Tuesday, August 18, 2015

20 Fakta Menarik Tentang Lembu

20 Fakta Menarik Tentang Lembu | Assalamualaikum.......Hai, selamat pagi semua... ini merupakan entri lama ekin publish  kembali untuk dikongsikan buat korang semua...  ramai yang tak taw 20 Fakta Menarik Tentang Lembu kan... Jom usha pasal lembu ni... kekurangan ideal menulis ekin upkan entri lama jangan taw hihihi...

                                  


  1. Lembu dan manusia mempunyai tempoh kehamilan yang lebih kurang sama iaitu 9 bulan.
  2. Di U.S.A. hasil pengeluaran susu lembu tenusu adalah dijangka lebih kurang 12,000 pound setiap hari.
  3. Di Colorado terdapat lebih kurang 83,000 lembu tenusu.
  4. Lembu tenusu boleh menghasilkan 20-35 gelen air liur setiap hari.
  5. Lembu tenusu minum di antara 20-50 gelen air setiap hari.
  6. Lembu tiada gigi di bahagian atas, sebaliknya mereka ada lapisan tebal di rahang atas.
  7. Lembu boleh mengesan bau sejauh 5 batu.
  8. Lembu mampu mendengar bunyi berfrekuensi lebih tinggi dan lebih rendah berbanding manusia
  9. Anda perlu memerah susu 260 ekor lembu sepanjang tahun untuk memenuhkan tangki minyak kapal angkasa yang berkapasiti 529 000 gelen.
  10. Ada lebih 9 juta anak lembu daging dan lembu tenusu di New Zealand.
  11. Jumlah lembu di Friesland, Netherlands adalah sama dengan bilangan manusia yang tinggal di sana.
  12. Suhu lembu yang baru diperah adalah 101 darjah Fahrenheit dan ia perlu disejukkan dan di simpan pada suhu 40 darjah Fahrenheit. (101 °F = 38.3 °C, 40 °F = 4.4 °C )
  13. Kajian menujukkan bahawa muzik klasik mampu untuk membuatkan lembu mengeluarkan lebih banyak susu. (hohoho menarik ni)
  14. Secara purata, lembu tenusu duduk dan bangun sebanyak 14 kali sehari.
  15. Secara purata, kira-kira 350 picitan diperlukan untuk mendapat segelen susu ketika proses pemerahan.(1 gelen = 3.79 liter susah gak nak perah susu ni hohoho)
  16. Seekor lembu membuat 40 000 gerakan rahang dalam masa sehari.
  17. Anda boleh menarik lembu untuk menaiki tangga, tapi agak mustahil untuk tarik lembu berkenaan turun dari tangga hahaha
  18. Lembu ada 4 perut. (4 bahagian sebenarnya hohoho)
  19. Lembu mampu menyumbang 200 000 gelas susu sepanjang hayat mereka.
  20. Lembu boleh tidur dengan berdiri.

Semoga pengkongsian fakta ini mampu untuk memberi sedikit ilmu dan kebaikan kepada anda... 





28 comments:

  1. wahhh!!! nice article...
    im alredy be your follower...
    follow my blog back okeyhh...
    ^_^

    ReplyDelete
  2. raya korban dah dekat..lembu2 semua siap sedia untuk dikorbankan..

    ReplyDelete
  3. Info menarik... Teringat lembu kesayangan saya dulu... Memang boleh naik tangga... Tapi turun failed.. Hehe

    ReplyDelete
  4. mooo.. tp sygnya husna tak suka susu lembu..
    nak termuntah..:(

    ReplyDelete
  5. 21. Lembu punya susu... Sapi dpt nama... hi hi hi

    ReplyDelete
  6. Assalam ekin,
    he3
    mari mengenal lembu yer ekin
    sempena raya korban yer???? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam ha ah lebih kurang gitu la kak sebelum mereka di.korbankan kita mengenali lembu hihihihi

      Delete
  7. perghhhh....jelez gigi lembu tu cantik...baru nk tanya guna colgate ke Safi hihihih

    ReplyDelete
  8. Lembu tiada gigi di bahagian atas, sebaliknya mereka ada lapisan tebal di rahang atas.

    TAPI KENAPA LEMBU KAT DALAM GAMBAR NI ADA GIGI ATAS..TERSUSUN RAPI LAK TU...bibir pun cantik rasa nk kiss hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaha saja ambik gambar lembu tu di edit la sis JM...tu yg gigi diA comel jer adesss siap nak kisss hihihj

      Delete
    2. 22. Manusia punya gigi... Kambing dapat kiss... He He He...

      Delete
  9. Moooooo! Daging anak lombu (veal) sodappppppp!

    ReplyDelete
  10. camne ekk kalau lembu da naik tangga.
    tapi dia tak reti turun ?
    puas gak nak mengangkat turun ha ha ha...

    anyway, a very good sharing ni ekin :)

    ReplyDelete
  11. Menarik sungguh fakta mengenai lembu yang ekin share..tetibe teringin makan daging lembu..huhuhu

    ReplyDelete
  12. 350 picitan? mau lenguh tgn2 ni..hihi

    ReplyDelete

ash.rie8506@gmail.com