Asal Usul Nasi Tumpang | Assalamualaikum.. Hai korang semua cik ash harap semuanya sihat walafiat ya.
Pernah dengar pasal nasi tumpang ataupun nasi tupe tak, kalau belum pernah cik ash nak kongsikan dengan korang mengenai nasi tumpang ataupun nasi tupe ni. Sebenarnya Nasi Tumpang ataupun Nasi Tupe dahulunya adalah nasi bekalan para nelayan untuk di bawa bagi santapan mereka ketika mereka di laut. Ini adalah kerana nasi ini tahan lama dan tidak mudah basi. Nasi ini dipanggil Nasi Tumpang adalah kerana lauk-lauknya yang di tumpang di antara nasi-nasi. Rasanya yang amat enak dan lazat sangat. Tetapi harus diingat nasi tumpang yang betul-betul sedap adalah yang dibungkus dengan daun pisang taw.
Nasi tumpang sebenarnya merupakan makanan tradisional Kelantan, ianya telah di pasarkan di sekitar Kota Bharu terutama di Pasar Kubang Pasu sejak berpuluh tahun yang lalu. Ianya adalah sejenis makanan yang dibungkus dengan daun pisang dalam bentuk kon. Dimana nasi itu diletakkan bersilih ganti (layer) dengan lauknya. Kebiasaannya lauknya terdiri daripada udang,ikan,sambal ikan,gulai dan telur dadar. Nasinya yang agak lembik menyerupai nasi impit.
Cik Ash ada terbaca nak menyediakna lauk pauk untuk nasi tumpang memang agak lama juga sebab lauk macam-macam jenis kan, dalam dua jam juga tu, manakala daun pisang yang nak digunakan untuk masukkan nasi perlu disalai dulu untuk membungkus nasi tumpang ni. Setiap proses untuk membuat nasi tumpang ini perlu dilakukan dengan cermat supaya nasi dan lauk berada dalam keadaan kemas, selain itu untuk mengelak daun pisang terkoyak mengakibatkan nasi terkeluar nanti.
Ok itu jer yang Cik Ash taw sikit-sikit pasal sebalik nama nasi tumpang ini.. nasi tumpang memang sedap sangat di makan sampai ke petang boleh makan taw...
Owh.. gitu rupanya... Nanti nak cuba lah juga..
ReplyDeleteTapi kena gi Kelantan lah kan Cik Ash..
Sha doakan perjalanan Cik Ash ke Kelantan dipermudahkan dan dilindungi Allah..
Semoga sha pun sampai di kelantan gak nanti...
DeleteTerima kasih
Macam tu yer asalnya nasi tumpang nie...
ReplyDeleteHa ah... Ekin pun dapat dari fb kelantan.pumya group
DeleteCara bungkus tu dah macam nasi dagang yang SS pernah makan kat Ganu...
ReplyDeleteYe ke.. xpernah lg tengok
DeleteNasi dagang kelantan n.ganu pun lain SS
ReplyDeleteishh...terliur lak
ReplyDeleteXpenah tahu pulak pasal nasi tumpang ni...heee
ReplyDeleteKak ekin pun xtaw baru bc aritu share la kat blog hihihi
Deleteohh baru tau asal usul nasi tumpang nih..
ReplyDelete:)
Delete