFAN
Persahabatan yang terjalin secara kebetulan, seperti pernah bertemu i stesyen kereta api, hotel, hospital, pejabat post, ATM dan lain-lain. 

2.  TAARIIKHAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor sejarah, misalnya teman sekampung, satu kelas, satu sekolah, satu asrama dan sebagainya. 

3. AHAMMIYYATAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor kepentingan tertentu seperti rakan bisnes,politik dan sebagainya.

4. FAARIHAN 
Persahabatan yang terjalin kerana faktor hobi, seperti teman futsal, badminton, memancing dan sebagainya. 

5. AMALAN 
Persahabatan yang terjalin kerana kerjaya, misalnya sama-sama guru, doktor, arkitek dan sebagainya.

6. ADUWWAN 
Sahabat tetapi musuh, depan kita bukan main dia baik lagi tapi bila belakang kita, Allah! Pijak semut pun tak mati! Talam dua muka, Seperti firman Allah s.w.t  "Kalau kamu mendapat kebaikan atau kesenangan ia menyakitkan hati mereka, bila kamu ditimpa musibah mereka senang hati" (Surah Ali Imran 120)


Rasulullah s.a.w mengajarkan doa : Allahumma Ya Allah.. Selamatkanlah aku dari sahabat yang bila melihat kebaikanku dia bersembunyi tetapi bila melihat keburukanku dia sebarkan. "

7. HUBBAN LI IMAANAN
Sebuah ikatan persahabatan yang lahir batin, tulus saling cinta dan sayang kerana ALLAH Azza Wa jalla, saling menolong, menasihati, menutupi aib sahabatnya, memberi hadiah, bahkan diam-diam dipenghunjung malam, ia doakan sahabatnya, Boleh jadi ia tidak bertemu tetapi ia cinta sahabatnya kerana Allah Ta'ala. 
Dari 7 macam persahabatan di atas 1 hingga 6 akan LENYAP di akhirat , yang tinggal hanya 1 ikatan persahabatan iaitu persahabatan yang ke- 7. Persahabatan yang terjalin kerana Allah Taala seperti firman Allah s.w.t : "Pada hari itu (Kiamat) sahabat-sahabat karib akan menjadi musuh bagi yang lain kecuali persahabatan kerana ketaqwaan" (Surah Az-Zukhruf 67)
 Semoga dieratkan persahabatan kita ini kerana Allah... Aamiin...!!!💝

Thursday, August 20, 2015

Terima Kasih Afidah Azmi88 | Tudung Bawal Menang Giveaway

 Dapat Tudung Bawal Menang Giveaway Afidah Azmi88 | Assalamualaikum... Alhamdulilah diberi peluang untuk menulis di blog hari ini, harap ada yang singgah baca dekat blog ni.







Ok tujuan ekin tulis entri ini ingin mengucapkan terima kasih kepada Afidah Azmidi atas hadiah tudung bawal yang sangat comel tu kak ekin suka... Mesti korang pelik ekin tak menang pun GA fida tetapi rezeki GA berpihak kepada Blog SUAMI ekin yang dapat no bertuah 95... last dia join giveaway... hihihi..

Jom2 singgah blog  Suami Cik Ash ya...

Wednesday, August 19, 2015

Anak Pertama Raffi Ahmad dan Nagita

 Anak Pertama Raffi Ahmad dan Nagita | Assalamualaikum...Hai semua.. entri autopost lagi... semalan ekin try la usha website kapanlagi saja2 la nak baca gosip artis kat indonesia.. dan masa ekin usha2 tu ternampak kisah perlakon Raffi Ahmad dan isterinya Nagita telah selamat melahirkan anak lelaki... Tahniah buat mereka... tidak agak terlewat ekin share ini...


6 Momen Kebersamaan Raffi Ahmad dan Nagita Slavina dengan Anak Kembar Syahnaz Sadiqah




PETIKAN DARI kapanlagi.

 Nagita alias Gigi telah melahirkan bayi laki-laki, Sabtu (15/8/2015) sekitar pukul 08.45 WIB, di RSIA Bunda, Menteng, Jakarta Pusat.

Ibu kandung Raffi, Amy Qanita mengatakan, anak pertama Raffi dan Gigi telah diberikan nama yang cukup bagus.

"Namanya Raffatar Malik Ahmad. Arti namanya nanti ajalah biar Raffi aja," ujar Amy, ketika berbincang di acara 'Dahsyat', Sabtu (15/8/2015).

Amy juga menambahkan, saat ini kondisi Gigi dan bayinya dalam keadaan baik-baik saja.
Walaupun proses persalinan Gigi akhirnya dilakukan secara caesar.

"Pagi ini akhirnya ambil tindakan caesar, karena bayinya telentang dan ari-arinya juga susah. Kontraksi sudah semalaman, karena Gigi kan maunya normal. Tapi pembukaannya ngga nambah-nambah," 

Update 24/8/2015:
Maaf terlambat kongsi gambar anak raffi.. ekin baru lepas intai2 instagram raffi kat bawah ni gambar baby comel.. ingin lagi tengok gambar anak raffi boleh usha instagramRaffi Ahmad.

Tuesday, August 18, 2015

Selamat Pengantin Baru Abby Abadi Dan Suami

Selamat Pengantin Baru Abby Abadi Dan Suami | Assalamulaikum...
Hai selamat pagi.. alhamdulilah dapat lagi ekin update blog untuk hari ini kan... entri autopost ini...tablet masih belum dapat baiki lagi... update guna hp encik suami ni..



Ok la tidak terlambat lagi kan ekin ingin ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Abby Abadi \dan Muhammad Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015. Majlis perkahwinan telah berlangsung dengan hanya sekali lafaz pada pukul 3.30 petang Jumaat bertempat di Masjid As-Sobirin, Keramat. Semoga Perkahwinan mereka berdua berkekalan ke akhir Jannah.. 

20 Fakta Menarik Tentang Lembu

20 Fakta Menarik Tentang Lembu | Assalamualaikum.......Hai, selamat pagi semua... ini merupakan entri lama ekin publish  kembali untuk dikongsikan buat korang semua...  ramai yang tak taw 20 Fakta Menarik Tentang Lembu kan... Jom usha pasal lembu ni... kekurangan ideal menulis ekin upkan entri lama jangan taw hihihi...

                                  


  1. Lembu dan manusia mempunyai tempoh kehamilan yang lebih kurang sama iaitu 9 bulan.
  2. Di U.S.A. hasil pengeluaran susu lembu tenusu adalah dijangka lebih kurang 12,000 pound setiap hari.
  3. Di Colorado terdapat lebih kurang 83,000 lembu tenusu.
  4. Lembu tenusu boleh menghasilkan 20-35 gelen air liur setiap hari.
  5. Lembu tenusu minum di antara 20-50 gelen air setiap hari.
  6. Lembu tiada gigi di bahagian atas, sebaliknya mereka ada lapisan tebal di rahang atas.
  7. Lembu boleh mengesan bau sejauh 5 batu.
  8. Lembu mampu mendengar bunyi berfrekuensi lebih tinggi dan lebih rendah berbanding manusia
  9. Anda perlu memerah susu 260 ekor lembu sepanjang tahun untuk memenuhkan tangki minyak kapal angkasa yang berkapasiti 529 000 gelen.
  10. Ada lebih 9 juta anak lembu daging dan lembu tenusu di New Zealand.
  11. Jumlah lembu di Friesland, Netherlands adalah sama dengan bilangan manusia yang tinggal di sana.
  12. Suhu lembu yang baru diperah adalah 101 darjah Fahrenheit dan ia perlu disejukkan dan di simpan pada suhu 40 darjah Fahrenheit. (101 °F = 38.3 °C, 40 °F = 4.4 °C )
  13. Kajian menujukkan bahawa muzik klasik mampu untuk membuatkan lembu mengeluarkan lebih banyak susu. (hohoho menarik ni)
  14. Secara purata, lembu tenusu duduk dan bangun sebanyak 14 kali sehari.
  15. Secara purata, kira-kira 350 picitan diperlukan untuk mendapat segelen susu ketika proses pemerahan.(1 gelen = 3.79 liter susah gak nak perah susu ni hohoho)
  16. Seekor lembu membuat 40 000 gerakan rahang dalam masa sehari.
  17. Anda boleh menarik lembu untuk menaiki tangga, tapi agak mustahil untuk tarik lembu berkenaan turun dari tangga hahaha
  18. Lembu ada 4 perut. (4 bahagian sebenarnya hohoho)
  19. Lembu mampu menyumbang 200 000 gelas susu sepanjang hayat mereka.
  20. Lembu boleh tidur dengan berdiri.

Semoga pengkongsian fakta ini mampu untuk memberi sedikit ilmu dan kebaikan kepada anda... 





Cik Ash Di Mana-Mana Ada #3

Cik Ash Di Mana-Mana Ada #3 |Assalamulaikum Hai... reader blog Cik Ash semua, agak lewat entri ini ekin.update tanda.terima.kasih kepada sahabat blogger yang menyenaraikan.ekin dalam top commenter Julai 2015 di blog mereka... 

ni entri autopost taip banyak2 buat autopost.. disebabkan ekin ada problem dengan Tablet dah rosak ni guna hp Encik Suami taip blog... macam- macam ujian Allah uji ekin diharap ekin bersabar menempuhi dugaan ini... 

Jom Terjah blog yang memberi perhargaan kepada ekin ni... kalau ada lagi blog nama Cik Ash di top comment bagitaw la mungkin terlepas pandang ya.. mungkin bulan Ogos nama Cik Ash bakal tergelam di semua blog.. 








Sunday, August 16, 2015

HANTARAN AL-QURAN

HANTARAN AL-QURAN

Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil..
“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.
Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.
“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.
“Ala, awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.
“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.
“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..
“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.
“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.
“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.
“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.
“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.
“Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.
“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.
“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.
Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.
Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.
“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.
Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.
“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.
“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak… usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.
“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.
Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.
“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.
“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.
Surah Ar Rad
Surah Ar Ra’d
“Apa benda nih” detik hati Nabil.
“Bismillahirrahmaani rrahim..ALL. .MAA.. RIII..!!” berlagu Nabil.
Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.
“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassya itaanirrajim. . Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM… RAA..” kedengar suara gemersik Ustaz Sa’ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.
Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.
“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa’ad.
“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..” penutup Ustaz Sa’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.
Hari semakin cepat berlalu.
Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.
Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa’ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil

Saturday, August 15, 2015

Dapat Sample Free Cetaphil

Sample Free Cetaphil





Assalamulaikum... 
Hai, alhamdulilah diberi peluang menulis blog untuk hari ini... apa khabar reader blog Cik Ash yang di kasihi... Harap semua sihat ya... ekin sekarang kurang sihat sangat tak taw sakit apa dah 2 kali ambik darah untuk chek sakit...  

Ok la lupakan tentang sakit ekin meh kita bercerita pasal ekin dapat sample free produk muka Cetaphil ni... aritu ada kat Facebook Pages ada post jom dapat sample free.. ekin apa lagi klik dan daftar nak dapatkannya... ekin tak guna nak bagi Encik Suami  guna hihihi tengok baiknya wife tolong dapatkan untuk suami taw...

pssst... entri autopost ekin ada memerhati di blog anda...



Friday, August 14, 2015

Terima Kasih Kak Sweet Rose | Fridge Magnet

Fridge Magnet Sweet Rose





Assalamulaikum...
Hai, reader blog Cik Ash...apa khabar untuk hari ini sihat ke... entri autopost ni...
Semoga dipermudahkan urusan korang ya..

Ok sebelum ni ekin ada join Gieaway yang di anjurkan oleh Kak Rosni.... Alhamdulilah ekin berjaya dalam giveaway itu dan di atas tu hadiah ekin dapat... entri kemenangan ekin boleh baca SINI..

Terima kasih Kak Rosni hadiah yang sangat comel tu... Yang ingin mengenali Kak Rosni kita lebih dekat boleh berkunjung ke Blog Kak Rosni..


Thursday, August 13, 2015

Sejarah Kucing dan Fakta-Fakta Menarik

Sejarah Kucing  dan Fakta-Fakta Menarik | Assalamualaikum...Semua orang minat kucing...termasuk la ikin minat kucing  gakk.. tapi kita ni taw jaga jer kucing-kucing2 kan... di sebalik kucing ada fakta-fakta yang menarik tentang kucing yang kita tak taw kan... kat bawah ni ikin share pasal fakta-faktanya ialah 


“Sejarah Kucing"


Kucing dikenali sebagai mamalia karnivor kecil dari subspesis Felis silvestris catus. Ia adalah keturunan kucing liar Afrika, Felis silvestris lybica dan mungkin dijinakkan 3,500 tahun dahulu di zaman Mesir purba, di mana ia digunakan untuk menjaga simpanan bijirin daripada tikus dan roden yang lain. Hari ini kucing merupakan salah satu daripada haiwan belaan rumah yang paling terkenal di dunia. 


Kucing yang keturunannya berdaftar secara rasmi dipanggil kucing baka, kucing baka tulen atau kucing pertunjukan. Kucing baka tulen adalah kurang dari satu peratus daripada keseluruhan populasi kucing; kucing yang mempunyai baka campuran dirujuk sebagai bulu-panjang bela jinak dan bulu-pendek bela jinak. 


Terdapat pelbagai baka kucing domestik, ada yang tidak berbulu ataupun ekor, dan mereka wujud dalam beraneka warna yang berlainan dan ada juga mempunyai banyak warna. Mereka adalah pemangsa yang mahir dan diketahui bahawa mereka memburu lebih dari seribu spesies haiwan lain sebagai makanan. 


Mereka juga haiwan yang pintar dan ada yang berkebolehan untuk menggunakan mekanisma ringkas seperti tuil pintu atau tandas manusia, seperti yang dijelaskan dibawah. Mereka berhubung dengan mengiau (“meow”/”miaou”), mengeluarkan bunyi ‘purrr’, berdesis dan juga isyarat anggota. Kucing boleh dikatakan baru lagi dijinakkan, oleh itu kucing juga boleh hidup di kawasan liar dan selalunya mereka akan membentuk satu koloni kecil. 


Hubungan manusia dan kucing menyebabkan kucing dipuja di dalam dongeng dan legenda dari beberapa bangsa, contohnya Mesir Purba, Viking dan juga Cina.


Banyak mitos yang bertebaran disetiap kehidupan kucing mulai dari memiliki 9 nyawa hingga sebagai jelmaan dewa. Seperti yan terjadi pada masa dinasti Fir’aun 3000 tahun yang lalu, kucing amat dipuja karena dianggap sebagai titisan dewa. Lain di Mesir lain pula di Eropa, di dataran ini kucing dianggap sebagai sihir setan atau pembawa bencana. 


Pada masa abad kegelapan terjadi pemusnahan besar-besaran terhadap haiwan lucu ini, hingga menyebar ke Afrika Utara. Padahal, wabah yang oleh masyarakat saat itu dianggap sebagai kutukan adalah jenis penyakit pes yang diakibatkan oleh meledaknya populasi tikus dan penurunan populasi kucing sebagai Pemangsa.”




“Fakta-Fakta Menarik Tentang Kucing"
  • Tahukah anda, Sekiranya seekor kucing mempunyai bulu 3 warna, 99.97% pasti  bahawa kucing tersebut adalah betina!. Dan walaupun sekiranya ia jantan (0.03%), maka 99.99% pasti bahawa ianya adalah mandul!. Justeru, jika anda mempunyai kucing jantan 3 warna yang jantannya tulen dan sejati, itulah kucing paling bernilai di dunia ini!
  •  Kucing boleh mengeluarkan lebih dari 100 bunyi,manakala anjing hanya boleh mengeluarkan 10.
  • Kucing mempunyai 200 juta sel yang sensitif terhadap bau di hidungnya (40 kali lebih banyak dari manusia)
  • Kucing adalah haiwan nokturnal,iaitu aktif diwaktu malam
  • Kucing boleh membezakan warna ungu, biru, hijau dan kuning.
  • Kucing adalah haiwan jenis karnivor
  • Kucing mempunyai bulu yang berfungsi mirip seperti misainya di belakang kaki depan mereka
  • Kucing punya 200 juta sel yang sensitif terhadap bau di hidungnya (40 kali lebih banyak dari manusia)
  • Coklat boleh menjadi racun bagi kucing (kerana coklat memiliki bahan kimia theobromine”
  • “Aspirin boleh mendatangkan kematikan bagi kucing (hati kucing tidak mampu melarutkan enzim untuk metabolisme aspirin)
  • Ada penyakit yang bernama jerawat kucing (feline acne)
  • Ada penyakit mirip AIDS pada kucing yang disebabkan oleh FIV (Feline Immunodeficiency Virus)
  • Kucing parsi adalah salah satu jenis kucing berbulu panjang yang paling tua dan popular
  • Birman, kucing bermata biru ini dipercayai sebagai keturunan dari kucing kuil di Birma
  • Kucing jenis Turkish Van menyukai air sampai kucing jenis ini mendapat nama julukan Turskish Swimming Cat
  • Nada E pada oktava keempat boleh memaksa kucing muda membuang air besar dan kucing dewasa menjadi terangsang (Drs. Morin dan Bachrach)
  • Kucing boleh pulang ke rumah meskipun korang membuangnya beberapa kilometer dari rumah.
  • Kucing punyai kebolehan menenangkan manusia (saat seseorang mengangkat kucing, tekanan darahnya turun dan denyut jantungnya menjadi stabil)
  • Kucing adalah pemburu yang oportunis (burung, tikus, serangga, kodok, manapun yang lebih mudah diburu)
  • Di zaman Mesir kuno, hukuman bagi mereka yang membunuh kucing adalah hukuman mati
  • Kita masih lagi di zaman Mesir kuno, sekiranya ada kucing peliharaan yang mati, seluruh keluarga itu akan mencukur kening mereka sebagai tanda berkabung”
  • “Kucing punya memori yang lebih baik dari anjing, monyet dan orang utan
  • Jangan korang tak tau kucing pun ada yang kidal juga tau
  • Kucing boleh melompat tujuh kali tinggi tubuhnya
  • Kucing boleh lari sampai 50 km/jam
  • Penglihatan kucing adalah enam kali lebih baik dari manusia pada waktu malam kerana taperum lucidum, sel khusus yang menyerap cahaya
  • Kucing tidak mengiau kepada kucing sesuka hati yang kecuali pada waktu-waktu tertentu
  • Kucing mandi (menjilat dirinya) setelah mengalami kejadian berbahaya atau untuk menenangkan diri
  • Kucing tidak boleh berpeluh
  • Kucing boleh mendengar ferkuansi tinggi sampai 65 kHz
  • Jantung kucing berdegup dua kali lebih cepat dari manusia (110-140 denyutan perminit)
  • Suhu normal kucing adalah 38.6 darjah celcius
  • Kucing jantan boleh mulai mengawan setelah berumur antara 7-10 bulan, sementara kucing betina antara 5-9 bulan”
  • Pemerintah terkenal dahulu kala Julius Caesar dan Napoleon menderita ailurophobia (iaitu takut terhadap kucing)
  • Semua kucing lahir dengan mata biru
  • Keluarga kucing adalah salah salah satu mamalia tertua
  • Orang Mesir kuno percaya bahawa Bast(Dewi Matahari Dan Peperangan) adalah ibu dari semua kucing
  • Kucing hitam pembawa sial adalah tahayul dari negara Amerika. Di Asia, kucing hitam dianggap pembawa keberuntungan
  • Kucing dengan corak bulu calico dan tortoiseshell biasanya betina
  • Kucing lebih senang kalau bermain dalam jumlah anggota genap
  • Air kencing kucing bersinar dalam cahaya yang samar atau gelap
  • Catnip (sejenis herba) sangat disukai kucing kerana baunya sama dengan bau kucing betina dominan
  • Kucing boleh mendermakan darahnya untuk kucing lain Darah kucing kalau dipadankan dengan manusia adalah sama dengan darah manusia jenis AB
  • Kucing memiliki kelopak mata ketiga yang disebut haw (bahasa inggeris)
  • Kucing punya lapisan bulu asli di bawah bulunya
  • Kucing melangkah dengan kedua kaki kirinya dulu, baru kedua kaki kanannya
  • Felix the Cat adalah karakter kucing kartun pertama yang dibuat menjadi belon parade
  • Florence Nightingale memelihara lebih dari 60 ekor kucing selama hidupnya
  • Pada tahun 1888, 300000-an mumia kucing ditemukan di Beni Hasan, Mesir, dijual $18,43 perton, dikirim ke Inggeris untuk digiling dan dijadikan Bedak”